makna Disember

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, December 04, 2009 | 12 kiriman komen »


Aku baru je terfikir pasal ni, apa makna Disember bagi aku?

Jadi jawapan yang aku dapat fikirkan adalah :

Disember bulan untuk aku berehat. Rehatkan otak dari memikirkan perkara-perkara atau hal-hal berkaitan pelajaran terutamanya. Tapi apa yang berlaku? Aku dapat tugasan untuk siapkan proposal sebelum 15 Dec. Well, bukanlah masalah besar pon tapi entah kenapa, aku refuse nak buat,percaya ataupun tak,aku belum mula mengarang pon. Baru plan itu ini je. Nak dekat due date dah ni,hmmm (+_+)..


Disember bulan untuk aku bersama keluarga. Hidup merantau sejak sekolah menengah dahulu menjadikan bulan Disember ini adalah satu-satunya bulan rahmat aku meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Tapi apa yang berlaku? Semester ni aku takde cuti semester dan nak mintak cuti beberapa hari yang lepas dari preceptor poooooooooooonnn susah. Aku cuma nak habiskan cuti 14 hari yang UiTM bagi tu je. Okeylah,dapatlah luangkan masa sekejap dengan famili. Dapat cuti 6 hari.

glitter-graphics.com

Disember bulan untuk aku membesarkan perut. Hehe. Kalau dah ada kat rumah memang tak dapat nak teruskan niat nak berdiet ke,nak exercise petang-petang ke,nak ganti puasa ke. Sure tewas dengan kelazatan masakan ibu, godaan makanan-sedia-untuk-dimakan yang sentiasa ada dalam kabinet mahupun fridge dan kekerapan makanan dihidang atas meja - dekat rumah petang pun ada makan, so macam mana nak exercise? *tounge* Tapi apa yang berlaku? Oh,sangat berjimat disini,makan 2 kali sehari~ dan makan makanan yang kurang sihat je sebab malas nak masak - instant noodle and junk food dah macam-macam jenama aku try. Tapi ada kebaikan sikit. Sikit jelah. Berat badan aku maintain kalau hari-hari macam ni,hehe.

Okeylah,saja nak berkongsi makna Disember aku dengan kalian. Tadi kononnya bercadang nak mula buat proposal, tapi takde mood lah. Malas. Bosan. Especially weekend macam hari ni. Lagi best tengok tv sambil baring, remote dekat tangan dan kalau lapar cari makanan dekat dapur. Apa makna Disember kalian agaknya ek?




12 kiriman komen

  1. Balqis Riza // Saturday, December 05, 2009 9:52:00 PM  

    nak tau mksd disember bg aku??

    SHOPPING!! hahahaha

    why? krimas maa..sale byk! hahaha

  2. Lala // Saturday, December 05, 2009 9:59:00 PM  

    kesiannye....proposal utk ape???
    xpelah...bukan tahun ni je yg de disember...tahun depan..tahun depan lagi..kan2???heheheh

    makna disember bg lala plak..duduk rumah habiskan masa jaga abah yg koma..huhuh

  3. Noor Fatin // Saturday, December 05, 2009 10:29:00 PM  

    bg aku..sama ngan makna ko yg last skali..hahahaha

  4. Anonymous // Sunday, December 06, 2009 1:04:00 PM  

    yepp..btol la tuh.
    rehat2..mkn2..hangout2..soping2..n lastly gmokk2!! haha..
    2 mggu lg ntuk wt sume tuh..huhu.

  5. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, December 06, 2009 2:06:00 PM  

    balqis,haha! u said u don't shit money tp kaki u suka shopping,ini sgt kontra ni hahaha!~

    sale krismas bagi keluarga aku adalah beli pakaian dan peralatan sekolah adik2 aku,hehe.

  6. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, December 06, 2009 2:08:00 PM  

    lala,proposal utk project paper semester akhir ktorg. hehe. open project. means lantak ktorg lah nak buat apa,huhu,bahaya sungguh~

    lala,kamu anak yg baik dan tabah. sy tak pasti kalau saya setabah itu. hmm..

  7. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, December 06, 2009 2:09:00 PM  

    faten,hehehehe..ibu aku masak macam-macam cuti hari tu. terharu~

  8. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, December 06, 2009 2:11:00 PM  

    lyana,hehehe. sebenarnya saya tak sabar nak tunggu penamat bulan ni.

  9. syaira rosland // Sunday, December 06, 2009 10:25:00 PM  

    dec bg budak2 sekolah is enjoy sampai lebam! hahaha!

  10. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, December 06, 2009 10:35:00 PM  

    pulak? haha..

  11. Balqis Riza // Sunday, December 06, 2009 11:49:00 PM  

    i dont shit money..neither my dad..
    but wth kan..money are to spend! hahahaha

  12. Anonymous // Tuesday, December 08, 2009 11:53:00 PM  

    sbb pe?? jan nnt dh abeh kje ke??