WOW [3rd week of August'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 25, 2011 | | 1 kiriman komen »




Telah ku pilih jalan ini,
Meski kini ku sendiri,
Renungi erti sepi,
Tak lagi ada satu kata,
Satu jiwa dalam cinta,
Yang ada hanya hampa..

Semakin terasa,
Semakin berbeda,
Sungguh sangat menyeksa..

Kata hatiku,
ku simpan dalam diam,
tak perlu ucap lagi,
kau kan mengerti, 
suatu hari,
mengapa harus terjadi,

Semakin terasa,
semakin berbeda,
sungguh sangat menyeksa..

Sepiku lara..
Hatiku hampa..
Karena cinta, menyeksa di dada..

Lelah aku mencari,
ruang cintamu,
untuk cintaku,
bagi cinta ini..

Lelah ku terus berlari,
dan tanpa bererti,
membelah hati..

Terumbang-ambing dalam kebimbangan..

Dan ku terus berlari..

Terumbang-ambing dalam kebimbangan..

Yang hilang biarlah menjadi kenangan..
Biarkanlah..
Lepaskanlah..
Yang hilang biarlah menjadi kenangan..
Biarkanlah..
Lepaskanlah..

Telah kupilih jalan ini,
meski ku sendiri,
renungi erti sepi..




WOW [2nd week of August'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 25, 2011 | | 0 kiriman komen »

Sorry lama tak update. First, busy merehatkan diri. Yelah baru balik PLKN kan. Pastu ni je baki cuti yang tinggal untuk dinikmati sepenuhnya. Second, specially untuk segmen ni, rentetan sejak Mei lepas dah tak dengar radio so tak tahu nak share lagu apa. Haruslah share lagu yang aku selalu layan. Taboley pakai letak je.

So, aku tak tengok AF pon. Tapi aku suka lagu ni. 1st time dengar dah menusuk-nusuk kalbu sebab lirik tu macam kena batang hidung sendiri. 


Aku cuma tahu nama dia Nera. Produk AF9. Sabahan. Younger than me & non-muslim. I thought she's muslim.


Pernahkah engkau hargai,
cintaku yang sejati,
pernahkah engkau mengertikan diriku ini..

Betapa hebatnya cintamu,
memberiku sejuta pilu..
Betapa agungnya asmaramu,
membuatku terpaku..

Disisimu aku terdiam seribu bahasa,
Dihati ku bergetar sejuta rasa,
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu..

Nafas ku terhenti bila melihat dirimu,
Terasa pantas degupan jantungku,
Mungkinkah hatiku miliku jua?
Ku sayang padamu..

Kan ku abadikan dikau,
suatu kenangan yang manis,
yang tak mungkin aku lupa,
untuk selamanya..

Kan ku coretkan kenanganmu,
dalam sanubariku ini,
agar jadi yang terindah, 
di dalam hidupku ini..

Bagai bahtera, yang dilanda badai,
gelora cintamu, mengucap jiwaku,
ombak mencari, daratan yang damai,
Oh cintaku..



Fashion Police - Hijab/Headscarf

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 12, 2011 | | 0 kiriman komen »






Sharing is caring.
Senyum.
Selamat berpuasa muslimat semua!


Nota: Tulisan merah adalah untuk di-klik ya.

WOW [1st week of August'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 12, 2011 | , | 0 kiriman komen »

Dia Tuhan, hanya Dia yang satu mempercayaiku..
Kasih mu ya Allah, membelai langkahku..

Dulu tika ku pernah berada jauh terpaling darinya..
Dia terus lagi, berada di sisi..

Engkaulah yang satu mempercayaiku, oh Tuhanku..
Peluang darimu ruang baru yang engkau hamparkan..
Engkaulah yang satu yang memberikanku, hidayahmu..
Peluang darimu ruang baru yang engkau hamparkan..

Indahnya rahmatMu..


+ Intro nasyid company Delta which is inspired & sang by Aisyah Sara +



untunglaaaah kita semua ni umat Nabi Muhammad..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 11, 2011 | | 2 kiriman komen »

Salam.

Cuti dan duduk saje kat rumah tak buat apa-apa memang bosan kan? Online Fb pon, kawan-kawan ada yang tengah kuliah (untuk cuti semester yang tak sama), ada yang tengah kerja (mereka-meraka yang bakal men-sponsor makan naik semester baru nanti muahaha!), ada yang tidak melanggan streamyx atau mempunyai broadband dirumah makanya tak dapat online selalu dan sebagainya. Nak kerja tapi apakan daya cuti tinggal kurang dari sebulan je lagi, manalah ada orang nak amek bekerja. Dekat area sini lah. Area korang mungkin lain. Tak tahulah kalau kat bazar ramadhan ada kerja kosong kan, tak try pulak tanya. Pergi bazar pon tak, nak tanya macam mana, haih.

So, bila online pon bosan, dengar radio pon bosan, layan citer korea pon bosan, tengok kartun TV9 pon bosan, tidur pon bosan, kadang-kadang tu tangan ni mencapai buku-buku cerita zaman kanak-kanak dulu untuk di baca. 

Bukan takde buku-buku yang sesuai dengan umur aku untuk di baca like ensiklopedia, buku-buku sejarah, buku-buku agama, buku-buku politik, buku-buku sains, tapi aku dah lah tengah bosan, lepas tu nak suruh otak aku mencerna pulak buku-buku yang sarat dengan tulisan rapat-rapat,kecik-kecik dan bersaiz tebal tu..oh no,no, terima kasih jelah.

So pada suatu hari, Mayang Sari dengan tidak sengajanya telah memecahkan sebuah pinggan.. Eh, salah pulak! Cuba teka tu citer apa? Haha. Di ambil terus dari salah satu buku yang aku baca cuti-cuti ni.

Ok,ok tiba-tiba menjela pulak aku tulis. Let's get straight to the point k! Cuti tak buat apa-apa buat aku bosan. So aku baca buku kanak-kanak. Salah satunya adalah buku 25 Rasul. I bet everybody knows the books right? Satu colour biru & another one is green. Buku ni daripada aku kecik lagi, dah berapa kali baca, tapi hari tu masa baca, berkerut-kerut dahi macamlah baru baca. Nampak sangat aku pelupa kan? Haih. 



So, cuba baca balik buku ni. Korang bandingkan zaman-zaman nabi dulu, dengan zaman sekarang. Kalau zaman dulu, kesalahan-kesalahan yang dorang buat, dorang kena azab on the spot. Hujan batu, bumi di tebalikkan, banjir besar, serangan serangga, macam-macamlah.. Setiap satu zaman mesti ada satu kesalahan yang sangat besar dorang buat, dan Allah ceritakan azab yang menimpa dorang kepada kita, sebagai pedoman. 

Tapi yang menariknya, zaman sekarang..zaman kita umat Nabi Muhammad SAW, umat akhir zaman, especially yang betul-betul akhir zaman ni,yang dah hujung-hujung ni, sedar tak kita semua, kesalahan-kesalahan yang kita buat adalah lebih besar daripada kesalahan-kesalahan umat-umat terdahulu? Dan sebenarnya adalah himpunan SEMUAAAAAAAAAAA kesalahan-kesalahan umat terdahulu. Ajaran sesat aka mengaku diri sendiri Tuhan, sebijik macam Firaun. Menipu dalam timbangan dan perniagaan sebijik macam zaman Nabi Syuib. Dan sebagainya. Kita tengok apa yang berlaku kat sekeliling kita sekarang. Maha teruk! Buang anak macam buang tisu lap hingus, bunuh orang macam bunuh nyamuk, simbah asid macam simbah air, ragut sampai mangsa ragut maut, merompak, menyamun, culik pastu jual, rasuah, riba', rogol darah daging sendiri, rogol anak orang, fitnah, murtad, pijak/bakar Quran, hina Tuhan directly tanpa rasa takut walau sedikit pun... dan ehh macam-macamlah!

sila kelik kalau rasa-rasa tak nampak

Tapi..kita "SELAMAT".. YEAYYY! Sebab kita umat Nabi Muhammad. Allah ada turunkan musibah macam tsunami dan gempa bumi, tapi tu sikit je, sebab tu sekadar ingatan dan amaran. Tapi, ada kita kisah?

So apa yang aku cuba sampaikan adalah, kita sebenarnya memang boleh sorak "SELAMAT..YEAYYY!" sebab kita diberi peluang untuk berubah & bertaubat dari dosa-dosa spesifik yang kita lakukan. Itu pun kalau kita sedar. Itu pun kalau kita terselamat lah masa Allah turunkan amaran & ingatan tu. Kalau tak selamat, haha, "bye bye.., see U in the deepest hell baby!~"

Lagi sekali, ni sekadar satu entri utk buka pintu hati kita semua. Ya termasuk aku. Aku jahat, sgt jahat! (Tolong pegang kata-kata aku ni) Tapi jangan gunakan entri ni, dan entri-entri sebelum dan selepas ni untuk hukum aku, untuk judge aku.. "Alah dalam belog bukan main lagi, padahal dia..(cmni), dia..(cmtu).." Perubahan ni, ia makan masa. Aku cuma kongsikan apa yang aku rasa. Dan juga cuba untuk menambah 'bar' pahala. 

Mintak maaf kalau ada kesalahan fakta ke, that's why I write this as general as I can, taknak TERsebar maklumat yg salah pulak. Kalau rasa patut dikongsi, kongsikan je, tak marah pon. 

Okeylah, selamat berpuasa!





SPECTACL [E/U] LAR

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, August 10, 2011 | 0 kiriman komen »


Full frame.
Black.

Aku rasa style zaman sekarang lah.

Anyway, everyone looks veryyyyyy handsome & beautiful with such nerdy look.






besties?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, August 09, 2011 | | 3 kiriman komen »

Sometimes aku rasa, things like best friend and besties are BULLSHIT!





sesal yang sebentar-sebentar

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, August 08, 2011 | | 1 kiriman komen »

Ramadhan kali ni entah kenapa dugaan dia lain macam.
Daripada awal aku dah dapat agak, yang.. Ramadhan kali ni takkan jadi Ramadhan yang lebih baik dari yang lepas-lepas.
Dari aspek dugaan ya.

Kecewa dengan diri sendiri dan punca-punca dugaan tu.

Tapi dari aspek lain macam, aktiviti-aktiviti sepanjang seharian menahan lapar dan dahaga, bulan ni paling best kot. Sebab:

+ selepas kira-kira lebih kurang 8 ke 9 tahun, Ramadhan kali ni aku dapat berpuasa penuh kat rumah. Means, aku dapat berbuka, terawih, moreh dan apa-apa sajelah, dengan family. Err, sahur memang intentionally excluded sebab, setakat ni belum pernah bangun sahur lagi haha. Memang jenis tak bangun sahur. 8 ke 9 tahun sebelum ni hidup di perantaun. Dalam 30 hari Ramadhan, kurang dari seminggu je dapat berpuasa kat rumah. Dan lagi satu, sebab Ramadhan kali ni jatuh betul-betul masa cuti semester so, memang betul-betul puasa kat rumah lah. Ajaib!  

+ rentetan dari sebab pertama itu tadi, setiap petang sebelum berbuka, dapat tolong apa yang patut di dapur. masa tulah ibu turunkan ilmu.



+ dapat memanjakan badan bagaikan badak malas disorongkan bantal, lappy dan tv.

Hmm.
Kadang-kadang tengah-tengah aku mengelamun masa penceramah tengah sakan bagi tazkirah antara rakaat keempat dan keenam terawih kat masjid, aku terasa macam, aku perlu tinggalkan benda-benda duniawi dan dekatkan diri dengan perkara-perkara ukhrawi. Aku maksudkan, tinggalkan terus. Berhenti belajar, berhenti bersosial dengan kebanyakkan manusia dan sebagainya dan fokus pada benda-benda yang tak melalaikan macam baca buku-buku agama, jaga mata, travel masjid ke masjid keliling Malaysia dan lain-lain. Sebab, selagi aku tak tinggalkan semua tu, aku rasa aku takkan berjaya. Tapi aku tahu, tu bukan cara yang tepat. Kena seimbangkan? Ya, aku akan seimbangkan tapi dengan gaya hidup aku sekarang, aku rasa berat dunia dari akhirat.

Kadang-kadang bila aku tengok muka-muka yang datang masjid tu, aku rasa muka aku paling takde seri. Banyak dosa. Kalau dekat kepala setiap orang Tuhan letakkan simbol macam simbol bateri handset dekat phone kita tu (bentuk 'bar' tu, tahu kan?), bukan dekat dahi tapi atas rambut, macam maya gitu bentuk dia, dan besar kaler biru ke merah ke, sebagai petunjuk banyak mana pahala & dosa kita, mesti aku punya pahala paling sikit. Confirm!

Dan ini mengingatkan aku pada, setiap peristiwa aku bersama kawan-kawan. Bila aku cakap aku jahat, dorang tak percaya. Sebab imej aku macam..macam ya..macam baik. Aku selalu cakap, "sejahat-jahat manusia kat muka bumi ni, aku paling jahat". Selalunya kita dengar, "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" kan? So thats mean aku adalah jin :) . Haha. Ok aku jin tu mengarut.

Korang ada tengok tak rancangan Ini Kisahku @ TV9 baru-baru ni? Rancangan ni sangat menarik okey. Ia menceritakan tentang penghijrahan selebriti-selebriti kat Malaysia ni ke arah yang lebih baik. Kira dapat hidayah utk bertaubat, berubah and so on lah. Macam baru-baru ni, baru episod pertama, pasal Sham Kamikaze. Memang bukak pekung habis, terkejut jugak tengok. Bukan terkejut dengan pendedahan tu, sebab aku rasa semua orang pon sama, sejahat dia, termasuklah aku, tapi terkezut sebab dalam tu nanti, orang yang rapat akan bukak pekung kita, yang mana pada aku macam tak elok sangatlah tapi bila fikir-fikir balik, kalau tak bukak tentu tak berapa berkesan untuk sedarkan orang lain. Program ni bagus sebab dunia zaman sekarang, masyarakat lebih dekat dengan artis, ada artis pujaan masing-masing, so harapnya bila si artis yang menjadi pojaan hati dorang tu berubah, dorang boleh turut sama berubah. 
Ceh, habis aku tak berubah pon? Haish setan banyak nau dalam badan niiii...



So setiap hari Rabu & Khamis, pukul 6.30 petang, cubalah tengok, insya Allah tak rugi. Takpe, pintu hati yang dah berat dosa ni memang makan masa nak terbukak. Tapi janganlah sampai tertutup siap berkunci ber-padlock berantai besi bagai. Mungkin dengan program ni,terbukak sikit..1 mm ke pintu tu.

(pic from Khaleefah Allah's blog)

Okeylah sekadar berkongsi. Selamat berpuasa!



Wira (insert my name if you know)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 04, 2011 | | 0 kiriman komen »

Salam.

OK, akhirnya berjaya tamat latihan khidmat negara (PLKN) Sabtu lepas. Hmm. Ada saki-baki rindu lagi dekat PDS Resort, che'gu-che'gu and kawan-kawan yg mostly kanak-kanak ribena yg comel.

I MISS YOU. ALL OF YOU.

Tak pernah2 aku buat list khas dalam phone & pestbook tahu tak! Haih, muka je macam takde perasaan sepanjang 2 bulan lebih kat sana, padahal.. Tuhan je yang tahu banyak mana penghargaan & terima kasih yang aku malu & tak mampu ucapkan pada mereka. Terima kasih sebab sudi berkenalan, bergaul, bercakap, tegur, berlawak, b'gambar, riadah, makan, mandi, solat, tidur, dan semua lah..sama-sama. Thank you. Untuk seorang yang tak bersosial dan tak reti memulakan conversation macam aku ni, aku sangat appreciated it. Ok enough. Mungkin lepas ni ada label khas utk kenang-kenangan PLKN ni pulak kan dalam belog ni? Manalah tahu.

Disebabkan aku amat masak dengan diri aku, yakni seorang pelupa, maka aku packing sekali sebuah buku utk dijadikan diari sepanjang aku ber-PLKN kat sana.


*sayangnya minggu-minggu terakhir takde masa nak tulis. balik roll call malam dapat bantal terus zZZ.

Aku rasa kemungkinan besar ada label baru untuk belog ni. Sementara tengah ingat ni bagus bangat aku post memori-memori yang aku tak boleh lupakan sepanjang National Service tu. Betul tak?


Okeylah, selamat berpuasa! 

Salam.

Nota: Okey dah ada label baru dah. PLKN *tounge*

EHSAN Survival Camp @ Berhulu Camp

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, May 15, 2011 | | 0 kiriman komen »

Salam.

Huaah dah lama tak update. Lepas ni lagi lama tak update. Later I'll explain okai?

So nak upadate secara ringkas je. It's about survival camp yang aku join baru-baru ni. It was AWESOME! Serious. Dah balik baru rasa awesomeness itu.

Kitaorang camping dekat Berhulu Camp. Berhulu Camp ni dekat daerah Jempol, Negeri Sembilan. Sangat dekat dengan Hutan Lipur Serting Ulu. Peserta 100+ terdiri daripada bacth aku, dan batch junior diploma dan degree aku.

Sebagai AJK Aktiviti yang tak berapa buat kerja sangat (bersebab okey!), aku dan beberapa orang AJK lain - Aziah, Su, Mun, Jaff, Benet, Ina, Del including Ju (peserta) pergi awal sehari untuk prepare & survey macam-macam perkara sebelum event berlangsung. Maksudnya 4 hari 3 malam ktorg dekat sana. Sebulan sebelum tu dah survey tempat ni dah. Now cuma survey tempat yang sesuai utk jalankan aktiviti macam explorace dan sebagainya. Dan juga prepare bergelen-gelen air masak, pasang sebuah khemah besar utk peserta lelaki (sebab khemah ni kena buat sendiri,bukan khemah pasang siap) dan sebagainya.

Nak pendekkan cerita, sebagai orang yang first-time ber-camping, aku rasa seronok. Nak kata seronok sangat tak jugak sebab.., nanti aku bagitahu kenapa. 

Seronok sebab:

+ Dapat belajar pasang khemah. Khemah pasang siap ni rupanya senang je nak pasang. Excited bila dah pasang. Perasaan tidur dalam khemah, sungguh best! Aku dari kecik kot teringin nak tidur dalam khemah. Umur dah cenggini baruuuuuu dapat, waaa serius cakap, lena wo tidur dalam khemah. Walaupun permukaan tanah tak rata, berbonggol-bonggol sikit, malam kadang-kadang tanah rasa sejuk dan basah, tapi tidur lena mengalahkan tidur dekat hotel hehe.

+ Masak guna unggun api. Pergh sangat susah okey masak guna unggun api. Menguji kesabaran terutama utk seorang yang anti-asap macam aku ni. Baju toksah cakaplah, memang bau asap je memanjang duk sana. Tak selesa tapi nak buat cmne, masuk hutan buat cara masuk hutan lah kan? Time masak, memang bercucuran air mata. Bukan terharu sebab makan sardin dalam tin or makan nasi lembik ke apa, tapi sebab asap tu haha. Lucu. Serius. Teresak-esak masing-masing time masak. Nyalakan unggun pon susah. Nasib baik aku satu team dengan bekas ahli pengakap sekolah haha. Auf. Serius aku bersyukur dia satu group dengan aku. Nak harapkan aku, kebulurlah team aku. Makan biskut kering cicah air masak jelah. Kiranya aku belajar daripada Auf ni lah cmne nak nyalakan unggun api dengan betul. Macam, kita kena kepung sikit. Aku rasa ada kaitan dengan mengepung oksigen kot, entahlah. And kalau api dah start nak padam, dah tinggal bara je kan kayu-kayan tu, ada cara dia nak kipas. Okey yang ni aku tak pass sangat. And Marcos pulak ajar aku cara pilih kayu untuk jadi bahan bakar. Kita kena cari kayu yang senang kita nak patahkan dan berbunyi garing masa kita patahkan tu.

+ Berakit. Ni pon first-time yo! Mula-mula aku macam..adoooohhh lecehlah aktiviti niiiiii. SEBAB AKU TAK SUKA AKTIVITI AIR. Tapi tetibe lak group aku terpilih untuk buat rakit, berenang + apung diri dalam air, and practice berlumba guna rakit yang kitaorang buat. Tapi of course lah terima kasih banyak-banyak dekat life jacket. Tanpa ia, tidak terapunglah aku. Aku rasa macam nak beli satu jelah, lepastu pergi swimming guna benda alah ni boleh tak? Haha. Okey,berakit sangat letih especially kalau berlumba. Lenguh lengan dengan pinggang. Terkial-kial aku mula-mula berakit. Aku tahu konsep untuk gerakkan rakit,yelah biasa tengok tv kan. Tapi masa mula-mula, rakit tu tak pandai nak gerak lurus. Asyik nak menyimpang je. Kiri kanan aku yang bersorak-sorak asyik jerit-jerit nama aku," kuat lagi RS, kuat lagi!".."dayung belah kiri RS (ini berlaku masa dua2 pendayung kayuh belah kanan)..as if aku je punca kelembapan dan penyimpangan rakit tu. Segan jugaklah. Terasa macam aku lembik sangat pulak. Tapi, biar jelah. Senyum, tak perlu kata apa-apa~~ Sebenarnya aku tahu apa yang aku buat bila aku dayung belah yang sama orang depan tengah dayung. Aku sebenarnya nak betulkan kedudukan rakit tu. Yelah kadang-kadang, kita terkayuh kuat while partner kita kayuh pelan so dayungan yang dominan lah yang menyebabkan rakit tu menyimpang dari jalan yang lurus. So somebody perlulah betulkan ya tak? Dan hasilnya, group aku juara lumba rakit. Permainan bersih, takde guna 'engine', takde sabotaj mana-mana group, takde main tipu punya. Nice kan? 

+ Famous sikit. Sebab hari pertama lagi masa En. Izwan, penasihat kelab tanya "siapa yang first-time camping?" walaupun aku tak jawab, tapi ramai-ramai tolong wakilkan aku jawab, yang aku baru 1st time join camping ni. Serentak lepas tu, En. Izwan tambah pulak pasal aku nak gi PLKN puleeekkk. Haha suka taw kaitkan! Segan den. Habis semua orang tahu.

+ Mandi jeram sorang-sorang. Aku memang buat jeram tu macam tempat aku. Siap AJK yang pergi awal ni gelarkan spot-spot tertentu as 'tempat RS bersiram' something like that lah. Tak ingat word sebenar dia apa. Sebab, as I said earlier, aku tak suka aktiviti air. Tapi aku suka mandi. Mandi of corselah guna air kan, takkan guna pasir lak. Tapi aku tak suka mandi ramai-ramai..aku rasa tak selesa. Lagi-lagi open air mcmtu. Kalau aku model ke badan cantik ke apa ke takpe gak nak mandi berjemaah. And aku kan lone ranger, aku suka sendiri-sendiri je apa-apa hal, senang sikit buat kerja.

+ Dapat kawan/kenalan baru. Aku macam biasa, tak banyak cakap. Aku tak tahulah aku ni memang tak pandai nak berkomunikasi dengan orang lah kot. Nak mesra-mesra ni amek masa yang agak lama. Jadinya, aku tak mesra sangat dengan semua orang. Walaupun satu kos. Even dengan group aku pon aku kaku. So, sorry sangat2 dengan ahli kumpulan 2, kumpulah Blue Dragon, saya memang mcmni. Rasa agak menyesal jugak sebab ni lah peluang nak eratkan hubungan silaturrahim dengan lebih ramai juniors lagi, especially yang diploma sebab next sem dorang pindah ke Penang, bukan lagi sekampus dengan kitaorang. Hmm. Tapi takpelah. Mungkin ada hikmah nya. (Apakah?) Haha. Tapi masa Solo Camp, malam tu kitaorang (group 2) borak-borak, ice breaking, yang tu syiokk..borak-borak depan unggun api, ngumpat-ngumpat sikit, sampai tersengguk-sengguk tahan mata (tu aku sorang je). 

Yang tak seronoknya:

+ Nampak patethic dan tak boleh diharap. Ni bermula dari mula lagi. Aku AJK Aktiviti tapi aku tak menyumbang sangat dari segi idea. Tapi aku dah explain dah, aku betul-betul tak tahu nak buat aktiviti tambahan macam mana kalau dalam hutan, dengan group bercampur laki perempuan degree diploma senior junior macam tu, selain aktiviti yang memang ada dalam pakej Berhulu Camp tu. Aku cakap terang-terang, aku 'on' je any aktiviti yang di cadangkan dan aku cuma dapat bantu dari segi tenaga and tokok tambah idea asal je. Tapi ada masa, ada pihak yang tak faham. Aku tak kisah kena sindir tapi kalau berlebih sangat...siapa pun tak tahan kan? But I managed to terus bersabar, sebab aku tak nak sebab benda-benda small matter mcm ni nak gaduh-gaduh. Chill saja. I admit my mistakes and thats it.

Lagi yang buat aku nampak pathetic adalah dalam group. Masa masak terutamanya. Tapi syukurlah aku 1 group dengan Auf. Serius macam aku cakap awal-awal tadi, nak harapkan aku memang tak makanlah group aku, huhu. Segan sebenarnya. Masam solo camp pon, yang buat unggun dan jaga sampai ke subuh memang si Auf sorang. Aku rasa macam nak tolak diri sendiri jatuh dari lereng hutan tu je sebagai hukuman rasa bersalah. Haih.. Lepas tu dengan Kak Sya pulak lutut terseliuh, aku macam clueless tak gheti-gheti nak kurangkan beban/tugasan dia.. Tak gentleman langsung. Aku harap, budak group aku tak ngumpat aku sangat. Haha. I know I am really really pathetic..takpe I admit, memang, kalau boleh nak tahan teksi balik rumah pergi tuisyen study ilmu hutan lepas tu baru datang balik tolong apa yang patut.

+ Sakit perut. You know what, almost everytime aku sakit perut. Aku rasa macam PMS! Cewah! Haha. Ya, aku macam bad mood je sebab sakit perut. Perut kejap memulas-mulas lah. Kang lepas tu bila dah membuang, perut dah kosong, masuk angin dah pulak. Bila dah masuk angin, sampai seharian sakitnya. Sabar jelah. Minyak angin dalam first aid tu, aku yang rasmikan. Hari pertama sampai aku dah guna dah. Diarrhea. And aku rasa aku paling selalu guna. So bila sakit perut ni, ada masa tiba-tiba aku lesap. And ada masa aku macam tak boleh nak banyak gerak tolong-tolong sebab aku macam perlu baring mengkrengkot untuk legakan sakit tu. Masa solo camp sangat seksa. Dorang happy-happy ice breaking, Auf pulak full timer jaga unggun api and aku cuma dapat duduk tekan tekan perut je. Most of them tak tahu aku sakit perut kot. So tu yg aku rasa bersalah lebih sikit tu.

+ First-aid. Kanak-kanak yang jaga first-aid ni, bila aku perlukan dorang time tulah dorang takde. Dua kali aku luka berdarah dekat jari, aku yang terkial-kial uruskan sendiri. Masa aku sakit perut pulak menggagau nak cari first-aid nak amek minyak angin. Berapa kali aku sakit perut. Rasanya macam setiap jam kot especially second day program (tapi 3rd day aku dekat sana). Masa solo camp. Berapa jam aku dalam hutan tu tak berminyak angin. Serius weyh tak tahan. Rasa nak nangis sekejap ada masa-masa tu sebab memang tak tahan, nak diri pon tak dapat. Aku tak tahu nak cari cmne sebab bukan ada walkie talkie dekat group aku. Nak susahkan budak group aku,aku segan,nanti dorang kata aku ngengada pulak. Ini part yang aku paling kecewa lah. Tapi let bygone be bygone. I'm OK now :)

Hmm banyak lagi nak tulis tapi cukuplah setakat ni je kot. Ni pon dah berjela dah. Anyway kalau nak tengok gambar boleh tengok dengan Fb. 

Pengalaman ni memang satu pengalaman yang aku harap aku takkan lupakan. Ada sebab aku tak boleh lupa. Biar aku je yang tahu. Yang penting I'm quite happy dipertemukan dengan kenalan-kenalan baru. Kenal nama pon satu pencapaian yang baik bagi seorang socialphobic macam aku ni haha. And aku seronok dengan ragam budak batch aku terutamanya dan juniors amnya. Aku rasa setiap sorang dari dorang ni ada seri dorang yang tersendiri lah. Sampaikan pihak Berhulu Camp pon macam dah sayang je dengan budak-budak ni. 

Sebelum tu tadi mula-mula tadi ada cakap blog ni pasni akan tak ber-update utk tempoh yang lagi lama kan? Okey it's because I'm away for National Service (PLKN) for 3 months dekat..nogori jugak. Haha. Jadi orang nogori laie lah den pasni. So, doakan everything's going to be okay. Risau dengan luka eksiden yang tak baik-baik lagi ni, takut dekat sana luka ni terkoyak lagi. Haih bila nak jadi kulit betul pon aku tak tahu lah =_=" Dan risau akan buat hal sendiri je dan tak bersosial dengan orang. Yang dah lama kenal RS tahu lah RS ni cmne..haha.

To no 2, I'm going to miss U. Take care & jangan nakal nakal semoga bahagia dengan orang tersayang.

Lastly, fighting RS!



WOW [1st week of May'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, May 06, 2011 | | 0 kiriman komen »





Oh, it's my way, way wa way
Oh, it's my way, way wa way

Ma Ma Ma
Madonna donna
Madonna donna donna
Everything is hot, hot
Oh~ 
Cause of me, cause of me, cause of me
It's hot hot hot



Click here for full lyris with translation.

********

Love it!

NOT Eisoptrophobia

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, May 06, 2011 | 2 kiriman komen »

Salam.

Sejak akhir-akhir ni..

Setiap kali tengok cermin, aku rasa down. 

Aku rasa aku dah balik pada zaman fobia pada cermin, kot.

Dan juga mula tak suka kamera.

Dan juga rancangan televisyen.

Dan juga majalah.

Dan juga dunia luar.

Dan juga pada orang-orang yang cantik dan kacak.

Apa kena dengan aku pun aku tak tahu.

...

Untuk kawan-kawan kat luar sana, saya doakan anda bahagia dan ceria bersama insan-insan tersayang. Cuti 4 bulan. Lama tu. Manfaatkan sebaiknya. Dan jaga diri elok-elok. Semoga panjang umur untuk menziarah kubur saya ya. Haha.

Okey merepek, tapi kalau betul-betul berlaku jangan tak datang pulak noh. Kalau tengok pestsbook tu dah ada ucapan takziah tu, sah lah tu. Benda-benda mati takkan nak bawak main ye dak?

Okey later update lagi. Mengantuk sudah. 

Sebelum tu nak share madah berhelah berhikmah from one of my BF,  "hampir semua orang berlumba-lumba nak jadi cantik di luaran kerana itu yang dinilai orang, tapi tak ramai yang nak jadi cantik daripada dalaman sedangkan itu yang berkekalan."

Aku rasa pokok pangkal masalah aku lately adalah berkenaan hal-hal begini lah.


WOW [4th week of April'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, April 30, 2011 | | 1 kiriman komen »



Besar kesilapanku, besar lagi kesilapanmu,
Hampa yang kau rasakan, hampa lagi perasaanku,
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan,
yang tak mungkin kau maafkan lagi,
Ku tak mungkin kau perlu disisi..

Besar kesalahanku, besar lagi keegoanmu,
Berkali kuberi alasan, berkali-kali kau menolaknya,
Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin,
dan terbakar oleh perbuatanmu..

Suasana sepi kini menambahkan hening di dalam hatiku,
Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada,
Waktu begini diusik,
kenangan silam yang bertandang lalu kubiarkan, 
ia menabahkan hati ini..

Kekasihku cukup engkau buat ku begini,
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali,
Aku masih cinta padamu,
Aku masih setia padamu..

Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu..

Di dalam rindu ku menangis,
Di dalam kalbu ku terasa,
Teringatmu di kala derita yang memisahkan kita..

Di dalam sedu ku berseru,
Yang terukir dalam hatiku,
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini..

Aku cinta kepadamu..

Nota: Apologizing doesn't ALWAYS mean that you're wrong and the other person is right. SOMETIMES it means that you value the relationship MORE than the other person. 


WOW [3rd week of April'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, April 30, 2011 | | 0 kiriman komen »


You are MY SUPERSTAR..lalalala HONEY HONEY HONEY



Nota: Aku memang suka lagu yang ada word 'star' agaknya.

Nota: 4 paper done. 1 more paper to go. Wish me luck!





Nobody is perfect.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, April 14, 2011 | | 2 kiriman komen »

Salam. Hi readers!

Minggu ni last lecture. Lagi SEMIGGU DUA HARI secara rasminya aku akan ber-final exam. Ouuuuh, sangat sangat risau memikirkan macam manalah nasib aku semester ni. Jadual exam serius sabotaj kami semua, ciss. TIGA paper berderet?! OMG sabaaaaaaar jelah. Aku dah agak dah mesti jadi mcm ni. Barulah ingat nak up-kan cgpa =.=" yelah sebab ni jelah satu-satunya sem yang ada 5 paper je final exam. Lepas2 ni mana dapat dah, paling kurang 7, haih. Sadis, sadis. Takpelah just doakan aku..., err dapat buat yang terbaik untuk final exam kali ni kayh! 

Okey, kita biasa dengar "Nobody is perfect" kan? Maksudnya setiap manusia dekat planet bernama Bumi ni mesti sekurang-kurangnya ada SATU cela atau kekurangan, betul tak? Yelah bagi membuktikan yang qoute tu betul dan boleh dipakai macam tulah kayu ukurnya betul tak? 

So, cela dan kekurangan antara manusia-manusia tentulah berbeza-beza kan? Maybe si A ni dia muka menggerutu, rambut bercabang, belajar tak pernah nak pandai and nak lebih sadis lagi miskin dan sebatang kara. Si B pulak, dia belajar tak pernah nak pandai je, lain-lain semua okey (cewah!). So kalau kita totalkan, si A ada 5 cela semantara si B ada 1 je cela. But still, kalau orang ejek-ejek si B, dia akan cakap, "Nobody is perfect". Tapi cela dia tak sebanyak si A kan? But yes dia betul untuk guna qoute tu, sebab dia ada sesuatu yang dipanggil cela walaupun cuma 1.

Apa yang aku cuba nak cakap sebenarnya adalah, cela kita semuanya berbeza-beza DAN kuantitinya juga berbeza-beza. 

Aku tak tahu orang lain macam mana tapi aku adalah seseorang yang tersangatlah rajin kadang-kadang mengukur imperfection orang lain dan comparekan dengan aku. Tak payah amek jauh-jauh, cukup untuk ukur apa yang ada pada fizikal individu tu je dan compare dengan fizikal aku. Ya, aku macam tu! Sebab somehow, aku terasa, walaupun semua orang layak untuk sebut "Nobody is perfect" ni, tapi ada orang yang lebih layak untuk sebut sebenarnya, especially when it comes to an eye-to-eye conversation. 



Meaning to say, aku tengah borak dengan si C, then dia cakap "Yelah siapalah yang nak dekat saya ni, takde ghope hitam pulak tu, (in other word dia nak cakap aku lagi perfect dari dia lah tu, well BIASANYA MACAM TULAH ISI TERSIRATNYA, tak suka betul!). Okey bila dia dah start cakap cmtu, aku pon start kira apa cela dia yang aku nampak (yang ketara) dan compare dengan aku. Untuk ukur siapa lagi layak cakap diri siapa perfect. sebab biasanya, aku lebih layak.

Tu baru fizikal. Belum mental, rohani, jasmani, social life, family background, education level, health status and bla3..

To sum up, I'm seriously IMPERFECT, in physical aspect. I mean it. Aku post ni sebab, kadang-kadang aku sentap bila dia cuba nak cakap diri dia imperfect berbanding aku, padahal aku lagi imperfect dari dia. Ataupun dia cakap secara general dia imperfect tapi bila aku tengok, "aik aku rasa aku lagi imperfect kott =.=" ". 

Ni kata-kata untuk sama-sama kita fikirkan:

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
TETAPI,
untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna (Paradigma Mukmin, 2011).

When you're in love, love someone because who they are and who you are. 

Nota: Aku tahu tak elok compare2 tapi nak buat macam mana memang sifat semulajadi manusia agaknya. Well, let's look this 'activity' as something positive to encourage ourself to change whatever can be change.

WOW [2nd week of April'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, April 10, 2011 | | 1 kiriman komen »


Bermaknakah tiap baris kata-kata
ataukah hanya di bibir saja?
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
ataukah sekadar lakonan?

Rindu, telah melekat dalam hatiku,
Walau awan lalu rinduku tak berubah arah..

Purnama mengambang cuma berteman,
bintang berkelipan dan juga awan,

Siapa tahu rindu yang mencengkam di hatiku?

Aku meminta pada yang ada,
Aku merindu pada yang kasih,
Aku merayu padamu yang sudi merinduku..

Purnama mengambang berbagai warna,
bila embun pun datang bintang purnama, 
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi..

Aku meminta pada yang ada,
Aku merindu pada yang kasih,
Aku merayu padamu yang sudi memujukku..

Hiaskanlah cinta di jari manisku,
sinarkan bagai gemerlap kencana,
Tandakanlah kasih di mercu kalbu,
Serikanlah purnama yang merindu..


Note #1: Purple is for everyone exclude the other colour :) 

Note #2: Waiting for U is like waiting for rain during drought. I miss U sooo much, no 1. Forget me not, no 2. Green.

Note #3: Let see how far this relationship can last. I'm tired. I've tried not to think negatively bout U (as U ask) but.., to consider that I've been deceived by U 2 times and this is your 3rd chance (which I dunno why I'm so kind-hearted weak to give U those chanceS, I'm upset and tired. Makin lama makin tak faham apa dah berlaku. Please, understand & respect, thats all! Orange.

Note #4: Aku dengar lagu ni mcm nak gila sepanjang hari Rabu lepas (sambil paksa mata baca notes Vector, telinga dgn perasaan dok layan lagu ni, mmg tak masuklah kan?). Ulang 50x kot. Love U DCT hehe.  




Lovely Pretty Girls (LPG)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, April 09, 2011 | | 0 kiriman komen »


Never heard about this girl group before but.. 


'Angry', a remake song of We Speak No Americano is AWESOME! Much better than the original song which only full of  music beat.

Anyway tak faham sangat cerita sebenar kenapa ramai korean group/band nak remake lagu ni, tapi eventually LPG ni yang dapat lagu ni. (Allkpop, 2011)

Lagu-lagu lain pon best.


Doorbell of love. One of my friend tengok sampai speechless haha. Yeah, too sexy I know. Not good rite? 


Lagu ni sopan. Dan paling penting, ada sebut2 nama aku haha. Utk I ke? *Blushing*

Noona, I don't mind age gap relationship ^__^ (as if lagu ni pasal tu kan? aku rasa ya. translation belum keluar lagi jadi kurang mengerti hee)

Okeylah saje nak promote group ni. 

Annyeong!

Note: Long Pretty Girls is another name given to this group.