WOW [3rd week of August'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 25, 2011 | | 1 kiriman komen »




Telah ku pilih jalan ini,
Meski kini ku sendiri,
Renungi erti sepi,
Tak lagi ada satu kata,
Satu jiwa dalam cinta,
Yang ada hanya hampa..

Semakin terasa,
Semakin berbeda,
Sungguh sangat menyeksa..

Kata hatiku,
ku simpan dalam diam,
tak perlu ucap lagi,
kau kan mengerti, 
suatu hari,
mengapa harus terjadi,

Semakin terasa,
semakin berbeda,
sungguh sangat menyeksa..

Sepiku lara..
Hatiku hampa..
Karena cinta, menyeksa di dada..

Lelah aku mencari,
ruang cintamu,
untuk cintaku,
bagi cinta ini..

Lelah ku terus berlari,
dan tanpa bererti,
membelah hati..

Terumbang-ambing dalam kebimbangan..

Dan ku terus berlari..

Terumbang-ambing dalam kebimbangan..

Yang hilang biarlah menjadi kenangan..
Biarkanlah..
Lepaskanlah..
Yang hilang biarlah menjadi kenangan..
Biarkanlah..
Lepaskanlah..

Telah kupilih jalan ini,
meski ku sendiri,
renungi erti sepi..




WOW [2nd week of August'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 25, 2011 | | 0 kiriman komen »

Sorry lama tak update. First, busy merehatkan diri. Yelah baru balik PLKN kan. Pastu ni je baki cuti yang tinggal untuk dinikmati sepenuhnya. Second, specially untuk segmen ni, rentetan sejak Mei lepas dah tak dengar radio so tak tahu nak share lagu apa. Haruslah share lagu yang aku selalu layan. Taboley pakai letak je.

So, aku tak tengok AF pon. Tapi aku suka lagu ni. 1st time dengar dah menusuk-nusuk kalbu sebab lirik tu macam kena batang hidung sendiri. 


Aku cuma tahu nama dia Nera. Produk AF9. Sabahan. Younger than me & non-muslim. I thought she's muslim.


Pernahkah engkau hargai,
cintaku yang sejati,
pernahkah engkau mengertikan diriku ini..

Betapa hebatnya cintamu,
memberiku sejuta pilu..
Betapa agungnya asmaramu,
membuatku terpaku..

Disisimu aku terdiam seribu bahasa,
Dihati ku bergetar sejuta rasa,
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu..

Nafas ku terhenti bila melihat dirimu,
Terasa pantas degupan jantungku,
Mungkinkah hatiku miliku jua?
Ku sayang padamu..

Kan ku abadikan dikau,
suatu kenangan yang manis,
yang tak mungkin aku lupa,
untuk selamanya..

Kan ku coretkan kenanganmu,
dalam sanubariku ini,
agar jadi yang terindah, 
di dalam hidupku ini..

Bagai bahtera, yang dilanda badai,
gelora cintamu, mengucap jiwaku,
ombak mencari, daratan yang damai,
Oh cintaku..



Fashion Police - Hijab/Headscarf

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 12, 2011 | | 0 kiriman komen »






Sharing is caring.
Senyum.
Selamat berpuasa muslimat semua!


Nota: Tulisan merah adalah untuk di-klik ya.

WOW [1st week of August'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 12, 2011 | , | 0 kiriman komen »

Dia Tuhan, hanya Dia yang satu mempercayaiku..
Kasih mu ya Allah, membelai langkahku..

Dulu tika ku pernah berada jauh terpaling darinya..
Dia terus lagi, berada di sisi..

Engkaulah yang satu mempercayaiku, oh Tuhanku..
Peluang darimu ruang baru yang engkau hamparkan..
Engkaulah yang satu yang memberikanku, hidayahmu..
Peluang darimu ruang baru yang engkau hamparkan..

Indahnya rahmatMu..


+ Intro nasyid company Delta which is inspired & sang by Aisyah Sara +



untunglaaaah kita semua ni umat Nabi Muhammad..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 11, 2011 | | 2 kiriman komen »

Salam.

Cuti dan duduk saje kat rumah tak buat apa-apa memang bosan kan? Online Fb pon, kawan-kawan ada yang tengah kuliah (untuk cuti semester yang tak sama), ada yang tengah kerja (mereka-meraka yang bakal men-sponsor makan naik semester baru nanti muahaha!), ada yang tidak melanggan streamyx atau mempunyai broadband dirumah makanya tak dapat online selalu dan sebagainya. Nak kerja tapi apakan daya cuti tinggal kurang dari sebulan je lagi, manalah ada orang nak amek bekerja. Dekat area sini lah. Area korang mungkin lain. Tak tahulah kalau kat bazar ramadhan ada kerja kosong kan, tak try pulak tanya. Pergi bazar pon tak, nak tanya macam mana, haih.

So, bila online pon bosan, dengar radio pon bosan, layan citer korea pon bosan, tengok kartun TV9 pon bosan, tidur pon bosan, kadang-kadang tu tangan ni mencapai buku-buku cerita zaman kanak-kanak dulu untuk di baca. 

Bukan takde buku-buku yang sesuai dengan umur aku untuk di baca like ensiklopedia, buku-buku sejarah, buku-buku agama, buku-buku politik, buku-buku sains, tapi aku dah lah tengah bosan, lepas tu nak suruh otak aku mencerna pulak buku-buku yang sarat dengan tulisan rapat-rapat,kecik-kecik dan bersaiz tebal tu..oh no,no, terima kasih jelah.

So pada suatu hari, Mayang Sari dengan tidak sengajanya telah memecahkan sebuah pinggan.. Eh, salah pulak! Cuba teka tu citer apa? Haha. Di ambil terus dari salah satu buku yang aku baca cuti-cuti ni.

Ok,ok tiba-tiba menjela pulak aku tulis. Let's get straight to the point k! Cuti tak buat apa-apa buat aku bosan. So aku baca buku kanak-kanak. Salah satunya adalah buku 25 Rasul. I bet everybody knows the books right? Satu colour biru & another one is green. Buku ni daripada aku kecik lagi, dah berapa kali baca, tapi hari tu masa baca, berkerut-kerut dahi macamlah baru baca. Nampak sangat aku pelupa kan? Haih. 



So, cuba baca balik buku ni. Korang bandingkan zaman-zaman nabi dulu, dengan zaman sekarang. Kalau zaman dulu, kesalahan-kesalahan yang dorang buat, dorang kena azab on the spot. Hujan batu, bumi di tebalikkan, banjir besar, serangan serangga, macam-macamlah.. Setiap satu zaman mesti ada satu kesalahan yang sangat besar dorang buat, dan Allah ceritakan azab yang menimpa dorang kepada kita, sebagai pedoman. 

Tapi yang menariknya, zaman sekarang..zaman kita umat Nabi Muhammad SAW, umat akhir zaman, especially yang betul-betul akhir zaman ni,yang dah hujung-hujung ni, sedar tak kita semua, kesalahan-kesalahan yang kita buat adalah lebih besar daripada kesalahan-kesalahan umat-umat terdahulu? Dan sebenarnya adalah himpunan SEMUAAAAAAAAAAA kesalahan-kesalahan umat terdahulu. Ajaran sesat aka mengaku diri sendiri Tuhan, sebijik macam Firaun. Menipu dalam timbangan dan perniagaan sebijik macam zaman Nabi Syuib. Dan sebagainya. Kita tengok apa yang berlaku kat sekeliling kita sekarang. Maha teruk! Buang anak macam buang tisu lap hingus, bunuh orang macam bunuh nyamuk, simbah asid macam simbah air, ragut sampai mangsa ragut maut, merompak, menyamun, culik pastu jual, rasuah, riba', rogol darah daging sendiri, rogol anak orang, fitnah, murtad, pijak/bakar Quran, hina Tuhan directly tanpa rasa takut walau sedikit pun... dan ehh macam-macamlah!

sila kelik kalau rasa-rasa tak nampak

Tapi..kita "SELAMAT".. YEAYYY! Sebab kita umat Nabi Muhammad. Allah ada turunkan musibah macam tsunami dan gempa bumi, tapi tu sikit je, sebab tu sekadar ingatan dan amaran. Tapi, ada kita kisah?

So apa yang aku cuba sampaikan adalah, kita sebenarnya memang boleh sorak "SELAMAT..YEAYYY!" sebab kita diberi peluang untuk berubah & bertaubat dari dosa-dosa spesifik yang kita lakukan. Itu pun kalau kita sedar. Itu pun kalau kita terselamat lah masa Allah turunkan amaran & ingatan tu. Kalau tak selamat, haha, "bye bye.., see U in the deepest hell baby!~"

Lagi sekali, ni sekadar satu entri utk buka pintu hati kita semua. Ya termasuk aku. Aku jahat, sgt jahat! (Tolong pegang kata-kata aku ni) Tapi jangan gunakan entri ni, dan entri-entri sebelum dan selepas ni untuk hukum aku, untuk judge aku.. "Alah dalam belog bukan main lagi, padahal dia..(cmni), dia..(cmtu).." Perubahan ni, ia makan masa. Aku cuma kongsikan apa yang aku rasa. Dan juga cuba untuk menambah 'bar' pahala. 

Mintak maaf kalau ada kesalahan fakta ke, that's why I write this as general as I can, taknak TERsebar maklumat yg salah pulak. Kalau rasa patut dikongsi, kongsikan je, tak marah pon. 

Okeylah, selamat berpuasa!





SPECTACL [E/U] LAR

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, August 10, 2011 | 0 kiriman komen »


Full frame.
Black.

Aku rasa style zaman sekarang lah.

Anyway, everyone looks veryyyyyy handsome & beautiful with such nerdy look.






besties?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, August 09, 2011 | | 3 kiriman komen »

Sometimes aku rasa, things like best friend and besties are BULLSHIT!





sesal yang sebentar-sebentar

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, August 08, 2011 | | 1 kiriman komen »

Ramadhan kali ni entah kenapa dugaan dia lain macam.
Daripada awal aku dah dapat agak, yang.. Ramadhan kali ni takkan jadi Ramadhan yang lebih baik dari yang lepas-lepas.
Dari aspek dugaan ya.

Kecewa dengan diri sendiri dan punca-punca dugaan tu.

Tapi dari aspek lain macam, aktiviti-aktiviti sepanjang seharian menahan lapar dan dahaga, bulan ni paling best kot. Sebab:

+ selepas kira-kira lebih kurang 8 ke 9 tahun, Ramadhan kali ni aku dapat berpuasa penuh kat rumah. Means, aku dapat berbuka, terawih, moreh dan apa-apa sajelah, dengan family. Err, sahur memang intentionally excluded sebab, setakat ni belum pernah bangun sahur lagi haha. Memang jenis tak bangun sahur. 8 ke 9 tahun sebelum ni hidup di perantaun. Dalam 30 hari Ramadhan, kurang dari seminggu je dapat berpuasa kat rumah. Dan lagi satu, sebab Ramadhan kali ni jatuh betul-betul masa cuti semester so, memang betul-betul puasa kat rumah lah. Ajaib!  

+ rentetan dari sebab pertama itu tadi, setiap petang sebelum berbuka, dapat tolong apa yang patut di dapur. masa tulah ibu turunkan ilmu.



+ dapat memanjakan badan bagaikan badak malas disorongkan bantal, lappy dan tv.

Hmm.
Kadang-kadang tengah-tengah aku mengelamun masa penceramah tengah sakan bagi tazkirah antara rakaat keempat dan keenam terawih kat masjid, aku terasa macam, aku perlu tinggalkan benda-benda duniawi dan dekatkan diri dengan perkara-perkara ukhrawi. Aku maksudkan, tinggalkan terus. Berhenti belajar, berhenti bersosial dengan kebanyakkan manusia dan sebagainya dan fokus pada benda-benda yang tak melalaikan macam baca buku-buku agama, jaga mata, travel masjid ke masjid keliling Malaysia dan lain-lain. Sebab, selagi aku tak tinggalkan semua tu, aku rasa aku takkan berjaya. Tapi aku tahu, tu bukan cara yang tepat. Kena seimbangkan? Ya, aku akan seimbangkan tapi dengan gaya hidup aku sekarang, aku rasa berat dunia dari akhirat.

Kadang-kadang bila aku tengok muka-muka yang datang masjid tu, aku rasa muka aku paling takde seri. Banyak dosa. Kalau dekat kepala setiap orang Tuhan letakkan simbol macam simbol bateri handset dekat phone kita tu (bentuk 'bar' tu, tahu kan?), bukan dekat dahi tapi atas rambut, macam maya gitu bentuk dia, dan besar kaler biru ke merah ke, sebagai petunjuk banyak mana pahala & dosa kita, mesti aku punya pahala paling sikit. Confirm!

Dan ini mengingatkan aku pada, setiap peristiwa aku bersama kawan-kawan. Bila aku cakap aku jahat, dorang tak percaya. Sebab imej aku macam..macam ya..macam baik. Aku selalu cakap, "sejahat-jahat manusia kat muka bumi ni, aku paling jahat". Selalunya kita dengar, "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" kan? So thats mean aku adalah jin :) . Haha. Ok aku jin tu mengarut.

Korang ada tengok tak rancangan Ini Kisahku @ TV9 baru-baru ni? Rancangan ni sangat menarik okey. Ia menceritakan tentang penghijrahan selebriti-selebriti kat Malaysia ni ke arah yang lebih baik. Kira dapat hidayah utk bertaubat, berubah and so on lah. Macam baru-baru ni, baru episod pertama, pasal Sham Kamikaze. Memang bukak pekung habis, terkejut jugak tengok. Bukan terkejut dengan pendedahan tu, sebab aku rasa semua orang pon sama, sejahat dia, termasuklah aku, tapi terkezut sebab dalam tu nanti, orang yang rapat akan bukak pekung kita, yang mana pada aku macam tak elok sangatlah tapi bila fikir-fikir balik, kalau tak bukak tentu tak berapa berkesan untuk sedarkan orang lain. Program ni bagus sebab dunia zaman sekarang, masyarakat lebih dekat dengan artis, ada artis pujaan masing-masing, so harapnya bila si artis yang menjadi pojaan hati dorang tu berubah, dorang boleh turut sama berubah. 
Ceh, habis aku tak berubah pon? Haish setan banyak nau dalam badan niiii...



So setiap hari Rabu & Khamis, pukul 6.30 petang, cubalah tengok, insya Allah tak rugi. Takpe, pintu hati yang dah berat dosa ni memang makan masa nak terbukak. Tapi janganlah sampai tertutup siap berkunci ber-padlock berantai besi bagai. Mungkin dengan program ni,terbukak sikit..1 mm ke pintu tu.

(pic from Khaleefah Allah's blog)

Okeylah sekadar berkongsi. Selamat berpuasa!



Wira (insert my name if you know)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 04, 2011 | | 0 kiriman komen »

Salam.

OK, akhirnya berjaya tamat latihan khidmat negara (PLKN) Sabtu lepas. Hmm. Ada saki-baki rindu lagi dekat PDS Resort, che'gu-che'gu and kawan-kawan yg mostly kanak-kanak ribena yg comel.

I MISS YOU. ALL OF YOU.

Tak pernah2 aku buat list khas dalam phone & pestbook tahu tak! Haih, muka je macam takde perasaan sepanjang 2 bulan lebih kat sana, padahal.. Tuhan je yang tahu banyak mana penghargaan & terima kasih yang aku malu & tak mampu ucapkan pada mereka. Terima kasih sebab sudi berkenalan, bergaul, bercakap, tegur, berlawak, b'gambar, riadah, makan, mandi, solat, tidur, dan semua lah..sama-sama. Thank you. Untuk seorang yang tak bersosial dan tak reti memulakan conversation macam aku ni, aku sangat appreciated it. Ok enough. Mungkin lepas ni ada label khas utk kenang-kenangan PLKN ni pulak kan dalam belog ni? Manalah tahu.

Disebabkan aku amat masak dengan diri aku, yakni seorang pelupa, maka aku packing sekali sebuah buku utk dijadikan diari sepanjang aku ber-PLKN kat sana.


*sayangnya minggu-minggu terakhir takde masa nak tulis. balik roll call malam dapat bantal terus zZZ.

Aku rasa kemungkinan besar ada label baru untuk belog ni. Sementara tengah ingat ni bagus bangat aku post memori-memori yang aku tak boleh lupakan sepanjang National Service tu. Betul tak?


Okeylah, selamat berpuasa! 

Salam.

Nota: Okey dah ada label baru dah. PLKN *tounge*