Announcement!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, October 30, 2010 | | 3 kiriman komen »

Eh aku baru perasan rupanya aku sempat buat entri untuk Oktober! Syukurlah, tak rongak archieve I *tounge*. Sejak akhir-akhir ni tak alert dgn tarikh, sometimes hari pun lupa. Dalam dewan periksa terpaksa tanya kawan sebelah hari ni berapa hari bulan. Padahal ada je tulis kat depan. Entahlah, aku macam tak berapa nak percaya dengan tulisan kat depan tu, tulisan tu sangat buruk okey, macam tulisan orang malas + terpaksa je. Cincai. Kira macam kau akan ingat tu tulisan 2, 3 bulan lepas, dengan dakwat pudarnya..eh malaslah nak kutuk lebih-lebih. Jam mahal aku ada je tarikh, siap hari lagi, tapi disebabkan tuan dia yang amat rajin just goncang jam tu beberapa minit sebelum keluar rumah, tak menyempat nak tukar tarikh. Sempat betulkan jarum jam dan minit je, demi kesejahteraan sepanjang menjawab soalan periksa. Manalah tahu dapat sit belakang-belakang, naya tak nampak jam.

Hello & may peace be upon you readers. Hari ni 30hb Oktober just in case korang tak perasan. (Sebab ada orang tu baru perasan)

Seperti yang dimaklumkan semalam, I ada gap seminggu starting yesterday and guess what, today is another leisure time. Dah agak dah. Ni lah masalahnya bila ada gap panjang, tambah pulak today is weekend so macam memang tak studylah. So dengan bangganya mengisytiharkan, plan untuk study hari ni ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu di twitter.

Perhatian, ini bukan sangkakala.

Woaaah,bestnya kalau aku ada kat bawah payung tu. Abaikan sun-bathing,dah cukup tan dah kulit aku *tounge*

(Imagine main-main istana pasir dengan monyet. Tengah syok-syok main, sekor monyet bersin kat aku, sensitif dengan losyen spf 15 anti UV katanya. Pastu aku batuk-batuk darah. Motaba virus!!) Eh,eh,mental budak ni. Haha. Sape pandai, teka citer apa. Hadiah sun block lotion menanti anda. Sekarang ni pantang nampak monyet, sikit-sikit Motaba, sikit-sikit Motaba. Melampau-lampau dekat Langkawi hari tu, nampak monyet "motaba, motaba", sekali kene betul-betul baru tahu,

Merapulah post ni. Dah ke 'laut' hah.

Okeylah now kita masuk ke cerita sebenarnya. Semalam, aku naik basikal round-round kampus. Wahh perasan gila seronok! Actually aku ajak budak-budak ni masa study leaves hari tu, cuti panjang kot, sama macam gap seminggu ni hah, penat-penat study molek sangatlah refresh otak dengan riadah. Cewah. Tapi budak-budak ni rajin, tak macam aku pemalas, so dorang nak study, takpelah, maybe some other time. So semalamlah some other time tu. Weehuuu..craving gila kot nak naik basikal. Last naik basikal rasanya darjah 6. Haha. Lepas tu kan dah study jejauh, balik rumah pun sekali je setahun time cuti panjang. Kene pulak satu-satunya basikal kat rumah tu which is mine, rosak, tak ingat apa yg rosaknya, so balik men skuter jelah. Skuter tak best. Basikal jugak best haha. Ayat cam budak-budak.

Just to share some info, basikal tu adalah hadiah PTS (Penilaian Tahap Satu) aku. Masa aku dapat PTS dulu, aku mintak walkman sebenarnya. Aku suka dengar lagu and aku suka rakam sesuatu, that's why aku naaaaaaaaaaaaaaak sangat walkman. Tapi ,malangnya sayangnya, ibu tak kasi. Ayah kasi, ibu tak kasi. Ibu mmg cmtu, banyak lagi citer kalau nak share, mintak game tak dapat, mintak pasang Astri tak dapat, tapi semua tu dia buat demi kebaikan kitaorang adik beradik lah, hehe. So back to the story, lama lepas tu ayah belikan basikal. Yelah ayah bukan cop duit nak bagi dalam masa tdekat tu jugak. Tulah satu-satunya basikal yang sesuai ditunggang budak-budak lingkungan umur 7-12 tahun kat rumah tu, sampai skrg. Basikal tu takde dah. Kalau tak silap 2, 3 tahun lepas baru buang, ke jual ntah, tak tanya pulak, balik-balik tahu-tahu dah ghaib. So nak dijadikan citer, kat rumah tu takde basikal pun kecuali basikal kecik utk budak-budak 5-6 tahun main, masa adik aku yg last tu kecik lagi. Tu je satu-satunya. Boring weyh kalau korang datang rumah aku, hahaha, basikal takde, game takde, Astro takde, komik ada tp mostly kene bakar masa kecik-kecik dulu, mainan pun ada tp mostly dah kene sedekah kat landfill sbb bersemak rumah, hamek kau..

So aku gila excited nak naik basikal semalam. Awal-awal lagi aku dah btolak dari rumah sewa ke Rafflesia, gigih ni pakai tracksuit, malu aku haha. Tapi aku pergi awal sebab ada urusan dengan HEP, pastu nak lunch (ntah kenapa aku suka lunch kat Raff) and buat revision sikit (sikit je). So nak dekat pukul 5 tu pergi gym Rafflesia (gym perempuan) then mintak pinjam basikal. Abg tu bagi 1 jam je,maksudnya aku masa tu pinjam pukul 5 so patutnya pulangkan pukul 6. Tapi si Marcos dengan Aron cakap takpe lebih sejam sebab dorang dah penah berurusan dengan abang tu, so aku follow jelah. Kalau ikutkan aku kena bayar, sbb aku non-resident, tapi sape suruh dia tak tanya haha. Halal jelah yup~


Gambar dirompak dari Marcos's blog. Baju tu kembang okey bukan perut buncit watsoeva~

So nak dipendekkan cerita, dari atas (Rafflesia) ktorang turun sampai ke roundabout depan FF3, lalu tasik, lalu ada satu jalan tu yang dekat dengan tulisan UITM PUNCAK ALAM tu sume, (tak retilah nak citer sebab nama tasik and jalan tu pun aku tak tahu and paling penting, tasik ke?) and then naik balik ke Rafflesia. Okey nak turun memang best, takyah kayuh pun takpe, sebab dari tggi ke rendah kan (sape penah sampai sini tahu). Nak naik...haaa kat sinilah cabarannya kui3. Tapi nak bagitahu, dari bulatan keris depan FF3 tu sampailah ke bulatan labu sayung beberapa meter dari kolej tu, aku berjaya kayuh tanpa henti. Sakit pun sakitlah. Bila sakit tu baru ada kesan orang kata haha. Tengok peha I ni macam dah kecik je, agaknya sebab semalam lah kot haha. Okey part peha dah kecik tu tipu. Eh, punggung sakit wo, rasa macam kene sembelit. Seat tu keras.

Dari kiri Raihan, Mardiana aka Nana II, Aron and budak yang semangat gila naik basikal.


So nak dipendekkan cerita lagi, habis pukul 7 kalau tak silap. Lebih sejam! Then pulangkan alatan, minum air sejuk 4 cawan kat dalam gym tu n tetibee jek barulah t'fikir nak timbang berat badan. Slack pulak dah minum 4 cawan. Hydrated kott masa tu, terasa kering dah air dalam badan. Then timbang, everybody was like "OMG,beratnya kau!" Aku shocked jugak tapi tkejut hamster je. Aku dah cakap dah aku gemuk dorang yang taknak caya. Si raihan cakap aku kurus selama ni. Aronlah muka takleh blah terkejut haha. Bukan gemuk lah, nanti readers salah faham pulak, kira berisi lah..cz BMI still normal, tengah-tengah gitu,tapi for me gemuklah, I perlu kuruskan bdn *semangat*. Now 60++ nak kurangkan jadi 60+. Tekalah sendiri haha. Semuanya bermula masa praktikal setahun dulu lah. Disebabkan makan kadang-kadang masak sendiri, dan maklumlah orang bujang kalau masak, esp aku, bab-bab minyak masak ni aku tak reti nak agak so agaknya kat situlah puncanya. Dapat pulak aku rajin dan reti masak goreng-goreng je - nasi goreng, bihun goreng, maggi goreng, burger, telur, sosej, keropok, roti telur, dan sebagainya, so bayangkan berapa banyak lemak tepu dalam badan aku sampai skrg. Tapi, kira turunlah sikit compare to masa praktikal dulu. 70++ wo..terkejut aku time tu.

Okey then dah timbang, dah tahu berat tu mengatasi para peserta lain, nak jugak tapau nasik lemak bawak balik. Haha. Then lepak-lepak minum air sambil nak tunggu burger Rai siap, borak-borak pasal plan before konvo. Wah, post kali ni macam-macam adalah! So macam aku n Marcos, ktorg nak kuruskan badan bfore konvo. Aku tambah sket, disebabkan nak gmbr yg cntik masa konvo so kene make sure takde sebutir jerawat pun kat muka n kene kurangkan outdoor activiti. Plan jangka masa panjang tuuuu haha. Aron & Jaf pulak nak tambah berat bdn. Haha kesian..bagus aku sedekah lemak aku kat dorg jek haha. And as for Rai & Nana II *suka hati bagi nama Nana II* i'm not sure.

Then,then,then balik rumah masing-masing.

Mak oi panjang pulak entri ni. Sila baca sampai abis ok,penat taip haha. So harap-harap next time dapat nek basikal lagi. So saya menyeru,marilah kita amalkan gaya hidup sihat. Tahukah anda dengan berbasikal kita dapat mengecilkan saiz peha kita? Haaa..yg kelebihan-kelebihan lain tu toksah citerlah, jantung sihat lah otak cerdas lah..tu google sendiri. Best taw berbasikal ni, sebab kita duduk atas basikal then kita kayuh. Aktiviti yang tak sepenat berjoging, tapi kita dapat nikmati keindahan alam semulajadi di keliling kita sambil menghirup oksigen tanpa tercungap-cungap. Lain. That's why aku rasa aku macam nak beli satu basikal letak kat rumah sewa ni,haha,insya Allah kalau ada duit poket lebih.

Kepada yang keliru dengan mesej dalam entri yg panjang ni, mesej utama yang nak disampaikan adalah, berbasikal juga salah satu aktiviti riadah yang baik untuk kesihatan dan mesej sampingan adalah hati-hati dengan monyet, monyet biasanya reservoir penyakit-penyakit berjangkit, jgn malas macam aku dan aku berjaya buat 2 entri bulan ni haha.

Okey, babai.

3 kiriman komen

  1. eZad niMo // Monday, November 01, 2010 2:37:00 AM  

    haha, mcm malas je nk abiskan mbaca entri kau kali nih, tp xtau nape, mcm tpaksa je. myb mls sbb aku xtao, huhuhu~ (sedey3~~)

    rs monyet (kuyat) :P

    pakcik, kau gemok ea? tp x segemok time praktikal? so, dpt la aku imagine, hahaha.

    mm, aritu ckp x g konvo. so, kau pg la ni ea? yeayy, blh jmpa. so, apa plan korg b4 konvo kat kchg nti? nk wat reunion ke? bla la kau turun kchg??

    sonok la tgk korg ngan aktiviti2 sehat nih, JELES aku. teramat! hahaha. aku nih nama je dok umah, tp mkin kurus (mkin putih gak ea, hehehe).

    kira ok la kau ada update blog, ak xde g weyh.

    p/s: skali lg aku post entri baru dlm komen nih. title: MENGOMEN. hahaha. weyh, kalo ada citer / anime best inform ak tao! XP

    entry by:
    nimo-chan~

  2. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, November 07, 2010 7:52:00 AM  

    cewah xde entri baru konon..kau xyah ada entri baru pun xpe,follower dah 700+. jeles I~ hahaha.

    yeaa nanti jumpa okey! korang diwajibkan utk entertain aku sepanjang 3 hr aku kat sana since aku gi sengsorang jek sob3 :'(

  3. eZad niMo // Sunday, November 07, 2010 6:05:00 PM  

    wakakakak!!! siannya dia sorg2 je. alalala~ adik sorg je ye? ala kasihan die. adik sesat ye? waakakaka!!! *evil laugh*