minggu kedua di tempat baru. (esok masuk minggu ketiga)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, July 18, 2010 | , | 4 kiriman komen »

Salam.

Ahad. Esok masuk minggu ketiga. Ini entri pertama aku taip dari rumah sewa aku. Sorrylah lama tak update. Actually line streamyx ni dah masuk dari Ahad lepas lagi tapi itu lah, plan nak update blog kat rumah masa weekend, tapi macam tak berkesempatan pulak. Hehe, aku balik lagi, kan dah cakap, homesick *tounge*

Hmm aku tak tahulah kenapa aku macam 'mengada-ngada' sikit kali ni. Maksud aku, ada something dalam diri aku ni yang bergelodak-perasaan yang bercampur-campur. Rasa hiba, sedih, pilu, rindu...semuanya macam berkocak dalam hati aku. Berkocak-kocak sehingga membuatkan aku rasa tak senang, tak tenang, rasa tak sedap hati.

Aku tak pasti selama ni macam mana. Masa aku belajar 5 tahun kat Melaka dulu. Masa aku belajar 3 tahun kat Sarawak dulu. Aku tak pasti. Tak ingat. Tak ingat macam mana severe-nya rindu, pilu, sedih, hiba aku. Logik, kalau aku mengada-ngada masa 5 tahun kat Melaka dulu. Masa tu first-time aku jauh dari family. Logik jugak kalau aku mengada-ngada masa 3 tahun kat Sarawak dulu. Yelah, jauh, dipisahkan Laut China Selatan lagi. Nak balik harapkan cuti semester jelah dan kalau ada apa-apa kesusahan kene settle sendiri, saudara-mara pun takde nak tengok-tengokkan.

Kenapa ya aku mengada-ngada sangat? Masih dalam satu negeri. Paling lambat pun 1 jam perjalanan dari kampus ke rumah, kalau aku yang drive lah, mungkin, belum pernah cuba.

Tapi tiap kali balik takdelah aku mengadu kat sesiapa. Aku diam je. Waktu tu aku cuma fikir aku nak hargai tiap minit aku ada kat rumah. Mengada-ngada betul kan? Entah, susah aku nak explain. Aku harap, benda ni cuma sementara. Sebenarnya aku takut....takut ni petanda tak baik. A'uzubillah min zalik ya Allah!

Tolong doakan aku okey. Doakan semuanya baik-baik sahaja. Doakan hati aku tenang, tenteram dan doakan semoga keluarga aku dan aku selamat sejahtera. Amin. I love my family.

4 kiriman komen

  1. pu3mas // Sunday, July 18, 2010 10:53:00 PM  

    uitt.. sedih ka? aduhai.. boh la sedih.. kmk knl ktk la.. mula2 je kot.. nanti2 ok la ya.. haris yang kmk kenal kuat ba.. btw, ktk ya jgn la pk yang bukan2 glak... adeh, haris2, ktk still xberubah kan???

  2. Unknown // Monday, July 19, 2010 10:37:00 PM  

    be strong bro..chaiyok!!!!

  3. harisu-sama a.k.a RS // Saturday, July 24, 2010 1:41:00 PM  

    mas,hehe..kn mek dah madah tek. kmk pon xtaok kenak kmk ngegeh gilak kali tok huhu. thnX utk advice ya..really appreciate it. yup maybe mula2 kot kdk tok. doakan kmk kayh :)

  4. harisu-sama a.k.a RS // Saturday, July 24, 2010 1:42:00 PM  

    matpek,adeyh malunya..thnX anyway :)