Kuih! Kuih!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, March 05, 2010 | | 5 kiriman komen »


Aku dah biasa dah dengan orang talam dua muka ni. Ni,makhluk-makhluk sekitar aku ni ramai yang bermuka-muka. Termasuklah aku sekali.

Ish,dia ni talam dua muka?! Wuuuu bahaya,bahaya..

Eh,jap,jap..biar aku terangkan dulu. Aku mulakan dengan sedikit cerita untuk memanaskan topik.

Tak tahu nak mula dari mana. Okey.. Aku memang menyampah gila lah dengan orang yang bermuka-muka ni sebenarnya. Alah,antara kawan-kawan aku ada jugak orang perangai macam ni,tu sebabnya awal-awal tadi aku tulis "aku dah biasa dah dengan orang talam dua muka ni." Tapi pada masa yang sama aku bagitahu dengan sengaja,yang aku pun talam dua muka jugak. Aik?

Okey.. Pada pendapat aku,talam dua muka ni ada jenis-jenisnya. Sebelum tu apa kata kita gelar sesiapa sahaja yang talam dua muka ni as 'kuih'? Kalau kat sekolah dulu ada sorang junior aku digelar kuih oleh kawan-kawan dia sebab dia ni talam dua muka. Jadi aku sambung jelah kekreatifan mereka yang mengasaskan nickname yang comel ni.

Kes pertama:

Kuih ni paling aku paling menyampah sebenarnya. Katakanlah aku luahkan rasa tak puas hati aku pasal X dekat A. Aku ceritalah X ni buat aku kecik hati atau marah pasal itu ini. Yang A ni pun dengar.

Tapi chup..A bukan setakat dengar. Dia pun start cerita itu ini,malah lebih lagi. Kira aktiviti yang mulanya luahan perasaan aku tiba-tiba transform jadi aktiviti mengumpat/memburuk-burukkan orang. Dalam erti kata lain, si A ni pulak yang lebih-lebih. Aku pulak yang jadi pendengar. Tapi takpe,kadang-kadang best jugak dengar isi hati orang yang disertakan dengan cemuhan dan meleret-leret daripada topik asal. Tapi bila berlaku macam tu aku tersentak kejap. Dalam hati "eh,yeye dia cerita buruk pasal X ni,tapi aku tengok dia dengan X bukan main kamceng lagi.." Haaa..rupanya,depan kamceng..mengampu tu mengampu ni tapi belakang-belakang dia mati-mati kutuk kawan dia. Nak kata backstabber pun boleh jugak,tapi bagi aku backstabber lebih kepada action,bukan kata-kata.

Dalam kes ni, A kuih kepada X.

Kes kedua:

Sambungan kepada kes kedua. Kali ni, A yang jadi tempat aku luahkan perasaan tu pergi cerita pulak apa yang aku pernah cerita dekat si X. Wooooo,ni memang raja segala kuih lah! Dia start bukak cerita tu bukan apa,sebab dia dah sakit hati dengan aku. Contohlah okey. Ni bukan adaptasi daripada cerita sebenar,haha! Ataupun,dia memang macam tu. Faham tak? Kira aktiviti menjaja kuih dia tuh dah kritikal,dia seronok bercerita pasal orang,atau lebih layak aku cakap,memburuk-burukkan orang. Dah jadi hobi. Mulut tak boleh nak tutup,adeeeeeeeeeee je benda nak dibebelkan.

Aku bukan apa. Satu,kadang-kadang X ni tak tahu pon aku ada marah dia ke,kecik hati dengan dia ke,sebab aku tak pernah tunjuk,ataupun aku jarang nak tunjuk. Tapi bila dah si A ni bukak cerita;tu belum lagi kalau dia ada tokok tambah ataupun salah tafsir apa yang aku cakap,terus hubungan aku dengan X dingin. Tapi pada masa yang sama,X tak tahu yang A ni ada buruk-burukkan dia depan aku. Haaaa..tu yang aku bengang tuh. So,A ni malaikat sangat pada mata X. Huhu.

Korang ingat si A ni cerita dekat X je ke segala apa yang aku luah dekat dia? TAK. Dia cerita dekat orang lain jugak,kawan-kawan aku..kawan-kawan dia. Dan akan tersebarlah benda ni dan bertali-tali sampai ntah ke sape ntah. Tengok,betapa bahayanya A dalam kes kedua ni. Kan aku dah cakap,dia cuma tak dapat berhenti,dah jadi hobi.

Dalam kes ni, A bukan setakat kuihkan X,tapi aku. Dan X,mungkin masih tak tahu perangai A.

Kes ketiga:

Perasan tak dalam kes kedua tu aku ada sebut,"X tak tahu pon aku marah or kecik hati dengan dia sebab aku tak pernah tunjuk n blablabla.."? Ni lah maksud aku,aku pon sama jugak,kuih. Hehe. Okey disebabkan kes-kes kat atas tu sekadar contoh,biar kali ni aku bawakan contoh-contoh lain yang mungkin pernah berlaku dekat korang.

Korang mesti pernah rasa marah/benci/merajuk/kecik hati/kecewa/menyampah/dan lain-lain dengan kawan-kawan korang,betul tak? Tak kisahlah,kawan biasa ke,kawan baru kenal ke,kawan baik ke.. Kawan yang korang marah/benci/merajuk/kecik hati/kecewa/menyampah/dan lain-lain tu kawan korang,betul tak? Jadi untuk tidak merosakkan hubungan persahabatan korang tu,apa langkah yang korang akan buat? Terpaksalah korang jadik kuih betul tak? Yelah..tujuan korang baik,taknak rosakkan hubungan tu.

Contohlah..kawan sekelas.. Kang kalau kita gaduh kang susah pulak,sebab buatnya tiba-tiba ada group assigment ke,pair work ke..dapat pulak dgn org yg kau tak ngam..haa kan diri sendiri jugak susah. So,suka tak suka..demi memikirkan perjalan yg masih panjang bersama mereka,kau terpaksa jadi kuih. Tapi kuih ni baik. Kuih ni diam jek. Kuih ni tak nak keruhkan keadaan. Biar dia and orang-orang tertentu je tahu dia tak ngam dengan orang tu tp pada yang sama hidup diteruskan seolah-olah rasa tak ngam tu tak pernah wujud.

Dalam kes ni,aku kuih. Tapi aku kuih yang fikirkan kebaikan dua pihak. Wujud timbang rasa kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

Sebenarnya banyak lagi jenis 'penjajaan kuih' di sekeliling kita. Yelah, 'kuih' ni banyak kot kat muka Bumi ni. Haaa amek..terus muka Bumi~ tak men dah skop di Malaysia semata-mata,hehe. 'Kuih' ni macam-macam rasa. Hati-hatilah bila berkawan atau berhubungan dengan sesiapa sahaja yg bergelar manusia. (Pelik pulak kalau binatang pon nak talam dua muka kat kita). Nak selamat..kita pon jadi kuih..tapi kuih dalam kes ketiga.

Nota kecil: Sorry tak 'kukus' isu cantik-cantik.



5 kiriman komen

  1. Rayme Lala // Sunday, March 07, 2010 5:45:00 PM  

    wah~ haris dah pandai mengumpat ekh? haha

  2. Anonymous // Monday, March 08, 2010 8:35:00 PM  

    entry yg sgt blapik d cni..haha. btol gak pe yg awk cte2 ni.. sy pun talam gak kdg2..haha. mmg terase la certain2 part tuh...hoho. tp hrp2 lps ni sy xprlu nk jd kuih muih ni.. mkn kuih je nk..

  3. harisu-sama a.k.a RS // Friday, March 12, 2010 9:50:00 AM  

    remy,hehe. xdelah,bukan nak mengumpat..saling tegur-menegur..

  4. harisu-sama a.k.a RS // Friday, March 12, 2010 9:55:00 AM  

    lyana,terase ek? haha..

    xpe kalau kita bermuka-muka utk kepentingan dua pihak..tp kalau utk kepentingan diri sendiri semata-mata-nak puaskan nafsu,nak burukkan org,jatuhkan org,humiliate org,cetuskan perang dan salah faham..rejam manusia tuh! huhu.

  5. Anonymous // Monday, March 15, 2010 4:51:00 PM  

    hahaha..btol2. tp bese laa..kdg2 pnt klu asik nk jge ati org je. org len tu kdg2 wt xtau n ati kering je..