Aku bangga. Tahniah Malaysia!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 14, 2009 | , , | 8 kiriman komen »


Tahniah Malaysia!


Aku lihat Malaysia cukup berpotensi. Boleh pergi jauh lagi. Aku gembira. Terharu aku bila membuka akhbar hari ini, Malaysia pada kedudukan ke-9 dunia dalam catatan rekod kematian akibat H1N1.

Kau tak bangga? Laa,kenapa?

Kita warganegara Malaysia patutnya berbangga dengan rekod terbaik ini.

Kau tak bangga bila semua negara tatap rekod ini?
Kau tak bangga bila tahu negara kita yang populasi penduduknya lebih kecil daripada China dan Jepun catat rekod cemerlang sebegini?
Kau tak bangga bila lihat kesetiaan rakyat Malaysia berkorban nyawa untuk harumkan nama negara?
Kau tak terharu bila lihat macam-macam usaha serta jerih-perih pihak tertentu seperti beri cuti seminggu kepada pelajar-pelajar membuahkan hasil?
Kau tak gembira bila dapat topeng-topeng muka secara percuma sempena memeriahkan sambutan H1N1 ini?
Kau tak gembira bila pelbagai acara yang menuntut rakyat berkumpul dan berkongsi keseronokan mendapat virus ini berjadual dengan baik?

Aku bangga. Aku juga terharu. Dan gembira. Malah aku sedang bertepuk-tangan sekarang.

56 korban. Baru sikit. Belum setanding Amerika Syarikat,Argentina dan Brazil. Tapi dalam Asia, Malaysia kalah pada Thailand. Aduh, kalau boleh aku nak Malaysia tumpaskan Thailand. Biar kita juarai Asia. Hehe.

Kesal sedikit bila dengar pimpinan negara hanya mampu mengucapkan rasa terharu atas kejayaan ini. Kesal sedikit bila iklan-iklan di televisyen tak semeriah rekod yg dicatat setakat ini. Kesal sedikit bila media cetak tidak tertarik untuk hebahkan kejayaan negara ini dalam nada serius. Kesal juga bila ada pihak-pihak tertentu tidak menyokong usaha pihak yg bertanggungjawab.

Topeng tu jadikan hiasan jelah~ Kan kita nak beat Thailand? Lagi satu, tak payahlah self-quarantine tu. Tak rocklah duduk terperuk kat bilik. Bukankah bagus kalau kita keluar,hirup udara segar bercampur virus H1N1 ni dan pulang nikmati tidur lena tanpa perlu risaukan apa-apa. Seminggu lepas tu, kalau disahkan positif H1N1, redha jelah. Ajal maut kan di tangan Tuhan~

Rilekslah,hujung tahun ni kan ada vaksin. Tu pon kalau researcher tu panjang umur la. Hehe.



pelekat hijau : aku doakan buat mereka yang ambil berat akan isu nih selamat sejahtera. semoga aku, keluarga dan rakan-rakan kesayangan terhindar daripada semua ini. amin.

8 kiriman komen

  1. ariz azali // Friday, August 14, 2009 11:43:00 PM  

    hurm...
    ingat tak dulu selsema burung?
    masa tu pihak
    betanggungjawab ambik semua
    jenis burung termasuk ayam dan
    itik pastu bakar...
    walaupun ada ulamak mengegur..
    tapi diaorang cakap itu aje
    cara untuk mengatasinya...

    kenapa babi dia tak buat
    macam tu?
    takut orang cina marah kah?
    ke selsema BABI ni
    berpunca dari haiwan lain?

    sedih bila dengar
    kawan2 cakap MALU nak
    pakai topeng!!!

  2. Balqis Riza // Saturday, August 15, 2009 8:45:00 AM  

    aku setuju dgn ariz..
    kenapa babi tak ditembak? tu je aku pelik

  3. Noor Fatin // Saturday, August 15, 2009 1:53:00 PM  

    err..mau tnya?
    slesema babi pnca dr babi kah?
    or skdar nama je?

    adeh..skrg makin truk
    ari2 makin meningkat
    sana sni org dah start pakai topeng..
    isau sgt

  4. harisu-sama a.k.a RS // Saturday, August 15, 2009 9:32:00 PM  

    ariz..virus H1N1 ni gabungan selsema manusia,babi dan burung. itu fakta. so aku tak pasti kalau bunuh babi dapat settle masalah nih huhu. sebab ikut kajian WHO,belum ada kes yg disebabkan exposure kepada babi.

    pasal topeng tu..aku rasa memang patut kawan kau malu. malu disebabkan perangai sesetengah org yg jakon tak pernah tgk org pakai mask..aku pon rasa malu nak pakai bila org tgk kita macam org ape je..

  5. harisu-sama a.k.a RS // Saturday, August 15, 2009 9:33:00 PM  

    balqis..amboii emo gila nak tembak haha! maw join tembak ke?? kui3~

  6. harisu-sama a.k.a RS // Saturday, August 15, 2009 9:36:00 PM  

    fatin..yg pastinya salah satu virus adalah daripada babi. tapi tak tahu pulak nape WHO namakan ini swine flu~ huhu.

    fatin,pakai mask! hehe.

  7. Balqis Riza // Thursday, August 20, 2009 3:46:00 PM  

    aku geram maa..hahahaha..
    sbb babi kita binasa..tembak aa..
    kalu bukan slh babi, nape pgl selsema babi?? hahaha

    alaa..aku sj je emo..babi kan tak best..lain la kalu ayam dulu..aku ssh hati gak nk tembak ayam..nnt takde kfc nk mkn..hahaha..

  8. harisu-sama a.k.a RS // Thursday, August 20, 2009 7:32:00 PM  

    hahahaha! niat tak betul..babi comel ape? kaler pink~ kau kan suka pink? kekeke..