First time dengar lagu ni dah suka dah. Sebab lirik dia sangat kena pada batang hidung. That's why I love most of KRU's songs, lirik dia walaupun tak puitis tapi selalunya it strikes straight to the heart. Tak perlu jadi Juara Lagu mana-mana tahun pun, lagu-lagu KRU tetap juara di hati aku.
KRU - Ganas
Disuruh diri aku berdiri,
Disuruh duduk aku pun duduk,
Setia tunduk pada arah telunjuk,
Itu aku..
Kerana cinta aku menghamba,
Mengejar hasrat hatimu damba,
Arahkan saja mengikut kehendakmu,
Itu kamu, hingga..
Mata tak terpejam mencari apa yang kau mahu,
Tapi mulut ku berdiam tak mahu bergaduh,
Baik telinga dengar saja,
Semua perintah ku junjung,
Biar hati calar balar tetap bersabar,
Ganasnya cintamu..
Kau mahu itu aku begitu,
Kau mahu ini ku pun begini,
Jangan melawan nanti hukumannya bermuncung,
Itu aku..
Kerana cinta aku menghamba,
Mengejar hasrat hatimu damba,
Arahkan saja mengikut kehendakmu,
Itu kamu, hingga..
Selalu sungguh hatiku mengeluh,
Entah kenapa masih setia,
Tragis oh tragis bertemankan sadis,
Mungkin kerana sayang ku tidak menentang,
Gelengen pun dah menjadi angguk,
Tragis oh tragis bertemankan sadis.
Nota: Nantilah update pasal 12.03.2011 :)
Nota lagi: Ni spoiler video klip ganas.
merasai sesuatu.. hey kawan ku yang kuat.. mana kamu yang dulu??