Jam tak masuk kubur dik..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, November 28, 2009 | | 8 kiriman komen »

Sebuah keluarga sedang menjamu selera. Hidangan di meja marmar bulat ala chinese style itu penuh dengan lauk pauk bertemakan Hari Raya Aidiladha. Nasi himpit, rendang ayam kampung, sambal ikan bilis, soto, kek lapis Sarawak dan kek buatan ibu. Nasi goreng sardin juga ada. Minuman pula, milo panas. Si abang yang baru sahaja pulang dari Bumi Kenyalang kerana ingin menghabiskan cuti 14 harinya yang masih berbaki sangat berselera, rindu dengan air tangan ibunya barangkali.

Semasa makan tiada apa yang menarik dibualkan. Sesekali terdengar bunyi denting sudu pada mangkuk berisi soto. Si ayah selesai makan. Si ayah menuju ke dapur dan membersihkan jemari dengan sisa lauk rendang. Si ayah kembali ke meja makan, lalu mengarahkan matanya ke jam dinding. Jam tidak bergerak!

"La, jam ni dah mati rupanya.." Si ayah memandang si ibu.

Serentak, tujuh beranak itu tergelak kecil. Tak siapa pun perasan yang jam dinding tersebut telah kehabisan bateri. Tambahan pula, ada lebih kurang tiga buah jam dinding di tingkat bawah, jadi tak hairanlah kalau ada yang perasan tapi tiada inisiatif untuk menggantikan bateri untuk jam yang telah mati tadi.

Tiba-tiba, terdengar suara kecil berbunyi, "Ibu, jam boleh mati ke? Kalau dah mati kenapa kita tak masukkan dia dalam kubur?"


Si abang terbeliak. Terperanjat dengan soalan yang keluar dari mulut kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun itu. Si ibu memandang si abang sambil tersengih. Mungkin si ibu hendak memberitahu "Tengok, kan ibu dah cakap, adik kau ni pandai dia lain macam sikit"

Lalu si ibu mengusap-usap kepala anak bongsunya itu sambil tersenyum. "Jam 'mati' tu maksudnya jam tu dah habis bateri. Bukan mati macam manusia tu. Kalau dah habis bateri, kita kenalah ganti dengan bateri yang baru"

Si adik, "O..."


"Kau ni dik, soalan kau semua bijak-bijak. Kau ni bijak sebenarnya,cuma malas..bila suruh belajar je tidur.." Sempat pula si ibu berleter.

Tujuh beranak itu tergelak lagi. Sekurang-kurangnya pagi itu si adik telah belajar sesuatu, jam tak masuk kubur.



8 kiriman komen

  1. Lala // Monday, November 30, 2009 3:31:00 PM  

    biasalah budak2...die xtahu,dia tanya..cume kadang2 soalan2 die tu mcm ntah pape sket...tapi..adik kamu comel!!!

  2. Balqis Riza // Monday, November 30, 2009 7:00:00 PM  

    haha..cutenyeee

  3. Noor Fatin // Monday, November 30, 2009 9:14:00 PM  

    comelnye harisss
    cm abg dia..hakhak~

    btol gak..jam xmsuk kubur..ngeh2..=)

    nice post

  4. harisu-sama a.k.a RS // Monday, November 30, 2009 10:31:00 PM  

    lala,hehe. seriously saya terkejut soalan tu keluar dari mulut dia. ingatkan dia nak loyar buruk,sebab dia ni satu-satunya anak yg kecik2 dah pandai buat loyar buruk haha.

  5. harisu-sama a.k.a RS // Monday, November 30, 2009 10:31:00 PM  

    balqis,hehehe..budak2 lagi...

  6. harisu-sama a.k.a RS // Monday, November 30, 2009 10:32:00 PM  

    faten,haha! aku tak comel! wahhaha!~
    thnX :)

  7. syaira rosland // Wednesday, December 02, 2009 1:03:00 AM  

    cuteeeeeeeeeeeeeeeeee..;D

  8. Noor Fatin // Wednesday, December 02, 2009 3:04:00 PM  

    ko comel la..e2 pasal abg dia comel..hakhak