Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Apa yang anda perlu faham tentang Earth Hour

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, March 25, 2011 | | 0 kiriman komen »


Assalamualaikum and hi readers!

Perhatian: Entri ini amat panjang tapi sangat informatif. Sila baca sekurang-kurangnya sebelum 8.30 malam esok. Harap maklum.

Kurang 24 jam dari sekarang, kita semua akan secara sukarelanya menyertai dan menyokong satu event besar global, iaitu Earth Hour. Kenapa aku cakap secara sukarela? Sebelum kita pergi jauh, elok kiranya anda kelik iklan kat sebelah kanan ni sekejap, buat pahala sikit heheh. Atas sekali tu..kelik je bukan virus jangan risau. Dah? Thank you! Okey sambung.

Kenapa aku cakap secara sukarela? Sebab ia terpulang pada anda yang membaca entri ni untuk turut serta ataupun tidak event ni. Sejak Earth Hour dimulakan di Australia pada 2007 lagi, sampailah sekarang, takde mana-mana pihak pun memaksa sesiapa untuk turut serta event ni. Ia terpulang kepada diri kita sendiri, kita yang menghuni bumi or shall I say 'mother earth' yang semakin uzur akibat tangan-tangan kita sendiri. Bila aku gunakan mother earth tu harapnya anda semua bayangkanlah seorang perempuan tua yg pada asalnya cantik, okeylah nak sadis lagi bayangkan ibu sendiri, tapi disebabkan masalah-masalah yang anak-anak beliau buat, akhirnya benda tu secara tak langsung (sebenarnya secara langsung saja kasi korang chance backup diri sendiri after this) meng-affect si ibu, dan si ibu pon makin cepat kerepot dan hodoh rentetan itu, walaupun sebenarnya kalau ikutkan dah 60 tahun boleh tampil cantik mcm Datuk Sarimah Ahmad. Boleh ke mcmtu?



Okey dah tengok logo Earth Hour tahun ni? Sebenarnya bukan suka-suka ada tanda tambah (plus) sebelah nombor 60 tu. 60 itu stand for 60 minit (1 jam). Dan tanda tambah tu sebenarnya in conjunction with their motto for this year that is, "This Earth Hour, Go Beyond The Hour". Maksudnya, secara literal lah, kalau boleh kali ni biarlah lebih dari 1 jam tu. Tapi bukanlah bermaksud, okeeeyyyy tahun ni kita padam lampu untuk 1 jam 30 minit yeeeeee..yelah kata nak lebih kaaaaann? Tak. Maksudnya lebih kepada, janganlah bila Earth Hour baruuuu nak padam lampu lah, apa lah..continue your contribution towards the earth's sake. 

Okey tadi tu 1 point dah, jangan nak tunggu Earth Hour barulah nak padam lampu and so on.

Tahukah anda apa sebenarnya alasan padam lampu tu? Ia sebenarnya salah satu cara untuk mengurangkan pelepasan carbon dioksida (emission of carbon dioxide) yang mana sebenarnya punca bumi kita semakin hari semakin panas. Pernah dgr global warming? Ya sekarang kita sedang mengalami kesan-kesan global warming sebenarnya, pemanasan global ya anak-anak sekalian, cuaca tak menentu, panas, paras air laut meningkat dan sebagainya. Paling penting panas, kau tak rasa Bumi semakin panas ke?? Panas ni bukan sebab nak kiamat yee, tapi sebab kita sendiri, tebang pokok-pokok pada masa yang sama lepaskan karbon dioksida dalam jumlah yang banyak, habis tu sape nak serap?? Pokok dengan air laut je yang serap karbon dioksida ni. Karbon dioksida pulak, tak cukup manusia keluarkan, kereta keluarkan, kilang keluarkan, apa-apa jelah yang ada aktiviti pembakaran fossil fuel senang cerita. Tu korang boleh google sendiri, malas nak cerita kat sini.



Jadi pointnya disini, nak kaitkan dengan point pertama tadi which is "Go Beyond The Hour", selain memadam any electrical equipments macam lappy, tv, cerek air, seterika, periuk nasi, microwave, kalau dapat peti sejuk sekali, jangan drive kemana-mana duduk je diam-diam dekat mana anda berada pada masa tu. Tak faham lagi drive tu bakar minyak thus emit carbon dioxide? So tak guna kalau anda dah padam lampu tapi 1 jam tu galak berjalan sight-seeing guna kereta menghayati keindahan malam kononnya..itu lagilah merosakkan alam, seriously. Ni nak citer ni, 1 kilometer kita drive, kalau saiz kereta sedan macam Wira, Gen-2, Saga tu semua, kita sebenarnya emit 0.3 kg carbon dioxide..dan menariknya, sebatang pokok cuma boleh absorb lebih kurang 1,000 kg carbon dioxide je, tu pon kalau pokok tu panjang umur dapat membesar sampai habis besar lah. Kalau gatal nak sight-seeing gak, nek basikal takpun jalan kaki! Pergilah awal-awal lepas Maghrib, okey nak celebrate dekat mana, then untuk 1 jam tu bergelap dan bergerak menggunakan kaki sahajalah anda semua.

And this applies for the next, next day..yelah go beyond the hour. 

Haih panjang pulak bebel. Sebab, 2009 dulu aku celebrate Earth Hour, tapi, naik kereta jalan-jalan sebab excited kan tengok banyak bangunan padam lampu hehe. 2010 aku sambut dengan bergelap sepenuhnya, kalau tak silap memang blackout time tu.

Okeylah, selamat menyambut Earth Hour. Esok pukul 8.30 malam. Silalah rasa bersalah sikit kat mother earth kita ni. Ada satu benda yang aku belajar tentang etika alam sekitar semester ni yang aku nak kongsi sikit. 



Tuhan, pinjamkan aje taw Bumi ni dekat kita. Maksudnya, sepatutnya, bila orang bagi kita pinjam barang dia, kita kena pulangkan barang tu dalam keadaan yang baik, ataupun lebih baik. 2 options tu je. Tapi tengoklah apa yang kita dah buat. Mungkin kita tak perasan sebab, Bumi ni takde mulut nak bagitahu dia tengah nazak, tenat, perlu masuk ICU (need intensive care lah~) tapi dia dapat tunjuk, tulah dia, suhu makin panas and disaster macam flood,drought and so forth. 

Bye!

Nota: Sape nak candle-light dinner dengan saya esok? SMS me okey! :D

Nota lagi: 1 jam taip. Baca naaa! Dahlah dah lama tak taip entri berat2 :P

Nota lagi: Jangan lupa klik nuffnang (iklan) kat atas tuuuu..



 


Faceblog

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, February 26, 2011 | | 1 kiriman komen »

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Mentor 5: Pencarian protege bermula sekarang.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 16, 2010 | | 3 kiriman komen »


Maula mintak aku hantar demo.

Mula-mula aku tak faham untuk apa.

Rupanya untuk Mentor 5.

Agaknya sistem dah upgrade, kene hantar demo pulak dah.

Aku tak nak hantar.

Seganlaaaahh. Suara macam aku ni bersepah-sepah kott kat Malaysia ni, haha.

Masa pun tak sesuai. Baru je melangkah ke alam degree tibbe je nak audition2 segala.

Bagaimanapun, jika 'penganiayaan' berlaku, aku redha hahaha.

Maklumat lanjut klik sini.



OPS Muzik Hit Era

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, June 29, 2010 | , | 3 kiriman komen »


Semalam, tiba-tiba aku dengar lagu korea kat Era.fm. So macam terkejut hamster dan excited pada kadar sederhana.

Wah,seriously best!

So, mari support OPS Muzik Hit Era! Tak kiralah anda penggemar Hot.fm ke, Fly.fm ke, Sinar.fm ke, IKIM.fm ke, tapi tak salahkan tolong siaran radio lain?
Jom, jom klik Haris baik hati.


Nota: Aku takde favourite radio channel tapi yang aku paling dengar adalah yang tersenarai di atas :)

PTPTN

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, June 29, 2010 | , | 0 kiriman komen »


Kelam kabut punya pasal, arahan Panduan Pengguna pun baca gitu je. Skiming.

Tambahan pula benci guna Internet Explorer yang maha lembap, so dah kene tulah.

Guna IE versi 6 dan ke atas ya anak-anak. Baru dapat klik Daftar.