Entri pertama untuk Februari 2010

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, February 11, 2010 | | 4 kiriman komen »

Peace upon you.

Huwaaaaaaaaaahhhh..dah lama tak mengupdate blog. Hmm..tak tahu nak tulis pasal apa kali ni. Aku tak pasti rakan-rakan bloggers aku macam mana,tapi ini yang selalu berlaku. Bila aku tak rancang nak menulis,bertimbun-timbun idea datang. Mencurah-curah ke ladang gandum bak kata koala Coco Krunch. Tapi bila aku dah sign in,klik new post,bersama-sama keghairahan untuk menulis semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang terkandung dalam kepala aku,tiba-tiba pandai pulak semua tu hilang. Maka terpaksalah aku memerah otak ingatkan balik apa isu yang aku nak tulis.

Lagi satu untuk pengetahuan korang,kadang-kadang aku taip kata kunci isu yang aku nak tulis kalau-kalau aku ada kelapangan dalam handset,sebagai draft. Yelah aku cuma berpeluang update blog kalau keadaan mengizinkan. Jadi terpaksa aku buat macam tu. Ni aku bacakan segelintir *wah,segelintir~* isu yang aku berhajat nak tulis.

1. Harta anak yatim.
2. Lawak bodoh vs lawak pandai.
3. Kritik.
4. Syarat nak gelak,
5. Ganjil.

Penuh jugaklah draft message aku. Tajuk lagu yang aku nak download lah, lagu yang aku tak tahu tajuk tapi aku sempat taip sebahagian lirik lagu tu bila dengar seimbas lalu dalam radio lah, kata-kata pujangga lah, dialog membina dalam drama/movie yang aku suka lah, alamat rumah sewa lah *sebab aku pelupa*, and macam-macamlah haha!

Jadi untuk hari ni,cukup rasanya aku berkongsi dua perkara ini. Pertama tadi,berkenaan idea yang hilang sebaik sahaja aku sign in Blogspot dan kedua,tentang draft message yang penuh dengan macam-macam,hehe. Sekian.

Nota: Al-Fatihah untuk allahyarham Khairul Azizie Sidek (GG) yang kembali ke rahmatullah 12.20-12.30 pagi tadi (11.02.2010,Khamis).




4 kiriman komen

  1. Anonymous // Friday, February 19, 2010 12:30:00 PM  

    waaaaahhhh!!! mmg sgt lama awk x upd8 blog. thniah2 sbb dpt on9 gak an...haha. awk pkai hp pe?? cm bsr je memory sbb leh smpan mcm2 bnde..hoho. eh..btw, igt x ni spe??
    hahaha...

  2. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, March 07, 2010 1:57:00 AM  

    hehehe..ingat2..nape tak tulis nama kat hujung komen. at least nama samaran ke,initial word ke..ok?

  3. Anonymous // Monday, March 08, 2010 8:32:00 PM  

    sje je.. mls nk tulih..haha. (bajet misteri gler an..)

  4. harisu-sama a.k.a RS // Friday, March 12, 2010 9:58:00 AM  

    tulis nama pon malas?? haha..sukahati andalah~