Kosong...

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, April 18, 2009 | 14 kiriman komen »

Peace upon you readers..

Semester nih aku terasa lain dari yang lain. Even tinggal kurang 48 jam lagi aku akan menduduki final exam, aku masih belum buat sebarang persediaan. Kosong.. Aku terasa jiwa aku kosong.. Jiwa yg pada awal semester nih berharap dapat tingkatkan cgpa dan gpa, hilang entah ke mana..

Semalam..tgk carrymark untuk semua subjek..macam biasa, aku taklah dapat tinggi mana pun.. Mengenangkan hal tu aku terbawak-bawak kepada sakat2 coursemate aku, kononnya carrymark aku tinggi that's why aku manage dapat AD. Aku nafi tapi mereka anggap tu satu penipuan. Nah, semester nih aku buktikan..tak tahulah kalau mereka anggap nih sekadar strategi aku untuk 'kalahkan' mereka semester nih. Apepun aku cuma nak luahkan, betapa selama nih bila mereka cakap macam tu, aku terasa macam aku diperli, bukan dipuji. Bagi aku adalah suatu yang amat sakit dan menyedihkan bila apa yang aku cakap itu benar jadi bahan lawak bagi orang lain. Sorry but all this buat aku tension..dan sekarang aku putuskan untuk luahkan sikit, takut terganggu study aku lepas ni.

Macam biasa, bila nak exam nih masing-masing mula buat hal sendiri.. Ada yang sudi berkongsi, dan ada yang tak.. Ada yang menghadapi masalah dan perlukan pertolongan tapi tak ada yang sudi menolong.. Ada jugak yang simpan masalah tu dan pendam seorang2 sehingga menjejaskan paper final yang diambil.. Aku adalah keempat-empat org tersebut dan kawan-kawan aku mungkin ada satu atau 2 dari sifat tersebut..mereka tak boleh tipu.. Bab-bab berkongsi ni, aku rasa kadang-kadang aku selalu memberi tapi jarang menerima.. Bila aku ada masalah nak dekat2 final nih aku hanya pendam..tapi kadang-kadang org pilih aku untuk luahkan masalah meraka, yang mana lepas tuh masalah tuh turut terbeban kat aku.. Kadang-kadang aku luahkan masalah tapi jawapan yang aku harapkan tak mudah untuk aku hadam jadikan penenang hati.. Tapi setiap semester, bila nak final aku akan hadapi pelbagai macam dugaan yang kebanyakan datang dari dalam.. I wonder why..

Hmm cukup kot aku merapu pasal bende2 macam nih, tapi itulah yang aku ingin nukilkan hari ni.. Aku stress.. Stress dengan target aku.. Stress dengan harapan dan doa parents.. Stress dgn masalah aku sendiri..jiwa aku yang kosong..suasana belajar kat sini..orang-orang sekitar aku.. Stress dgn sikap segelintir kawan-kawan.. Stress dengan wish dari kawan-kawan yg caring.. Macam mana agaknya aku tempuh final exam kali nih.. Adakah sama macam semester2 lepas atau lebih teruk lagi.. Sekarang nih, Allah tempat terbaik untuk aku mengadu..aku harap masih belum terlambat untuk aku berusaha, sekurang-kurangnya aku meminta dengan usaha dan tawakal aku kepadaNya..itu kepercayaan aku..even kalau aku kendong buku kehulu kehilir tapi tak baca,bukankah itu juga satu bentuk usaha? Kalau aku bertenang dari stress sampai aku tak berkesempatan untuk belajar,bukankah itu satu usaha? Disebalik usaha yang tak seberapa itu,aku yakin ada berkat..berkat yang sedikit sebanyak membantu mempermudah urusan harian aku,atau dalam konteks nih,untuk mempermudah perjalanan final exam aku.. Bezanya cuma, kegigihan seseorang itu dalam usahanya..

Apapun, doakan kejayaan aku ok..seperti mana tak lupanya aku untuk doakan rakan-rakan aku agar dipermudahkan urusan sepanjang minggu final exam,baik dalam dewan peperiksaan,luar dewan peperiksaan or mana-mana saja mereka berada.. Insya Allah, aku nak fokus kat study aku start dari malam ni..hopefully,there's still a chance for me..Best of luck from me~ Bye..

-THE END-

KEEPERS Farewell Dinner

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, April 16, 2009 | 12 kiriman komen »

Peace upon you,readers..

4 April bertempat di Civic Center, Lot 47, Section 34, Jalan Taman Budaya, 94300 Kuching telah berlangsungnya satu majlis makan malam atau nama saintifiknya (haha,nama saintifik indah) KEEPERS Farewell Dinner yang diusahakan dengan jayanya oleh 3rd batch kos aku, iaitu junior aku (aku 2nd batch) sempena meraikan senior 1st batch kami yg akan bergraduate dan juga meraikan ketua program kami yang akan melanjutkan pelajaran dalam peringkat phD di Australia Julai depan. Bertemakan "A Night To Remember" dan pakaian warna hitam,putih dan ungu..apa yang akan aku kongsikan adalah cebis2 kenangan, keriangan dan seri majlis malam itu.

Civic Center..yang macam menara tu..sumpah best~



Sedikit trivia pasal KEEPERS..
+persatuan under Diploma in Environmental Health atau Diploma Kesihatan Persekitaran..

+KEEPERS hasil gabungan perkataan Kesihatan Persekitaran, and coincidentally maksud dier kalau korg cek kamus sesuai bebenor ngn kos ni,huhuhu..

+motto : We Care For Our Environment

+aktiviti tak boleh tak buat untuk setiap sem : Recycle Day
+setiap sem wat dinner..bukan calang2 tempat,macam2 hotel dah gi..kadang2 aku terpiker kayanya budak2 KEEPERS nih..*sesak nafas piker*

+ahli tak ramai sebab student kos nih memang tak ramai. Tapi itulah kelebihan kami, seperti satu family, hehe..seriously kos aku tak macam kos lain. Kes junior tak kenal senior, student tak tahu pon setiap kos ada ketua program, and bla3 rasenye takde dalam kos kami..
+tu jer kot...nama pon trivia, tak leh citer lebih2,kwang3!

So..apa yang dapat aku share cuma gambar2 yang sejak 2 menjak nih aku asyik tengok jerk, even background laptop asyik tukar2 gambar dinner nih jerk..but before that aku nak ucapkan tahniah kepada junior kami yang bertungkus-lumus dalam memastikan majlis berjalan secara sempurna..banyak aku nak citer tapi ntahlah takde idea plak sekarang,huhuhu..


Neway,layan~


Duduk dari kiri : Mas, Didi, Kak Hanis

Berdiri : Azi dan aku

Azi, aku, Abg Adam dan Charles


Abg Adam terbang dari semenanjung tuhh datang malam tu..huhuhu..


Kamilah cameraman malam tuh,huhuhu...nak pose gak,haha..

Gambar aku ngn Kak Hanis, Ijat, Zinnera, Aza, Kak G, and Nana


2nd batch family..ader 2,3 org missing!!

Yg box atas tu gambar aku dengan Husna and Rima..gambar wallpaper aku skrg,hehe.

Candid..

Gambar beramai-ramai..


Gambar beramai-ramai..

Sem ni org semeja aku yang bertuah..selalunye aku dapat,huhuhu..

Main tukar-tukar hadiah..aku dapat tabung kiut nih,hehehe...


Jadi kepada senior yang diraikan, moga-moga kalian sukses and hopefully jumpe lagi masa degree nanti, insya Allah..dan kepada En Wan Abdul Rahim bin Wan Ahmad, koordinator program kami, semoga Encik sekeluarga selamat sejahtera di Australia sana dan cepat2 dapat phD tu,huhuhu. Nampaknye anak-anak Encik nanti jadik org putih larr~ haha..hmm ok lah rasenye tu je kot..hopefully aku dijemput lagi untuk dinner next sem, sungguhpun aku kewangan aku dijangka bertambah sesak sem depan..yup praktikal! Tapi takper..start menabung..dapat hadiah tabung tuh ader hikmah sebenarnye tuh,kui3~


-THE END-

Ulasan Bengkel Debat. . .

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, April 12, 2009 | 12 kiriman komen »

Peace upon you readers..

Fuhh..lamanya tak update!! Huhuhu...dah bersawang dah,haha! It's bcoz I'm so busy lately..weekdays lecture full and at the same time everyday ada second and third test sampailah semalam,secara rasminya berakhirlah kesengsaraan kami students of environmental health dgn tests and assignments,huhu..tp esok ader satu kelas ganti plak,subjek En Wan-Environmental Toxicology...apa yang pasti banyak lagi chapter lom cover and second test aku sgt 'santai',haha! Kebanyakan soalan aku hentam habis-habisan..aku kompius..byk sangat chapter sampai aku tak pasti mana satu jawapan yang sesuai nak letak,huhu. Bukan subjek nih je..subjek lain pon lebih kurang je..kire senang citer second test aku semua teruklah,huhuhu...

Enough ngn rintihan aku tuh..Sekarang aku nak citer event penting lagi best yg aku tak sempat kongsi ngn korg pada tarikh yg sepatutnya..

Bengkel Debat Bahasa Melayu 2009

Sedikit catatan tentang program ni...

+Bengkel debat nih anjuran Kelab Debat Bahasa Melayu UiTM Sarawak dengan usahasama English Debate Club.

+Penasihat kelab : Ustazah Ummi Syarah dan Miss Leela a.k.a Miss L..

+Ahli2 yang busy : Kak Dayang (Pengerusi kelab selaku ajk protokol), Remy (Setiausaha kelab selaku setiausaha and ajk hadiah), aku,Iee and Jue (ajk peralatan dan keselamatan), Syai (ajk makanan), Kak Jenny and Jackson (ajk pengangkutan and penginapan), Jiji,Aina and Kina (ajk promosi), Momo and Miss L (ajk hadiah) and debator English (urusetia)

+Yang terlibat : Ahli Kelab Debat BM, pelatih2 dari UiTM Shah Alam..abg Bad,abg Zarul,kak K and abg Bonat,pendebat2 dr UiTM Sabah..kak Mas,kak Hani,Hasbi and Ben dan terbuka kepada students UiTMCS yg berminat.

+27-29Mac 2009 (Jumaat-Ahad)

Pada pandangan aku,objektif atau matlamat program nih tercapai. Antara matlamat program nih yang paling utama sekali adalah untuk mencari pendebat2 yang boleh mewakili UiTM ke Pertandingan Debat Perpaduan yg dijangka berlangsung akhir Mei depan. Fym,syarat Pertandingan Debat Perpaduan agak unik sikit..satu pasukan should consist of tiga kaum yang berbeza..which means perhaps seorang Melayu,seorang Cina dan seorang lagi India..tapi macam yang korg sedia maklum,UiTM takder Cina dan India..semua Bumiputera..jadi untuk UiTM keunikan dier adalah kaum2 yang ada di Sabah dan Sarawak..dalam erti kata lain seorang Melayu (itu sudah pasti) dan dua orang dari etnik lain.. Menarik bukan? Hehe..tiba-tiba aku terasa bangga ada kawan dari pelbagai etnik kat sini..Iban,Bidayuh,Melanau,Ulu,Penan,Kadazan and so on..

Matlamat lain program nih adalah untuk mendedahkan para pendebat atau kepada mereka2 yang berminat untuk memperbaiki skill bercakap dan berfikir secara kritis dan kreatif.. Sebagai seorang yang sangat kurang membaca tentang isu-isu semasa,aku sangat terpukul sepanjang program nih. Satu habuk pun aku tak tahu pasal perpaduan dan yang seumpama dengannya.. Ni bukan first time, time Debat ASTAR dulu pon aku dah sedar dah,huhuhu.. Maka untuk menjadi seorang pendebat bukanlah senang. Pendebat mestilah seorang yang berilmu, itu yang paling asas, kemudian baru dibantu oleh kelebihan2 lain contohnya suara,confident level,kreatif,teliti,pendengaran yang tajam dan lain2.

Cuma,since ni program pertama yg kire tbesar yg kami dah buat dengan melibatkan UiTM dari cawangan2 lain,selain berbangga dengan komitmen masing-masing,segala kekurangan perlu kami jadikan teladan agar pada masa lain,kami dapat buat program yang lebih baik. Sebenarnya kami ni terlampau 'baik' sampaikan pelatih2 tak dapat nak cungkil kekurangan2 kami,hehehe..maklumlah,macam yg aku cakap, first time..hehe. Insya Allah len kali kami kurangkan keselesaan tempat berlatih,no more style makan VIP,tak sediakan kelengkapan kepada pendebat dan biar mereka usaha sendiri..biar mereka makan dimana -mana mereka suka,biar mereka kuyup berpeluh and so on..Yup,bila abg Bad puji melambung usaha UiTM Sarawak utk program ni,aku tersedar,kami terlalu memberi keselesaan kepada mereka yang mana ia tak perlu sgt pon..mereka mengharapkan keadaan yang santai je..seperti mana yang kami alami di latihan pusat UiTM Shah Alam,agak toucher latihan2 kat sana,huhu.

Apapun,aku nak ucap terima kasih kat semua ahli debat UiTMCS,baik yg BM or yg BI..korg bagi aku satu kenangan yg cukup indah since mybe there's no next time for me..sem depan dah praktikal,tak dapat join agenda2 dua sem akan datang dah..

Tak lupe jugak kenangan bersama fasilitator2 UiTM Shah Alam..entah dapat jumpe lagi ke tak,huhu. Tapi insya Allah sy cuba improve kekurangan2 yg ada..kepada budak2 Sabah,seronok dapat kenal ngn korg..walaupon sekejap..rasenye start hari sabtu tu baru kita kenal2 huhuhu. Hopefully budak2 Sabah seronok bersama kami dan dapat input2 penting dari program nih..

Remy,aku akui kau memang org ya paling penat selepas Miss L and Ustazah,kalau aku jadi kau aku tak tahulah dapat settle on time or x,hehehe. Btw,aku suke bgurau..hopefully kau ok ngn gurauan2 aku..kau pon same gak kan? Suke sindir aku,hahaha! Iee,siap ader salah faham time wat keje sama rituh..anyway,tu small matter jerk,biasa r tu,asam garam kehidupan. Ape progression proposal kau? Aku nak duit debat awam tuh~~ Huhuhu.. Kak Jenny, saya tak tahulah tp rasanya saya makin rapat ngn kak Jenny sebabkan program nih..and thanks coz sudi ajak sy jd MC Majlis Penutupan and belanja makan kat SCR on da last day kita keluar sama tu,hehehehe. Senang2 jom gi karoeke lagi,haha! Kak Dayang..hmm hopefully kak Dayang senang ngn saya. Jack..tiba2 je aku rasa aku ter'rapat' ngn kau,hehehe..btw,senang r kawan ngn kau,lawak tgk muka kau,haha. Practice debate selalu..kau ader potensi yg besar utk pergi debat perpaduan tu,serius. Jiji..walaupon x join hari2 bsejarah tu,tp sempat makan nasik ayam depan Iee and sy,ngumpat pasal sape ntah,haha! Seronok dgr Jiji bcakap..lawak,rase nak tergelak je bila dgr Jiji bcakap. Syai,kau wat lawak ke? Trademark kau yg aku akan ingat sampai bile2 and aku dah prepare satu trademark utk reply trademark kau yg menyakitkan ati aku tuh,hehehe..btw,senang kawan ngn kau..kau bila ada ngn geng kau mule r tunjuk taring hehehe..pengalaman sesat nek kereta ngn kau tuh memang aku takkan lupe,haha! 3 kali jumpe jalan mati tuh~~ Pepun,kau byk ilmu cuma skill bdebat kene improve..aku harap kau terus berdebat at least biarlah dalam UITM kau aktif.. Momo,mane kau? Alasan jerk..bajet abg sulung yg sgt baik r,haha! Gurau je... Btw,it's nice to know you.. Cube r improve confident level n gaya bahasa or bdebat. Ni pendapat aku lar..kau ader bakat jadik pembahas ketiga,tp tulah..need more practice. Aina...skandal tuh kmk tak lupe,cokelat yg dah cair tu pon kmk tak lupe,tp mana gambar2 yg ktk amek?? Yeye kate nak kasi...huhuhu,sadis2~ Btw,ktk ada potensi,cuma kene byk membaca and practice melahar ok..suara mmg sedap,serius.. Kina,ktk ya bz jak kmk tangga..menari pon ktk,nyanyi pon ktk,takut pelajaran terabai..but if U still interested in debate which I prefer U to go ahead with what U have experienced from dis programme,U may succeed..percayalah..confident level dah mantap cuma kene byk membaca. Ok? N lastly Jue..Jue pun sesuai jadik pembahas ketiga,muke tu nampak garang n cakap pon direct je which the advantage is leh gugat pasukan lawan..cuma kene byk membaca dan berlatih bercakap gaya debator..biar nampak profesional tanpa sebarang masalah penggunaan bahasa..improve3! Ok?

Miss L..seronok kenal ngn Miss L..very friendly,lawak and kind,huhuhu.. Bila miss nak belanje ice-cream? Haha..rasenye miss dah lupe pon miss janji..btw sy harap sy dapat join sikit2 aktiviti nex sem..rindulah nak meeting tiap2 Isnin lagi nih nanti,huhuhu.

And Ustazah..sy rasa hubungan Ustazah dengan kami belom cukup akrab macam keakraban sesetengah kami dengan Miss Leela..tp seronok kerja dengan Ustazah,ya sy faham ustazah ader family,so agak susah bab2 luangkan masa dengan kami especially kalau weekend or ader aktiviti time malam mcm prctice debate. Ktorg faham..ustazah jgn risau,hehehe. Lagipon kami mampu berdikari,hehe.

Buat akhirnya..rindu sangat ngn korg sumer sem2 depan,huhuhu. Hopefully korg tak lupe aku. Ahli kita bukan ramai pon kan? Hehe... Insya Allah,tgklah mcm mane nanti..ader masa aku jenguk korg. Kalau senang dtglah jenguk aku kat Serian,hehehe. Aku juz nak mintak maaf kalau ader kekurangan2 aku yg wat korg ader perpsepsi2 negatif kat aku,well aku tak tipu kalau aku kata aku bz,aku tak dapat nak jelaskan kalau korg start membanding-bandingkan bz korg ngn aku. Huhuhu..tp aku tak kesah sumer tuh coz tuh sumer asam garam hidup yg wat aku lebih kenal akan diri aku sendiri dan korg..best of luck utk Kelab Debat BM UiTMCS..(^______________^)

p/s: aku lupe lagi sorg ahli kelab debat...sape ek? yg aku tahu dier skandal Aina..huhu. Sorry~