Hikayat Merong Mahawangsa
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, March 10, 2011 | drama/movie | 2 kiriman komen »speechless..
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, February 09, 2011 | drama/movie | 2 kiriman komen »Scene akhir Episod 7 Personal Taste. Kau nak jadi watak siapa?
saya juga kecewa dengan 8TV
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, December 20, 2010 | drama/movie | 10 kiriman komen »Salam. Hi readers!
Tadi baca Pancaindera (semalam beli tapi baru hari ni nak baca), then amatlah bersetuju dengan komen dari someone ni pasal drama korea di 8TV.
Nak amek main point jelah sebab aku pon nak komen gak. Haha. Dah lama dah terbuku kat hati ni, so nak muntahkan hari ni jugak.
"Saya penonton setia 8TV kerana saluran ini telah banyak menyajikan rancangan-rancangan yang menarik. Saya merupakan peminat setia drama-drama korea. Tapi saya cukup kecewa setiap kali menonton drama-drama Korea kerana 8TV sesuka hati menukar bahasa Korea kepada bahasa Cina. Saya harap pihak 8TV akan lebih prihatin akan hal-hal seperti ini. Tolong jangan menghampakan peminat-peminat 8TV." - Hazirah, Shah Alam.
Sebenarnya komen beliau agak panjang, dalam 5 perenggan macam tu, but macam aku cakap, aku amek main point je. Well done Cik Hazirah! Eh, Shah Alam kat mana ek? (Sempat..yalah mana tahu ada stok citer boleh share2)
Frankly, aku dah lamaaaaaa sangat sangat nak mengadu pasal masalah ni. Ya aku anggap ni satu masalah. Kenapalah rajin bebeno nak alih suara ke bahasa Mandarin. Setiap hari aku dok fikir, sapelah punya angkara, idea mengarut sapelah semua ni dan suara buruk sape yang they all guna, serius! Haha. Sorry bab suara buruk tu, tengah geram ni.
The reasonsss why I hate it so much are, ianya telah completely kacau mood serta proses untuk feeling-feeling. Aku tengok drama korea ni nak feeling-feeling. Seriously kalau tengok yang asal, tak sama langsung dengan yang alih bahasa, in term of feeling, emotion etc. Contoh, patutnya dalam versi asal certain part tu sedih, tp kalau tengok yang versi alih suara, langsung tak rasa sedih, rasa macam.."okeyy, fineee.." maka habis cerita terus menjalani kehidupan yang normal tanpa ter-affected dengan cerita tu. Tak percaya tengoklah yang asal. Bahasa Korea ni dia ada lenggok yang tersendiri, dan juga lembut, sedap didengar. Tapi apa yang berlaku bila alih suara? Suara semua tinggi-tinggi, macam menengking, sakit hati dengar. Dan macam membebel-bebel, ntah aku pun tak faham. Senang citer tak best lah. (kalau dah tak suka tu macam-macam alasan)
Selain tu, kita juga sebenarnya nak belajar sikit-sikit bahasa Korea. Aku guna kita sebab aku tahu, bukan aku sorang je ada komitmen macam ni. Cewahh, komitmen.. Sometime dapat hafal 1 word 1 hari pon dah cukup menggembirakan tahu. Just by understand simple words like kamsahamnida, annyong haseyo, saranghaeyo, mianhamnida, gwiyeowoyo etc could already make us happy. Ke aku je? Haha. Ntah, tapi kalau tengok dengan orang yang baru nak belajar meminati drama Korea, memang bestlah tunjuk power, bajet tahu semua haha.
Lagi, aku kesian dengan umat manusia lain. Kadang-kadang mereka confuse sebenarnya mereka sedang tonton drama apa. Contoh lah, family aku. Macam ibu and adik-adik aku. So terpaksalah aku explain yang ni sebenarnya cerita Korea yang di alih bahasa dengan membuktikan gerakan mulut dalam drama tu tak sama dengan apa yang disebut. Tu yg paling mudah. Kalau dorang agak cekap sket, aku suruh dorg detect perbezaan bahasa dalam opening song dengan suara yang dah di alih bahasa tu (Mandarin) sebaik sahaja cerita start (opening song ended), tapi ni susah banyaklah.
Jadinya, tak perlulah kot aku gigih hantar email ke 8TV. Dari dulu kononnya nak email, taaaaaaakk jugak email. Harap-harap komen dalam Pancaindera tu dibaca oleh sesiapa then disebar-sebarkan ke pihak yang bertanggungjawab. In case takde perubahan jugak, email lah jawabnya. Bagi aku penting untuk atasi masalah ni. Kalau mereka soalkan, "habis, nak guna bahasa asal, subtittle nak guna bahasa apa?" Kalau aku, aku prefer English sebab yang buat sarikata ni pon kadang-kadang pemalas jugak. Senang-senang je dia simplify ikut kamus dia, tu pun masalah jugak, mesej tu kadang-kadang tak sampai. Tapi since drama Korea ni sesuai utk semua lapisan masyarakat, guna jelah Bahasa Melayu. Kalau nak hormat bangsa lain, letak sari kata Mandarin sekali. Takde masalah pon. NTV7 boleh je buat untuk drama Taiwan (Hokkien) kenapa 8TV tak boleh?
That's all. Harap-harap ada perubahan. Harap sangat.
You're Beautiful
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, May 06, 2010 | drama/movie | 3 kiriman komen »Ok lah, memandangkan aku ada banyak masa terluang, jadi aku nak buat review on korean drama yang aku baru habis tonton minggu lepas.
Sebenarnya hati aku tertarik untuk tengok drama ni masa aku window shopping dekat The Spring Mall, Kuching, sehari sebelum aku bertolak balik ke semenanjung. Hajat pada awalnya nak lepaskan rindu makan di food court aleh2 di ajak housemate, Marcos & aweknya, Lia untuk menghabiskan duit menonton Clash of The Titans *kononnya sebab esok aku dah nak balik so apalah salahnya habiskan duit tengok wayang* Well, aku takde masalah pon sebab RM 10 je, hehe, *semua hal dah settle masa tu, kek lapis dah beli, duit untuk bil elektrik, duit minyak untuk aku pergi Airport, duit hard cover project paper and duit untuk apa-apa jelah, semua dah asingkan* dan memandangkan mungkin itu kali terakhir aku menjejakkan kaki ke MBO Cinema yang sangat best *aku harap dapat tengok wayang kat situ lagi!* aku setuju. So on the way nak naik level 3, masuk kejap kedai CD/DVD, tak ingat nama kedai, dan ternampaklah DVD You're Beautiful, duduk sebelah-menyebelah dengan DVD Boys Before Flowers and dua,tiga DVD lain yang mungkin jadi daya penarik kedai kepada pengunjung. Lantas aku terfikir, "Hits ke drama ni?" Yelah,DVD tertentu je yang dipamerkan betul-betul depan muka pintu kedai tu,tentulah ada udang di sebalik batu. Haha,suka hati je guna peribahasa tu,macam tak sesuai *tongue* Jadi aku baca sinopsis, tengok harga, "Oh,tak mampu,tak mampu.." then keluar dari kedai dengan harapan satu hari nanti aku dapat tengok drama tu.
Daaaaaaaaaaaaan...pucuk dicita ulam mendatang, aku yang hampir terlupa bila dekat rumah rutin aku adalah menonton drama online, terjumpa balik cerita ni. Memang tak ingat dah tajuk sebenarnya, ingat sinopsis dan sarung DVD tu je, nasiblah cerita ini hits, so bila masuk website MySoju and Dramacrazy Online, ternampak yang cerita ni tersenarai antara yang teratas atau top.
Jadi untuk pembaca setia blog ni, kalian akan perasan yang aku suka bagi bintang lepas habis menceceh pasal sesuatu drama atau movie. Sebenarnya bintang tu diberi bukan ikut suka hati aku nak letak je. Ada standard tertentu, standard aku sendiri.
1. Pelakon/Lakonan/Watak
Secara keseluruhan, semua pelakon berjaya bawak watak masing-masing. Kebanyakannya adalah pelakon baru di mata aku, kecuali Hwang Tae Kyung (lakonan Jang Geun Suk), mak saudara Go Mi Nam dan Manager Ma. Aku suka watak Go Mi Nam (lakonan Park Shin Hye), jujur, innocent, dan nasib yang menimpa dia buat kita kasihan dan tumpang simpati. Watak Yoo Hei Yi (lakonan UEE), national fairy yang sebenarnya seorang yang pandai berpura-pura baik depan masyarakat dan kamera, dan Reporter KIm, wartawan yang tidak habis-habis menyibuk dan ingin membongkar identiti Go Mi Nam berjaya buat kita sakit hati,geram dan menyampah. Walau bagaimanapun, drama ini akan nampak lebih kemas jika watak kembar, Go Mi Nam (lelaki) dan Go Mi Nyu (perempuan) yang dilakonkan Park Shin Hye jelas. Maksud aku, penonton tak pernah dipertontonkan dua watak itu dalam babak yang sama. Kalau Go Mi Nam keluar, Go Mi Nyu takde. Terlalu mudah. Aku rasa ada je teknik untuk buat dua watak yang dilakonkan pelakon yang sama keluar serentak,cuma mungkin makan masa,makan tenaga. Tapi menariknya, bila dah drama ni habis, aku nampak yang ada kebaikannya pengarah drama buat mcmtu. Kalau dia keluarkan dua watak serentak,aku pasti cerita ni akan jadi lebih berbelit, tiada surprise dan makin banyak episod. Jadi 2/2 bintang untuk aspek pelakon/lakonan/watak.
2. Jalan cerita/skrip
Jalan cerita drama You're Beautiful aku berani kata, biasa sahaja, sudah klise, cuma kelainannya dari segi skrip, aku rasa mampu meninggalkan bekas. Disebabkan genre drama ni romantic and comedy, jadi ianya jadi seimbang bila ada babak-babak sedih. Antara babak sedih adalah Tae Kyung, yang menghidap allergy terhadap beberapa jenis makanan laut terutama udang,debu bunga dan beberapa benda lain, memaksa dirinya makan hidangan udang. Penonton akan sedia maklum hubungan Tae Kyung dgn ibunya Mo Hwa Ran sejak kecil. Mo Hwa Ran tak pernah menghebahkan pada media dan masyarakat Tae Kyung adalah anaknya dan paling teruk, Tae Kyung tak dibenarkan memanggilnya 'mak' sebaliknya 'puan',sehinggalah dia besar. Jadi ada satu flashback, Mo Hwa Ran membelanja Tae Kyung (masa kecil) makan di hotel. Tanpa mengetahui yang Tae Kyung allergi udang, dia tuduh Tae Kyung dimanjakan bapanya dan marah-marah yang makanan tu dia beli khas untuk Tae Kyung. Tae Kyung yang sekali sekala sahaja dapat berjumpa dengan emaknya itu pun memakasa dirinya makan udang tersebut sampai termuntah-muntah. Yang kedua, babak Jeremy menangis sambil menyanyi di telefon bimbit yang dipancarkan terus ke radio. Umum tahu yang Jeremy (lakonan lead singer Ft Island, Lee Hong Ki) ni seorang yang ceria. Sangat ceria! Dialah penghibur, dialah pelawak, dialan penyeri dalam group A.N.JELL. Tapi dalam satu babak yang aku sebutkan tadi dia menangis. Oh,memang sedih babak tu,anda bayangkan sahajalah,seorang yang perwatakannya ceria,kebudak-budakan,lurus,kelakar,tiba-tiba menangis. Baik, yang ketiga, babak-babak Shin Woo (lakonan pelakon baru, Jung Yong Hwa) dengan Mi Nam, kebanyakannya sedih. Aku tak tahulah tapi aku suka kalau dalam dunia realiti,aku jadi pathetic macam Shin Woo. Tapi dia bukan pathetic yang loser or watsoever tp pathetic yang membanggakan dan harus dicontohi. Dan ada beberapa lagi babak-babak sedih lain,terutama yang melibatkan Go Mi Nam, since dia watak utama drama ni.
Tentang skrip yang aku kata meninggalkan bekas di hati,kalian perlu gali sendiri. Ia seakan kita membaca novel cinta romantik. Ada ideologi penulis skrip yang kita pertama kali dengar lantas tertarik dan menjadi trademark sesebuah cerita itu. 2/2 bintang untuk jalan cerita dan skrip.
3. Soundtrack/Background music/Lagu tema/Kesan khas
Semuanya best. Semuanya melekat di jiwa. Paling menarik, setiap watak ada background music mereka, sesuai dengan perwatakan yang dimainkan jadi 2/2 bintang! Boleh download di sini.
4. Moral/Pengajaran/Mesej/Objektif
Pada pendapat aku, moralnya sangat jelas. Bergantung pada setiap individu bagaimana dia temukan moral dan pengajaran dari drama ini. Yang jelas, jika kita sayangkan seseorang itu, jika kita betul cintakan seseorang itu, kita harus bertahan dengannya atau kepadanya sehingga habis upaya kita, sehingga tiada jalan lain untuk kasih,sayang atau cinta kita berbalas, atau sehingga pasangan kita itu sendiri meminta kita berhenti berpaut padanya atau dalam erti kata lain memutuskan untuk pergi. Objektif drama ni juga tercapai, yakni ada romance, ada comedy, memang keduanya ada. Jadi 2/2 bintang untuk aspek ini.
5. Lain-lain
Disebabkan cerita ini berkisarkan hidup artis, jadi aku tertarik dengan pakaian, fesyen dan kehidupan artis popular. Pada pendapat aku, semua itu juga jadi daya penarik drama. Yelah, siapa tak teringin ada kehidupan sebegitu. Kalau diberi sehari mencuba, rugilah siapa yang lepaskan! Hehe. Jadi aku beri 0.5/2 bintang.
Jadi keseluruhannya 8.5 bintang untuk drama You're Beautiful.
Walaupun rating penyiaran at nationwide and Seoul pada kedudukan biasa-biasa sahaja, memenangi beberapa award mungkin sudah cukup untuk mengajak anda semua menonton drama ni. Khas untuk student-student yang sedang bercuti semester dan dilanda kebosanan yang dahsyat aku ucapkan selamat menonton^^.
The Queen Returs
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 17, 2009 | drama/movie | 11 kiriman komen »Dah, taknak cakap banyak, aku sure tak lama lagi keluarlah kat 8tv. Macam Boys Over Flower yang baru je ditayangkan dekat tv minggu ni 8.30-9.30 malam padahal aku dah tengok lama dah, hehe. Oh, pelakon utama drama ni berumur 30-40 tahun mcm tu so sila jangan menilai dari rupa je okey untuk nilai menarik ke tak drama ni^^
He Who Can't Marry/ The Man Who Can't Get Married
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, September 25, 2009 | drama/movie | 11 kiriman komen »Perempuan Berkalung Sorban
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 09, 2009 | drama/movie, rohani | 9 kiriman komen »Cerita ini berunsur rohani. Mesej yang cuba disampaikan oleh penerbit, pengarah dan pengarang skrip filem ini iaitu Hanung Bramantyo berkisarkan bagaimana penterjemahan Islam fahaman guru-guru agama dan sebahagian besar penuntut-penuntut terhadap kedudukan lelaki dan perempuan. Selain itu, turut dipaparkan realiti dunia Islam itu sendiri yang boleh aku katakan "kita Islam pada nama sahaja". Jadi, aku yang tak banyak ilmu ni tak berani nak komen cuma nak rekomen kepada sesiapa yang belum tengok filem ni, pujuklah diri untuk tengok. Haha! Terutama kaum perempuan. Filem ini kisah perjuangan seorang wanita dalam usaha membela nasib wanita muslim di tempatnya. Pada pendapat aku,cerita ini akan lebih menarik jika persoalan-persoalan tentang kedudukan lelaki dan perempuan dalam Islam itu terjawab. Pengakhiran cerita ini seakan-akan tergantung. Aku rasalah. Apepon, thumbs up dan 4 popcorn daripada 5 popcorn.
Boys Before Flower
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 24, 2009 | drama/movie | 14 kiriman komen »Wahh akhirnya aku berjaya tengok drama Boys Before Flower sampai habis wakaka. Bukan dalam citer tu je byk dugaan, dalam proses aku nak tengok tu pon banyak dugaan huhu. Sebab apa aku cakap byk dugaan? Sebabnye aku kene pindah2 dari website lain ke website lain nak tgk citer nih huhu. Mybe sebab ni citer baru so byk website under maintenance and so forth..*yelah tu..aku pon tak tahu sebab ape lg yg plg munasabah* Actually citer nih dipomote oleh junior aku, Zinnera..dan bukan dia sorang, website2 tertentu jugak menggoda aku untuk amek tahu ape yg best sgt citer nih huhuhu. Ada sesetengah website rankingkan citer ni di tempat pertama 'mesti tonton'..so bodohkah aku untuk tidak curious why?? Haha. Erk btw gambar2 kayt atas tu cam hampeh ek? Haha..tak jumpe gambar saiz besar lorh...(+_+)
K..sekarang ni aku tengah excited nak komen sikit drama nih..and at the same time mempomote citer ni wat sesiapa yg belum tengok *baru abis tgk,hehe*
Boys Before Flower atau Boys Over Flower *citer yg sama juz tajuk ada 2 version* ni actually Korean version untuk manga + anime + drama Hana Yori Dango from Japan. Kira asalnya citer ni start from manga then diadaptasi jadi anime then seterusnya drama dannnn seterusnya dalam movie version. Haha,itu di Jepun. Citer ni gak ada dalam Taiwanese version iaitu Meteor Garden. Gerenti ramai penah tengok yg versi Taiwan ni,sebab pernah main kat tv kott.. Dan akan datang,versi dari China,dgr2 tajuk dia Meteor Shower.
Tapi apa yg aku nak citer,Korean version lagi best. Ni bukan pendapat aku semata malah aku kuatkan dengan komen2 penggemar2 citer nih yang dah membanding-bandingkan Japan version dengan Korean version. Jadi kepada sesiapa yg belum tengok versi Korea tapi dah penah tengok versi Jepun boleh je tengok,walaupun plot atau jalan citer lebih kurang sama. Nama pon adaptasi.
Secara ringkasnya, ceritanya bermula apabila Geum Jan Di lakonan Koo Hye Soon masuk ke sebuah sekolah elit, Shin Hwa College dan bertemu dengan satu kumpulan yg dikenali sebagai F4 (Flower 4). Kumpulan nih sangat berpengaruh kat sekolah tu dan ketua group tu adalah anak kepada pengasas sekolah tu sendiri iaitu Goo Jun Pyo lakonan Lee Min Ho. Oleh sebab Jan Di ni ada prinsip hidup dan personaliti yg lain dari yg lain,dari hari ke hari dia dapat adapt dengan group F4. Korang akan perasan episod 1 ngn 2 cam boring sikit tapi dah lama2 terus best..esp episod final. Ada 25 episod sumenye exclude 4 clip pendek apa yg terjadi pada semua anggota F4 5 tahun selepas tu.
Ok,selain tu,cerita ni menunjukkan konflik cinta antara Jan Di, Jun Pyo dan Yun Ji Hoo lakonan Kim Hyun Joong yang mana mengikut tilikan seorang penilik nasib, antara dua orang itu, seorang akan jadi future husband Jan Di dan seorang lagi soulmate. Yang menariknya,versi Korea lebih banyak fokus kepada konflik cinta itu maka sebab itu ramai yg berpendapat versi Korea ni lagi best. Honestly aku suka konflik tu dan aku suka term soulmate tu sendiri. Soulmate..sampai sekarang aku kompius apa sebenarnya fungsi seorang soulmate walaupon dah google byk website wakaka!
Next aku nak share pendapat aku tentang plot2 yg sedih. Plot2 yg sedih kebanyakan fokus pada Jan Di, Jun Pyo dan Ji Hoo. 3 orang tu. Antaranya, waktu Jan Di dipulaukan buat kali kedua. Yg kali pertama tak sedih sgt tp yg kali kedua. Part yg dia tercampak dari basikal,dibaling tomato ngn tepung dan disembur pemadam api. Sampai dia takleh bangun dan luka2 sebab tercampak dari basikal tu. Yg wat lagi sedih dia gi cakap cmni "Buatlah lagi..buat lagi! Itu je ke yg korang mampu buat?!" Padahal dia dah lemah dah time tu. Huhu tu part sedih pertama. Second, time mak Jan Di melutut dekat mak Jun Pyo yg memang guna taktik kotor untuk jauhkan anak dia Jun Pyo dari Jan Di dengan menggunakan pengaruh dia dari awal citer sampai 2 episod akhir. Yg wat harunya sebab mak Jan Di amik beras ke garam ntah siram kat diri sendiri mintak tolong maafkan dia dan bagi peluang kedua kat family dia. Bygkan,dia dah melutut..pempuan jahat *mak Jun Pyo* tu tak puas ati.. Sampailah mak Jan Di siram diri sendiri ngn garam sebagai tanda penghinaan yg dia pernah buat kat pempuan jahat tu,baru dia puas ati. Third,time Jan Di lindungi Jun Pyo dari dipukul dengan kerusi oleh salah sorg student yg mana adalah kisah silam tersendiri *kene tgk baru faham*. Jan Di tak boleh berenang lagi lepas tu..yg mana mmg minat dia berenang tu sebab dia masuk sekolah elit tu huhu. Dan bykkkkkk lagi part sedih lah. Kene tgk sendiri.
Untuk lakonan,aku respect gila ngn mak Jun Pyo lakonkan watak pempuan jahat hahaha! Memang org yg tgk akan mencarut-carut sebab geram plus sakit ati tgk kejahatan dia. Sumpah jahat wehh..korg tgk sendiri. Dan aku respect juga watak Jan Di. i wonder wujud ke perempuan yg tabah mcm tu kat dunia ni huhu. I mean of coz la ada tp ntahla...utk watak seorang pelajar yg dtg dari keluarga yg agak susah,bercinta dengan anak org paling berpengaruh kat Korea..dan dugaan2 yg dia terpaksa hadapi..aku rasa takde yg setabah tu huhu. Btw,it's juz an acting kann hahaha.
Utk lagu2 soundtrack...byk gilaa. Ada lebih kurang 20 lagu tak termasuk versi instrumental..tapi yg aku nak pomote:
1. Because I'm Stupid - SS501
2. Stand by Me - SHINee
3. Paradise - T-Max
4. Lucky - Ashily
Dah..kalau ada masa tengoklah. Aku rasa tak lama lagi kuar r tu kat 8tv,kui3..
Dari 10 bintang aku kasi 8 bintang..hehehe. Sekian.











