Selipar hilang

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 28, 2009 | | 14 kiriman komen »




Selipar aku elok-elok sahaja. Selipar Bob yang kene kebas. Hehe. *Bob ni team practical aku kat Serian*

Bukan apa, rindu pulak kenangan di sekolah asrama dulu. Tak terhitung jumlah selipar aku yang di kebas orang. Dan kenangan counter-attack aku mencuri selipar kanak-kanak yang tak berdosa sebagai langkah alternatif menjimatkan wang sendiri juga salah satu memori terindah. Yelah,takkan setiap kali hilang nak beli baru? Muflis aku macam tu,haha. *perhatian : waktu tu aku masih student dan duit belanja rm50 sahaja sebulan*

Kenapalah mesti nak curi selipar orang. Penat-penat je tunggang terbalik solat berjemaah, lagukan pelbagai jenis zikir dan bersalam-salaman sesama jemaah, alih-alih setiap langkah kau pulang dari masjid tu kau kumpul pula dosa. Dah banyak sangat pahala kot. Macam yang aku pernah cakap dengan kawan-kawan masa di sekolah dulu "aku jalan pon dah senget sebelah kanan dah ni,banyak sangat pahala,so takpelah curi selipar ni,seimbangkan~" *sambil menyengetkan bahu sebelah kanan dan membuat muka comel* Hahaha! Sebenarnya,bila aku betul-betul terdesak baru aku curi. Biasanya aku akan berkaki ayam dan cari sampai dapat. Pergi blok ke blok. Cari di dewan makan. Cari di setiap kelas. Gila tak?

Huh,kadang-kadang macam-macam cara aku buat nak elak selipar kene curi. Pertama sekali aku akan cari port baik punya. Bawah tangga ke,celah dahan pokok ke,timbunkan selipar orang lain atas selipar sendiri ke atau pon parking selipar tu jauuuuuhhhh dari kawasan surau/masjid. Hehe. Kedua,buat tanda kat selipas tu. Kat asrama dulu, kalau agak-agak kau guna selipar jepun warna biru putih tu jangan harap lah kau nak biar kasut tu dengan warna dan rupa asal. Macam-macam cara budak-budak ni buat. Toreh dengan pisau lah, cat kan dengan pelaka lah, tulis nama dengan marker pen lah, potong tapak kasut tu ikut bentuk yang kau suka lah, pakukan keliling tapak lah dan macam-macam lagi. Semua tu nak elak hilang punya pasal. Aku tak guna selipar jepun. Pada asalnya lah. Bila dah kerap sangat hilang,terpaksa jugak menapak ke koperasi sekolah beli selipar jepun nih. Dah sama lah pulak selipar aku dengan orang lain,huhu. Ketiga,jadi orang berpengaruh kat sekolah tu. Insya Allah selipar kau tak kena curi. Kalau kene curi jugak,sekejapan je jumpa balik sebab ramai yang sudi tolong. Hahaha.

Disebabkan rindu pengalaman selipar sendiri kene curi,aku rela kalau malam ni,atau malam-malam seterusnya selipar aku yang satu tu kene kebas. Hey,selipar lawa tuu..pelik aku kenapa takde yang berminat *crocs yang warnanya dah luntur tak cantik ke? :p*

Pelekat hijau : Memang cadang nak beli selipar baru =)


14 kiriman komen

  1. ::::LAdY FAFA:::: // Friday, August 28, 2009 5:22:00 PM  

    hahaha...boley plak nak seimbangkan curi selipa ek...adoyai..
    kekkekee ;D

  2. phalla // Friday, August 28, 2009 6:18:00 PM  

    Hello your site is great, I am happy to be here with friends here, could you exchange my link?
    I hope you could put my site in to your blog list and
    I will do the same,,
    here is my site

    http://khmerlovenews.blogspot.com/

    Cheer

  3. asyfiqaz // Friday, August 28, 2009 11:46:00 PM  

    hahaha...
    sy pn sme r dgn abg,
    klu ilang cari smpi dptnyer!
    de skali 2 ustaz zul ciap g klas ke klas agy cri slipar sy!
    hua3..

  4. Shazana // Saturday, August 29, 2009 8:41:00 PM  

    harith:
    mcm byk kali je selipar
    kamu hilang.
    how many actually do u think?
    and mcm byk kali jg
    kamu curi selipar org.
    once again, how many do u think plak? hehe~
    jgn same byk or lebey sudah.
    nnt senget bahu belah kiri ye.
    haha~ gurau je XD

  5. BaLQisRiZa // Saturday, August 29, 2009 10:40:00 PM  

    aku tergolong dlm golongan org yg berpeengaruh kt mrsm dlu..
    tu psl kalu seliparhilang, sng je jumpe..
    orang tau selipar jepun corak askar warne hitam tu, selipar jamban aku....hahahahaha

    tp penah sekali selipar vincci aku pkai utk prep hilang..*mmg takleh pkai selipar..kata otai..break the rules laaa..hihi*
    tp lepas tu jumpe blk.ade bdk form 1 pkai..
    selamba badak je..
    seb bek aku bek..hihi

  6. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, August 30, 2009 11:53:00 AM  

    lady fafa,hehe boleh..tiada yg mustahil :)

  7. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, August 30, 2009 11:55:00 AM  

    phalla,i take that as a compliment,tQ :)

  8. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, August 30, 2009 11:56:00 AM  

    afiq,betulkan? haha. tahulah selipar kita mahal hahaha. tp penat r menonong nak carik balik. malu pon ada huhu.

  9. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, August 30, 2009 11:57:00 AM  

    shazana,hehehe. naseb baik tak sama dan tak lebeyh. kekeke.

  10. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, August 30, 2009 11:59:00 AM  

    balqis,hahaha..popular ek? nape kawan-kawan aku tak pernah pon sebut-sebut nama kau?? wakakaka!!
    huhu,kalau junior curik selipar aku,cepuk je songkok dia *merujuk kepada situasi skolah aku lah* =)

  11. hey there syaira // Sunday, August 30, 2009 10:27:00 PM  

    erm..aku pown penah jdik mangsa!! sliper ke kasut ke..sme je.. hilang!! sengal!!

    taw x..nie rahsia taw..sbb aku tensen asik ilang je..aku bwak plastik then isi sliper dlm tuh..bwak skli..puas ati aku!! blh..hahahaha

  12. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, August 30, 2009 11:00:00 PM  

    hahahahaha!! syaira..sgt2 lawak haha. syiohh..aku nampak tensyen kau tuh haha..tp skrg jadik kenangan manis betul x? hehe. =)

  13. Lala // Thursday, September 03, 2009 10:40:00 PM  

    heheheh...lala pon ade pengalaman psl selipar kene curik ni...lala skolah asrama jugak...dulu masa junior selalu la selipar kene curik...kompom2 keje senior...
    bila dh naik jd senior kwn sebatch plak mcm bengong gi curik selipar kite...pastu mengaku tu selipar die...huh...

    lg 1 pengalaman lala masa buat umrah di mekah..dulu sebelum gi mekah mmg xcaya org ckp selipar asek ilang je bile tgglkan kat luar masjid..yela..penat je buat ibadah tapi keluar masjid mencuri...tapi bile dh sampai sana mmg bende tu betul2 terjadi kat lala...hehhehe

  14. harisu-sama a.k.a RS // Friday, September 04, 2009 7:53:00 AM  

    lala,hehehehe..samelah..kalau curik selipar kawan2 kang ape lak budak2 form cakap,so curik je selipar para junior kui3..

    hmm time buat umrah tu,ada pengalaman menarik juga pasal selipar,huhu. bukan kene curik tp lain sikit. btw,mane2 tempat pon sama je. selipar bapa sedara sy kene curik dan kesian,melecet2 kaki dia jalan atas lantai yg panas tu huhu.