Alir air perasaan

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 08, 2010 | | 2 kiriman komen »

Perasaan itu umpama cecair yang berperisa.

Kadang-kadang hati diisi cecair berperisa sedih, sebak, pilu, syahdu, sendu, duka, lara, benci.

Berkocak-kocak. Berombak-ombak. Dalam bekas bernama hati.

Tidak lama kemudian, cecair itu surut, mengalir keluar.

Lalu diganti dengan cecair berperisa tenang, tenteram, aman, suka, gembira, sayang.

Begitulah seterusnya. Cecair-cecair ini mengalir masuk dan keluar.


Perisa-perisa itu aku yang tentukan.

Aku yang mainkan perasaan aku sendiri.

Oh, macam tu.. :)


Nota: Setiap kali bangun pagi aku akan rasa sedih. Begitu juga setiap kali keadaan sekeliling aku hening tanpa suara-suara manusia. Hmm.

Nota lagi: Risau. Langsung takde semangat nak belajar.

Nota lagi: Tadi terbaca status Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM), beliau tulis "UiTM sentiasa di hatiku & dalam darahku UiTM mengalir". Wahh..over :D As for me, no comment. Tunggu aku dah selamat bergraduate baru aku keluar statement.


2 kiriman komen

  1. yellohello // Friday, August 13, 2010 12:04:00 AM  

    wah.anda pun berperasaan sebegitu.kurasakan aku je yang bermasalah emosi.huhu.huah.chaiyok2!
    AKU TAK SUKA PUNCAK ALAM.sigh.

  2. harisu-sama a.k.a RS // Friday, August 27, 2010 12:22:00 PM  

    aku mmg emo sket maklumlah tempat baru,dunia baru. at least anda dah kenal lecturers and kawan2 yg lain.
    xpe,lama2 sukalah tu nanti. it's take time gurl.