Rushed-hush

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, April 30, 2010 | , , | 1 kiriman komen »

Hello reader. How do you do?

Haha,bila sebut how do you do ni teringat pulak final project presentation aku yang kurang menyengat. Salah aku sendiri,tak rehearse. Menggigil kat depan. According to my friends,agak ketaralah aku menggigil since di hujung2 komunikasi aku mereka dapat dengar ketar-ketar itu. Aku takde masalah bercakap depan public,dah,kott,tapi,err..aku nervous bila guna microphone. Kalau tak guna mic rasanya kurang sikit gagap-gigil aku. Itu juga mungkin menerangkan kenapa aku tak performed well kalau keluar karaoke dengan sesape,hoho. Oh,lagi satu yang agak distressful adalah,aku tak banyak buat discussion dalam presentation aku. Maksud? Pembentangan kertas kerja adalah untuk kita membentangkan penemuan serta keputusan yang kita peroleh dari kajian kita. Jadi,selain memadatkan presentation slide dengan graf-graf,carta pai-carta pai dan jadual-jadual,kenalah jugak ada explaination bertulis. Tak kisahlah banyak mana penemuan kita, perlu ada explaination atau discussion,lebih baik yang bertulis. Apa yang aku buat cuma explain pakai mulut je,sikit-sikit pulak tu. Since everybody just been given 10 minutes to present dan findings aku pulak gila banyak,mana tak rushing! Itu pun aku ada mintak tolong junior aku yang jaga masa untuk start tekan clock bila dah masuk findings. Tak tahulah dia tolong ke tak tapi rasanya dia tolong *tonge*. Hmm satu pengajaran untuk aku dan readers.

Present hari Khamis 22hb April 2010 dan tiket balik aku Sabtu,24hb. 1 hari nak uruskan hal-hal project (print 3 unit>binding 2 unit>buat hard cover 1 unit>jumpa lectures) dan prosedur-prosedur tamat belajar (buat clearance>selesaikan hutang kalau ada>ambil sijil-sijil) iaitu Jumaat tu. Tapi nak dipendekkan cerita, alhamdulillah, entah kenapa hari Jumaat tu smooth je urusan aku. Sekejapan je settle. Lecturer pun lembut hati benarkan aku balik since aku dah print and submit project paper. Sebenarnya aku hanya boleh dibenarkan balik hari ni. Ya, 30hb April, hari aku menaip entri ni. Tapi syukur,mungkin sebab aku ada 'baca-baca' sikit dalam perjalanan nak uruskan semua tu,heeeeeee.

Satu hari settlekan semua tu. Dari pagi sampai ke petang. Rushing. Sampai tak sempat nak jumpa lectures,juniors, IK-IK dekat PKD Serian and kawan-kawan. Sebab masa kejar aku. Sedih. Sedih sebab entah bila aku dapat jumpa mereka. Tak ramai pun yang aku nak jumpa. Kurang dari 50 orang. Aku mana ramai kawan kat sana. Itu yang buat aku sedih. Dahlah tak ramai kawan,balik senyap-senyap je. Jumpa dua tiga orang je,kebetulan terjumpa dekat masjid masa solat Jumaat,tu pun,aku berlagak cool,tak nak feeling sangat. Haih.. Sedih ni sebenarnya tapi tak terungkap dengan kata-kata. Sebab tu jugak aku tak publish secara terang-terangan yang aku dah habis exam,dah sampai rumah & etc dekat facebook. Huh,macamlah dorang heran sangat aku post benda-benda mcmtu, macamlah aku penting,significant pada mata dorang,tp pada aku,hasrat aku adalah untuk jumpa semua yang aku nak jumpa tu and bagi proper farewell,at least salam ke,hi ke,bgmbar ke.. Tapi...

Farewell Sarawak. Farewell kenalan dan kawan-kawan di Sarawak. Mintak maaf kalau ada salah silap dan mintak halal kalau ada hutang darah,hutang budi dan hutang budi dengan kalian. Ada umur kita jumpa lagi.

Nota: Even now I'm rushing. Haish!