untunglaaaah kita semua ni umat Nabi Muhammad..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 11, 2011 | | 2 kiriman komen »

Salam.

Cuti dan duduk saje kat rumah tak buat apa-apa memang bosan kan? Online Fb pon, kawan-kawan ada yang tengah kuliah (untuk cuti semester yang tak sama), ada yang tengah kerja (mereka-meraka yang bakal men-sponsor makan naik semester baru nanti muahaha!), ada yang tidak melanggan streamyx atau mempunyai broadband dirumah makanya tak dapat online selalu dan sebagainya. Nak kerja tapi apakan daya cuti tinggal kurang dari sebulan je lagi, manalah ada orang nak amek bekerja. Dekat area sini lah. Area korang mungkin lain. Tak tahulah kalau kat bazar ramadhan ada kerja kosong kan, tak try pulak tanya. Pergi bazar pon tak, nak tanya macam mana, haih.

So, bila online pon bosan, dengar radio pon bosan, layan citer korea pon bosan, tengok kartun TV9 pon bosan, tidur pon bosan, kadang-kadang tu tangan ni mencapai buku-buku cerita zaman kanak-kanak dulu untuk di baca. 

Bukan takde buku-buku yang sesuai dengan umur aku untuk di baca like ensiklopedia, buku-buku sejarah, buku-buku agama, buku-buku politik, buku-buku sains, tapi aku dah lah tengah bosan, lepas tu nak suruh otak aku mencerna pulak buku-buku yang sarat dengan tulisan rapat-rapat,kecik-kecik dan bersaiz tebal tu..oh no,no, terima kasih jelah.

So pada suatu hari, Mayang Sari dengan tidak sengajanya telah memecahkan sebuah pinggan.. Eh, salah pulak! Cuba teka tu citer apa? Haha. Di ambil terus dari salah satu buku yang aku baca cuti-cuti ni.

Ok,ok tiba-tiba menjela pulak aku tulis. Let's get straight to the point k! Cuti tak buat apa-apa buat aku bosan. So aku baca buku kanak-kanak. Salah satunya adalah buku 25 Rasul. I bet everybody knows the books right? Satu colour biru & another one is green. Buku ni daripada aku kecik lagi, dah berapa kali baca, tapi hari tu masa baca, berkerut-kerut dahi macamlah baru baca. Nampak sangat aku pelupa kan? Haih. 



So, cuba baca balik buku ni. Korang bandingkan zaman-zaman nabi dulu, dengan zaman sekarang. Kalau zaman dulu, kesalahan-kesalahan yang dorang buat, dorang kena azab on the spot. Hujan batu, bumi di tebalikkan, banjir besar, serangan serangga, macam-macamlah.. Setiap satu zaman mesti ada satu kesalahan yang sangat besar dorang buat, dan Allah ceritakan azab yang menimpa dorang kepada kita, sebagai pedoman. 

Tapi yang menariknya, zaman sekarang..zaman kita umat Nabi Muhammad SAW, umat akhir zaman, especially yang betul-betul akhir zaman ni,yang dah hujung-hujung ni, sedar tak kita semua, kesalahan-kesalahan yang kita buat adalah lebih besar daripada kesalahan-kesalahan umat-umat terdahulu? Dan sebenarnya adalah himpunan SEMUAAAAAAAAAAA kesalahan-kesalahan umat terdahulu. Ajaran sesat aka mengaku diri sendiri Tuhan, sebijik macam Firaun. Menipu dalam timbangan dan perniagaan sebijik macam zaman Nabi Syuib. Dan sebagainya. Kita tengok apa yang berlaku kat sekeliling kita sekarang. Maha teruk! Buang anak macam buang tisu lap hingus, bunuh orang macam bunuh nyamuk, simbah asid macam simbah air, ragut sampai mangsa ragut maut, merompak, menyamun, culik pastu jual, rasuah, riba', rogol darah daging sendiri, rogol anak orang, fitnah, murtad, pijak/bakar Quran, hina Tuhan directly tanpa rasa takut walau sedikit pun... dan ehh macam-macamlah!

sila kelik kalau rasa-rasa tak nampak

Tapi..kita "SELAMAT".. YEAYYY! Sebab kita umat Nabi Muhammad. Allah ada turunkan musibah macam tsunami dan gempa bumi, tapi tu sikit je, sebab tu sekadar ingatan dan amaran. Tapi, ada kita kisah?

So apa yang aku cuba sampaikan adalah, kita sebenarnya memang boleh sorak "SELAMAT..YEAYYY!" sebab kita diberi peluang untuk berubah & bertaubat dari dosa-dosa spesifik yang kita lakukan. Itu pun kalau kita sedar. Itu pun kalau kita terselamat lah masa Allah turunkan amaran & ingatan tu. Kalau tak selamat, haha, "bye bye.., see U in the deepest hell baby!~"

Lagi sekali, ni sekadar satu entri utk buka pintu hati kita semua. Ya termasuk aku. Aku jahat, sgt jahat! (Tolong pegang kata-kata aku ni) Tapi jangan gunakan entri ni, dan entri-entri sebelum dan selepas ni untuk hukum aku, untuk judge aku.. "Alah dalam belog bukan main lagi, padahal dia..(cmni), dia..(cmtu).." Perubahan ni, ia makan masa. Aku cuma kongsikan apa yang aku rasa. Dan juga cuba untuk menambah 'bar' pahala. 

Mintak maaf kalau ada kesalahan fakta ke, that's why I write this as general as I can, taknak TERsebar maklumat yg salah pulak. Kalau rasa patut dikongsi, kongsikan je, tak marah pon. 

Okeylah, selamat berpuasa!





2 kiriman komen

  1. Balqis Riza // Thursday, August 11, 2011 12:11:00 PM  

    nk curik gmbr tu eh

  2. Unknown // Tuesday, August 16, 2011 2:52:00 PM  

    nice lah entry ni. bunbun bace word by word wlopun panjang hahaha



    tengs follow bunbun :)