sesal yang sebentar-sebentar

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, August 08, 2011 | | 1 kiriman komen »

Ramadhan kali ni entah kenapa dugaan dia lain macam.
Daripada awal aku dah dapat agak, yang.. Ramadhan kali ni takkan jadi Ramadhan yang lebih baik dari yang lepas-lepas.
Dari aspek dugaan ya.

Kecewa dengan diri sendiri dan punca-punca dugaan tu.

Tapi dari aspek lain macam, aktiviti-aktiviti sepanjang seharian menahan lapar dan dahaga, bulan ni paling best kot. Sebab:

+ selepas kira-kira lebih kurang 8 ke 9 tahun, Ramadhan kali ni aku dapat berpuasa penuh kat rumah. Means, aku dapat berbuka, terawih, moreh dan apa-apa sajelah, dengan family. Err, sahur memang intentionally excluded sebab, setakat ni belum pernah bangun sahur lagi haha. Memang jenis tak bangun sahur. 8 ke 9 tahun sebelum ni hidup di perantaun. Dalam 30 hari Ramadhan, kurang dari seminggu je dapat berpuasa kat rumah. Dan lagi satu, sebab Ramadhan kali ni jatuh betul-betul masa cuti semester so, memang betul-betul puasa kat rumah lah. Ajaib!  

+ rentetan dari sebab pertama itu tadi, setiap petang sebelum berbuka, dapat tolong apa yang patut di dapur. masa tulah ibu turunkan ilmu.



+ dapat memanjakan badan bagaikan badak malas disorongkan bantal, lappy dan tv.

Hmm.
Kadang-kadang tengah-tengah aku mengelamun masa penceramah tengah sakan bagi tazkirah antara rakaat keempat dan keenam terawih kat masjid, aku terasa macam, aku perlu tinggalkan benda-benda duniawi dan dekatkan diri dengan perkara-perkara ukhrawi. Aku maksudkan, tinggalkan terus. Berhenti belajar, berhenti bersosial dengan kebanyakkan manusia dan sebagainya dan fokus pada benda-benda yang tak melalaikan macam baca buku-buku agama, jaga mata, travel masjid ke masjid keliling Malaysia dan lain-lain. Sebab, selagi aku tak tinggalkan semua tu, aku rasa aku takkan berjaya. Tapi aku tahu, tu bukan cara yang tepat. Kena seimbangkan? Ya, aku akan seimbangkan tapi dengan gaya hidup aku sekarang, aku rasa berat dunia dari akhirat.

Kadang-kadang bila aku tengok muka-muka yang datang masjid tu, aku rasa muka aku paling takde seri. Banyak dosa. Kalau dekat kepala setiap orang Tuhan letakkan simbol macam simbol bateri handset dekat phone kita tu (bentuk 'bar' tu, tahu kan?), bukan dekat dahi tapi atas rambut, macam maya gitu bentuk dia, dan besar kaler biru ke merah ke, sebagai petunjuk banyak mana pahala & dosa kita, mesti aku punya pahala paling sikit. Confirm!

Dan ini mengingatkan aku pada, setiap peristiwa aku bersama kawan-kawan. Bila aku cakap aku jahat, dorang tak percaya. Sebab imej aku macam..macam ya..macam baik. Aku selalu cakap, "sejahat-jahat manusia kat muka bumi ni, aku paling jahat". Selalunya kita dengar, "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" kan? So thats mean aku adalah jin :) . Haha. Ok aku jin tu mengarut.

Korang ada tengok tak rancangan Ini Kisahku @ TV9 baru-baru ni? Rancangan ni sangat menarik okey. Ia menceritakan tentang penghijrahan selebriti-selebriti kat Malaysia ni ke arah yang lebih baik. Kira dapat hidayah utk bertaubat, berubah and so on lah. Macam baru-baru ni, baru episod pertama, pasal Sham Kamikaze. Memang bukak pekung habis, terkejut jugak tengok. Bukan terkejut dengan pendedahan tu, sebab aku rasa semua orang pon sama, sejahat dia, termasuklah aku, tapi terkezut sebab dalam tu nanti, orang yang rapat akan bukak pekung kita, yang mana pada aku macam tak elok sangatlah tapi bila fikir-fikir balik, kalau tak bukak tentu tak berapa berkesan untuk sedarkan orang lain. Program ni bagus sebab dunia zaman sekarang, masyarakat lebih dekat dengan artis, ada artis pujaan masing-masing, so harapnya bila si artis yang menjadi pojaan hati dorang tu berubah, dorang boleh turut sama berubah. 
Ceh, habis aku tak berubah pon? Haish setan banyak nau dalam badan niiii...



So setiap hari Rabu & Khamis, pukul 6.30 petang, cubalah tengok, insya Allah tak rugi. Takpe, pintu hati yang dah berat dosa ni memang makan masa nak terbukak. Tapi janganlah sampai tertutup siap berkunci ber-padlock berantai besi bagai. Mungkin dengan program ni,terbukak sikit..1 mm ke pintu tu.

(pic from Khaleefah Allah's blog)

Okeylah sekadar berkongsi. Selamat berpuasa!



1 kiriman komen

  1. daeng azman // Monday, August 08, 2011 8:53:00 PM  

    alhamdulillah, ramadhan kali ney menjadi tarbiyah kepada diri kau dan juga diri aku..semoga kita sama2 mendapat keredhaannya..insyaALLAH