Apa perasaan anda bila housemate anda bercuti selama 21 hari dan anda tinggal seorang diri di rumah sewa, tiada transport untuk keluar kemana-mana jika bosan (sebenarnya bukan jika,tapi memang sangat bosan), makan masak sendiri dan makan seorang diri (sangat ala kadar), tidur seorang, dan bercakap seorang diri macam orang gila sebab tiada teman untuk berborak, bergelak ketawa dan lain-lain kecuali ada panggilan masuk dan kawan-kawan yang sedang online mahu berborak dengan anda, sedangkan housemate anda enak menikmati cuti dan langsung tidak bertanya khabar anda yang ditinggalkan bagaikan rak kasut kayu yang hampir reput di sudut dinding rumah anda itu.

Twist.

Apa pula perasaan anda meninggalkan seorang housemate anda di rumah sewa selama 21 hari tanpa langsung bertanya khabar bagaimana makan minum dia kerana tahu dia tidak mempunyai transport untuk membeli makanan diluar kecuali terpaksa menyusahkan orang lain, menumpang kereta orang lain pergi ke supermarket terdekat dan tahu yang kawan anda itu jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain atau dalam erti kata lain segan untuk meminta tolong daripada orang lain walaupun orang yang dia mahu susahkan itu adalah coursemate dia sendiri. Dan, sanggupkah anda tidak memberitahu yang anda akan balik pada berapa haribulan, tetapi mengatakan "entahlah,aku tak pasti lagi aku balik bila" sedangkan anda tahu, semester baru akan dibuka dalam beberapa hari sahaja lagi dan paling penting, kawan anda itu sebenarnya ingin memberitahu yang dia sebenarnya dah terlalu bosan tinggal seorang tapi dalam nada yang berkias dan tidak mahu mempamerkan rasa marahnya.

21 hari seorang diri dengan dugaan-dugaan lain (tak perlulah aku mengomel pasal ni pulak), aku rasa itu satu tempoh yang lama dan aku tak patut diperlakukan macam ni.

Takpelah,dah nasib aku. Dah,dah. Chill haris!! Yup,I'm okey now,hehe.


Suara tersepit: Cepatlah berakhir, Disember 2009. Syuh,syuh..



Menyesal aku tolak tawaran belajar oversea ;(

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, December 23, 2009 | , | 8 kiriman komen »

Aku pernah cerita ke yang aku pernah dapat tawaran study dekat Australia? Aku rasa tak pernah sebab ini hanya angan-angan aku jek haha! Aku memang ada angan-angan, atau impian untuk sambung belajar di luar negara, perhaps degree ke, Master ke (tu pon kalau aku rajin lagi masa tu). Kalau boleh nak dekat-dekat jelah, macam Australia. Jauh nanti rindu-rinduan pulak dengan family,eceh~

Ok,dah,dah..tak boleh citer banyak sebab tu angan-angan je. Katekanlah dapat tawaran tu nanti tapi takde sesiapa nak taja, JPA ke, MARA ke, tak jadi jugak. Melainkan ayah aku tiba-tiba dapat kerja sambilan dekat kilang cop duit kat KL. Eh,ada rupanya kilang cop duit ek,aku ingatkan main-main je.

Haih,dunia makin lama makin panas. Perasan tak? Aku malaslah nak bercerita tentang global warming ke, green house effect ke sebab aku tak hengat pon pasal benda-benda ni lagi (except Mr. Elly tiba-tiba nak buat test mengejut pasal Environtmental Health Monitoring, tapi jangan risau, takkan happen). Akhir-akhir ni aku rasa macam terbakar duduk dalam rumah ni. Rumah sewa aku nilah. Kan binaan dia papan so aku tak pastilah ada kene mengena dengan papan ni ke tak. Aku macam membayangkan papan ni konduktor haba yang baik je selama ni,yelah kalau tak kenapa panas gila duduk dalam rumah ni huhu. Kipas bukak nombor 5. Pintu, tingkap dah bukak - nak kasi pengudaraan yang baik,supaya wap panas keluar,udara luar masuk. Tapi, tetap panas. Rasa macam biskut dalam oven. Takpon macam duduk dalam sauna room. Takpon macam bahang dari kuali waktu korang buat sambal goreng,dekatkan muka korang dekat kuali tu,haa lebih kurang macamtulah kott. Haha,k lah,pasal bahang kuali ni aku main reka je haha..tapi pasal biskut dengan bilik sauna tu betul,tak tipu. Also,aku tak pasti bahang ni disebabkan atap rumah ni. Kalau diamati betul-betul,zink.. Aluminium zink. Mungkin jugaklah kott sebab ni,huhu.

So bila panas ni aku akan otomatik cakap "Oh,very hot in Malaysia..." Teringat dulu masa dekat UiTM,aku tak suka sangat jalan dekat laluan berbumbung sebab orang yang jalan dekat bawah tu mesti terhegeh-hegeh macam itik pulang petang. Berlenggang kangkung padahal agaknya kelas dah mula dah pon. So aku jalan dengan bersahaja dekat....jalan biasa,jalan untuk kereta lalu lalang tu,kan takde bumbung hehe. So jalan tengah terik mentari tu,dalam gerakan yang pantas (aku memang tak pandai nak jalan lembap-lembap nih) sampai je kelas,tipulah kalau aku kata setitik peluh pon takde. Dah naik tangga apa semua, tiba-tiba masa jalan ada sorang dua staring kat aku (buat aku cemas), tipulah kalau aku kata aku tak berpeluh. So,berpeluh. Bila berpeluh aku akan cakap ayat tadi, "Oh,very hot in Malaysia...." Lagi seronok kalau cakap tu depan kawan-kawan kelas *coursemate* so dorang boleh ikut sama cakap cmtu hehe.

Tapi cupp..ayat tu tak berhenti dekat situ je. Kadang-kadang aku sambung.. "It's cold in Australia. Menyesal aku tak belajar dekat situ ." Takpon aku akan cakap "Dekat Australia tak panas macam ni ponn" Cehh..bajet aku origin from Australia tapi belajar dekat Malaysia lah hahaha! Dan sedar tak sedar, ada sorang dua terikut-ikut aku cakap macam ni. Bangga jugaklah aku. Apa yang nak dibanggakan pon aku tak tahu sebenarnya,kui3..

Jadi itu jelah cerita untuk hari ni. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Okeylah..kiranya macam nilah..katakanlah aku dapat tawaran sambung study dekat luar negara especially dekat negara-negara yang sejuk,macam Australia,contohlah.. Okey what? Australia tak panas macam kat Malaysia taw! Sambung. Antara faktor yang aku akan pertimbangkan bukan sahaja faktor kemungkinan aku akan culture shock, bahasa Inggeris aku yang lemah, kewangan/tajaan dan jumlah tahun pengajian (kalau korang perasan faktor-faktor ni lebih kepada menghalang aku kejar angan-angan aku kan?) tetapi turut termasuk perbezaan suhu di Malaysia dengan Australia. (Satu je faktor positif XP) Sampai mcmtu sekali kan?



Jumaat dengan buku baru

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, December 18, 2009 | , | 10 kiriman komen »

Lagi beberapa minit hendak masuk waktu Zohor. Jam analog di sudut kanan sebelah atas pada skrin laptop Compaq menunjukkan pukul 12:10 tengah hari. Aku menunggu. Lengkap berpakaian, cuma belum berwuduk.

Tiba-tiba satu pesanan masuk.

Aku bingkas mencapai telefon bimbit lalu membaca pesanan tersebut.

"Ris, ko g smyg x?" Mesej dihantar pukul 12:18.

Aku diam.

Pukul 12:29 aku balas, "Smyg jumaat bkn wajib ke?"

Aku bangun mengambil wuduk dan berkira-kira untuk berjalan kaki sahaja ke masjid. Merajuk.

Derum kereta kedengaran di depan. Niat terbatal.


"Sampai pon.."
bisik hati.


nota kecil: Salam Maal Hijrah.



The Queen Returs

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 17, 2009 | | 11 kiriman komen »


Selesai menonton drama korea ini Selasa lepas melalui siaran KBS World Channel 303 Astro. Aku beri 4 kotak popcorn dari 5. Secara ringkas, aku suka bila drama ni mempamerkan realiti yang tak semua tahu, ada sesetengah lelaki lebih meminati wanita yang lebih tua daripadanya. Macam aku,haha! Kedua, dalam drama ini, sebuah pasangan itu bercerai kerana niat yang baik, untuk mengubah sikap pasangan tersebut. Ketiga, kasih seorang ibu yang sanggup buat apa sahaja untuk mencari nafkah buat anak-anak, setelah bercerai dengan suami yang bersikap sambil lewa dalam urusan rumah tangga. Keempat, konflik antara dua sahabat baik. Dan kelima, cinta tak semestinya kau berkahwin dengan individu tersebut, berada di samping dia selalu, berkorban demi kegembiraan dia dan memerhatikan dia dari jauh juga adalah cinta.

Dah, taknak cakap banyak, aku sure tak lama lagi keluarlah kat 8tv. Macam Boys Over Flower yang baru je ditayangkan dekat tv minggu ni 8.30-9.30 malam padahal aku dah tengok lama dah, hehe. Oh, pelakon utama drama ni berumur 30-40 tahun mcm tu so sila jangan menilai dari rupa je okey untuk nilai menarik ke tak drama ni^^



tv ni nak mampus agaknya..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, December 15, 2009 | , | 12 kiriman komen »

Perhatian : Ada perkataan shit di bawah, harap maklum.

Aku tak faham betul dengan tv murahan kat rumah nih! Sikit-sikit terpadam, sikit-sikit terpadam. Nak bukak lak,setakat tekan suis taknak dia terbukak, nak kene tekan itu, tekan ini, then ketuk-ketuk atas, ketuk-ketuk tepi baru dapat. Kau tak rasa diri kau bodoh ke nak kene buat macam tu almost every hour? Kalau nasib baik,dapatlah bertahan lebih daripada 12 jam. Tengah sedap-sedap tengok tv tetibe je terpadam. Heyyyy buat aku nak mencarut je. Kadang-kadang tengah tengok tv tu, gambar dia macam dah nak start hilang, tahu tak apa teknik bodoh yang aku discover untuk selamatkan siaran tu daripada tergendala? Kene hentak lantai papan ni kuat-kuat. Hentak sampai gambar yang dah start blrzzz..blrzzz nak hilang tu okey balik. Kalau lambat, tv tu terpadam dan kau kene berusaha guna teknik bodoh yang aku sebut awal-awal tadi. Hadoooooooooooooooooooilah,pening kepala aku duduk rumah ni lama-lama lah, lepas satu-satu hal. Tak tahu apa masalah tv ni. Housemate kata power supply tak cukup. Aku lak rasa tv tu dah boleh campak je dalam sungai belakang rumah, like shit! Malu weyh terketuk-ketuk, bukan perlahan, kuat! Mahu jiran bising kalau malam-malam bunyi cam bertukang nih. Bukan aku taknak ketuk perlahan ye, tv nih memang tak jalan kalau ketuk pelan-pelan. Everytime aku ketuk-ketuk tv tu and tv tu taknak gak terbukak, aku rasa cam nak baling je kat luar tv nih, macam sekarang. Grr.



kicked

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, December 12, 2009 | | 10 kiriman komen »

Macam biasa,aku seorang diri kat rumah. Lagi dua orang 'cuti'. Kalau selama ni setiap weekend,kali ni lagi best,dalam 21 ke 25 hari macam tu. Haih,apelah nasib aku dua semester ni. Aku malas nak cakap banyak,cukuplah sekadar berkongsi sikit dengan korang melalui penulisan entri di blog dan shoutout di Facebook selama ni. Yang pasti,aku tak rasa praktikal ni seronok bila benda-benda macam ni jadi kat aku. Pathetic betul. Tak sabar nak blah dari sini,uhuk T_T

Result semester 5 baru je keluar 10hb lepas. Alhamdulillah okey. Entah kenapa aku tak lah happy sangat dengan result tu walaupun aku percaya kalau coursemate lain dapat result macam tu dia akan melompat-lompat sebab tahu betapa susahnya nak dapat result macam tu. Kott. Tapi tak tipu,bukan senang dapat A untuk report writing taw huhu. Tahniah untuk 6 orang coursemate, 3 orang junior dan seorang super junior aku yang dapat anugerah dekan. Takziah untuk mereka yang failed and kicked. Salah sendiri,tanggung sendiri *ditujukan kepada semua super junior*. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan,tahniah sebab adik berjaya teka pointer aku kali ni. Dah dua kali dah dia teka betul,creepy betul,haha!

Aku tak fahamlah bila tengok result super junior aku. Susah sangat ke part 1? Okeylah,aku akui memang ada subject susah macam Microb,Chem and Math (sekarang dengar-dengar dah tukar jadi Calculus) tapi untuk subjek-subjek lain selain tiga subjek tu takkan takleh bawak kott? CTU, Bel part 1, and ape lagi ntah aku pon tak ingat..taklah susah sangat sampaikan nak berepeat-repeat 2,3 paper sorang. Haiyo..kasihanlah dengan lecturer korang weyh,ingat korang je susah ke,dorang pon susah jugak nak kene menjawab dengan pihak atasan kenapa untuk subjek dorang ada student yang gagal. Kalau susah sangat kenapa yang dean's list tu boleh dapat pointer tinggi gila,jauh tinggalkan yang lain. Pastuh,punyelah ramai 2 pointer..masya Allah,baru sem satu dik oii,awak ingat makin naik sem makin mudah ke perjalanan awak?? Dengar-dengar attitude mereka ni tak elok,tak hairanlah dapat result macam tu. Lecturer boleh bila-bila masa je effect markah student kalau dia tak suka korang,tahu tak fakta tu? Haih..sedih. Sedih bila dengar ada yang kene kicked sebab masalah disiplin. Masalah disiplin yang dahsyat! Pecah rekod.

Untuk batch aku pulak,pecah rekod jugak. Pecah rekod bila sorang daripada ktorg dikicked. Haih,sapelah tak sedih bila dengar benda macam ni. Tinggal satu sem je lagi tapi kene tendang sebab gagal berkali-kali untuk paper Fizik. Bukan nak bukak pekung dia. Dia kawan aku. Atas rasa kasihanlah aku cakap benda macam ni. Supaya jadi pengajaran untuk kita semua,jadi pengajaran untuk junior-junior aku. Aku tahu ada coursemate dan junior aku yang jadi silent reader, jadi anggaplah ni teguran membina daripada aku. Kalau dia betul-betul usaha and then gagal,aku boleh terima..okeylah mungkin bukan rezeki dia. Tapi,dia gagal sebab dia tak usaha pon. Assingment yang berjumlah 40% tu langsung tak hantar thus dia dapat 0 untuk carrymark. Padahal lecturer sudi nak tolong,tapi student ni taknak. Hebat sangat ke kau nak dapat 100% masa final exam sampaikan taknak hantar assignment? Tahu tak pandai fizik,tapi taknak datang kelas..alasan,praktkal. Tapi,log book bukan ada markah, kenapa nak kejar benda yang tak bermarkah dengan benda yang akan tentukan hidup mati kau? Sekarang tengok, siapa susah? Diri sendiri bukan? Kepada insan tersebut, aku mintak maaf post benda ni. Aku cuma, taknak perkara ni berulang. Biar adik-adik kita belajar daripada sejarah.

Kes lain, aku tengok,ada coursemate aku suka maki hamun lecturer. Bila dapat result teruk,dia maki lecturer. Bila lecturer tegur,dia maki jugak. Kita ni student,kita kene dengarlah teguran tu. Benda tu untuk kebaikan kita jugak. Kalau kita tak suka kene tegur, buatlah benda-benda yang sejukkan hati dia. Ini tak,apa yang dia ajar kau tak practice, mana tak dia ngamok. Kita ada hak untuk marah,tapi takde hak untuk maki lecturer. Okeylah aku boleh terima kalau kau TERmaki sebab dah marah sangat dah ni,yelah dah lama pendam..macam kes aku suatu masa dulu di bulletin Friendster,tapi kalau selalu..hmmm aku takleh terima. Sebab kebanyakannya aku tengok salah coursemate aku sendiri. Macam kes aku dulu,memang completely bukan salah aku,completely,berani potong jari.

Ntahlah,ini cuma sekelumit daripada realiti yang aku tiba-tiba nak kongsi. Sebab semuanya berlaku akhir-akhir ni. Insya Allah akan datang ada lagi nasihat-nasihat begini.

nota : sori kalau ada yang terasa.



Paksa otak kerja.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, December 08, 2009 | | 14 kiriman komen »

Tarikh untuk submit the proposal dicepatkan kepada 10hb ni. Padan muka aku. Kene korban masa tidurlah ni.



Panik untuk esok. Langsung tak mula apa-apa.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, December 06, 2009 | | 6 kiriman komen »

\(>o<)/ Warghhhhhhhhh..!! Panik! Panik!

Tak tahulah apa alasan paling best aku nak bagi esok,huhu.


Kenapalah aku malas sangat,haiya.. Adakah sebab, Disember? Haha,tak habis-habis. E'eh,gelak pulak. Serius (2X).

Aku cuba imagine apa yang akan berlaku saat tangan memusing tombol pintu dan kaki kanan melangkah masuk ke pejabat esok. Mata aku mesti otomatik pandang meja encik M. Encik M akan pandang aku dan mengangkat kepala sikit. "Yo,wassup.." Lebih kurang macam tu lah lagaknya. Cuma dia memakai pakaian kerja dan dia bukan rapper. Aku cuma nak beri gambaran jelas gerakan kepala Encik M tu je,heh korang ni. Sambung. Dan aku akan direct ke meja dia sambil menyimpul senyum silu aku. Peluh memercik-mercik walaupun suhu agak beraircond. Mata semua IK memandang aku. Oh,panik,panik!!


Encik M,"Macam mana dengan proposal awak, boleh saya tengok?"

A. "Err, mintak maaf encik..masa cuti saya tak dapat nak fikirlah hal-hal pelajaran ni. Lagipun saya tak boleh nak start apa-apa sebab encik belum bawak saya pergi Infection Unit Control."

B. "Saya belum start apa-apa lagi encik. Tapi saya ada buat sikit-sikit research untuk dapatkan gambaran study (kajian) saya. Bila encik nak bawak saya pergi Infection Control Unit? Hari ni boleh? "

C. "Saya belum start apa-apa lagi encik. Macam ni..saya ada bincang dengan sorang senior and seorang lecturer saya. Senior saya cakap case study saya ni sama macam apa yang dia nak buat dulu. Tapi lecturer suruh tukar, atas alasan apa pun saya tak pasti. Lepas tu pulak, sorang lecturer saya kata case study ni macam takde kaitan dengan syllabus kos saya. Entahlah, saya bingung sekarang ni."

Encik M, "Oh. Awak dah buat problem statement? Boleh saya tengok?"

A. "Saya tak reti nak buat lompat-lompat ni. Saya jenis yang kalau nak buat, saya kene tahu dulu betul ke tidak ada kes untuk study saya ni and serious ke tak kes NSI dekat hospital ni. Maksudnya encik kene bawak saya pergi Infection Control Unit dulu. Sebab chapter 1 untuk introduction, problem statement, objective semua tu bergantung dengan interview and observation saya dekat Infection Control Unit tu nanti"

B."Belum lagi. Encik nak tengok ke? Saya ingatkan lepas pergi Infection Control Unit baru saya buat,macam yang saya bagitahu sebelum cuti hari tu"

C."Problem statement tu yang 5W1H tu kan?

Jawapan A tu macam kurang ajar lah pulak. Walaupun sebenarnya ia benar. Kasarlah jawapan macam tu, kalau baca nada kasarlah hehe. Yelah, time cuti hari tu memang aku set otak aku nak rehat puas-puas, taknak fikir hal-hal berkaitan pelajaran ni, dan lupakan kebosanan aku kat Sarawak *masa tu*. Tambah pulak, aku memang tunggu nak pergi Infection Control Unit dulu, supaya aku tahu study (kajian) aku ni boleh kembang sampai mana. Dan aku sangat tak suka buat lompat-lompat. Aku suka kerja aku dibuat accordingly. Tak boleh lompat sana, lompat sini ; chapter 1 belum buat dah nak buat chapter 2. Dependlah, tapi untuk kerja-kerja menulis ni aku macam tu. Macam buat karangan jugak, takkan tiba-tiba nak start perenggan dua sedangkan perenggan satu takde. Lagi teruk bila perenggan satu tu tak tahu nak tulis pasal apa, tapi perenggan dua ada pulak isinya. Hah,last-last pening kepala terus sadaqallahul'azim.

Aku macam nak pilih jawapan B, untuk dua-dua situasi. Eh,aku memang susun cantik-cantik dah A,B,C ni sebenarnya hehe. Jawapan B ni aku gelarkan jawapan blur-blur. Atau jawapan manja-manja. Ha mane-manelah. Kira kalau encik M dengar takdelah dia panas. Makin sejuk adalah, kott. Lagipun, aku memang blur sebenarnya. Aku tak pasti, ada ke encik M kata nak tengok Isnin esok sebab sebelum aku cuti hari tu aku ada cakap yang aku akan start lepas visit Infection Control Unit. Dan aku ada buat research sikit-sikit, yelah bolehlah time borak-borak nak selamatkan diri terangkan hal sebenar tu aku selitkan dengan ilmu-ilmu yang aku peroleh,eceh~

Jawapan C ni memang jawapan nak selamatkan diri. Jawapan tukar topik namanya. Tengok jelah macam mana aku tukar topik. Bukak cerita lain pulak padahal hal tu untuk dibincangkan,bukannya dijadikan alasan aku tak mula buat proposal lagi. Dan memanglah okey buat-buat blur tanya problem statement tu mana satu,tapi takyah lah kot. Nak buat-buat blur, guna jawapan B jelah,ok sikit.

Okeylah,guna jawapan B. Mesti hafal nih! Just in case, encik M nak tengok. Aku rasa dia takde cakap nak tengok, tapi mesti dia akan tanya cmne progress aku kan? Tapi aku ada cakap aku tak boleh start selagi tak pergi.. Eh,dah,dah.. Pening kepala aku fikir pasal benda ni start dari siaran Melodi habis tadi.

Alamak,baju belum gosok! Haih,esok pagi jelah~ Malas .___________________.




makna Disember

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, December 04, 2009 | 12 kiriman komen »


Aku baru je terfikir pasal ni, apa makna Disember bagi aku?

Jadi jawapan yang aku dapat fikirkan adalah :

Disember bulan untuk aku berehat. Rehatkan otak dari memikirkan perkara-perkara atau hal-hal berkaitan pelajaran terutamanya. Tapi apa yang berlaku? Aku dapat tugasan untuk siapkan proposal sebelum 15 Dec. Well, bukanlah masalah besar pon tapi entah kenapa, aku refuse nak buat,percaya ataupun tak,aku belum mula mengarang pon. Baru plan itu ini je. Nak dekat due date dah ni,hmmm (+_+)..


Disember bulan untuk aku bersama keluarga. Hidup merantau sejak sekolah menengah dahulu menjadikan bulan Disember ini adalah satu-satunya bulan rahmat aku meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Tapi apa yang berlaku? Semester ni aku takde cuti semester dan nak mintak cuti beberapa hari yang lepas dari preceptor poooooooooooonnn susah. Aku cuma nak habiskan cuti 14 hari yang UiTM bagi tu je. Okeylah,dapatlah luangkan masa sekejap dengan famili. Dapat cuti 6 hari.

glitter-graphics.com

Disember bulan untuk aku membesarkan perut. Hehe. Kalau dah ada kat rumah memang tak dapat nak teruskan niat nak berdiet ke,nak exercise petang-petang ke,nak ganti puasa ke. Sure tewas dengan kelazatan masakan ibu, godaan makanan-sedia-untuk-dimakan yang sentiasa ada dalam kabinet mahupun fridge dan kekerapan makanan dihidang atas meja - dekat rumah petang pun ada makan, so macam mana nak exercise? *tounge* Tapi apa yang berlaku? Oh,sangat berjimat disini,makan 2 kali sehari~ dan makan makanan yang kurang sihat je sebab malas nak masak - instant noodle and junk food dah macam-macam jenama aku try. Tapi ada kebaikan sikit. Sikit jelah. Berat badan aku maintain kalau hari-hari macam ni,hehe.

Okeylah,saja nak berkongsi makna Disember aku dengan kalian. Tadi kononnya bercadang nak mula buat proposal, tapi takde mood lah. Malas. Bosan. Especially weekend macam hari ni. Lagi best tengok tv sambil baring, remote dekat tangan dan kalau lapar cari makanan dekat dapur. Apa makna Disember kalian agaknya ek?




OST Cinta Balqis - Istana Cinta by Eira Syazira

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 03, 2009 | | 16 kiriman komen »


















Kekaburan alam tika ini terasa

Satu penantian pada suatu ketika

Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku


Adakah mampu aku terus mengharungi

Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti

Tak ku temui


Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung

Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku

Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia

Mengenal kasih yang tiada batasannya

Pengorbananku menanti istana pasti


Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung

Menerangi kalbuku

Cinta suci biarkanlah ku pergi

Menanti pelukanmu


nota ringkas : aku suka lagu ni,sayu je. hopefully dapat download full song dalam masa terdekat ni.




Jam tak masuk kubur dik..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, November 28, 2009 | | 8 kiriman komen »

Sebuah keluarga sedang menjamu selera. Hidangan di meja marmar bulat ala chinese style itu penuh dengan lauk pauk bertemakan Hari Raya Aidiladha. Nasi himpit, rendang ayam kampung, sambal ikan bilis, soto, kek lapis Sarawak dan kek buatan ibu. Nasi goreng sardin juga ada. Minuman pula, milo panas. Si abang yang baru sahaja pulang dari Bumi Kenyalang kerana ingin menghabiskan cuti 14 harinya yang masih berbaki sangat berselera, rindu dengan air tangan ibunya barangkali.

Semasa makan tiada apa yang menarik dibualkan. Sesekali terdengar bunyi denting sudu pada mangkuk berisi soto. Si ayah selesai makan. Si ayah menuju ke dapur dan membersihkan jemari dengan sisa lauk rendang. Si ayah kembali ke meja makan, lalu mengarahkan matanya ke jam dinding. Jam tidak bergerak!

"La, jam ni dah mati rupanya.." Si ayah memandang si ibu.

Serentak, tujuh beranak itu tergelak kecil. Tak siapa pun perasan yang jam dinding tersebut telah kehabisan bateri. Tambahan pula, ada lebih kurang tiga buah jam dinding di tingkat bawah, jadi tak hairanlah kalau ada yang perasan tapi tiada inisiatif untuk menggantikan bateri untuk jam yang telah mati tadi.

Tiba-tiba, terdengar suara kecil berbunyi, "Ibu, jam boleh mati ke? Kalau dah mati kenapa kita tak masukkan dia dalam kubur?"


Si abang terbeliak. Terperanjat dengan soalan yang keluar dari mulut kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun itu. Si ibu memandang si abang sambil tersengih. Mungkin si ibu hendak memberitahu "Tengok, kan ibu dah cakap, adik kau ni pandai dia lain macam sikit"

Lalu si ibu mengusap-usap kepala anak bongsunya itu sambil tersenyum. "Jam 'mati' tu maksudnya jam tu dah habis bateri. Bukan mati macam manusia tu. Kalau dah habis bateri, kita kenalah ganti dengan bateri yang baru"

Si adik, "O..."


"Kau ni dik, soalan kau semua bijak-bijak. Kau ni bijak sebenarnya,cuma malas..bila suruh belajar je tidur.." Sempat pula si ibu berleter.

Tujuh beranak itu tergelak lagi. Sekurang-kurangnya pagi itu si adik telah belajar sesuatu, jam tak masuk kubur.



Bila kau gembira, tegurlah kawan yang sedang bersedih

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, November 20, 2009 | | 8 kiriman komen »




Time to change..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, November 18, 2009 | | 8 kiriman komen »



Readers, tiba-tiba aku terpanggil untuk jadikan blog ni tempat aku memaki hamun orang. Boleh ke?

Honestly, adalah sangat, sangat sukar kau nak dengar aku memaki hamun orang - mencarut. Tapi, aku selalu luahkan makian tu dalam bentuk tulisan. Contohnya begini : Sial kau anak haram! Seriously sangat, sangat sukar kau nak dengar perkataan sial dan anak haram tu keluar dari mulut aku, atau apa juga perkataan carut dan maki yang lain.Tapi, aku tak boleh elak memaki hamun orang yang aku tak suka dalam hati. Setiap kali aku hilang sabar dengan sesiapa, hati aku yang cedera parah dek kerana memendam kemarahan tu seorang diri dan bertahan untuk tempoh yang lama, aku akan carut puas-puas dalam hati. Daripada aku maki hamun dalam hati, lebih baik aku maki hamun terus dalam bentuk begini. Sekurang-kurangnya aku dapat kongsikan dengan orang lain dan orang lain akan tahu yang sebenarnya aku ni boleh tahan jugak mencarut. Mencarut dalam hati. Supaya aku lega dan lupakan semuanya lepas tu. Melainkan isu tu berbangkit,maka aku akan sambung mencarut.

Aku tak kisah apa orang nak kata,but that is a fact that almost everyone face. Kita marah tapi kita simpan,kononnya sabar itu separuh daripada iman. Macam mana pulak kalau orang tu panas baran tapi dia cuba aplikasikan sabar tu setiap kali dia marah? Lama-lama meletup jugak,rite? Maksudnya di sini, aku tak lah sewenang-wenangnya akan memaki hamun orang,serious! Bila aku dah tak tahan,marah tu meletus,then aku memang automatically kaya dengan kata-kata carutan. Silap-silap boleh bawak bergaduh kalau maki depan-depan. Huhu.

Entahlah,ini cuma hasrat yang belum tentu aku realisasikan. Depend dengan penerimaan dan komen pembaca. Actually aku sangat kagum dengan blog kawan aku. Alif Rosehaizad. Dia menempelak kawan-kawan,keluarga,dan mana-mana orang yang dia rasa dia ada percanggahan atau masalah dengan berani dan semuanya atas rasional tertentu macam kes settle di asrama,isu keluarga,isu sosial di universiti dia dan sebagainya. Bila aku baca blog dia,aku rasa aku juga perlu jadi macam dia. Pedulikan apa orang nak kata! Untuk hormati privacy,aku akan restrictkan readers, atau letak warning di awal entry, atau maki dalam teka teki, senang bukan?

Aku perlu jadi diri sendiri. Kalau orang rasa makian itu terlalu kasar, so leave this blog. Aku hormati keputusan itu. Tapi,aku akan cuba sehabis baik untuk tapis setiap apa yang aku tulis untuk entry yang berbentuk emosi. Aku tahu,emosi mempengaruhi fikiran (rasional). Tapi fikirkan kata pujangga ini "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"

Aku rasa kemungkinan besar aku laksanakan hasrat ini besar dan kemungkinan untuk entry berserta carutan ini adalah sedikit (because aku akan fikir dua tiga kali before post). So, time to change..

Benaran sih..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, November 14, 2009 | | 6 kiriman komen »




Pada 4,5, dan 6 November aku berada di Kompleks Imigresen dan Quarantin (CIQ) Tebedu (sempadan Tebedu,Sarawak-Entikong,Kalimantan Barat) untuk belajar peranan PPKP/Inspektor Kesihatan (nama ni dah tak digunakan lagi but just for your understanding) di sempadan negara. Jadi peranan Pembantu Pegawai Kesihatan Persekitaran di sempadan negara berkaitan dengan import dan eksport makanan, mayat, tisu manusia atau organ dan bahan-bahan patogenik. Kiranya aku belajar prosedur import dan eksport yang aku senaraikan tadi, like how to sampling import food - form apa nak kene isi, sampling apa yang patut kita fokus untuk ikan, sayur dan buah-buahan and etc. Import mayat, tisu manusia and patogenic substances pun ada prosedur tersendiri.


Jadi hari terakhir, 6 November, aku dibawa melawat ke Pejabat Kesihatan Entikong, Kalimantan, lebih kurang 300-400 meter je dari Pejabat Kesihatan Tebedu, Sarawak. Jalan kaki je,kata sempadan~ Aku gila excited sebab even aku bukannya lama pun kat sana, lebih kurang 10-15 minit tapi the fact that aku dah memijak bumi Kalimantan adalah satu rekod yang boleh dibanggakan,haha! Lain rasanya ada kat sana. Komunikasi seakan terbatas biarpun aku faham apa yang dorang borakkan. Budaya pun agak lain. Muka dorang pun lain *apakah?* Bila aku baca notis-notis,surat-surat dalam Pejabat Kesihatan Entikong tu aku rasa nak tegelak..hey,aku betul-betul kat Indonesia lah! Kagum aku.. Oh,kalau kat M'sia jawatan kami dipanggil Peg Kesihatan Persekitaran,kat sana mereka dikenal sebagai Peg Kesehatan Lingkungan. Ada lain macam sikit tapi takpelah. Dan lagi satu,kalau kat M'sia jawatan PKP nih dimonopoli kaum lelaki,tapi menurut Peg Kesehatan Lingkungan yang aku jumpa tu,kat sana ramai perempuan. Hmm.. Tapi aku tak hairan,sebab sekarang ni ramai je perempuan ambil kos ni.



Ok lah..aku cuma nak bagitahu,aku sudah ke Indonesia,yippi!~

I wonder if my report writing is worse than this..HAHA!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, November 13, 2009 | | 7 kiriman komen »






Nerd

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, November 04, 2009 | | 8 kiriman komen »

Seorang kawan aku pernah cakap, kawan-kawan aku dekat kampus SEMUAnya nerd. Aku ulang, KAWAN aku tu cakap, KAWAN-KAWAN aku dekat kampus SEMUAnya NERD.
.
.
Nerd ni ada dua, tiga maksud. Antaranya, nerd ini boleh jadi orang yang bodoh, menjengkelkan, dan tak menarik. Boleh jadi juga, nerd ni orang bijak/pakar dalam sesuatu bidang/perkara, tapi cuma dalam bidang/perkara itu semata-mata, contoh yang paling dekat di hati, game atau computer nerd. Sekali sekala, nerd ni gelaran untuk orang yang tidak sosial atau terpinggir oleh masyarakat; bergaul sesama mereka sahaja. Mungkin, ada definisi lain lagi. *Cek kamus ye kawan-kawan hehe*
.
.
Aku tak tahu dia maksudkan aku nerd yang mana satu. Kawan-kawan aku tu pulak, nerd yang mana satu. Tapi kebodohan orang Melayu kadang-kadang kita tahu dan nampak jelas. Rata-rata mendifiniskan nerd ni sebagai orang yang gila study dalam bilik, tak sosial, dan lurus bendul. Kalian mesti tengah imagine, seorang budak berkaca mata tebal, rambut sikat tepi; I mean sikat menggunakan sikat secara rapi ke tepi, baju masuk dalam, skema bila bercakap, dan kehulu kehilir bimbit buku untuk dibaca, kan? Well, memang wujud orang macam ni tapi tak ramai. Mungkin 1 dalam 100.
.
.
Okey masalahnya sekarang bukan macam mana fizikal orang nerd ni mahupun berapa ramai golongan ni di muka bumi. Cuma tolonglah betul-betul faham maksud sesuatu istilah Bahasa Inggeris tu sebelum kau memandai terjemah dalam Bahasa Melayu. Kau buat aku nak tergelaklah. Kau konon-konon nak cakap aku nerd, nak sindir aku ke ape ke aku tak tahulah, tapi yang aku tahu, aku nampak kebodohan kau masa tu.
.
.
Lagi satu, kau gunakan 'KAWAN' dan 'SEMUAnya' dalam ayat kau tu..bukan termasuk kau ke? See, lagi sekali kau tak sengaja tonjolkan betapa bodohnya kau. Haih..tak faham aku. Bila kau cakap macam ni,aku rasa,kawan-kawan aku pun takkan setuju dengan statement kau tu,betul tak readers? Aku bukan nerd,noktah!
pelekat kuning: tak dapat jarakkan perenggan jadi aku letak dua tanda noktah lepas tiap perenggan.



mulai sekarang aku akan fikir 30 ke 100 kali

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, November 01, 2009 | , , | 10 kiriman komen »


sesetengah orang beri macam-macam alasan kabur, tak berasas, tak relevan dan berharap aku akan simpati dan tanya soalan-soalan berbaur sedih dan pilu seperti "kenapa ni, ada masalah ke?"

tolonglah. aku dah masak dengan orang-orang macam ni. tak payah nak berkias-kias macam orang bodoh kurang cerdik kalau kau tak reti. straight to the point! oh,aku gembira je, tengoklah 2 keping gambar tu. itu baru 2 keping. aku takut kau jatuh pengsan dengar plan aku berjaya. hehe.

pelekat tak lutsinar: tak payah rajinkan diri terasa dengan benda ni. bukan semua. seorang dua sahaja. aku rasa lah, malas nak kira.

tepuklah tangan kawan-kawan..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, October 29, 2009 | , , | 12 kiriman komen »



Tepuk-tepuk..


Terima kasih. Terima kasih.

Aku happy. Baru habis final exam. Maksudnya bermula hari ni, secara tak rasminya aku dah masuk ke semester 6. Inilah dunia praktikal, kot. Jadual peperiksaan awal dari jadual peperiksaan rakan-rakan di kampus. Masuk sem pun awal dari rakan-rakan di kampus. Haih..takde cuti. Sengal betul~

Btw,teruk betul report writing aku. Kerja last minute. Semua gara-gara lappy rosak. Tak cukup dengan masalah tu, masalah peribadi seperti aku tak pandai tak suka buat report writing 15 ke 20+ page, in English, menyebabkan aku lama betul hadap laptop yang dipinjam dari kawan. Pinjam okeyy, atau dalam bahasa kasar dia, menyusahkan kawan aku tu. Thanx Bob. Thanx hakak. Kerana sudi meminjamkan laptop kalian, haha. Muka tak malu betul.


Now, macam biasalah, turun kerja pukul 7 lebih pagi, balik kerja pukul 5 petang sharp pukul 12 tengah hari, duduk rumah tengok Astro, makan, tido. Bosanlah. Kenapalah takde cuti,aigoo..

Siap kau kalau kau tepuk tangan!

Pelekat biru : Tengah online di CC. Dah lama betul tak online kat CC. Huhu.




He Who Can't Marry/ The Man Who Can't Get Married

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, September 25, 2009 | | 11 kiriman komen »


Baru selesai menonton drama korea ni. Isnin dua minggu lepas, haha! Mana lagi kalau bukan channel 303 KBS World. Aku kasi lapan bintang. Seronok bila tengok cerita yang kena batang hidung sendiri. Rasa terpukul. Aku promote cerita ini kepada mereka yang mungkin sama macam aku, cadang untuk hidup seorang seumur hidup tapi mewah dengan harta. Cuma ada keluarga dan beberapa orang kenalan,atau rakan..ya,beberapa sahaja. Cerita ini genrenya comedy romance so tak boring, tiap-tiap episod mesti ada scene yang buat kau ketawa, terutama mimik muka Cho Jae Hee yang berkerut-kerut cuba menzahirkan perasaan-perasaan tertentu. Selain tu, tak banyak konflik cuma kita akan dihidangkan dengan dua dunia berbeza. Pertama, dunia bila hidup sendirian. Kedua, dunia setelah hidup bersama teman istimewa. Maksudnya, kau boleh tengok pro and cont's untuk dunia dunia ni. Kalau aku, aku lebih suka dunia pertama, hehe. Oh,watak utama lelaki dalam cerita ini lebih kurang sama macam aku. Tu je aku nak cakap.



busyness

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, September 14, 2009 | | 8 kiriman komen »

Huhuhu..hari ni Isnin. Esok Selasa. Lusa Rabu dan tulat Khamis.

Sesiapa yang ada facebook aku mungkin tahu, aku ada post shoutout yang lebih kurang berbunyi begini "aku tunggu hari Isnin. hari Isnin ini penentu sama ada cuti raya ini aku betul-betul cuti atau cuti pada nama sahaja "

So, aku ulang balik. Hari ni hari Isnin. Jadi sukacita dimaklumkan, cuti raya ini aku 'tak betul-betul cuti' dan 'tak juga cuti pada nama sahaja'. Haha.

Macam ni ceritanya, tengah hari tadi lebih kurang pukul 11.30 pagi, En. Samsudin, lecturer yang supervise post praktikal aku datang. Dia memang tabur janji tu Isnin lepas. Masa dia telefon dan melafazkan kata-kata "saya tak dapat datang hari ni,tapi saya akan datang Isnin depan" aku sangat happy. Happy plus relief. Sebab, err..sebab aku cuak nak present reports yang ntah pape aku buat. But then, dia cakap "saya nak buat penilaian..n bla3~~" Penilaian? Penilaian apakah awal-awal ni?? And adalah something2 yang dia cakap lagi yang buat aku perah otak dan cuba meneka-neka penilaian apelahhhh yang En. Sam nak buat,huhu.

Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, Jumaat lepas aku chatting dengan Mas. Borak-borak kosong mulanya. Tiba-tiba gatal pulak jari aku ni menaip apa yang ligat bermain kat otak. "Mas,bila tarikh final exam?" Masa tu aku dah tahu dah,apa yang akan keluar untuk final exam kali ni. En. Khamri ada kirimkan email. *tapi aku jenis yang tak bukak email so aku baca through email Marcos, housemate aku* Then Mas cakap,lebih kurang camnilah "Hmm kamek dengar dari En. Kham *En. Kham lecturer ktorg yang supervise post dia* final exam maybe from 6th sampai 16th of Oct.." Aku cam sentap jap. Hahh?! Then aku berdondang sayanglah ngan Mas..merintih itu ini yang agak sulit untuk dikongsikan di sini hehe *takut orang pecah lobang :p*

Alah,generalnya merintih pasal nasib aku kat Serian nih la.. Why it is sooooo last minute nak bagitahu hal sepenting ni. Sadis ada. Bengkek pon ada. Camne nak citer ek. Aku ringkaskan lah. Bila korang praktikal,korang akan dibekalkan satu log book. Log book ni adalah untuk panduan kau selama tempoh kau berpraktikal tuh. Aku,setahun. Dalam tu nanti detaillah..aktiviti yang patut korang laksanakan,siap ditetapkan tempoh cadangan. Contohnya, minggu pertama aku kene selesaikan task 1 iaitu mengenal kawasan operasi dan interview senarai jabatan kerajaan,jabatan bukan kerajaan dan agensi-agensi lain dalam tuh. The next week,task lain pulak,task 2. So nampak tak? Semua perlu diikuti ikut plan dalam log book tuh. *eh,nak kongsikan pada junior2, tak wajib pon nak ikut semua yang ada dalam buku log tuh rupenye..sengal betul,yeye risau selama nih byk tak dapat buat disebabkan...yelahh Serian nih macamlah ada semua,huhu*

Ok,selesai cerita log book. Masuk cerita tentang preceptor pulak. Bagi setiap post tempat korang berpraktikal,of course lah ada seorang yang akan ditugaskan untuk selia and supervise korang. Kat sini ktorg panggil preceptor. Dan preceptor itu bukan orang lain..tapi ketua Health Inspector/Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) di tempat itu. *kat Serian ni belum ada PKP, paling tinggi Penolong PKP (PPKP)* Jadi kisah bertambah menarik bila preceptor dipertemukan dengan log book itu,haha! What Im trying to say is,preceptor akan ikut apa yang ada dalam log book tu. Kalau kat situ tulis 8 minggu attach dengan unit hospital so 8 minggulah. Kalau ada saki baki minggu sebelum tempoh sebenar habis *maksudnya before 8 minggu ktorg dah settle* so freelah. Duk ofis and hang around jelah,haha! *pinjam ayat preceptor* Sometimes,kalau dia tahu "Oh,minggu ni tak dapatlah budak2 nih attach ngn unit tuh,sebab unit tuh busy.." dia akan tukar. Kira nampak disitu,dia bukanlah lurus bebeno nak ikut je log book tuh,huhu.*astaga,aku tak niat nak cakap cmtu,juz nak betul2 korg faham* Dia rasionallah tiap kali atur schedule ktorg,huhu.

Jadinyaaaaa...apa yang berlaku sekarang,final exam keluar benda-benda yang belakang-belakaaaaang log book tuh. Yang mana kalau ikutkan bulan 11 cmtu baru ktorg attach dengan unit-unit tuh and learn. Lebih teruk lagi, benda yang nak keluar exam tu bukan bende simple yang perlukan sejam dua jam preparation tapi berhari-hari. Kejap lagi aku reveal. So,nak salahkan siapa? Log book ke, atau preceptor yang hanya berpandukan log book atau pihak atasan yang gubal jadual final exam tuh selepas sesi mesyuarat dan segala bagai?? Atau nak salahkan lecturer yang inform lambat? Atauuuu..salah ktorg tak update ngn kawan-kawan di post lain *since ktorg paling last tahu tarikh final exam ni* atau update ngn lecturer sendiri?

Kalau korang kata salah aku,cuba pertimbangkan nih. Alasan aku lah,haha! Ok. Aku seorang yang sangat concern pasal final exam. Apa yang keluar dan bila tarikhnya,tu paling penting. Sebab aku seorang yang last minute so dengan mengetahui semua nih aku akan atur jadual aku sendiri dan lepas tu terpulang pada masa,nafsu dan syaitan untuk screw up semuanya,hahaha! Bukan aku tak tanya kawan-kaawan pasal final. Tgk sendiri cmne aku borak dengan Mas tadi tu..tu bukan tanya? Nah,bukti depan mata. Selain tu,lepas je kecoh pasal En. Kham sent email yang terkandung list repotrs and hands-on test yang ktorg perlu sit utk semester nih,aku tengok je. Cuma lagi sekali post aku lambat beberapa hari,1 atau 2 hari daripada tarikh sebenar email tu dikirimkan. Aku concern bah..so aku tak rasa aku salah. That's it! Byk lagi..cukuplah dua tu. And,honestly aku tak salahkan preceptor. Serius. So faktor-faktor yg perlu disalahkan tinggal berapa tu ek? Tolak. Dan teka sendiri aku salahkan yg mana.

Habis citer. So,hari ini aku ulang,hari Isnin. En. Syam datang dan akhirnya aku dengar sendiri dari mulut beliau, mengguna pakai telinga dan mata pemberian Allah ni, exam confirm 6th-16th of October 2009. Specific date untuk specific assessment nanti akan diberitahu. Ok lah..at least lega sikit. Sikit je lega. Ada yang lebih merisaukan. Dari TIGA report penting dan DUA hands-on test yang akan keluar final exam tuh, SATU je yang ktorang dah belajar secara praktikalnyalah. Under unit Kawalan Mutu Air Minum (KEMAM), belajar hands-on on how to sampling treated water. Tu pun,hasil usaha ktorg sendiri promote diri nak belajar. Tak expect pulak keluar final exam,hehe. Kalau ikutkan,huh..bulan 12 camtu baru attach dengan unit KEMAM nih. See? Jadual exam sengal gila. Kalau tahu nak kelurkan exam bnde2 cmtu, letak depan=depan dalam log book tuh,haih~ So, ada lagi EMPAT benda nak prepare sana sini.

Esok Selasa..mungkin akan selesaikan satu. Occupational Health and Safety Inspection. Kene inspect kilang atau tempat kerja (workplace) dan siapkan report. Bukan kerja senang report OSH nihh..

Rabu,insya Allah..ikut unit Vector Control and learn about Aedes survey and identification of larvae. Itu yang akan keluar untuk hands-on test yang lagi satu. Hands-on tahu kan? Kita buat benda tu betul-betul and profesional macam kerja betul-betul dan orang akan assess kita. Habis semua tu nanti ada soalan cepumas. Then settle..dan doa banyak-banyak kau lepas,huhu.

Hmm tu jelah. Lagi DUA..terpaksa tunggu lepas raya. Eventhough agak lewat,tapi nak wat cmne. Khamis aku balik Shah Alam dah. Balik sini balik 27hb. Terpaksalah. Yang dua untuk esok and lusa tu pon baru je ktorg mintak..again,usaha sendiri. Dan alhamdulillah IK-IK terlibat free..Harap-harap due date untuk TIGA report tuh lambat sikit. Jangan bagi tarikh bukan-bukan lagi! Huh.

Menjawab tak tajuk post? Bolehlahhh..hehe.

Pelekat merah: Perasaan bercampur baur. Happy nak balik raya ada. Risau pasal final exam ada. Sedih nak kena hadap assginment last minute time cuti-cuti raya ni ada. Haih~



Sepi

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, September 12, 2009 | | 10 kiriman komen »


Bisikku pada bulan,
Kembalikan temanku,
Kekasihku,
Syurgaku,

Tanpa dia malam menemaniku,
Sepi memelukku,
Bulan, jangan biar siang,
Biar alam ini kelam,
Biar ia sepi sepertiku..



Khas untuk mereka yang sepi.
Sepi kerana kehilangan orang tersayang.
Sepi kerana sedang sendirian.
Sepi kerana sedih.
Atau sepi kerana sikap sendiri yang suka menyepi, memendam rasa, mudah putus asa dan mengalah pada dugaan dan suasana keliling.

Dengar lagu ini.
Pejamkan mata.
Hela nafas setenang mungkin.
Mainkan memori-memori sepi kalian.

Perang dingin

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, September 12, 2009 | | 14 kiriman komen »

Bercakap lebih daripada biasa kadang-kadang menyakitkan hati orang yang mendengar.

Kurang bercakap daripada biasa juga kadang-kadang menyakitkan hati. Kali ini hati orang yang panas melihat muka si polan yang tiba-tiba senyap selepas ada krisis. Perang dingin.

Lantaklah. Aku ada kedua-dua itu. Jadi jangan cari pasal dengan aku. Aku berpotensi untuk bunuh kau kalau terlebih had. Aku rasalah, hehe.

Pelekat merah : Saja suka-suka. Tiada kaitan dengan pembaca sekalian terima kasih *senyum*



Serangga apa paling cute?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, September 08, 2009 | , | 18 kiriman komen »

Aku rasalah, ladybird. Ladybird merah dengan tompok-tompok hitam. Kuning tak cute sangat.. *heh?*



Kalian rasa?

Pelekat hijau : Post ni merapu..kui3~

tiga soalan dan aku tagih tiga jawapan.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, September 03, 2009 | , | 22 kiriman komen »


glitter-graphics.com

aku tak tahu kalau aku patut cakap macam ni atau pon tidak,
tapi aku lebih rela tidak turun berterawih daripada aku berterawih dalam keadaan tidak kusyuk, tidak ikhlas dan penuh gangguan.
kalau yang wajib kau tak tunaikan,kenapa perlu terhegeh-hegeh kejar yang sunat?
dua situasi.
betulkan kalau aku salah.



dan aku tak tahu kalau aku patut cakap macam ni atau pon tidak,
tak semestinya orang yang keluar dari sekolah agama perlu tunjukkan yang dia tu kuat agama,tahu tentang agama,lakukan kalau boleh semuaaaaaaaa yang pernah dia lakukan atau belajar di sekolah agama dulu sama ada rela, atau terpaksa, atau paling teruk..jadi munafik.
cukuplah aku rasa munafik selama ni.
betulkan juga kalau aku salah.

dan minta maaf lah kalau tak berterawih ni satu dosa pada pandangan mata kalian kerana aku seorang lelaki,mampu,tiada keuzuran,dan paling penting,mepunyai latar pendidikan agama daripada kecil dan mempunyai keluarga kembangan yang islamik.
betulkan juga kalau aku salah.



pelekat merah : kadang-kadang sedih dengan diri sendiri. kadang-kadang terkilan juga sebab apa-apa yang aku buat jika pelik di mata sesetengah orang, hal asal usul aku dari sekolah agama akan diungkit sampai mereka puas. aku manusia biasa dan aku tak mintak semua ni. tolonglah faham,semua ni beri aku tekanan. walauapapun, setiap teguran tu aku anggap simbol kasih sayang dan perhatian,terima kasih.

pelekat hijau : kadang-kadang ada perkara yang tak dapat aku gambarkan untuk dijadikan alasan. jadi aku hanya akan jawab acuh tak acuh. masa itu,aku sedia dihukum.



pergi mati!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 30, 2009 | | 23 kiriman komen »


PERHATIAN : AKU TENGAH BENGANG

semalam, aku doakan budak-budak yang bermain mercun di depan halaman rumah aku ni cedera parah dan kalau boleh mati terus. dan aku tak lupa aminkan.
semalam juga, aku bertenang dan dengan rendah dirinya aku memaafkan mereka.
sekarang,
aku cuma nak cakap "aku tunggu berita kematian dengan rasa gembira"
sebab aku tahu, mendoakan keburukan orang takkan pernah makbul.

aku tahu, tak logiklah mati disebabkan mercun. memang tak logik. saja. supaya hati aku puas!
terpulang korang nak cakap aku apa. aku kebudak-budakan ke, aku tak terbuka ke, aku lebih-lebih ke, aku dah bagi peringatan awal-awal kat atas bukan?
nah,seri satu sama.





Selipar hilang

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 28, 2009 | | 14 kiriman komen »




Selipar aku elok-elok sahaja. Selipar Bob yang kene kebas. Hehe. *Bob ni team practical aku kat Serian*

Bukan apa, rindu pulak kenangan di sekolah asrama dulu. Tak terhitung jumlah selipar aku yang di kebas orang. Dan kenangan counter-attack aku mencuri selipar kanak-kanak yang tak berdosa sebagai langkah alternatif menjimatkan wang sendiri juga salah satu memori terindah. Yelah,takkan setiap kali hilang nak beli baru? Muflis aku macam tu,haha. *perhatian : waktu tu aku masih student dan duit belanja rm50 sahaja sebulan*

Kenapalah mesti nak curi selipar orang. Penat-penat je tunggang terbalik solat berjemaah, lagukan pelbagai jenis zikir dan bersalam-salaman sesama jemaah, alih-alih setiap langkah kau pulang dari masjid tu kau kumpul pula dosa. Dah banyak sangat pahala kot. Macam yang aku pernah cakap dengan kawan-kawan masa di sekolah dulu "aku jalan pon dah senget sebelah kanan dah ni,banyak sangat pahala,so takpelah curi selipar ni,seimbangkan~" *sambil menyengetkan bahu sebelah kanan dan membuat muka comel* Hahaha! Sebenarnya,bila aku betul-betul terdesak baru aku curi. Biasanya aku akan berkaki ayam dan cari sampai dapat. Pergi blok ke blok. Cari di dewan makan. Cari di setiap kelas. Gila tak?

Huh,kadang-kadang macam-macam cara aku buat nak elak selipar kene curi. Pertama sekali aku akan cari port baik punya. Bawah tangga ke,celah dahan pokok ke,timbunkan selipar orang lain atas selipar sendiri ke atau pon parking selipar tu jauuuuuhhhh dari kawasan surau/masjid. Hehe. Kedua,buat tanda kat selipas tu. Kat asrama dulu, kalau agak-agak kau guna selipar jepun warna biru putih tu jangan harap lah kau nak biar kasut tu dengan warna dan rupa asal. Macam-macam cara budak-budak ni buat. Toreh dengan pisau lah, cat kan dengan pelaka lah, tulis nama dengan marker pen lah, potong tapak kasut tu ikut bentuk yang kau suka lah, pakukan keliling tapak lah dan macam-macam lagi. Semua tu nak elak hilang punya pasal. Aku tak guna selipar jepun. Pada asalnya lah. Bila dah kerap sangat hilang,terpaksa jugak menapak ke koperasi sekolah beli selipar jepun nih. Dah sama lah pulak selipar aku dengan orang lain,huhu. Ketiga,jadi orang berpengaruh kat sekolah tu. Insya Allah selipar kau tak kena curi. Kalau kene curi jugak,sekejapan je jumpa balik sebab ramai yang sudi tolong. Hahaha.

Disebabkan rindu pengalaman selipar sendiri kene curi,aku rela kalau malam ni,atau malam-malam seterusnya selipar aku yang satu tu kene kebas. Hey,selipar lawa tuu..pelik aku kenapa takde yang berminat *crocs yang warnanya dah luntur tak cantik ke? :p*

Pelekat hijau : Memang cadang nak beli selipar baru =)


KFC Shrimp Stix Combo- Indah iklan dari makan?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, August 26, 2009 | , | 24 kiriman komen »


Kecik!

Aku zoom..


Kecik jugak -_______________________-"

Sekali 'ngap' je.. Oh,jangan berangan lah ada seekor udang dalam tu. *tu memang confirmed tipu*

Rasenye mcm fishcake je. Or should I say shrimpcake.. Takpe, yang penting aku dah rasa ^_______________________________^

Sekian.

Pelekat merah : patut debatkan isu ni, Iklan : Indah khabar dari rupa.



Siti Nurhaliza - Asma Ul Husna 2009

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 23, 2009 | | 4 kiriman komen »


Sekadar berkongsi.Belum keluar lagi. Album Tahajjud Cinta.



Menghitung masa

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, August 22, 2009 | | 4 kiriman komen »

Ya. Aku pakaikan blog aku baju baru.

Tik. Tok. Tik. Tok.

Yelah,yelah,tiada bunyi sebenanrya. Jam digital laptop saja ada depan mata aku ni. Tiada jam antik.

Jam 1 lebih tadi perut aku dah berkeroncong. Hampir jugak aku terteguk segelas air,lupa yang aku tengah puasa. Lupa beberapa saat je. Haha.

Tak banyak lampu YM menyala hari ni. Facebook juga. Bosan.

Plan untuk buat report pun tergendala. Tiada jiwa. Tiada rasa. Esok jelah. *percayalah,esok akan sama seperti hari ni*

Berborak di laman Fb Kak K tadi, Kak K tanya "Tak faham kenapa mereka gigih menyiapkan juadah berbuka puasa. Beli sudah..~"

Mereka itu,kita lah.

Aku, "Yang kita nak beli tu pon, makcik dan pakcik tu gigih jugak sediakan. Lagi tak faham kenapa dorang gigih siapkan juadah berbuka puasa untuk orang lain. Makan sendiri sudah..~" *gurau je kak K haha*

Sengaja aku bergurau. Tunggu respon.

Kak K, "Haris, diaorang gigih kita bayar..ini tak,kuih nak buat,lauk nak buat,nasik nak masak..mak koma nokkk!"

Che' Lah menyampuk, "Akak tak faham sebab akak tergolong dalam golongan orang yang malas nak masak. Hehehehe."

Kak K spontan, "Bukan malas,tapi membantu ekonomi negara,hehe."

Che' Lah serang, "Kak K, habis tu ekonomi kita sapa nak bantu? Asyik nak jaga ekonmi orang jarrhh.."

Hahaha! Tulah antara perbualan kanak-kanak debat. Bahasa lain macam sikit, unik. Erk,aku je kanak-kanak,mereka pangkat akak dan abang,hehe.

Sebenanrnya dua-dua tak salah. Suka hatilah korang nak masak sampai termuntah-muntah periuk tu ke, nak kasi penuh dua tiga meja ke, nak kasi warna-warni pelangi ke..yang penthing,jangan membazir. Jangan bazir tenaga, jangan bazir masa, jangan bazir bahan masak dan jangan bazir duit. Ejaan penthing tu juga penting haha. Jangan gigih nak jadik sahabat syaitan. Kang gigih pulak kau diikat sama kat neraka. Haha. Ok,ok. Aku merepek.

Oh,Bob ajak berbuka di rumah dia. Wahh,sekurang-kurangnya taklah nightmare sangat malam pertama berbuka kekeke. Boleh je makan masakan sendiri tapi faham-faham jelah, kalah rancangan Bersamamu TV3 haha. Aku merepek lagi. Dah. Selamat bersungkei *bahasa sarawak = berbuka puasa*

Ta'al ya sodiqi, ta'al..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 21, 2009 | | 2 kiriman komen »



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Awalnya R A H M A T. Pertengahannya M A G H F I R A H. Penghujungnya P E M B E B A S A N dari api N E R A K A.

Assalamualaikum.


Dah lama tak bagi salam. Nah, 1 pahala yang senang-senang kita peroleh. Aku beri dan kau, sila jawab salam itu. Hehe.

Ok lah,disebabkan bulan tak beranak semalam,maka bulan puasa jatuh pada hari Sabtu bersamaan 2 Ramadhan 1430H iaitu esok. Jadi malam ni kemeriahan sambutan ramadhan bermula dengan ibadah sunat terawikh. Ya, jangan nak buat-buat lupa. Hari ni dah mula terawikh. Hehe. Sunat mu'akad. Oh, kata-kata aluan tak boleh tak ada.."Marhaban ya Ramadhan"

Jadi sempena ramadhan ini, aku nak minta maaf kalau ada salah silap selama tempoh perkenalan kita. Noktah.

Sempena ramadhan ini juga, aku berharap aku dapat manfaat dan eberkatannya supaya aku berubah. Berubah,haris. BERUBAH! Huh. Semoga aku tergolong dalam golongan orang-orang yang diberi petunjuk dan mendapat keredhaan Allah,amin.

Terbaca nota kecil dari blog Afiq, aku segera mengimbas detik berpuasa di sekolah. Haha. Ya aku tahu aku dah hampir 2 setengah tahun di UiTM, tapi kenangan berpuasa di sekolah asrama dulu lagi manis dari di UiTM. Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sultan Muhammad. Lima tahun aku disana, dan kenangan berpuasa indah untuk 2 tahun terakhir disana. 3 tahun sebelum nya indah juga, cuma aku dah lupa suasananya haha.

Ah,rindu berbuka puasa beramai-ramai. Mandi awal supaya dapat berbaris awal di dewan makan. Pukul 6 tepat mesti kene turun,kalau tak berebut. Hehe. Makan aku tak kisah sangat, kuantiti ditentukan tahap mesra kita dengan tukang masak dan paling penting, semua pelajar akan dapat lauk yang sama, kuih yang sama dan pencuci mulut yang sama. Yang aku sangat kisah..air,hehe. Berebut air adalah acara paling mencabar. Kalah sukaneka,haha! Kalau cepat,dapat ambil ais sekali. Dan baju melayu dan kain pelikat tak kotor terkene lecak air yang tumpah merata-rata. Hehe. Tapi beberapa lama lepas tu,pihak asrama upgrade sikit..guna bekas simpan air berpaip. Ok,lepas sikit rindu cerita bende ni.

Aku rindu juga bersahur beramai-ramai. Aku bukan jenis bangun sahur. Aku memang dikenali sebagai seorang yang hebat,tak payah sahur pun tahan puasa haha. Hebat ke? Anggap jelah aku perasan aku seorang je di asrama tu yang tak bersahur hehe. Kadang-kadang aku pesan dekat kawan,kejutkan aku pagi tu walaupun tujuan aku bukan untuk bersahur tapi sekadar menemani kawan-kawan bersahur. Hehe. Baik betul aku. Ntah,aku seronok teman orang sahur. Dengan muka pisat-pisat. Dengan bau-bau air liur basi. Haha. Aku tipu,aku tak pasti tu bau apa. Haha.

Aku rindu sistem pergi ke bazar ramadhan secara bergilir. Setiap minggu,dalam 7 hari itu,pelajar akan bergilir untuk pergi ke bazar ramadhan. Ikut tingkatan. Haha,sangat comel sistem tu. Disebabkan aku ada kawan-kawan dari setiap form,aku akan kirim. Boleh kata setiap hari jugaklah aku dapat makan makanan lazat dari bazar. Kadang-kadang terus tak pedulikan lauk di dewan makan. Terutama air lah. Berjenis-jenis air aku beli. Kuih juga. Kuih kegemaran macam karipap sardin,custard jagung,ketayap,lepat pisang dan keropok lekor memang tak boleh lepas. Haha.

Rindu juga berterawih di surau. Berebut nak duduk bawah kipas. Kadang-kadang curi-curi peluang untuk solat di bahagian luar. Berangin dan sejuk sikit. Tapi selalu jugak kene masuk hall utama,sebab aku senior haha! Macam budak-budak aku nih. Eh,tapi kalau dapat saff belakang walaupun di hall utama pun dah cukup suka. Ada 2 kipas gergasi,wakaka! Selalu jugak aku di saff belakang. Jangan tiru itu,pahala lagi banyak di saff hadapan. Sebenarnya aku selalu sangat di saff depan *cover*

Macam-macam lagi kenangan,mungkin kalau aku teringat aku akan kongsikan lagi. Terasa macam nak balik ke sekolah lama dan join berbuka puasa dengan mereka. Cakap, "Abang ex-student sekolah ni" dengan muka tak tahu malu. Haha. Merepek. Aku dah besar,buat cara orang besar. Oklah,makan dengan warden jelah. Huh,lagi merepek. Kene bantai dengan rotan nanti baru tahu,bajet aku terkenal lah kat sekolah,cett.

Pelekat hijau : Tunggu ibu call. Mesti dia akan pesan untuk pergi terawih malam ni.

Pelekat merah : Harap-harap aku dapat tahan lapar. Marcos asyik cakap "Aku nak tengok macam mana kau puasa nanti..asyik lapar je aku tengok" Haha..insya Allah tak macam tu dah bila puasa.

Pelekat ungu : Jaga mata, jaga telinga, jaga hati, jaga anggota tangan dan kaki. Semoga kita bukan sahaja menahan lapar,tapi tahan nafsu dari perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Ingat,pahala puasa adalah satu-satunya yang Allah beri mengikut penilaiannya. Tiada syarat khusus :)

Pelekat biru : Pendrive 8Gb kesayangan aku tiba-tiba rosak. Sedih gila. Tak sampai setahun,huhu.