ku menunggu

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, November 29, 2010 | | 1 kiriman komen »


Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu

Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali

Ku tunggu angin perubahan
Barat utara timur selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semua hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini e
ngkau di sana

Sayup jauh terpisah
Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Ku menunggu

Air mata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi
di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada Tuhan

Masih lagi seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali


Excitednya saya pada mereka.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, November 12, 2010 | | 3 kiriman komen »

Peace be upon you.

Semalam kan result UPSR keluar. Then dapat mesej dari ibu, result Syiqah, my sis sekian sekian. Aku ucap tahniah dan tanya subjek apa yang sekian tu. Ibu pun bagitahu subjek yang sekian tu subjek sekian. Tanya lagi dekat ibu, apa reaksi dia? Ibu cakap dia nangis sekejap then sekejap je lepas tu dia dah okey. Yang buat aku sebak, ibu cerita malam sebelum result keluar, Rabu, dia mimpi dia dapat result sekian tapi dia orang paling last naik atas pentas which is weird sebab biasa kalau umum naik pentas akan ikut urutan nama kan? (sekolah aku dulu macam tu). Her initial name start with A so..sebagai seorang abang yang sentimental aku sebak kejap.

Aku tahu dia berharap dapat pecahkan rekod keluarga tapi nak buat macam mana. Sampai termimpi-mimpi, kesian. Dalam hati sejurus aku dengar cerita sebak tu, "Cis kurang ajar punya mimpi kau buat adik aku mcm tu!" Silap dia jugak pergi cerita mimpi tu. Orang 'bijak pandai' selalu cakap kalau kita mimpi jangan cerita kat orang, nanti tak jadi kenyataan. Ha kan dah tak jadi kenyataan. Aku pegang prinsip tu. Saje suka-suka nak percaya benda karut cmtu. Sambung cerita, luckily, now dia ada trip ke Melaka. Amek je result semalam dia pergi trip ke Melaka, sekolah dia buat. Baguslah, secara tak langsung dia dapat lupakan sekejap hal result dia tu.

So malam tadi google, nak tahu jugak ulasan tentang UPSR tahun ni. 48,327 dapat 5A daripada 482,334 calon. Oh,yeke? Muka masa tu takde perasaan. Biasa je. Honestly UPSR ni aku tak heran sangatlah. Kalau SPM baru aku lahir rasa takjub, hairan, and whatever, sebab SPM penetu hala tuju hidup seseorang tu. Bagi aku SPM adalah kritikal.

Scroll scroll. Tup tup keluar gambar kembar Ahmad & Muhammad. Hah! Menggelabah aku. Terus cari berita pasal dorang. Berita pasal anak si Hattan dengan Nurul tu langsung aku tak heran.

Siap save gambar lagi. Kredit to Utusan Malaysia.

Actually adik beradik kembar ni sekolah depan rumah aku je. Sama sekolah dengan adik-adik aku. Tapi masalahnya aku tak pernah berpeluang nak jumpa. Ish selebriti kott dua orang ni, haruslah excited nak jumpa, kalau boleh nak ada sekeping gambar dengan autograph sekali haha. Ingat lagi dulu, zaman baru tahu dua orang ni sama sekolah dengan adik aku, macam-macam aku tanya adik-adik aku. Dorang macam mana dekat sekolah? Nakal tak? Pandai tak? Baik tak? Sape hantar pergi sekolah? Kelas apa? Macam mana dorang nak naik tingkat 2? Bawak bekal dari rumah ke makan makanan kantin? *apakah?* Haha.

Kiranya, excited lah. Teringin nak jumpa depan-depan. Takdelah aku nak peluk cium ke apa tapi kalau dapat jumpa depan-depan dalam distance 30 meter cmtu pon dah cukup dah bagi aku. Ntah kenapa ntah. So in case adik Ahmad (tahniah ya 4A 1B!) and adik Muhammad (jangan sedih2 k, blaja sama-sama dengan adik lepas ni) terbaca post ni, wahh bajet blog ni popular macam blog Hatim, ada umur kita jumpa kita tukar-tukar autograph *tounge*. Ceh tu je? Ingat nak belanja KFC ke apa kan? Sorry dik, abang sem ni pun FAMA yang tanggung. Duit tabung abang dah habis dah setabung.

Hari ni result PSRA pulak keluar. Ayokk..

Till then.

Nota: Nak mintak tolong budak-budak SPM ramai-ramai tolong jawab exam Bank Rakyat. Esp yang trial SPM 7,8,9,10,11,12 A. Terdesak! lol


kecewa

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, November 10, 2010 | | 6 kiriman komen »

gambar sekadar 'hiasan'

Secara rasminya semester pertama aku sebagai pelajar degree tamat hari ni. Namun ending yang amat, amat, amat mengecewakan.

Starting exam mengecewakan.

Ending exam pun mengecewakan.

*Sigh*

Tak tahulah result semester ni macam mana.

Takut terbinanya sejarah. DUA sejarah. Tak nak sebut. Yang penting dua-dua tu negatif.


Top THREE exam paling teruk:

1. Biochemistry for Env Health

2. Wastewater Management in Env Health

3. Management & Safety of Toxic Substance and Food Safety (share tempat)


Aku pernah rasa benda-benda macam ni (otak blank dari mula sampai habis exam / hentam,goreng,taram / tak dapat jawab langsung jadi tinggal kosong) masa FINAL EXAM, tapi tak pernah rasa seteruk ni. FINAL EXAM taw, bukan TEST, bukan QUIZES.

At least, aku dah usaha. Cuma usaha tu tak seberapa. Salah sendiri.

Sekarang, tiada apa yang aku mampu buat selain tawakal.

Tawakal? Layak ke dengan usaha tak seberapa aku?

Redha lebih sesuai.

Putus asa? Harap-harap tak. Harap-harap.


I break my own heart.

End.


Nota: Patutlah rasa tak sedap hati sepanjang semalam. Sekali bentuk soalan tukar daa..kecewa.