Birthday ayah..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 18, 2009 | | 8 kiriman komen »

Salam.

Semalam birthday ayah aku. So kami satu family cadang nak celebrate kat umah pas Maghrib. Tapi maybe bcoz of ibu and adik2 aku petang baru balik dari sekolah,kesian kat ibu aku and adik2 aku tu nak kene prepare makan ape sumer so ayah aku ajak ktorg makan luar. So tak jadilah ibu aku masak. Hehe. Kek yg dibeli tu aku cadang bawak jek gi kedai tu sekali..dah alang2 nak makan. Tapi ibu aku cakap takyah. Haha..tawww saje jek usik ibu aku tu..

Ktorg makan kat Restoran Geylang Kopitiam kat Taipan,Subang Jaya. Aku 1st time datang Taipan..berbanding dorang sumer,huhu. So,makanan kat restoran tu..bolehlaaaa. Aku xtaw nak cakap cmne..ader yg sedap,ader yg biasa2 je.. Contoh yg biasa2 tu Nasi Ayam Penyet dia..ngn Soto Ayam dia. O lupe nak cakap..lebih 90% makanan kat situ ala-ala Singopore so suppose Soto Ayam and segala makanan yg lain tu ada rase2 Singapore,tp tak. Tu sebab aku cakap macam biasa. Dan tetibe jek ada Nasi Ayam Penyet..kalau tak silap aku menu tu asalnya dari Indonesia dong~ Hmmm..tentang Nasi Ayam Penyet tu..biasa jahh~ Tak sama macam yg aku biasa makan kat sekitar Kuching atau Satok. Tak sedap seperti disana.. *itu melalui perbandingan yg aku wat antara 3 buah restoran yg aku penah pegi untuk makan menu tu laaa*. Bukan apa,hasrat aku utnuk memperkenalkan menu tu kat Syirah (adik aku yg 2nd) terluput cmtu jek bila tgk lain macam jek Nasi Ayam Penyet restoran tu. Macam nasi ayam biasa. Takpe,len kali aku bawak dia makan yg betul2 nye...

Actually bukan pasal makanan yg aku nak citer..kalau nak citer pasal makanan mungkin bila aku ada masa lagi bolehlah introduce makanan2 from Singapore macam Sup Tulang Ketuk, Kacang Phool,Rojak Singapora,Lontong Goreng,and macam2 lagi laa. Nenek ngn atuk aku belah ibu org Singapore jeee..*tapi sekarang dah jadi warganegara Malaysia*. Tapi apa yg aku nak citer adalah berkenaan hadiah utk ayah aku.

Ktorg adik-beradik tak beli apa-apa hadiah ponn. Before tarikh keramat kelahiran ayah aku semalam ada ktorg plan nak beli sumtink. Tapi setelah berbincang ngn ibu aku,ktorg cancel je. Ibu aku cakap "Tak payahlah beli2 hadiah. Ibu pon tak belikan ayah hadiah.." Ibu aku cakap lagi..ayah aku nih cerewet sikit. Dia ada warna2 tertentu je yg dia suka..material2 tertentu je..bende2 tertentu je dia suka. Susah..kang takut dah beli kang tak leh guna ke..contoh kalau salah pilih saiz ke,takpon bende tu ayah aku tak perlukan ke..

Masa tengah makan semalam,ayah aku cakap camni.."Ayah nak korang semua dgr cakap ayah dan belajar rajin2,tu je ayah mintak sebagai hadiah harijadi ayah" Hah,aku dah agak dah..pastu mulalah ayah aku letakkan target kat anak2 dia. Yg masih sekolah ayah aku suruh dorang dapatkan nombor 5 keatas setiap kali peperiksaan. Sempatlah aku berlagak cakap aku time sekolah rendah dulu selalu dapat. Bukan pe,geram ngn adik aku yg last tuh..dia tak caya aku ni pandai,wakakaka! Aku cakap kat ibu aku "Ibu,mana report card along time sekolah rendah dulu? Kasi adik tgk..baru termotivate.." Hahaha! Pastu sebok Angah plak nyampok,mentang2 dia lagi pandai dari aku..grrr.. Hehe. K stop pasal dapat nombor 5 keatas tu. Citer pasal aku lak. Ayah aku suh aku dapatkan 4 flat sem akan datang. Aku terus.."Wahh..tak boleh2..(sambil gelak2)" Ayah aku tanya apasal tak boleh pulak. Aku cakaplah kos aku ni bukan senang nak dapat pointer tinggi2..pastu 4 flat lak tu..adoiii aku dahlah malas,abeh nak dapat 4 flat? Tak dapat,tak dapat..huhuhu. Nak dapat 3.5 pon terkemut-kemut huhuhu. Tambah plak setahun ni nanti aku praktikal. Aku bab2 praktikal nih lemah sikit. Kalau aku hebat sekalipon *kalau ditakdirkan laa*,tak mungkin aku leh dapat 4 flat. Sebab..praktikal lah.

"Mengekalkan mutu lebih payah daripada mencipta peningkatan"

Haa tu merujuk kepada kes aku la. Bagi aku,aku akan cuba. Memang tu keje aku. Cuba,cuba dan cuba. Tapi dalam proses aku mencuba tu taklah aku cakap aku betul2 komited and gigih gila..sumtimes aku ni malas..sumtimes aku ni leka.. Tapi memang apa yang aku perasan,aku memang akan cuba. Lagi-lagi kalau orang dah letak kepercayaan kat atas pundak aku. Lagi-lagi orang itu adalah parents aku.

Neway,balik makan semalam sambung makan dirumah plak. Potong kek. Haha,yg lawaknye ibu aku tak perasan pernah beli kek perisa yg sama dan untuk harijadi ayah aku jugak. Wakaka! Kedai pon sama..cuma alamat kedai berbeza,kalau tak silap. Takpelahh hehehe..yg penting sedap. Ktorg nyanyi lagu birthday and ucap Selamat Hari Bapa ramai2. Then bergambar. Tapi sorilah..takleh upload gambar sebab dorang dah bukak tudung daaa..aurat2. Hehe.

Nak wish lagi sekali,Selamat Hari Jadi Ayah! Dan Selamat Hari Bapa *sambutan hari bapa 21hb snanye* Alaaa..bukan sambutan yg penting,tapi penghayatan ye kanak2..^^

End.

Sticker kuning: Tahniah wat pasukan UiTM..dapat pegang piala pusingan Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional setelah menang 3/5 kali berturut-turut.Tahniah wat kontijen campuran yg terdiri daripada Abg Bonsai,Kak K,Kak Mas and Rayme.

Sticker kuning: Gud luck wat pasukan debat UiTM untuk Pertandingan Debat Kepenggunaan (FOMCA).

Sticker merah: Byknye nyamuk kebelakangan niiiiii...dah spray tapi tak mati2. Siot3! *tgh tepuk amai2 ni,tp tak gembira ponn grrr..*

8 kiriman komen

  1. Balqis Riza // Thursday, June 18, 2009 11:58:00 PM  

    miss my dad lak bl baca post ko ni

  2. syaira rosland // Friday, June 19, 2009 12:23:00 AM  

    happy bday jugak kat ayh kau..smoga pjg umr dan dimurahkan rzki..!!

  3. kirin // Friday, June 19, 2009 1:36:00 AM  

    hepi bufday kat ayah ko..

    n gud lak untuk hadiah die~ =)

  4. padin // Friday, June 19, 2009 6:37:00 AM  

    epi besdei ayah hariz
    mesti dia bangge ade anak yang baik :)

    wohoo gudluck uitm!!

  5. harisu-sama a.k.a RS // Friday, June 19, 2009 2:19:00 PM  

    balqis..
    2 minggu lg~~

  6. harisu-sama a.k.a RS // Friday, June 19, 2009 2:20:00 PM  

    syaira..
    thnX. same goes to your father^^

  7. harisu-sama a.k.a RS // Friday, June 19, 2009 2:20:00 PM  

    kirin..
    hehe thnX. payah r nak dapat 4 flat..kalau bleh tawar menawar kan bagus,kui3~

  8. harisu-sama a.k.a RS // Friday, June 19, 2009 2:21:00 PM  

    padin..
    baiklah sgt~
    yup go go go uitm!