4th week: 3 YEARS

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, July 31, 2010 | , | 7 kiriman komen »


Bila aku fikir, again & again & again & again & again & again & again.. 3 TAHUN.. Lamanya...

Ish, tak tahulah macam mana aku nak survive. 5hb nanti genap sebulan. 1 bulan dari 36 bulan. 4 minggu dari 156 minggu (roughly). 30 hari dari 1095 hari (roughly). Ah melampau lah pulak nak kira ikut jam, minit dan saat.

Hmm.

Kalau dapat 2 TAHUN SETENGAH kan best. Walaupun lebih kurang je tapi entah, dari sudut psikologi, 'setengah' tu mententeramkan jiwa, nampak macam sekejap, bagi aku lah, dan 'nombor 2' tu akan buat aku bersyukur sangat-sangat sebab at least ia bukan nombor 3, tempoh yg sama waktu aku diploma dulu. Kira macam 'Oh kurang sikit daripada diploma, okey sangat ni!'

Okey, dah terluah dah pun. Ni gara-gara tension tengok most subjek kena amek balik lah ni, ingatkan dah tak jumpa dah. Pastu gara-gara offer untuk buat 2 tahun setengah minggu lepas nampaknya cuma akan memberi penderaan mental sebab jadual akan packed gila and ditambah pulak dengan OBE-SCL system ni, semua pun jadi kecut nak setuju dengan offer tu. Ingatkan ada sinar ceria disebalik offer tu tapi sinar gelita yang datang. Sinar yang kalau dia tak datang mula-mula pun takpe sebab dia dah buat aku happy2 and then down se-down-nya.

Ya Allah kuatkanlah semangat aku.


Note: Readers, please forvige me that you have to read this nonsense babling talk. It takes time for me to adapt myself with this new life. Peace (-__-) v



minggu kedua di tempat baru. (esok masuk minggu ketiga)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, July 18, 2010 | , | 4 kiriman komen »

Salam.

Ahad. Esok masuk minggu ketiga. Ini entri pertama aku taip dari rumah sewa aku. Sorrylah lama tak update. Actually line streamyx ni dah masuk dari Ahad lepas lagi tapi itu lah, plan nak update blog kat rumah masa weekend, tapi macam tak berkesempatan pulak. Hehe, aku balik lagi, kan dah cakap, homesick *tounge*

Hmm aku tak tahulah kenapa aku macam 'mengada-ngada' sikit kali ni. Maksud aku, ada something dalam diri aku ni yang bergelodak-perasaan yang bercampur-campur. Rasa hiba, sedih, pilu, rindu...semuanya macam berkocak dalam hati aku. Berkocak-kocak sehingga membuatkan aku rasa tak senang, tak tenang, rasa tak sedap hati.

Aku tak pasti selama ni macam mana. Masa aku belajar 5 tahun kat Melaka dulu. Masa aku belajar 3 tahun kat Sarawak dulu. Aku tak pasti. Tak ingat. Tak ingat macam mana severe-nya rindu, pilu, sedih, hiba aku. Logik, kalau aku mengada-ngada masa 5 tahun kat Melaka dulu. Masa tu first-time aku jauh dari family. Logik jugak kalau aku mengada-ngada masa 3 tahun kat Sarawak dulu. Yelah, jauh, dipisahkan Laut China Selatan lagi. Nak balik harapkan cuti semester jelah dan kalau ada apa-apa kesusahan kene settle sendiri, saudara-mara pun takde nak tengok-tengokkan.

Kenapa ya aku mengada-ngada sangat? Masih dalam satu negeri. Paling lambat pun 1 jam perjalanan dari kampus ke rumah, kalau aku yang drive lah, mungkin, belum pernah cuba.

Tapi tiap kali balik takdelah aku mengadu kat sesiapa. Aku diam je. Waktu tu aku cuma fikir aku nak hargai tiap minit aku ada kat rumah. Mengada-ngada betul kan? Entah, susah aku nak explain. Aku harap, benda ni cuma sementara. Sebenarnya aku takut....takut ni petanda tak baik. A'uzubillah min zalik ya Allah!

Tolong doakan aku okey. Doakan semuanya baik-baik sahaja. Doakan hati aku tenang, tenteram dan doakan semoga keluarga aku dan aku selamat sejahtera. Amin. I love my family.

Enough with FIFA 2012. Let's predict which team will win in FIFA 2014!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, July 09, 2010 | | 0 kiriman komen »


Tu pun kalau sotong ni panjang umur *tounge*

seminggu di tempat baru. Biasa je.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, July 09, 2010 | | 2 kiriman komen »

Salam and good morning readers!

Honestly aku homesick,homesick,homesick!!!! Walaupun rumah tak jauh,kira-kira,mungkin 30-40 km je dari kampus *aku yang tak reti mengagak jarak* tapi rasanya susahlah nak balik every weekend. Nanti aku cerita sebab apa. Tapi seriously seminggu ni aku menghitung hari."Cepatlah hari jumaat~ cepatlah hari jumaat~" sebab Jumaat ada 1 kelas je pukul 8.30-10.30. Tup,tup kelas hari Khamis and Jumaat canceled. Kelas Biochemistry hari Jumaat (hari ni) memang Prof dah bagitahu awal-awal cancel,hari Selasa lagi dah bagitahu so tulah angkaranya aku menghitung hari je. Yang kelas hari Khamis ni last minute baru bagitahu, time aku bertolak naik Rapid dari Fasa 2 Puncak Alam nak pergi kelas baru aku dapat mesej from class representative. Tapi takpe coz kebetulan nak kumpul semua maklumat untuk assingment Solid Waste Management for Env Health (SWM) and lunch dengan Angah tengah hari tu. So, now I'm home, happy tapi pada masa yang sama rasa sayu, entah bila dapat balik weekend camni lagi huhu.

So tadi dah janji nak bagitahu sebab apa kemungkinan besar tak dapat balik every weekend kan? Hmm takdelah sebab apa pun, yelah semester pertama, PTPTN pun tak masuk lagi so apalagi masalah duit lah. Aku korek tabung taw nak sambung belajar ni, nanti dah dapat PTPTN baru aku ganti balik. So duit belanja bulanan tak boeh bagitahu tapi yg pasti sikit. Tolak deposit rumah sewa RM112.50, sewa rumah bulan ni RM112.50, deposit bil elektrik & air RM18.75, kunci rumah RM16.00 so dah tinggal berapa je untuk bulan ni. Belum cerita lagi duit-duit lain macam hari-hari nek Rapid, ulang alik RM2 sehari paling kurang, duit buku (aku masih dilema nak beli ke taknak huhu), duit perkakasan rumah, duit makan rumah, bil api air bulan ni and setakat ni cukup sampai situ, tu pun dah tinggal bape hengget je tunai dekat aku. So, tu masalah duit. Semua orang pun alami masalah yang sama kan untuk semester pertama? Tapi entahlah, aku terasa sangat bab-bab duit ni. Memang hari-hari aku kira balik pbelanjaan aku. Aku terpaksa cut duit sana-sini, selalunya duit untuk buku and lunch/dinner aku, meaning to say aku tpaksa tak beli buku Biochemistry walaupun aku tahu kemungkinan besar aku akan gagal sebab aku tak pandai subjek ni. Untuk lunch/dinner pulak, terpaksalah beli murah-murah saja,tak amek ayam or daging,amek sayur,sosej,telur or fishball je kalau nak ada protein and vitamin sikit..oh yang ni aku rasa resam setiap student. Okey enough about masalah duit!

Secondly, maybe akan ada lots of assigments so tak dapat nak balik every weekend. Sebab apa aku begitu pasti? Sebab approach baru UiTM lah, OBE-SCL (Outcome Based Education-Student Centered Learning) konon..huhu. Aku malas nak cerita pasal pendekatan baru UiTM ni sekarang sebab..menyampah. Merana hidup aku lepas ni. Wo minggu ni je dah ada 2 assingments. Yang untuk subjek SWM ni gila susah..lepas update entri ni aku nak buat. Aduh, not to mention kelas aku ada 60 lebih students so aku rasa memang akan buat group assingment je memanjang, which I hate the most! Kalau 1 group 2-3 orang, aku consider lagi. Tapi kalau dah 1 group 8-10 orang...haih..alamatnya macam-macamlah hal lepas tu.

Dahlah cukuplah dua sebab je. Mengada-ngada pulak aku nak balik every weekend kan? Hmm camne nak cakap ek..mula-mula kott..yelah dah lama cuti. Selalu celik mata je family ada kat depan, bosan-bosan je sakat adik-adik, so rindu semua tu. Lagi satu sebab tak ngam lagi dengan housemate, dorang semua kos Farmasi, senior pulak tu, so aku tak dapat bayangkan apa yang aku akan buat time weekend, selain siapkan assgnments, yelah orang tak berduit, duduk rumah jelah. Kalau ada tenet takpe jugak, boleh facebooking. Lagi satu cmne nak cakap ek. Puncak Alam ni macam kosong..macam..tak happening. Manusia tak bertali-arus macam kat UiTM Shah Alam. Sunyi-sepi. So jarum masa kat Puncak Alam seolah-olah bergerak lambat dari yang sepatutnya. Haha. Seriuuuusss. Tak caya trylah datang. Ingat aku suka-suki ke nak balik?


Anyway, kalau orang tanya macam mana life aku dekat Puncak Alam sekarang, I would say, biasa je. Orang yang bijak mungkin dapat baca apa yang tersirat disebalik perkataan tu. Ah biar aku terus terang jelah! Aku sedih dan risau tak dapat survive. Tambah sikit emoticonlah. :'(

Noktah.