demam & rindu
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, February 12, 2011 | sakit-sakit | 2 kiriman komen »Tiada seorang pon daripada mereka boleh kata, "aku turut rasa apa yang engkau rasa".
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, December 28, 2009 | praktikal, sakit-sakit | 10 kiriman komen »Apa perasaan anda bila housemate anda bercuti selama 21 hari dan anda tinggal seorang diri di rumah sewa, tiada transport untuk keluar kemana-mana jika bosan (sebenarnya bukan jika,tapi memang sangat bosan), makan masak sendiri dan makan seorang diri (sangat ala kadar), tidur seorang, dan bercakap seorang diri macam orang gila sebab tiada teman untuk berborak, bergelak ketawa dan lain-lain kecuali ada panggilan masuk dan kawan-kawan yang sedang online mahu berborak dengan anda, sedangkan housemate anda enak menikmati cuti dan langsung tidak bertanya khabar anda yang ditinggalkan bagaikan rak kasut kayu yang hampir reput di sudut dinding rumah anda itu.
Apa pula perasaan anda meninggalkan seorang housemate anda di rumah sewa selama 21 hari tanpa langsung bertanya khabar bagaimana makan minum dia kerana tahu dia tidak mempunyai transport untuk membeli makanan diluar kecuali terpaksa menyusahkan orang lain, menumpang kereta orang lain pergi ke supermarket terdekat dan tahu yang kawan anda itu jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain atau dalam erti kata lain segan untuk meminta tolong daripada orang lain walaupun orang yang dia mahu susahkan itu adalah coursemate dia sendiri. Dan, sanggupkah anda tidak memberitahu yang anda akan balik pada berapa haribulan, tetapi mengatakan "entahlah,aku tak pasti lagi aku balik bila" sedangkan anda tahu, semester baru akan dibuka dalam beberapa hari sahaja lagi dan paling penting, kawan anda itu sebenarnya ingin memberitahu yang dia sebenarnya dah terlalu bosan tinggal seorang tapi dalam nada yang berkias dan tidak mahu mempamerkan rasa marahnya.
mulai sekarang aku akan fikir 30 ke 100 kali
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, November 01, 2009 | jalan-jalan, sakit-sakit, UiTM | 10 kiriman komen »

sesetengah orang beri macam-macam alasan kabur, tak berasas, tak relevan dan berharap aku akan simpati dan tanya soalan-soalan berbaur sedih dan pilu seperti "kenapa ni, ada masalah ke?"
tolonglah. aku dah masak dengan orang-orang macam ni. tak payah nak berkias-kias macam orang bodoh kurang cerdik kalau kau tak reti. straight to the point! oh,aku gembira je, tengoklah 2 keping gambar tu. itu baru 2 keping. aku takut kau jatuh pengsan dengar plan aku berjaya. hehe.
pelekat tak lutsinar: tak payah rajinkan diri terasa dengan benda ni. bukan semua. seorang dua sahaja. aku rasa lah, malas nak kira.
Aku bangga. Tahniah Malaysia!
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 14, 2009 | coret-coret, patriotik, sakit-sakit | 8 kiriman komen »Tahniah Malaysia!
Aku lihat Malaysia cukup berpotensi. Boleh pergi jauh lagi. Aku gembira. Terharu aku bila membuka akhbar hari ini, Malaysia pada kedudukan ke-9 dunia dalam catatan rekod kematian akibat H1N1.
Kau tak bangga? Laa,kenapa?
Kita warganegara Malaysia patutnya berbangga dengan rekod terbaik ini.
Kau tak bangga bila semua negara tatap rekod ini?
Kau tak bangga bila tahu negara kita yang populasi penduduknya lebih kecil daripada China dan Jepun catat rekod cemerlang sebegini?
Kau tak bangga bila lihat kesetiaan rakyat Malaysia berkorban nyawa untuk harumkan nama negara?
Kau tak terharu bila lihat macam-macam usaha serta jerih-perih pihak tertentu seperti beri cuti seminggu kepada pelajar-pelajar membuahkan hasil?
Kau tak gembira bila dapat topeng-topeng muka secara percuma sempena memeriahkan sambutan H1N1 ini?
Kau tak gembira bila pelbagai acara yang menuntut rakyat berkumpul dan berkongsi keseronokan mendapat virus ini berjadual dengan baik?
Aku bangga. Aku juga terharu. Dan gembira. Malah aku sedang bertepuk-tangan sekarang.
56 korban. Baru sikit. Belum setanding Amerika Syarikat,Argentina dan Brazil. Tapi dalam Asia, Malaysia kalah pada Thailand. Aduh, kalau boleh aku nak Malaysia tumpaskan Thailand. Biar kita juarai Asia. Hehe.
Kesal sedikit bila dengar pimpinan negara hanya mampu mengucapkan rasa terharu atas kejayaan ini. Kesal sedikit bila iklan-iklan di televisyen tak semeriah rekod yg dicatat setakat ini. Kesal sedikit bila media cetak tidak tertarik untuk hebahkan kejayaan negara ini dalam nada serius. Kesal juga bila ada pihak-pihak tertentu tidak menyokong usaha pihak yg bertanggungjawab.
Topeng tu jadikan hiasan jelah~ Kan kita nak beat Thailand? Lagi satu, tak payahlah self-quarantine tu. Tak rocklah duduk terperuk kat bilik. Bukankah bagus kalau kita keluar,hirup udara segar bercampur virus H1N1 ni dan pulang nikmati tidur lena tanpa perlu risaukan apa-apa. Seminggu lepas tu, kalau disahkan positif H1N1, redha jelah. Ajal maut kan di tangan Tuhan~
Rilekslah,hujung tahun ni kan ada vaksin. Tu pon kalau researcher tu panjang umur la. Hehe.
pelekat hijau : aku doakan buat mereka yang ambil berat akan isu nih selamat sejahtera. semoga aku, keluarga dan rakan-rakan kesayangan terhindar daripada semua ini. amin.
Rattus rattus si tikus..
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, May 18, 2009 | sakit-sakit | 3 kiriman komen »Seperti yg dijanjikan kali ni aku nak share sikit info relating Leptospirosis and Meningitis yang tetibe jek happen kat Msia baru-baru nih..
Leptosirosis
+ Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria leptospira iaitu bakteria yang disebarkan melalui najis haiwan seperti tikus.
+ Selain itu,bakteria Leptospira boleh didapati dalam air kencing haiwan mamalia yang dijangkiti bakteria tersebut seperti kucing,anjing,lembu,kambing,babi dan kuda.
+ Kita boleh dijangkiti sekiranya terdedah secara langsung dengan air yang tercemar dengan air kencing haiwan yang dijangkiti virus tersebut contohnya ketika banjir. Kita juga boleh dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan yang dijangkiti virus tersebut. Mungkin apabila kita tidak menjerang air sebelum minum atau makanan dibasuh atau diproses menggunakan sumber air yang tercemar.
+ Tanda-tanda. Pesakit boleh mempunyai gejala seperti demam,sakit kepala,loya serta muntah-muntah,sakit otot,kemerahan pada mata,ruam kulit,sakit pada abdomen,batuk,sakit pada betis,jaundis (mata kekuningan),dan air kencing berwarna kehitaman (seperti air teh O yang pekat)..erk yukkss tapi tulah hakikatnye huhu.
+ Langkah-langkah pencegahan. Jagalah kebersihan rumah dan tempat perniagaan (kantin atau premis makanan atau kilang pemprosesan bahan mentah). Tutup serta tudungkan makanan supaya terhindar daripada tikus. Selain itu,cuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan,sebelum makan dan selepas menggunakan tandas. Juga,cuci tangan,kaki serta anggota badan yang lain dengan sabun selepas bekerja di kebun,menguruskan sampah dan membersih rumah selepas banjir. Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna. Jangan bermain air dan lopak dan segera dapatkan rawatan jika ada simptom-simptom jangkitan.
Meningitis
Tak banyak yang aku tahu pasal Meningitis ni..tapi kata kunci untuk penyakit ni adalah radang atau inflammation pada otak dan saraf tunjang..tu jerk yang aku tahu. Penyebab penyakit nih adalah bakteria meningococcus Neisseria meningitides dan berjangkit secara langsung via titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Untuk maklumat yang lebih lanjut mungkin korang sumer boleh surf dari web2 yang ader autoriti huhuhu.. Takut salah bagi maklumat,huhu..
End.
Selesema Babi (Swine Influenza)
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, May 17, 2009 | sakit-sakit | 8 kiriman komen »Aku tak tahu orang lain macam mana tapi aku memandang serius isu nih. Mungkin pengaruh cerita Bloody Monday yang aku pernah tengok kot,hehehe. Tapi,seriously cerita tu bukak mata aku..dalam banyak2 senjata untuk perkara2 berunsur evil dan kejam, selain menggunakan tenaga nuklear, penyebaran virus jugak satu 'alternatif' yang baguz.. Huh,baguz?? Yup, baguz kalau aku nak wat jahat,wakaka!
Baru-baru nih dunia gempar dengan ledakan virus Selesema Babi.. Sekarang Malaysia pon dah ada kes Selesema Babi nih. Bukan tu je, tiba-tiba je penyakit meningitis dan leptospirosis timbul masing-masing di Melaka dan Bukit Mertajam.. Jadinya post kali nih aku sentuh pasal Selesema Babi dulu. Insya Allah yang akan datang aku story sikit pasal leptospirosis dan meningitis since bende2 nih berkait rapat ngn kursus aku,hehehe. So, layan~
1. Apakah Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Dalam kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).
2. Berapakah subtypes atau jenis virus Selesema Babi?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Hal ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen dari pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).
Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit dalam kalangan manusia.
Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenalpasti sebagai virus H1N1.
3. Tanda dan gejala (sign and symptom)
Serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan terasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
4. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus ini boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160F atau 70C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging.
5. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini. Terdapat juga kes dimana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.
6. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi tidak diketahui.
7. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?
Kebanyakan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.
8. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak terutamanya yang masih kecil, berpotensi untuk menyebarkan penyakit ini untuk tempoh yang lebih panjang.
9. Apa yang boleh anda lakukan sebagai perlindungan daripada jangkitan?
- Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.
- Ambil langkah-langkah berikut:
~ Jika anda batuk atau bersin:
- Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu/sapu tangan
- Buang tisu yang telah digunakan dalam tong sampah
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
~ Jaga kebersihan diri.
~ Elakkan berhubung rapat dengan pesakit.
~ Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan mereka tidak dijangkiti.
~ Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
~ Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.
End.



