sakit rumah

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, January 02, 2011 | | 14 kiriman komen »

Salam.

Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Happy New Year 2011 untuk readers yang disayangi sekalian. Sila baca dalam nada yang riang gembira ucapan Happy New Year 2011 tu w'pun nampak macam tak bermaya je ayat tu. Part sayang tu memang betul, tak tipu. Sayang korang semua yang rajin singgah blog ntah apa-apa ni.

Entri ni LIVE dr rumah kedua aku. Puncak Alam. Oh tak sangka hari ni akan tiba. Tak sangka aku kene balik palam. Bukannya aku tak suka palam ni. Bukannya aku tak suka rumah ni. Bukannya aku tak suka belajar kat sini. Bukannya aku tak suka kawan-kawan kat sini. Tapi entah. Homesick kot. Yelah baru sampai. Dah sebulan lebih cuti.

Hari ni Ahad. Cuti sem berakhir hari ni! Esok Isnin, dah start kuliah. Haih mcm manalah hari-hari aku kat sini, utk semester ni. Ah malaslah nak fikir.

Sekarang ni tengah homesick. Baru sampai dah homesick. Ni satu fakta pasal aku, aku memang kaki homesick. Tpulanglah orang nak cakap apa, buat malu mengaku homesick?

Tadi kemas-kemas barang, pegang barang tu teringat peristiwa-peristiwa kat rumah. Pegang barang ni, teringat family kat rumah. Aku kemas, kemas, kemas sambil layan perasaan homesick ni. Then dah siap kemas, duduk, mula mesej beberapa kawan, untuk redakan perasaan. Kebetulan blackout, huh, memang layan lah. Makin menjadi-jadi homesick aku. Ditambah lagi dgn hujan, teringat cmnelah ayah aku drive hujan-hujan tadi. Baju kat belakang dah berangkat ke belum. Biasanya kat rumah aku yang kena angkat. Hmm.

Ada yang cakap aku manja. Ada yang pelik sebab biasanya dah lama sket baru homesick, aku lain, sampai2 sini dah homesick. Ada yg cakap lelaki takleh homesick. Ada yang cakap aku mengada-ngada. Tapi tak kisahlah, aku okey je, pendapat masing-masing kan. Thanx dekat mereka, aku semakin okey, untuk malam ni jelah. Esok bangun pagi konfem 'sakit rumah' balik.

Thanx jugak kat Mas, calling aku. Sebenarnya aku nak calling ramai, nak bagitahu aku homesick. Nak dgr suara dorang. Tapi rupa-rupanya promotion Celcom yang bayar rm2 dapat call mana-mana no Celcom sampai tgh malam tu dah habis. Melepas. Tak sempat merasa promotion tu. Haih. So msg jelah yang mampu.

Waktu taip entri ni tgh layan lagu Kembang Perawan. So kalau bahasa aku mcm serabut sikit, ia adalah kerana entri ditaip sambil dgr lagu ni berulang-ulang dgn volume 50. Aku tengok entri kali ni pon mcm pelik sket. Dah tu gambaran homesick tu tak berapa menyayat hati. Ciss. Sebenarnya nak buat entri sadis tadi.

Oh tadi aku bdoa. Aku mintak kat Tuhan, kekalkan rasa homesick ni, kekalkan rasa rindu yang teramat pada family and rumah ni. Sebab, aku suka perasaan ni. Ia buat aku, lebih ingat pada family. Wpun homesick ni buat kita murung, sedih, takde semangat, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, bangun tidur dlm kesyahduan, mandi blinang air mata (over), pergi kelas seret kaki kepala tunduk ke bawah (lagi over), tapi disebalik semua tu, ia buat aku ingin capai sesuatu, ia buat aku pasang matlamat. Tak kisahlah apa matlamat tu, contoh, matlamat nak balik tiap-tiap minggu? So aku kene siapkan kerja pada masanya,or organize masa betul-betul,or budget duit betul-betul kalau nak balik tiap minggu. Contoh jelah.

Peliklah. Taklah jauh sgt. Kenapa aku homesick ek? Pening kepala fikir.

Dan aku hampir lupa tentang Skype. Hey kalau rindu Skype lah.. takpun calling terus.. Ntah pape. Ntah aku pon pelik.

Apapun aku harap entri kali ni buat korg kenal aku lebih lagi. Ya aku memang kaki homesick. Gelaklah kalau nak gelak.

Aku harap rasa ni kekal. Biar ia terus jadi sebahagian dari diri aku, identiti aku. Bila-bila masa. Tak kira skrg atau di hari tua. Taknak menderhaka pada family and rumah.

Bye.



14 kiriman komen

  1. AyesyaAhmad // Monday, January 03, 2011 12:08:00 AM  

    huah! sedihnya entri ko! aku baca pun sedih.haha tapi aku kalau homesick aku tulis hepi hepi.konon ngah ok.padahal masa sampai tadi tringat je famili.tringat adik aku.dah la aku usik dia selalu.rasa lain sikit la.haha.sedih! huhu yaya.homesick ni bagus.rasa kita bersemangat nak buat sesuatu untuk famili.tapi jangan over.jangan sampai menyusahkan depa.hehe.

  2. eZad niMo // Monday, January 03, 2011 12:13:00 AM  

    haha, msti ada msg2 aku td kan? best2~ xP

    aku nanti lagiiiii la sakit umah. bkn lama pn, bape bln je lg. uhuhu, neves2~ T_T

    oo, aku tgelak part "mandi blinang air mata (over), pergi kelas seret kaki kepala tunduk ke bawah (lagi over)" ni tadi, hahaha!!

    best2, semoga kau sakit umah stp masa! :D

  3. Anonymous // Monday, January 03, 2011 12:32:00 AM  

    hihiii...mst ko mntion kt aku kn..
    yg kte lki xleh hmesick tu...
    ala...ak sje jelah..gurau..ko jgn amek ati plk..
    yup..k pn sgt2 hmesick...sgt rndu mk ak...
    suara bising hingar bingar umh...sume la..neway..smg kite brjya hdapinya dgn tng n tabah@!!!b strong!!..

    -iena-

  4. Kei Hiroki // Monday, January 03, 2011 1:21:00 PM  

    panjang gler entri..homesick btol nih..haha

  5. @reltzsensei // Wednesday, January 05, 2011 9:56:00 AM  

    aloh..aloh..aloh...siannyer die..samelew ngn ak pon..xsabo nk tggu cuti raye cine ni...haha

  6. Lepat // Thursday, January 13, 2011 2:25:00 PM  

    heppy new year..kesiannya.cuba tabahkan hati yer.

  7. Balqis Riza // Thursday, January 13, 2011 11:06:00 PM  

    haha sian! but yeah..kdg2 pon aku doa supaya rasa homesick ni dikekalkan..
    sbb baru rasa yg fmly tu everything..
    n bl study akan byg muke dorg buat kite rasa lebih smgt nk study..

    anyway better puncak alam drpd umah ko yg dulu tu kan? yg bdk2 ramnai tu..hihihi

  8. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 1:57:00 PM  

    ecah, sedih tapi gelak pulak. haha. eh tapi tak sangka berjaya menghasilkan entri yg sedih hehe.

  9. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 1:58:00 PM  

    ijat, thnxxxx. doa aku homesick selalu ek! :P

    ramai aku msg masa tu,eleh nak bangga pulak..

    part tu over kan? tp true story :)

  10. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 1:59:00 PM  

    ina, no hal lah.. aku taw kau gurau. kalau kau mmg maksudkan pon aku tak kisah, tu pdgn kau kan.

    yup semoga bjaya mengharungi dunia jauh dr rumah dgn tabah!

  11. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:00:00 PM  

    afiq, kui3..segan segan..

  12. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:01:00 PM  

    now is CNY! happy holiday :)

  13. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:01:00 PM  

    lepat, happy new year to u too. yup insya Allah. tQ!

  14. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:02:00 PM  

    balqis, kannn? hehe. yup2..much better than the previous rumah sewa haha.