Hati aku sakit.
Nampaknya aku masih tak dapat terima kenyataan.
Perasaan ni, bukan mudah untuk aku ubah.
Semakin hari aku semakin terluka.
Sebab aku tipu diri sendiri.
Menyayangi kau, ambil berat pasal kau, aku tak berani tunjuk, aku lemah bab itu.
Aku tunjuk, tapi dalam cara yang paling lemah.
Apa jampi serapah yang kau dah guna?
Aku tak dapat elakkan diri aku dari melihat kau dari jauh.
Aku sentiasa ternanti-nanti berita kau.
Aku tertunggu-tunggu kau mulakan perbualan, sebab, aku memang bodoh dalam bab memulakan perbualan.
Janggal.
Aku mula janggal dengan diri sendiri.
Kecewa.
Aku sangat kecewa.
Aku gagal tukarkan perasaan ni betul-betul.
Rupanya aku masih berbelah bagi, masih dilema.
Sedih.
Aku sedih sebab sehebat mana pun sayang aku, aku tak mampu beri apa yang kau nak.
Aku sedih walaupun kita tinggal berbumbungkan langit yang sama, melihat bintang yang sama, merasa belai angin yang sama, terasa macam kau di planet lain dan aku pula di planet lain.
Kejam.
Aku terpaksa kejam dengan orang lain.
Disebabkan hati ini aku peruntukkan untuk kau, aku kejam dengan orang lain.
Perasaan ni betul-betul kacau.
Tapi aku sengaja biarkan, perasaan ni, bermain-main dengan hati aku.
Biar sakit.
Anggap jelah ini satu bentuk pengorbanan, untuk suatu masa depan yang aku doakan cerah (jelas) untuk kita.
Nota: Mengantuk tapi hati asyik berdenyut-denyut tak kasi tidur.
Nota lagi: Bodoh, rugi & tak pandai menghargai peluang, itu aku.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
4 days ago
ini memang datang dari hati mu ka???