kicked

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, December 12, 2009 | | 10 kiriman komen »

Macam biasa,aku seorang diri kat rumah. Lagi dua orang 'cuti'. Kalau selama ni setiap weekend,kali ni lagi best,dalam 21 ke 25 hari macam tu. Haih,apelah nasib aku dua semester ni. Aku malas nak cakap banyak,cukuplah sekadar berkongsi sikit dengan korang melalui penulisan entri di blog dan shoutout di Facebook selama ni. Yang pasti,aku tak rasa praktikal ni seronok bila benda-benda macam ni jadi kat aku. Pathetic betul. Tak sabar nak blah dari sini,uhuk T_T

Result semester 5 baru je keluar 10hb lepas. Alhamdulillah okey. Entah kenapa aku tak lah happy sangat dengan result tu walaupun aku percaya kalau coursemate lain dapat result macam tu dia akan melompat-lompat sebab tahu betapa susahnya nak dapat result macam tu. Kott. Tapi tak tipu,bukan senang dapat A untuk report writing taw huhu. Tahniah untuk 6 orang coursemate, 3 orang junior dan seorang super junior aku yang dapat anugerah dekan. Takziah untuk mereka yang failed and kicked. Salah sendiri,tanggung sendiri *ditujukan kepada semua super junior*. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan,tahniah sebab adik berjaya teka pointer aku kali ni. Dah dua kali dah dia teka betul,creepy betul,haha!

Aku tak fahamlah bila tengok result super junior aku. Susah sangat ke part 1? Okeylah,aku akui memang ada subject susah macam Microb,Chem and Math (sekarang dengar-dengar dah tukar jadi Calculus) tapi untuk subjek-subjek lain selain tiga subjek tu takkan takleh bawak kott? CTU, Bel part 1, and ape lagi ntah aku pon tak ingat..taklah susah sangat sampaikan nak berepeat-repeat 2,3 paper sorang. Haiyo..kasihanlah dengan lecturer korang weyh,ingat korang je susah ke,dorang pon susah jugak nak kene menjawab dengan pihak atasan kenapa untuk subjek dorang ada student yang gagal. Kalau susah sangat kenapa yang dean's list tu boleh dapat pointer tinggi gila,jauh tinggalkan yang lain. Pastuh,punyelah ramai 2 pointer..masya Allah,baru sem satu dik oii,awak ingat makin naik sem makin mudah ke perjalanan awak?? Dengar-dengar attitude mereka ni tak elok,tak hairanlah dapat result macam tu. Lecturer boleh bila-bila masa je effect markah student kalau dia tak suka korang,tahu tak fakta tu? Haih..sedih. Sedih bila dengar ada yang kene kicked sebab masalah disiplin. Masalah disiplin yang dahsyat! Pecah rekod.

Untuk batch aku pulak,pecah rekod jugak. Pecah rekod bila sorang daripada ktorg dikicked. Haih,sapelah tak sedih bila dengar benda macam ni. Tinggal satu sem je lagi tapi kene tendang sebab gagal berkali-kali untuk paper Fizik. Bukan nak bukak pekung dia. Dia kawan aku. Atas rasa kasihanlah aku cakap benda macam ni. Supaya jadi pengajaran untuk kita semua,jadi pengajaran untuk junior-junior aku. Aku tahu ada coursemate dan junior aku yang jadi silent reader, jadi anggaplah ni teguran membina daripada aku. Kalau dia betul-betul usaha and then gagal,aku boleh terima..okeylah mungkin bukan rezeki dia. Tapi,dia gagal sebab dia tak usaha pon. Assingment yang berjumlah 40% tu langsung tak hantar thus dia dapat 0 untuk carrymark. Padahal lecturer sudi nak tolong,tapi student ni taknak. Hebat sangat ke kau nak dapat 100% masa final exam sampaikan taknak hantar assignment? Tahu tak pandai fizik,tapi taknak datang kelas..alasan,praktkal. Tapi,log book bukan ada markah, kenapa nak kejar benda yang tak bermarkah dengan benda yang akan tentukan hidup mati kau? Sekarang tengok, siapa susah? Diri sendiri bukan? Kepada insan tersebut, aku mintak maaf post benda ni. Aku cuma, taknak perkara ni berulang. Biar adik-adik kita belajar daripada sejarah.

Kes lain, aku tengok,ada coursemate aku suka maki hamun lecturer. Bila dapat result teruk,dia maki lecturer. Bila lecturer tegur,dia maki jugak. Kita ni student,kita kene dengarlah teguran tu. Benda tu untuk kebaikan kita jugak. Kalau kita tak suka kene tegur, buatlah benda-benda yang sejukkan hati dia. Ini tak,apa yang dia ajar kau tak practice, mana tak dia ngamok. Kita ada hak untuk marah,tapi takde hak untuk maki lecturer. Okeylah aku boleh terima kalau kau TERmaki sebab dah marah sangat dah ni,yelah dah lama pendam..macam kes aku suatu masa dulu di bulletin Friendster,tapi kalau selalu..hmmm aku takleh terima. Sebab kebanyakannya aku tengok salah coursemate aku sendiri. Macam kes aku dulu,memang completely bukan salah aku,completely,berani potong jari.

Ntahlah,ini cuma sekelumit daripada realiti yang aku tiba-tiba nak kongsi. Sebab semuanya berlaku akhir-akhir ni. Insya Allah akan datang ada lagi nasihat-nasihat begini.

nota : sori kalau ada yang terasa.



10 kiriman komen

  1. Balqis Riza // Sunday, December 13, 2009 6:55:00 AM  

    wah haris membebel! hehehehe

    tapi betul la..bagus2 nasihat ni...

  2. Lala // Sunday, December 13, 2009 1:16:00 PM  

    congrats result kamu...mesti bagus...yg penting kite bersyukur...
    psl maki2 lect..lala ade membe,budak kelas lala sendiri selalu sgt maki2,carut2 kat lect..tak phm org mcm tu...

  3. NOOR FATIN // Sunday, December 13, 2009 1:53:00 PM  

    tahniah harissss..=)

    nasihat yg bguna..btol apa ko cakap..aku stuju sgt2..

    dlu2 masa sem1..aku ingt kita hanya berharap pd fnal exam..
    last2..result truk..hahahh~
    tp tu dlu la..skrg dah ok..walau xtggi mana pn..aku dah blaja dr ksilapan..kna usaha dr mula..kalau harapkan fnal ja..mmg xkn dapat..huhu..

    maki lec tu yg xbest..kat tmpt aku slalu tjadi..alahai.aku trima je apa kputusan aku..kalau truk truk la..tu tnda aku xstudy..xleh jugak nak salahkan lec..kan kan kan..

    ape2 pn..gdluck haris..takecare!
    smg tabah..=)

  4. asyfiqaz // Sunday, December 13, 2009 2:21:00 PM  

    sem 1??
    aah, nme dy pre calculus..
    sumpah semak!
    *spe xske mat je akn kte cm2!*
    tp microb sem 1 sng gler kot..
    *cewah, dpt rslt ok kte la sng ek!*
    hihihi...

  5. Ms.osha // Monday, December 14, 2009 5:08:00 PM  

    aris...
    ada yg kena tendang ka batch ktkorg???sapa??

  6. harisu-sama a.k.a RS // Tuesday, December 15, 2009 11:10:00 AM  

    balqis,huhuhu..kalau ikutkan banyak gi nak tulis,yg terpendam dari part 1 sampailah sekarang..tp later2 lah..dunia bukan kiamat 2012 pon :P

  7. harisu-sama a.k.a RS // Tuesday, December 15, 2009 11:12:00 AM  

    lala,tenkiu :)
    hmm saya pon kadang-kadang tak paham ape yang dorang marah sangat sampai nak maki2 lecturer. bukan nak cakap apalah,tapi most of the time sebenarnya salah dorang,bukan salah lecturer. kalau salah lecturer sekalipon,takyah lah sampai maki hamun rite?

  8. harisu-sama a.k.a RS // Tuesday, December 15, 2009 11:15:00 AM  

    faten.tenkiu :) :) :)
    dengan tabah aku mengharungi hari-hari mendatang,sambil hati berbunga harapan moga tahun depan semester aku lebih bermakna haha!

    betul,aku pon slack sem 1,time tu belum ada kesedaran hehe. sekarang baru nak menyesal huhu.

  9. harisu-sama a.k.a RS // Tuesday, December 15, 2009 11:18:00 AM  

    afiq,sylabus korang sama mcm ktorg ek? hmm abang pon tak suka bnda2 addmath ni~ sesak nafas bila dgr lecture kira2 nih haha!

  10. harisu-sama a.k.a RS // Tuesday, December 15, 2009 11:18:00 AM  

    kak aisyah,huhu. nanti saya bgthu thru facebook. keep it as secret k..