Salam ramadhan readers!
Sempena ramadhan al kareem ni tiba-tiba aku rasa nak buat pahala sikit dengan berkongsi ilmu dengan pembaca-pembaca sekalian tentang bagaimana seorang lelaki itu boleh jadi cantik dan seorang perempuan itu boleh jadi gagah di mata orang lain. Huhu macam ntah apa-apa je kan. Punyalah banyak topik boleh dikongsi tapi yang ni jugak yang aku pilih *sigh*. Entah-entah korang dah pernah baca, haha! Actually ni pun aku terbaca dekat notice board surau (nama terpaksa dirahsiakan *tongue*) Gigih tuh snap picture sebab kebetulan kejar masa nak pergi bazar. Dah tu terpaksa coverline sikit, kebetulan masa snap tu ada pulak sorang brother masuk, adeyh segan2. Walau bagaimanapun topik ni langsung takde kene mengena dengan genetik ya anak-anak. Dan tak mainlah suntik-suntik hormon nih. Tak kuasa aku nak bincang benda-benda sains ni, kang korang komen tanya itu ini b'peluh-peluh aku nak jawab. Kalau aku bijak bestari hal-hal sains ni takpe jugak.
So, macam mana ya lelaki nak jadi cantik? Secantik Preity Zinta mungkin..atau Rosnah Mat Aris? *Pengsan* Haha. Hmm menurut kertas kuning yang aku tengah tilik melalui skrin handset buruk aku ni, kecantikan lelaki bukan diukur melalui rupa paras sebaliknya pada murni rohani. Mesti korang semua nak kata clishe kan? Lantaklah, dah tu yang tertulis kat kertas ni. Berikut adalah contoh-contoh lelaki cantik:
1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu selepas dirinya diberi/menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah berputus asa
Hmm aku ada 1,2 je *konfiden* ciri-ciri kat atas ni..so..tak cukup 'cantik' *hampa*. Haha kidding guys, biar mereka yang cukup kenal dengan aku yang menilai.
Next, untuk kaum Hawa pulak, kegagahan diukur pada kekuatan perasaan dan bukannya pada ketul-ketul otot di lengan dan perut. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah isteri Nabi Muhammad S.A.W adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Perempuan yang gagah adalah:
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Hmm untuk ladies nampaknya macam more to benda-benda yang sayat kan? Time aku taip ni aku asyik terbayang-bayang Datuk Maznah Hamid, entah kenapa ntah, tapi no takde kaitan, abaikan.
So, to conclude,...
Err selamat menjalani ibadah puasa!