Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Contest: Senyum Tak Nampak Gigi

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, February 21, 2011 | | 3 kiriman komen »

Salam.

Hai readers! Just a quick post jugak. Hari ni nak join conteeeeeeeeeeeesssstttt! 

Kali ni contest yang aku nak join berkenaan dengan senyum tak nampak gigi. Haha, agak menarik kan? Okey, satu fakta tentang aku, aku seorang yang susah senyum. Serius. Kalau bergambar aku terpaksa perah keringat, kadang2 tu kene senyum siap2 depan cermin baru hadap kamera demi m'hasilkan sebuah senyuman yg manis haha. I dunno why tapi memang susah. Ni aku cerita secara general lah. Biasanya bila mood betul-betul pada kemuncak kegembiraan ditambah pulak bersama rakan-rakan rapat atau berada dalam suasana yang ceria, taklah susah sangat nak senyum. Hmm. 

Jadi pada kebiasaanya, untuk nampak 'seperti senyum' aku terpaksa senyum sambil menampakkan baris gigi. Just menyeringai sikit kasi nampak gigi, (w'pun gigi tak cantik) okey, that's smile for me. Susah tahu tak! Aku tak tahulah kenapa otot-otot muka ni tak membantu sangat dalam hal-hal penceriaan wajah ni. 

Dan kadang-kadang bila dah lenguh, dah penat nak menyeringai, yelah faham-faham jelah betapa susahnya utk orang yg susah senyum macam aku ni nak senyum, akan terhasillah senyuman tanpa menampakkan baris gigi. Contohnya seperti ini:



Ataupun kadang-kadang tu saje nak bajet kiut or nak pelbagaikan koleksi gambar dalam kamera kawan-kawan, yelah takkan senyum tu satu pattern je kan, dahlah si RS ni tak pandai posing, senyum se'pesen' je pulak tu..maka terhasillah gambar seperti ni




So that's all, takleh share banyak-banyak haha. So cik Muas, pada saya tak kisahlah macam mana pun senyuman seseorang tu, yang penting ianya ikhlas dan sejuk mata memandang pon dah lebih daripada cukup. 

Personally, aku jealous dgn sesetengah orang yang wajah dia pada keadaan biasa nampak manis macam tengah senyum. Serius, aku tak tahu mcm mana dorg buat! Macam hidup dorg ni takde masalah, cerieeeeee je. Well org2 mcm ni aku suka pandang, sbb sejuk je hati tengok. 

So nak tag 5 orang. 






Tarikh tutup 27.02.2011. Maklumat lanjut klik belog Cik Muas. Sekian!

Contest: Aku & Lagu

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, February 07, 2011 | | 3 kiriman komen »


Hello readers!

Hmm aku suka dengar lagu dan aku paling suka lagu yang lirik dia ada kaitan dengan perjalanan kisah hidup aku. Tak banyak tapi memang ada. Salah satunya lagu ni. Lagu ni, kalau aku dengar aku akan jadi sedih, aku tak tahu kenapa. Lirik dia, bagaikan busur memanah tepat ke hati aku setiap kali aku dengar lagu ni. Muzik dia, sangat mengasyikkan, membuai aku dalam gelora pilu. 

My heart. Lagu nyanyian Irwansyah dan Acha Septriasa.

Pernah sekali, hari perkahwinan lecturer aku. Aku datang dengan kawan-kawan untuk meriahkan majlis. Dan sampai satu saat, bila orang ramai dah bersurai, biasalah kalau rumah orang kawen, ada DJ, ada karaoke, jadi DJ tu panggil kami untuk karaoke ramai-ramai dekat depan. Berkaraokelah mereka, kecuali aku, sebab aku nak rakam nyanyian mereka. Nyanyi lagu kahwin. Selamaaaat pengantin baruuu teng treng teng teng teng teng. Tiba-tiba sorang request lagu ni. My heart. I mean lagu my heart. Aku dah sentap dah. Baru request tu. Tiba-tiba pulak, cd minus one lagu ni ada pulak. Ah, sudah. Aku dah, pelan-pelan, menjauhkan diri. Tiba-tiba sorang tarik aku untuk duet lagu ni, hahh? Duet dengan sorang ni. Aku geleng-geleng, berkeras tak nak. Dan akhirnya dia berduet dengan orang lain. Aku tak nak bukan sebab malu ke apa, tapi first of all aku sentap, kenapa lagu ni? Aku memang tergamam. Beside, aku rasa lagu ni, pada masa tulah...bukan boleh dinyanyikan sesuka hati. Sebab lagu ni ikhlas. Lagu ni lagu untuk sepasang kekasih. Jadi aku tak boleh..sebarangan..berduet guna lagu ni. Sampai macam tu sekali.

Pelikkan? Lagu ni je yang aku rasa aku pernah letakkan syarat mcmtu. 

Apa kata baca entri ni sambil pasang lagu my heart?

Sebenarnya ada kisah disebalik lagu ni. Ianya agak personal walaupun dah 4 tahun lebih berlalu. Yang pasti, mula-mula dulu aku pelik mcm mana lagu mcm ni boleh wujud. Perasan tak lagu ni rojak? Dwibahasa! Aku rasa macam..ni lagu duet dwibahasa pertama dalam hidup aku masa tu. Atau patut aku cakap pada era itu? Dahlah lagu Indonesia. Bukanlah aku tak suka lagu Indonesia tapi masa tu, entah, pelik, lantas tak dapat terima. Tapi entah macam mana, aku fahamkan bait lirik dia, then aku mulai suka, terutama pada part "bila kita mencitai yang lain, mungkinkah hati ini akan tegar, sebisa mungkin tak akan pernah kasih ku akan hilang", bunyinya sangatlah sedih. Kebetulan kena pada diri sendiri masa tu. 

Seseorang pernah 'nyanyikan' lagu ni dekat aku. Sangat ikhlas. Masa tu aku tak sangka, dia sanggup bukak internet untuk faham betul-betul lagu ni. Bila dia nyanyi, dia seolah-olah menyindir aku. Aku yg rasa macam tu. Maksudnya, bila dia nyanyi "bila KITA mencintai YANG LAIN..MUNGKINKAH hati ini akan TEGAR?" dia seolah-olah nak bagitahu, "aku tahu kau suka orang lain tapi kau dengan aku sekarang, pandanglah aku..". Dan ni lagu duet. Lepas tu peluang aku pulak untuk 'tanya' dia. Masa tu sangat..syahdu..walaupun masing-masing macam main-main. Hehe.

Tiap2 lirik tu ada kisahnya yg tersendiri dengan orang yang menyanyikan lagu ni. Dia mungkin tak perasan. Ukir nama kat mana contohnya? Well masa kita tengah angau, kita memang berlebih-lebih melayan perasaan kan? Tulis nama atas buku conteng pon kita anggap macam ukir nama dekat pokok *tounge*

Anyway, dah 4 tahun dah. Malas nak ingat. Kadang-kadang bila tengah duduk diam-diam dalam kereta then terdengar lagu ni, aku akui aku tersentap. Aku teringat aku pernah lalui zaman, suka orang lain tapi bersama dengan orang lain. Ah aku rasa semua pon pernah lalui. Nak2 yang ramai crushes nii.. Hmm waktu tu, entah, kawan yang suruh kasi peluang dkt dia ni sebab kesian aku baru lepas heartbroken. Haih mcm manalah hati kita dapat terima orang lain sedangkan kita suka orang lain, korang tak pelik?

. . .

Okey2 enough with the past. Ni gara-gara contest ni lah grrr.. Err aku rasa aku gagal buat entri ni sesentap yang pernah aku rasa. Ciss. 

Okey siapa nak join boleh klik NAK JOIN, syarat-syarat penyertaan dan hadiah boleh check it out yourself *grin*. 

Now, aku nak tag Mas yang suka join contest, Man yang tengah angau, Ecah, 'Bro' Ina, dan juga MFS! Tarikh tutup: 28 Feb 2011.

Nota: In case U read this entri, baca sampai habis lepas tu buat-buat mcm tak baca je ek. U know the truth, so syyhh :P Peace!


Contest: "GiveAway EdY : Awak Busuk!"

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, January 05, 2011 | | 6 kiriman komen »


Salam. Hello readers! ^__^

Anda suka minyak wangi? Aku suka! Dan kebetulan minyak wangi aku dah nak habis so memang excited lah nak cuba nasib dalam contest bro Edy ni hehe. Manalah tahu tiba-tiba dapat ke kan..

So dengan berbesar hatinya aku nak share dengan:

+ Afiq +

+ Hairi +

+ Ijat +

+ Iena +

+ Mas +

Sape-sape nak cuba nasib jugak boleh klik link ni. Kepada yang di-tagged, anda busuk! Haha.


Contest: Blog Terkemas!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, December 18, 2010 | | 0 kiriman komen »

Salam.

Hi hi hi readers! Anda rasa blog anda kemas? Jom join..

Ni first-time ni join contest. Since terma dan syarat contest ni sangatlah simple & aku bajet blog aku kemas (heh! kemaslah sangat) so join jelah. Maklumat lanjut boleh klik ke link strawberrychocolatelicious.blogspot.com.