Hikayat Merong Mahawangsa

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, March 10, 2011 | | 2 kiriman komen »



Salam.

Pagi beberapa minit lagi pukul 10, tiba-tiba dapat call. Coursemate ajak tengok Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Aku macam...wahhhh excited! Terus stop buat kerja, mandi and bersiap. Then off to Jusco Bukit Raja, Klang.

Mula-mula nak kejar tayangan pertama, 11.30 pagi. Yelah baru LEBIH BERMAKNA dan nampak betul-betul excited dan supportive. Haha. Tapi cun-cun kitaorang sampai, iaitu me-parking kereta, dah 11.30 am, naik escalator, jalan berlenggang kangkung, dah pukul berapa dah, so terpaksa tunggu next tayangan. 1.30pm. Aku tak tahu pun ada lagi yang join, datang lambat sikit, so kira worth it lah tunggu, boleh lunch terus, window shopping carik baju utk dinner sekali. Cupp, jenama Sam baju lawa-lawa and harga tengah murah sekarang. Baju utk kasual lah. Aku mcm nak beli je semua, tapi tak boleh, bulan ni banyak pakai duit - dinner! Oh lagi, aku burn rm2 sebab matrix card tertinggal dalam beg dalam kereta. Ah takpelah, sedekah. (Cet abang tu takleh nak consider langsung, muka saya muka student kot)

So, overall, nice and not bad. That's my first thought! Semua kawan-kawan aku cakap best. Aku nak cakap best jugak tapi..aku TER-letak high expectation dari awal lagi so aku macam hesitate nak cakap best. Tapi bila fikirkan balik, since ni filem hikayat PERTAMA yang ada SCENE PERANG, and melibatkan sejarah empayar ROM and CHINA, this film deserve a thumb up! 

Aku cakap not bad sebab, kita masih boleh nampak kekurangan dalam filem ni. Tapi bila fikir, "Eh bukan senang nak buat filem sejarah macam ni, yang ada bahtera-bahtera, yang ada askar-askar Rom and China, yang ada rakyat Goa, yang ada lanun-lanun dan orang gasar, yang ada lawan-lawan guna pedang, lembing, and busur..banyak belanja,props dalam citer ni banyak kot..then macam scene perang tu mesti buat sekali je,kalau berkali-kali penatlah nak bersihkan darah-darah tu, baiki props, rumah-rumah kayu tu...dialog bahasa lama lagi.."

So, korang tengoklah sendiri. Setakat ni aku boleh cakap ni filem hikayat yang bestlah. Cuma, kalau boleh part yang sedih tu buat lagi sedih. Yes, cerita ni kurang dari segi emosi. Gah, meremang, sakit, kelakar tu semua dah ada dah, (hah jangan terkejut Merong ni pandai melawak, dah macam Jackie Chan aku tengok..lagi sorang si Ying Ying, dia ni memang kelakar), cuma part sedih tu kureng lah, bagi aku. Sepatutnya cerita yang ada mati-mati ni kenalah hentam kasi betul-betul sedih. Tu pandangan aku lah.

Anyway sebelum tengok, google dulu sejarah Merong Mahawangsa ni. Supaya pemahaman lebih jelas sepanjang tengok cerita ni. Aku tak tahu, mungkin hikayat ni banyak mitos so yang KRU Studio buat ni aku percaya, mestilah dorang dah kaji dulu. Contoh macam Garuda, melalui pembacaan aku memang adalah burung Garuda tapi dalam HMM ni kumpulan lanun yang bergelar Garuda. Namun, jangan risau, cerita ni dah digarap baik sebab ada narrator iaitu generasai ke tujuh Merong Mahawangsa yang akan bercerita asal usul Merong Mahawangsa ni, dan juga sorang India dari Goa tu tak ingat nama dia :) Mampuslah cerita sejarah terus cerita, terus perang je kan? Kenalah ada cara nak fahamkan audiens.

So 4 bintang. Korang kena ingat, ni filem HIKAYAT PERTAMA yang ada lawan-lawan, yang guna banyak bahasa, yang banyak belanja, yang banyak props, yang guna lautan manusia, and macam-macamlah. Supportlah filem tempatan. Aku boleh cakap, worth it sangat pergi tengok cerita ni dekat panggung. And aku harap, filem ni jaga standard dia, tunggu 3,4 tahun baru tayangkan dekat TV/Astro. Filem ni ada standard tersendiri. Thats all!

Nota: First time dapat tengok cerita yang fresh keluar kat panggung. Plus memang teringin nak tengok dari awal tahun tunggu akhirnya dapat :)



2 kiriman komen

  1. AyesyaAhmad // Thursday, March 10, 2011 8:27:00 PM  

    tahniah ko da tengok! nanti aku pun nak tengok! aku takut sebenarnya nak tengok.takut thriller je yang syok.then ko cakap seronok.so aku HARUS pergi tengok.haha! :P

  2. Anonymous // Monday, March 14, 2011 11:44:00 PM  

    best ker? ramai kata best. tp, try korg baca blog nie. ragu2 gak aku dibuatnya.. sape ntah tulis.
    kritikfilemmelayu.blogspot.com