Selesema Babi (Swine Influenza)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, May 17, 2009 | | 8 kiriman komen »

Peace upon you..

Aku tak tahu orang lain macam mana tapi aku memandang serius isu nih. Mungkin pengaruh cerita Bloody Monday yang aku pernah tengok kot,hehehe. Tapi,seriously cerita tu bukak mata aku..dalam banyak2 senjata untuk perkara2 berunsur evil dan kejam, selain menggunakan tenaga nuklear, penyebaran virus jugak satu 'alternatif' yang baguz.. Huh,baguz?? Yup, baguz kalau aku nak wat jahat,wakaka!

Baru-baru nih dunia gempar dengan ledakan virus Selesema Babi.. Sekarang Malaysia pon dah ada kes Selesema Babi nih. Bukan tu je, tiba-tiba je penyakit meningitis dan leptospirosis timbul masing-masing di Melaka dan Bukit Mertajam.. Jadinya post kali nih aku sentuh pasal Selesema Babi dulu. Insya Allah yang akan datang aku story sikit pasal leptospirosis dan meningitis since bende2 nih berkait rapat ngn kursus aku,hehehe. So, layan~

1. Apakah Selesema Babi?


Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Dalam kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes atau jenis virus Selesema Babi?

Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Hal ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen dari pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).

Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit dalam kalangan manusia.

Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenalpasti sebagai virus H1N1.

3. Tanda dan gejala (sign and symptom)

Serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan terasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

4. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus ini boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160F atau 70C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging.

5. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini. Terdapat juga kes dimana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

6. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi tidak diketahui.

7. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

8. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak terutamanya yang masih kecil, berpotensi untuk menyebarkan penyakit ini untuk tempoh yang lebih panjang.

9. Apa yang boleh anda lakukan sebagai perlindungan daripada jangkitan?

- Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.
- Ambil langkah-langkah berikut:
~ Jika anda batuk atau bersin:
- Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu/sapu tangan
- Buang tisu yang telah digunakan dalam tong sampah
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
~ Jaga kebersihan diri.
~ Elakkan berhubung rapat dengan pesakit.
~ Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan mereka tidak dijangkiti.
~ Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
~ Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

End.

8 kiriman komen

  1. Balqis Riza // Sunday, May 17, 2009 5:24:00 PM  

    babi pon boleh bervirus..lg mau mkn..kan?? hahaha

    nway, nice post..thx for the info

  2. harisu-sama a.k.a RS // Monday, May 18, 2009 11:06:00 AM  

    haha..babi tuh talam dua muke..nmpak jek innocent tp bwk virus,hehe..

    hehe,my pleasure~

    p/s: poll kat sebelah tuh cam tak laku so aku post bnde nih,haha.

  3. Anonymous // Monday, May 18, 2009 7:09:00 PM  

    hehe nice.
    t nex sem lec mst ade ty psl isu ni
    hahaha.

  4. harisu-sama a.k.a RS // Monday, May 18, 2009 8:06:00 PM  

    hehehe...mesti nyer~ silap2 kuar test,haha..

  5. rayme // Tuesday, May 19, 2009 9:18:00 AM  

    one of da nice entry..
    but ..
    cam copy and paste jew nie....
    konpius...
    hahaha

  6. Anonymous // Tuesday, May 19, 2009 9:29:00 PM  

    aiseh. klu kluar test kene wat ulang kaji awal2 nih. haha

  7. harisu-sama a.k.a RS // Thursday, May 21, 2009 7:51:00 AM  

    rayme..
    memang copy and paste ponn tapi dari pamplet yg kementerian kesihatan kuarkan..
    aku amek kat hosp..
    hehe.
    tp ader yg aku tambah2 gune ilmu yg ade dalam pale aku,haha.

  8. harisu-sama a.k.a RS // Thursday, May 21, 2009 7:53:00 AM  

    hannah..
    ayokk..bek revise skunk~~ hehehe.. tp seriously kdg2 soklan final (bukan test) akan kuar bnde2 yg selain kite blaja dalam kelas..tuh sebab kos kite nih payah nak dapat AD..huhu.