Time to change..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, November 18, 2009 | | 8 kiriman komen »



Readers, tiba-tiba aku terpanggil untuk jadikan blog ni tempat aku memaki hamun orang. Boleh ke?

Honestly, adalah sangat, sangat sukar kau nak dengar aku memaki hamun orang - mencarut. Tapi, aku selalu luahkan makian tu dalam bentuk tulisan. Contohnya begini : Sial kau anak haram! Seriously sangat, sangat sukar kau nak dengar perkataan sial dan anak haram tu keluar dari mulut aku, atau apa juga perkataan carut dan maki yang lain.Tapi, aku tak boleh elak memaki hamun orang yang aku tak suka dalam hati. Setiap kali aku hilang sabar dengan sesiapa, hati aku yang cedera parah dek kerana memendam kemarahan tu seorang diri dan bertahan untuk tempoh yang lama, aku akan carut puas-puas dalam hati. Daripada aku maki hamun dalam hati, lebih baik aku maki hamun terus dalam bentuk begini. Sekurang-kurangnya aku dapat kongsikan dengan orang lain dan orang lain akan tahu yang sebenarnya aku ni boleh tahan jugak mencarut. Mencarut dalam hati. Supaya aku lega dan lupakan semuanya lepas tu. Melainkan isu tu berbangkit,maka aku akan sambung mencarut.

Aku tak kisah apa orang nak kata,but that is a fact that almost everyone face. Kita marah tapi kita simpan,kononnya sabar itu separuh daripada iman. Macam mana pulak kalau orang tu panas baran tapi dia cuba aplikasikan sabar tu setiap kali dia marah? Lama-lama meletup jugak,rite? Maksudnya di sini, aku tak lah sewenang-wenangnya akan memaki hamun orang,serious! Bila aku dah tak tahan,marah tu meletus,then aku memang automatically kaya dengan kata-kata carutan. Silap-silap boleh bawak bergaduh kalau maki depan-depan. Huhu.

Entahlah,ini cuma hasrat yang belum tentu aku realisasikan. Depend dengan penerimaan dan komen pembaca. Actually aku sangat kagum dengan blog kawan aku. Alif Rosehaizad. Dia menempelak kawan-kawan,keluarga,dan mana-mana orang yang dia rasa dia ada percanggahan atau masalah dengan berani dan semuanya atas rasional tertentu macam kes settle di asrama,isu keluarga,isu sosial di universiti dia dan sebagainya. Bila aku baca blog dia,aku rasa aku juga perlu jadi macam dia. Pedulikan apa orang nak kata! Untuk hormati privacy,aku akan restrictkan readers, atau letak warning di awal entry, atau maki dalam teka teki, senang bukan?

Aku perlu jadi diri sendiri. Kalau orang rasa makian itu terlalu kasar, so leave this blog. Aku hormati keputusan itu. Tapi,aku akan cuba sehabis baik untuk tapis setiap apa yang aku tulis untuk entry yang berbentuk emosi. Aku tahu,emosi mempengaruhi fikiran (rasional). Tapi fikirkan kata pujangga ini "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"

Aku rasa kemungkinan besar aku laksanakan hasrat ini besar dan kemungkinan untuk entry berserta carutan ini adalah sedikit (because aku akan fikir dua tiga kali before post). So, time to change..

8 kiriman komen

  1. Sri // Thursday, November 19, 2009 7:34:00 AM  

    tak salah pun utk memaki hamun dlm bentuk penulisan ini..mungkin ini yg lebih baik drpd memaki hamun org itu dlm bentuk lisan..boleh mendatangkan satu pertengkaran diakhirnya nnti..

    tapi apa2 pun bergantung pada individu itu sendiri.
    saya tak rasa awk suka2 hati je memaki hamun kan..
    mungkin awk terlalu marah dgn org yg menyebabkan punca kemarahan awk itu meletus.`

    awk bersabar la byk2 iye.

  2. Balqis Riza // Thursday, November 19, 2009 11:00:00 AM  

    there is nothing wrong if u want people out there to hear what u feel..
    enough tolerate..it is time they hear ur point of view..kan?

    however, expressing anger is a form of littering..as someone smart, eq n iq, we shouldnt do that kan? hihi

    tp betul jugak..kalau dh marah sgt, sape boleh sabar kan? kite bkn nabi, kite bkn alim ulama..mybe patut ko luah kemarahan ko..tp in a good way..bukan niat marah sengaja..tp bersebab..

    how bout u do this..b4 u get angry, count to 10..if u're really angry, count to 100..

    coz, u see, when u get angry, it is not u who speaks..its the satan..*ustad aku ckp*

    protect urself from anger..for its beginning is insanity..and it ends is remorse..=)

  3. harisu-sama a.k.a RS // Friday, November 20, 2009 9:40:00 AM  

    cik sri,thnX for da advise :)
    sy takkan maki orang suka-suka melainkan rasa sabar tu dah melebihi had,but still,sangat jarang nak dgr sy maki verbally..sebab sy tak suka pergaduhan. jadi utk puaskan hati,sy maki dalam hati.

  4. harisu-sama a.k.a RS // Friday, November 20, 2009 9:48:00 AM  

    bal,tQ very,very much..
    betullah,as someone yg smart,aku patut fikir berbaloi ke tak aku buat mcmtu. sebab,sekali aku buat,orang akan fikir "oh haris ni cmni rupenye..."
    tapi mcm kau cakap jugak,aku bukan nabi yg maksum dari dosa. aku jugak bukan robot. aku manusia yg ada perasaan marah,dan sabar seorang manusia tu ada hadnya.
    mungkin problem aku adalah,aku tak dapat halang diri dari marah bcoz perkara yg buat aku marah tu keep on going,berulang-ulang depan mata aku.
    but trust me,I'm going to think deeply bfore posting secara emosional,hehehe.

  5. Lala // Friday, November 20, 2009 3:35:00 PM  

    ni mcm betul2 ngah marah nih....hurm..kalau tu yg dirasakan dpt melegakan hati,fikiran dan perasaan..teruskan dgn niat tu...kalo dipendam kang jd nanah plak dlm diri...kadang2 kite kene luahkan supaya org tahu kite tgh marah...kalau kite ngah marah tapi kite senyum org lagi nk pijak kite...

    tapi kalau org tu sakitkan hati kite,kite gune reverse psikologi..kite senyum je bile die marah2 kite...lame2 die akan stop la..sbb hati die plak yg rs sakit tgk kite cool jek...

  6. harisu-sama a.k.a RS // Saturday, November 21, 2009 8:33:00 PM  

    lala,wajah saya ni memang tak pandai nak menipu,huhu. usahalah gigih mana sekalipun,bila tengah marah mmg tak boleh nak senyum. kecuali orang tu buat lawak bodoh untuk tutup kesalahan dia :)

  7. Anonymous // Monday, November 23, 2009 5:31:00 PM  

    wt la ppe pun..
    ni kn blog awk..kn??
    layan aje..zaaasss! =]

  8. harisu-sama a.k.a RS // Thursday, November 26, 2009 7:50:00 PM  

    hahaha..thnx!