EHSAN Survival Camp @ Berhulu Camp

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, May 15, 2011 | | 0 kiriman komen »

Salam.

Huaah dah lama tak update. Lepas ni lagi lama tak update. Later I'll explain okai?

So nak upadate secara ringkas je. It's about survival camp yang aku join baru-baru ni. It was AWESOME! Serious. Dah balik baru rasa awesomeness itu.

Kitaorang camping dekat Berhulu Camp. Berhulu Camp ni dekat daerah Jempol, Negeri Sembilan. Sangat dekat dengan Hutan Lipur Serting Ulu. Peserta 100+ terdiri daripada bacth aku, dan batch junior diploma dan degree aku.

Sebagai AJK Aktiviti yang tak berapa buat kerja sangat (bersebab okey!), aku dan beberapa orang AJK lain - Aziah, Su, Mun, Jaff, Benet, Ina, Del including Ju (peserta) pergi awal sehari untuk prepare & survey macam-macam perkara sebelum event berlangsung. Maksudnya 4 hari 3 malam ktorg dekat sana. Sebulan sebelum tu dah survey tempat ni dah. Now cuma survey tempat yang sesuai utk jalankan aktiviti macam explorace dan sebagainya. Dan juga prepare bergelen-gelen air masak, pasang sebuah khemah besar utk peserta lelaki (sebab khemah ni kena buat sendiri,bukan khemah pasang siap) dan sebagainya.

Nak pendekkan cerita, sebagai orang yang first-time ber-camping, aku rasa seronok. Nak kata seronok sangat tak jugak sebab.., nanti aku bagitahu kenapa. 

Seronok sebab:

+ Dapat belajar pasang khemah. Khemah pasang siap ni rupanya senang je nak pasang. Excited bila dah pasang. Perasaan tidur dalam khemah, sungguh best! Aku dari kecik kot teringin nak tidur dalam khemah. Umur dah cenggini baruuuuuu dapat, waaa serius cakap, lena wo tidur dalam khemah. Walaupun permukaan tanah tak rata, berbonggol-bonggol sikit, malam kadang-kadang tanah rasa sejuk dan basah, tapi tidur lena mengalahkan tidur dekat hotel hehe.

+ Masak guna unggun api. Pergh sangat susah okey masak guna unggun api. Menguji kesabaran terutama utk seorang yang anti-asap macam aku ni. Baju toksah cakaplah, memang bau asap je memanjang duk sana. Tak selesa tapi nak buat cmne, masuk hutan buat cara masuk hutan lah kan? Time masak, memang bercucuran air mata. Bukan terharu sebab makan sardin dalam tin or makan nasi lembik ke apa, tapi sebab asap tu haha. Lucu. Serius. Teresak-esak masing-masing time masak. Nyalakan unggun pon susah. Nasib baik aku satu team dengan bekas ahli pengakap sekolah haha. Auf. Serius aku bersyukur dia satu group dengan aku. Nak harapkan aku, kebulurlah team aku. Makan biskut kering cicah air masak jelah. Kiranya aku belajar daripada Auf ni lah cmne nak nyalakan unggun api dengan betul. Macam, kita kena kepung sikit. Aku rasa ada kaitan dengan mengepung oksigen kot, entahlah. And kalau api dah start nak padam, dah tinggal bara je kan kayu-kayan tu, ada cara dia nak kipas. Okey yang ni aku tak pass sangat. And Marcos pulak ajar aku cara pilih kayu untuk jadi bahan bakar. Kita kena cari kayu yang senang kita nak patahkan dan berbunyi garing masa kita patahkan tu.

+ Berakit. Ni pon first-time yo! Mula-mula aku macam..adoooohhh lecehlah aktiviti niiiiii. SEBAB AKU TAK SUKA AKTIVITI AIR. Tapi tetibe lak group aku terpilih untuk buat rakit, berenang + apung diri dalam air, and practice berlumba guna rakit yang kitaorang buat. Tapi of course lah terima kasih banyak-banyak dekat life jacket. Tanpa ia, tidak terapunglah aku. Aku rasa macam nak beli satu jelah, lepastu pergi swimming guna benda alah ni boleh tak? Haha. Okey,berakit sangat letih especially kalau berlumba. Lenguh lengan dengan pinggang. Terkial-kial aku mula-mula berakit. Aku tahu konsep untuk gerakkan rakit,yelah biasa tengok tv kan. Tapi masa mula-mula, rakit tu tak pandai nak gerak lurus. Asyik nak menyimpang je. Kiri kanan aku yang bersorak-sorak asyik jerit-jerit nama aku," kuat lagi RS, kuat lagi!".."dayung belah kiri RS (ini berlaku masa dua2 pendayung kayuh belah kanan)..as if aku je punca kelembapan dan penyimpangan rakit tu. Segan jugaklah. Terasa macam aku lembik sangat pulak. Tapi, biar jelah. Senyum, tak perlu kata apa-apa~~ Sebenarnya aku tahu apa yang aku buat bila aku dayung belah yang sama orang depan tengah dayung. Aku sebenarnya nak betulkan kedudukan rakit tu. Yelah kadang-kadang, kita terkayuh kuat while partner kita kayuh pelan so dayungan yang dominan lah yang menyebabkan rakit tu menyimpang dari jalan yang lurus. So somebody perlulah betulkan ya tak? Dan hasilnya, group aku juara lumba rakit. Permainan bersih, takde guna 'engine', takde sabotaj mana-mana group, takde main tipu punya. Nice kan? 

+ Famous sikit. Sebab hari pertama lagi masa En. Izwan, penasihat kelab tanya "siapa yang first-time camping?" walaupun aku tak jawab, tapi ramai-ramai tolong wakilkan aku jawab, yang aku baru 1st time join camping ni. Serentak lepas tu, En. Izwan tambah pulak pasal aku nak gi PLKN puleeekkk. Haha suka taw kaitkan! Segan den. Habis semua orang tahu.

+ Mandi jeram sorang-sorang. Aku memang buat jeram tu macam tempat aku. Siap AJK yang pergi awal ni gelarkan spot-spot tertentu as 'tempat RS bersiram' something like that lah. Tak ingat word sebenar dia apa. Sebab, as I said earlier, aku tak suka aktiviti air. Tapi aku suka mandi. Mandi of corselah guna air kan, takkan guna pasir lak. Tapi aku tak suka mandi ramai-ramai..aku rasa tak selesa. Lagi-lagi open air mcmtu. Kalau aku model ke badan cantik ke apa ke takpe gak nak mandi berjemaah. And aku kan lone ranger, aku suka sendiri-sendiri je apa-apa hal, senang sikit buat kerja.

+ Dapat kawan/kenalan baru. Aku macam biasa, tak banyak cakap. Aku tak tahulah aku ni memang tak pandai nak berkomunikasi dengan orang lah kot. Nak mesra-mesra ni amek masa yang agak lama. Jadinya, aku tak mesra sangat dengan semua orang. Walaupun satu kos. Even dengan group aku pon aku kaku. So, sorry sangat2 dengan ahli kumpulan 2, kumpulah Blue Dragon, saya memang mcmni. Rasa agak menyesal jugak sebab ni lah peluang nak eratkan hubungan silaturrahim dengan lebih ramai juniors lagi, especially yang diploma sebab next sem dorang pindah ke Penang, bukan lagi sekampus dengan kitaorang. Hmm. Tapi takpelah. Mungkin ada hikmah nya. (Apakah?) Haha. Tapi masa Solo Camp, malam tu kitaorang (group 2) borak-borak, ice breaking, yang tu syiokk..borak-borak depan unggun api, ngumpat-ngumpat sikit, sampai tersengguk-sengguk tahan mata (tu aku sorang je). 

Yang tak seronoknya:

+ Nampak patethic dan tak boleh diharap. Ni bermula dari mula lagi. Aku AJK Aktiviti tapi aku tak menyumbang sangat dari segi idea. Tapi aku dah explain dah, aku betul-betul tak tahu nak buat aktiviti tambahan macam mana kalau dalam hutan, dengan group bercampur laki perempuan degree diploma senior junior macam tu, selain aktiviti yang memang ada dalam pakej Berhulu Camp tu. Aku cakap terang-terang, aku 'on' je any aktiviti yang di cadangkan dan aku cuma dapat bantu dari segi tenaga and tokok tambah idea asal je. Tapi ada masa, ada pihak yang tak faham. Aku tak kisah kena sindir tapi kalau berlebih sangat...siapa pun tak tahan kan? But I managed to terus bersabar, sebab aku tak nak sebab benda-benda small matter mcm ni nak gaduh-gaduh. Chill saja. I admit my mistakes and thats it.

Lagi yang buat aku nampak pathetic adalah dalam group. Masa masak terutamanya. Tapi syukurlah aku 1 group dengan Auf. Serius macam aku cakap awal-awal tadi, nak harapkan aku memang tak makanlah group aku, huhu. Segan sebenarnya. Masam solo camp pon, yang buat unggun dan jaga sampai ke subuh memang si Auf sorang. Aku rasa macam nak tolak diri sendiri jatuh dari lereng hutan tu je sebagai hukuman rasa bersalah. Haih.. Lepas tu dengan Kak Sya pulak lutut terseliuh, aku macam clueless tak gheti-gheti nak kurangkan beban/tugasan dia.. Tak gentleman langsung. Aku harap, budak group aku tak ngumpat aku sangat. Haha. I know I am really really pathetic..takpe I admit, memang, kalau boleh nak tahan teksi balik rumah pergi tuisyen study ilmu hutan lepas tu baru datang balik tolong apa yang patut.

+ Sakit perut. You know what, almost everytime aku sakit perut. Aku rasa macam PMS! Cewah! Haha. Ya, aku macam bad mood je sebab sakit perut. Perut kejap memulas-mulas lah. Kang lepas tu bila dah membuang, perut dah kosong, masuk angin dah pulak. Bila dah masuk angin, sampai seharian sakitnya. Sabar jelah. Minyak angin dalam first aid tu, aku yang rasmikan. Hari pertama sampai aku dah guna dah. Diarrhea. And aku rasa aku paling selalu guna. So bila sakit perut ni, ada masa tiba-tiba aku lesap. And ada masa aku macam tak boleh nak banyak gerak tolong-tolong sebab aku macam perlu baring mengkrengkot untuk legakan sakit tu. Masa solo camp sangat seksa. Dorang happy-happy ice breaking, Auf pulak full timer jaga unggun api and aku cuma dapat duduk tekan tekan perut je. Most of them tak tahu aku sakit perut kot. So tu yg aku rasa bersalah lebih sikit tu.

+ First-aid. Kanak-kanak yang jaga first-aid ni, bila aku perlukan dorang time tulah dorang takde. Dua kali aku luka berdarah dekat jari, aku yang terkial-kial uruskan sendiri. Masa aku sakit perut pulak menggagau nak cari first-aid nak amek minyak angin. Berapa kali aku sakit perut. Rasanya macam setiap jam kot especially second day program (tapi 3rd day aku dekat sana). Masa solo camp. Berapa jam aku dalam hutan tu tak berminyak angin. Serius weyh tak tahan. Rasa nak nangis sekejap ada masa-masa tu sebab memang tak tahan, nak diri pon tak dapat. Aku tak tahu nak cari cmne sebab bukan ada walkie talkie dekat group aku. Nak susahkan budak group aku,aku segan,nanti dorang kata aku ngengada pulak. Ini part yang aku paling kecewa lah. Tapi let bygone be bygone. I'm OK now :)

Hmm banyak lagi nak tulis tapi cukuplah setakat ni je kot. Ni pon dah berjela dah. Anyway kalau nak tengok gambar boleh tengok dengan Fb. 

Pengalaman ni memang satu pengalaman yang aku harap aku takkan lupakan. Ada sebab aku tak boleh lupa. Biar aku je yang tahu. Yang penting I'm quite happy dipertemukan dengan kenalan-kenalan baru. Kenal nama pon satu pencapaian yang baik bagi seorang socialphobic macam aku ni haha. And aku seronok dengan ragam budak batch aku terutamanya dan juniors amnya. Aku rasa setiap sorang dari dorang ni ada seri dorang yang tersendiri lah. Sampaikan pihak Berhulu Camp pon macam dah sayang je dengan budak-budak ni. 

Sebelum tu tadi mula-mula tadi ada cakap blog ni pasni akan tak ber-update utk tempoh yang lagi lama kan? Okey it's because I'm away for National Service (PLKN) for 3 months dekat..nogori jugak. Haha. Jadi orang nogori laie lah den pasni. So, doakan everything's going to be okay. Risau dengan luka eksiden yang tak baik-baik lagi ni, takut dekat sana luka ni terkoyak lagi. Haih bila nak jadi kulit betul pon aku tak tahu lah =_=" Dan risau akan buat hal sendiri je dan tak bersosial dengan orang. Yang dah lama kenal RS tahu lah RS ni cmne..haha.

To no 2, I'm going to miss U. Take care & jangan nakal nakal semoga bahagia dengan orang tersayang.

Lastly, fighting RS!



0 kiriman komen