Bersama menanti..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 10, 2009 | , | 7 kiriman komen »



Akhirnya, setelah beberapa minggu menunggu..esok mungkin result akan kuar. Itu yg heboh diperkatakan..11 Mei result utk pelajar UiTM peringkat Diploma dan Ijazah akan diumumkan. Tapi tadi aku bukak portal UiTM pengumuman tu takde pon. Ditarik balik ke atau memang tak penah ader such announcement tu ek? Haha. Nampak sangat aku tak care pasal result aku,kui3~


Well, honestly aku tak neves sgt. Cuma harap pointer aku tak jauh beza dari sem lepas. Kalau boleh nak jadik top 3..haha! *selama nih top 2 tapi macam susah jek sem ni so turunkan target* Huhuhu kalau ditakdirkan tak dapat jadik top 3 biarlah jarak pointer aku ngn kanak2 yg paling highest tu tak jauh beza,kalau tak malu beb..


O dan lagi satu harapan aku.. Harapan yg aku panjangkan selepas gagal dipenuhi oleh result semester sebelum nih. Taknak ada C+ and below. Selama 3 sem ni mesti ader 1. Terus tarik pointer aku jadik rendah. So harap2 sem ni takde sekutu2 C dah. Serik. So, dua tu jelah target aku. Nak target 3.50 and above tak berani plak. Cam tak konfiden jek leh dapat. Memang rezeki r kalau dapat, lagi..erk? Nampak disitu~ Haha!

Disebabkan esok baru kuar result itu maka seperti sem yg lepas aku adakan satu game nih. Erk..aku tak pasti kategori game yg aku wat nih tp it's kind of bet or taruhan r..or deal ke..ntah I dunno either ape sebenarnye bndealah ni,aku juz..buat. Actually stat dr sem lepas. Utk mengurangkan kebosanan menunggu result tu maka timbullah idea bernas ni *puji diri sendiri*. Memule aku akan target bape pointer aku utk semester tu. Then tulis atas kertas. Next,aku suh 4 org adik aku teka bape pointer yg aku akan dapat. Pilih 2 ke..3 ke..dari list pointer yg aku dah tulis. Bukan tu jek,sape yg betul ada ganjaran. Aku tetapkan bajet dan suh dorg tulis ape je yg dorg nak dalam range budget tersebut.

So sem ni..aku letak range pointer yg bakal aku dapat dari 3.45 to 3.60 *haha,berangan dapat tinggi*. So aku arahkan, cehh arahkan..kire cmtulah..aku suruh dorang pilih 2 dari pointers list tu.

Berikut adalah pointer2 yg mereka predict aku akan dapat:


+ Adik aku yg 1st (SPM taun ni) : 3.49 and 3.52

+ Adik aku yg 2nd (Ting. 1) : 3.54 and 3.57
+ Adik aku yg 3rd (Next yr UPSR) : 3.48 and 3.50

+ Adik aku yg last (Darjah 1 *dier tak faham game nih tp aku suh pilih gak*) : 3.51 and 3.55


Reward : makanan hehe. Budget Rm10 je.. Takleh lebeh2 sem ni aku pokai,wakaka!


Jap, aku tulis balik pointer2 yg dorang pilih tu ikut turutan..3.48, 3.49, 3.50, 3.51, 3.52, 3.54, 3.55 and 3.57. Target aku sendiri..3.50. Sama ngn adik aku yg 3rd.
So tunggu jelah cmne..kalau sem lepas adik aku yg last teke betul so rezeki dier aku belanje McD. Bukan aku kebudak-budakan.. Aku juz nak kongsi kegembiraan tu dgn adik2 aku. N mcm yg aku cakap tadi, bila aku wat cmni beban aku cam kurang sket..sebab dorg pon t'tunggu2 gak sapelah yg betul..bapelah pointer yg aku dapat t,hehehehe. Lagipun tu je cara aku nak belanje dorg. Dorg mungkin tak tahu..tp yg kalah aku akan blnje gak,tp cikai2 r. Sian plak sorg jek dapat. Haha!

Tadi aku terpiker..nih judi ke? Kalau judi haram.. Tapi hati aku kuat kate nih bukan judi..it's juz a game. Macam lucky draw lar..bukan dorang byr pon time betting. So,abaikan. Bende ni halal insya Allah. Aku siap suh dorg jadikan game ni tradisi family lagi,hahaha! Merepek je aku,haha!

K~ tu jek citer berkaitan result. Sekian.

nafsu vs akal

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 10, 2009 | | 7 kiriman komen »



Bila nafsu mengepalai akal..

Aku tak dapat lelapkan mata fikir bende ni. Aku rase dalam banyak-banyak dilema,inilah yang paling mencabar.

Aku banyak berubah.

Berubah kepada sesuatu yg aku sendiri mulai keliru baik buruknya.

Perubahan ni aku tak tahu dari mana asal usulnya yg sebenar. Situasi mana yg aku perlu rujuk. Kadang-kadang aku menjuri situasi tertentu. Tak pernah tamat. Mahkamah ditangguhkan.

Nafsu. Jarang perkara yg baik dipujuk nafsu. Selalunya..jahat dan gelap.

Akal. Selalu amat akal tewas pada monopoli kuasa nafsu. Dalam konteks harian aku,aku boleh dikira gagal. Aku sendiri yg tentukan lulus dan gagal tu. Maka,aku gagal.

Haih..sejak akhir-akhir ni aku jadi munafik. Tak. Dari dulu. Munafik dalam bab tertentu. Menipu mata semua akan hakikat diri aku sebenar. Munafik satu perkara biasa bagi aku. Tapi bukan dalam Islam. Ia satu dosa. Maka,aku berdosa.

Aku sedar aku berdosa. Tapi aku sebenarnya belum betul-betul sedar. Haha. Tergelak dengan kebodohan sendiri.

Aku selalu fikir aku perlu bimbingan. Laa..aku dah pun dibimbing. Nak bimbingan mcmna lagi?!

Rahsia. Adakah aku perlu terus berahsia utk berubah? Atau buka saja pekung di dada? Huh,aku dah pun bermain dengan dua metod tu. Sama je.

Kadang-kadang aku anggap ini ujian. Dugaan. Tapi logik sama ada benar ini dugaan atau aku je yg tak pernah endah akan hal dosa dan pahala terus membelenggu. Merantai ketenteraman. Dosa pahala pun aku perkecilkan. Hati batukah aku?

Bukan aku tak nak ubah. Cuma aku selalu..tersungkur. Nafsu seperti sudah mempunyai jalinan mesra dengan setiap anggota tubuhku. Menawan anggota mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan perut aku dengan ganjaran kepuasan dan nilai yg tak tergambarkan. Sehingga fungsi akal tersisih.

Aku tak dapat fikir lagi.

Buntu. Bukan sekali tapi berkali-kali aku fikir. Sejak aku sedar aku hidap masalah ni.

Aku tak nak berharap. Semua harapan itu dah bertimbun aku longgokkan. Cuma belum jadi realiti.

*****

p/s: abaikan yg tersirat disebalik tersurat. sekadar berkongsi masalah peribadi.

Wonder Girls-Nobody

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, June 08, 2009 | , | 20 kiriman komen »



I want nobody, nobody but you~ (clap2)

I want nobody, nobody but you~ (clap2)

*****

Hehe.

Dengan gembiranya melayan lagu nih..yg dari version Korea sampailah version English..dari version Wonder Girls sampailah ntah version sesape ntah. Version akustik dari seorang lelaki yg aku tak kenal pon sedap gak. Pasni nak dengar lagi dan memorize,kui3~

Video clip : Cute dance. Synchronize. Senang nak follow the steps. I like that.

Kalaulah ada yg menyanyikan lagu nih khas kepada aku,wakaka! Menari sekali. Haha. Berangan pulak. Tapi the truth is itulah yg aku bayangkan. Terus teringat kepada mereka yg tertolak cintanya,oleh aku. Mereka menyanyi dan cuba memikat pada masa yg sama. Hah,satu statement! Abaikan.

Actually lagu nih dah lama ader dalam laptop aku. Cume tak pasan. *tukar tajuk..tak pasan ke? haha!* Dah2. Kepada gadis2 di luar sana sila menyanyikan lagu ini kepada crush anda yee,cadangan je ni. Menari sekali. Mungkin berkesan. O..tapi akan lebih mengharukan jika anda sudah di'reject'. Reject cam kasar plak. Hmm ditolak kott. Atau diminta tggu sampai tiba masanya. Erk. Len orang len kesnye. Abaikan.

*****

Wonder Girls- Nobody (English translation)

You know I still love you baby
And it will never change

[Chorus]
I want nobody, nobody but you
I want nobody, nobody but you
I don’t want anyone else
I can’t have anyone but you
I want nobody nobody, nobody nobody

Why are you trying to push me away? I hate it.
You ignore what I am saying
Why are you trying to send me to other guys?
Why are you doing this?

Saying that this is for my own good
Saying that you are just not enough
Stop it right now, you know me well enough
Why are you forcing what you know I don’t want?

[Chorus x2]

I’m satisfied, I’m happy
If I have you I don’t want for anything else
Who do you want me to meet and be happy with?
I can’t be happy away from your side

Saying that this is for my own good
Saying that you are just not enough
Why can’t you understand that it makes no sense?
How can I be happy without you?

[Chorus x2]

I don’t want nobody, body body
I don’t want nobody, body body
Really, if it is not you
I hate it!

[Chorus x2]

Back to the days
When we were so young
And wild and free
Everything was just like a dream
I want to go back to those times
Why do you keep on pushing me away?
Why do you push me away?
I don’t want nobody, nobody
Nobody nobody but you

*****

Kenduri kawen

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, June 07, 2009 | , , | 7 kiriman komen »


Semalam pergi satu lagi kenduri kawen kat kampung..sepupu ayah kawen. Memule aku malassssss nak gi huhuhu tapi disebabkan sumer pegi, so aku follow jek dgn hati yang tak bape nak rela,wakaka! Aik,gelak plak. Haha.

So baliklah kampung.. Kampung aku kat Melaka. Sungai Udang,Melaka. Poskod lupe haha! Nak lebih detail, kampungku itu letaknya di perkampungan yg diberi nama Paya Rumput.. Tapi Paya Rumput ada bykkk cume yg pasti di Sungai Udang itu ada satu jek kampung bernama Paya Rumput a.k.a PAYASUM and a.a.k.a PARUJAS.. *haha,a.a.k.a stands for 'and also known as'..skati aku jek reka* O..lupe. Kampung aku lagi satu kat Melaka gak. Kat Tanjung Kling. So,takyah kompius2,yg aku nak citer nih adalah kampung belah ayah aku, kat Sungai Udang tuhh.

Satu fakta menarik.. Kalau korang masuk jek lorong bertulis PAYASUM or PARUJAS tuh, sebenarnye korang telah masuk territory aku.. Eh,bukan..territory sanak-saudara aku,haha! Sume adek-beradik nenek aku,anak-anak moyang aku,adik beradik ayah aku,n kire sape2 yg ader pertalian darah ngn family aku or aku tak kire yg bau-bau ketiak or bau-bau bacang ada kat situ,hehehe. Kire cam menarik r. Haha. Tapi bukan sumer kat situ. Ader je yg kat tempat len. *sila jgn sempitkan fikiran anda dgn fakta ini* Same goes kat Tanjung Kling tuh..tapi tak sehebat kat PAYASUM tular..tentera2 serta jentera perang ayah aku g byk huhuhu. *dah macam kisah perang plak*

K..berbalik pada story sebenar aku nak citer..pasal majlis kawen nih. Aku juz nak state beberape poin aku tak suke pasal majlis kawen,dan aku akan refer pada majlis kawen yg aku baru pegi semalam.

Time aku g tuh hujan. Dan keadaan kampung pepaham jelah..taik lembu dimana-mana..eh,ke situ plak..bila hujan mesti r tanah berlecak. K tu satu poin. Lecak.

Poin dua. Sempit. Salunye memang kawasan rumah yg nampak lapang akan menjadi sempit bilamana ader empat lima bijik khemah terpacak kat tgh2 laman..meja panjang berdepa utk makan2..kerusi2 yg saiznye pelbagai (yg besar utk VIP,yg sangat besar utk pengantin dan yg kecik2 dan plastik surgery buatannya utk rakyat biasa yg sebok2 datang,wakaka) dan segala khazanah lain yg turut diletak2 kat sekitar tuh,huhu. Letak plak rapat2 sebab yelah..bape bijik khemah g nak tambah? Memang tak muat dahh.. Kalau muat pon,kene spent duit lagi nak byr sewa khemah. Kes jimat ler nii..(+_+)

Bising serta memekak. Tak kisah kalau nak pasang lagu ke,dj ke, tapi pasang lagu tuh jgn la cam org pekak plak. Elok2 tak pekak jadik pekak plak. Haih~ Dan dj semalam sgt merepek. Lagu2 pengantin baru 1,2 jek dier pasang. Sebok p pasang lagu2 slowrock kumpulan Wings la..Search la..ape la.. Bukan aku yg tak suke tapi tak seswai. Penyakit SS la tuhh. Actually dier kene piker gak kat situ ramai org tua..dekat ngn masjid..ramai budak2.. Yg karoeke lagi aku tak tahan. Jerit2 bajet suara sedap. Hadoii makcik2 kat situ asyik mengomel jek. Kutuk2 belakang,wakaka!

And byk lagi poin2 yg aku tak suke. Jadi aku nak qoute kate2 abg sedara aku, Abrar.."len kali kalau nak wat, wat kat dewan je" Hahaha.. Aku straight gelak. Kalau nenek sedara merangkap ibu kepada mempelai lelaki yg juga merupakan sepupu ayah aku tuh dgr mesti tangkap leleh punye r,hahaha! 'Tajam' giler sindiran itu. Ye..tak salah pon apa yg abg sedara aku cakap. Aku tgk semalam,walaupon majlis elok jek..tapi mata yg melihat ini terase kurang enal plak..keadaan berlecak tuh..org bersesak-sesak nak duduk dalam khemah sebab hujan..n macam2 lagilah huhu.

So,terus aku terpiker pasal majlis kawen aku t.. Haha. Calon lom ada dah melompat piker pasal majlis. Tapi seriously aku memang terpiker,tetibe jek. Aku terpiker tuh bila tgk pelamin pengantin kecik dan makanan untuk sesi makan beradab pengantin pon cam "alaahhh base je..beli kat kedai pastu isi dalam pinggan pon bolehh" Haha! Jahatnye aku..

Hmm kalau boleh aku nak wat kat umah aku sendiri.. Tapi kalau aku wat kat umah sendiri takut isu2 cmni ader lak,haha! Lagi plak umah aku nih crowded ngn furniture2 segala bagai. Dah tu kawasan perumahan aku nih cam jiran sebelah aku nih sudah monopoli jalan ngn kete2 anak2 dier. *aku tak suke jiran aku tuh,huhuhu* Lagi,lagi..umah aku dekat ngn selekoh so cam nanti nyusahkan kete nak lalu lalang dan kete2 mereka yg dtg utk parking kete (siap dah piker sumer tuhh)..

So, my plan..wat kat hotel jek,kah3! Kalau byk duit r~ Wat kat hotel g senang. Aku akan terhadkan bilangan orang yg datang. Makanan aku akan pilih yg best2 je. Tema..len kali piker. Pelamin kene luas *senang utk sesi bergambar,kui3* Ooo dan aku taknak bg bunga telur..dah bosan..gula2 murahan lagi bosan..kuih bahulu,sabun,potpouri,jelly,puding tuh sumer bosan..hahaha! Bg ape ek? Len kali gak piker.. Hehehe. Aku penah dapat coklat mahal time wedding org kaya mana ntah. Tapi dier kaya. Aku..kedana. Kui3~ Haa lagi satu advantage wat kat hotel ni ialah,umah aku selamat sejahtera..tak bersepah..tak kotor.. Disadvantage..money! Mane nak dtg duit tuhhh..ayah aku bukan bukak kilang cop duit,huhu. Alaa plan jek..lom tentu dapar direalisasikan.
Dah2..tetibe berangan plak. Lambat g.. 2015.. Kene carik calon before 2015 laa..adoii~ Susah2 suh ibu aku jek carik..dan..aku penah terpiker dua bende bodoh ni.. Terdesak..gi agensi carik jodoh. Kalau tak jumpe sgt..membujang sampai tua,berkhidmat utk keluarga jek. Wakaka!

Pepun selamat pengantin baru..Abg Pajeri ngn Kak Baiti..hehehe. Kak Baiti nampak cantik tapi dah makin berisi..ingat pesan nenek "kene pandai jaga badan" huhuhu. Erk,aku harap dorang tak jumpe blog aku nih.. ^^.

End.

p/s: Ader org kampung cakap aku cam Tomok.. Heh? Takde rupe langsung.. Rambut kott..

p/s lagi: Tahniah kat abg Abrar..dengar2 die dean list lagi..3.8+..kire ANC larr. .*xsure UUM cmne* huhuhu. Selamat menyambung Master~


p/s lagi: Nak balik kampung lagiii..tapi tak tahu bila :(



[Award pertama]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, June 05, 2009 | | 14 kiriman komen »


1) Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda

Seperti yang anda lihat..saya bertindak mengikut arahan..*cume lambat seminggu,huhu* n_n"

2) Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini

+ nama dier Nur Shazana..

+ lahir 9th September 1990..ye..1990 so sama umur ngn aku,wakaka!

+ asal Butterworth, Penang..

+ kenal melalui Friendster..sangat peramah..bercakap dengan dia seolah-olah dah lama kenal..*hmm kalau awak still ingat laa..time awak buzz saya kat YM mintak pendapat ttg frenship problem,hehehe*

+ blog dier menarik..dan juga salah seorang blogger yg gune almost 70% in English! Blog dier akan lebih menarik kalau ber'domain'kan Bloggers..(erk betulke istilah domain itu? haa lantak r~)

3) Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Award Seterusnya

OMG! O_0!! Aku benci soalan camni..tolong2!~

5 fakta pasal aku..

+ Muke ketat.. Haha aku tak tahu,tapi itulah hakikatnya. Wajah aku pada keadaan biasa memang nampak ketat dan bajet serius. But actually....NO! Sape yg dah lama kenal aku akan faham..hehehe. Well aku takpat ubah lah weiii~ Dari kicik sudah begini~

+ Sangat malas ketika cuti.. Ye aku sangat sangat pemalas time cuti..haha! Aku malas nak gerak kesana kesini dan akan arahkan adik aku yg paling kecik untuk tukar rancangan TV..tolong tutupkan suis..tolong kuatkan kipas..tolong amekkan air..tolong amekkan itu..ini dan macam-macam lagi. Kejam tak?? Hahaha!

+ Tak reti bersosial.. Hmm aku tak pandai bersosial. Kebanyakan kengkawan aku kalau ikut sejarah adalah mereka2 yang berani approach aku dan kawan kepada kawan-kawan aku. Kire kawan atau orang yang aku approach sendiri adalah boleh dikira dengan jari. Aku tak kenal jiran tetangga aku. Aku malas join majlis2 keraian or perkahwinan. Dan macam-macam lagi. Lawak? Memang lawak. Aku nak ubah tapi tak berubah-ubah. Memang tiap kali azam tahun baru mesti isu berbangkit antaranya prob ni lar..hahaha! Tapi..aku bukan sombong..orang selalu mistaken aku nih sombong. Well,aku faham nape..biarlah ape orang nak kate.

+ Layan korean, japanese and taiwanese drama/movie.. Memule aku benci giler..memang kutuk abis2. Sebab zaman sekolah mane layan cintan2,jiwang2 niii hehehe. Aku mula minat time kat U..part 1 ke part 2 ntah. Tetibe jek minat. Dan sampai r sekarang..aku akan rajin mencari dan meminta-minta *mcm mintak sedekah lak haha* dari kengkawan,tukar2 info kat group discussion,and tgk secara online..hahaha! Orang penah cakap..."Pelik r lelaki minat citer2 cmtuh..macam pondan je.." Heh?? Aku lantakkan jek.. Jiwa aku memang jiwa lembut *org tertentu jek faham*

+ Aku pelik.. Ye,aku pelik.. Aku penah digelar kanak-kanak pelik time skul menengah dulu from kengkawan bek aku. Pelik sebab ape? Pelik laaa.. Byk bende pelik aku nihhh huhuhu.

5 hobi aku..

+ Melancong or jalan-jalan..

+ Listening to musics..

+ Baca blog orang..

+ Buang masa..

+ Makan..

4) Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

1. Balqis- Aku suke baca blog dier..dier pandai menulis,seriously. Tak caya bacalah blog die. Aku ter'inspire' bila baca blog dier,haha!

2. Zinnera-My junior kat U. Dier byk tolong aku dalam hal2 blog nih..Tulisan kat blog dier halus2 jek dan aku boleh cakap blog dier pon best. Memang tak ubah cam diari.

3. Ijat a.k.a Nimo- Mane ntah makcik nih. Lame tak nampak..

4. Azman- Nih lagi sorang,menyepi jek..

5. Rayme- Team debate aku..

6. SitiNurHudaHusna- Blog dier santai gile and bahasa yang dia guna lucu.. Aku tak kenal dier tapi aku tak pernah miss baca blog dier.

7. Faten- Kenal kat group 89 in Friendster..

8. Miss Choc- Baru jadik follower dier baru2 nih..kenal kat Friendster gak.

9. Shazwan- Junior kat skul dulu. Baru jumpe blog nih. Keep it up kayh!

10. Huda..Iceq..Dee..MuhdZahari dan sape-sape yg nak..silakan...

Award nih sebagai penghargaan sebab sudi tgk2 blog aku yg tak seberapa nih..huhuhuhu dan salah satu cara untuk kenal korang lebih lagi.. Tenkiu ^^.

End.

Jangan!!!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 04, 2009 | | 7 kiriman komen »

Betulke apa yang aku baru dgr tadi??
*actually tgk tapi nih conversation dalam YM so nak mudah faham gune jek istilah dgr*

Why? Bende yang aku harap2 tak berlaku..berlaku..atau AKAN berlaku. Bila? Minggu depan penentunya.. Tapi kalau fikir-fikir balik memang berkemungkinan besar rumors itu sahih.. Huuuuu sedihhh.. Serius sedihhh.. Tapi takleh bazir air mata sekarang..bende belum official lagi..

Napelah pihak terbabit tak bagi peluang??

Dan kenapa dia??

Bukan nak backup tapi aku tahu banyak lagi calon lain..selain dia..yg patut..di(_______)..

Memori di Arau,Perlis..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 04, 2009 | , | 10 kiriman komen »

Peace upon you..

Macam yang aku janjikan, aku nak share gambar-gambar sepanjang aku kat UiTM Arau,Perlis. So 6 hari aku kat sana untuk Pertandingan Debat Terbuka Arau a.k.a Arau Open (AO). Best memang best. Kalau nak citer memang panjang lebar. So aku akan describe gambar2 yg aku upload nih je...

Bergambar dengan bas..kui3~ orang suh beli makanan ktorg sempat plak bergambar.. Aku tak reti poseeee~~ Wakaka!

Inilah team UiTM Sarawak..Sarawak A junior ktorg (umur sama je ngn aku,erk ader yg tua setahun dari aku..) dan Sarawak B kire senior r,haha..senior kat Sarawak jek,kat sini kire junior jee.. Alahh gelaran je senior-junior tuhh.. Nih bergambar masa nak tggu result group aku. Dorang dah dapat result dah time tuh. Haha..result takyah citer r sebab lawak sangat..maklumlah baru saringan 1.. Erk tapi result group aku tak lawak r..malas maw citer~ Masalah hakim baru..but neway keputusan hakim adalah absolute..(+_+)

English debator from Sarawak.. Mereka semua sangat baik,hehe..n Yaya..aku ingat dier non-muslim..nampak cam chinese,haha. Tahu tak..hari keempat baru aku tahu dier Islam,wakaka! Well English mereka sgt fluent..kadang2 segan nak cakap ngn dorg,kui3~

Aku suke gambar nih..sebab aku yg amek haha! Aku suke amek candid before amek yg betul2 nyerr,tu je..huhuhu. Muke masing-masing optimis jek..padahal baru lepas~~~ Lalala~

Ooo yg nih saje jek aku nak letak..aku tak kenal sangatlah mereka yg diatas tuh tapi yg pastinye mereka pendebat BM.. Hahh yang kat bawah nih aku sangat kenal..mereka pendebat dari UIA (Universiti Islam A'bgsa).. Ni lar oppenent ktorg time saringan 1.. Nasib menyebelahi mereka (+_+) Seb bek dorg masuk semi-final..berbaloi kalah ngn dorg,kui3~

Mereka sangat suka bergambar dalam bilik rocalled (eh betul ke ejaan nihh??) Hmm yg kat bwh tu Jack ngn Kak Poora n Ismat (team Shah Alam B). Mereka main mak-mak dan Jack adalah anak,haha!

Hmm nih hari ketiga bila peringkat saringan habis.. Kire grand dinner r untuk umumkan group yg dapat masuk quarter-final.. Tema formal tapi aku rase ramai giler tak ikut tema,kui3~ Makanan...hmmm okey~ Ader yg sedap ader yg kureng sedap. N servis..agak confusing..bukan kami yg confusing,tukang serve tuh yg confuse tak abih2.. Kepelikan aku~

Saje nak b'gambar satu team.. Team Borneo.. Gabungan Sabah-Sarawak.. Ktorg memang rapat.. Team UiTM kebanyakan rapat2..aku kagum..sebab ktorg bukan cam U len.. Ktorg datang dari pelbagai negeri tapi leh jadik akrab.. UiTM Sarawak..UiTM Sabah..UiTM Shah Alam..nih paling rapat antara satu sama lain. Mybe sebab yg Sabah Sarawak nih salu join latihan pusat kat UiTM S.Alam.

Yg kami dok pegang tuh adalah logo Arau Open kali nih.. Kalau tak silap aku tak pulak diterangkan ape maksud tersirat logo tuh tapi layankan jelahh~ Hahaha!

Lagi sekali..aku suke candid..haha! Dorang nih lama sgt bincang nak pose cmne..haha!

Ni kat Padang Besar..ala tempat yg jual barang murah2 tuhh..tak tahu betul ke murah sebab aku bukan kaki shopping..kui3~ Yg nih singgah makan jap kat ader 1 gerai tuhh,dekat ngn tugu Padang Besar.. Sebab apa aku nak gtaw? Sebab servis kedai nih sgt lama.. Haih kalaulah aku ader amek gambar kedai nih~~ Gile r..nak dekat sejam tunggu.. Org yg dtg lambat dan makan kat kedai sebelah siap leh pergi dan datang balik jenguk ktorg.. Hmm. Seb bek sedap..dan seb bek sempat shopping,wakaka!

Masih digerai..

Macam yg korg tgk...nih kat pintu masuk ke Gua Kelam.. Bukanlah betul2 kat pintu gua,kui3~ Byk gambar dalam gua..tapi muka masing2 creepy jek,haha! Masuk byr RM3.. Bukan jalan kaki memule tapi nek cam keretapi or crane kott..ntah ape panggilan mendealah tu. Dah sampai kat dalam barulah leh jenjalan..panjat2 dalam gua tuhh.. Gua ke-2 aku pernah masuk,huhu.

Nih bergambar dalam gelap lepas makan seafood kat Kuala Perlis.. Tak pasti ape nama kawasan dier tapi kalau korg datang memang tulah spot restoran seafood. Dekat ngn Jeti ... (xXo) Wargghh lupe ape nama Jeti jugak!! Huhuhu...

Hmm ni malam terakhir kat sini.. Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil dan Hadiah. Tgklah betapa bosannya muka Kak Poora ngn Aina.. Masing2 dah stat memain nak ilangkan bosan. Dan sudu dan garfu yg disusun-susun tuh bukti mereka dah takde keje. Snanye byk lagi..men ular plastik lar..men purak2 makan lar.. Tak duduk diam tuh toksah citer r,kui3~ Air ponn toksah citer gak..bape kali tambah,haha!

Semeja ngn dorang. Baselah kalau b'gambar kat meja makan memang orang suke pose suap-menyuap nih. Aku? Tak reti pose~~~ Wakaka!

Team Shah Alam A..

Team Sabah..diterajui Kak Mastura Arbin..ye yang kat sebelah tu.. Tahniah Kak Mas..ranking ke-2 Pendebat terbaik keseluruhan kategori BM..

Aku ngn Yaya..

Team UTP (Universit Teknologi Petronas)..Juara Pertandingan Debat Terbuka Arau 2009. Tak bape ingat nama dorang.. Dari kiri..Hanafi,pastuh tak kenal sebab dier simpanan mati,then Khazaidi (ranking ke-6 antara pendebat) dan Pendebat Terbaik Peringkat Akhir/Final, Munir (ranking ke-5 antara pendebat). Aku tgk dua match dorang..quite competetive dorg nih,tak mudah putus asa dan konsisten sebagai satu pasukan. Aikk,komen plak.. Haha. Bukan pe,sebab aku dengar dorg baru lagi dalam dunia debat nih dan aku rase hebat dan bakal jadi pesaing utama U2 len pasni. Uish..budak UTP pandai2..jgn men2.. Aku layak memohon je dulu tapi tak dapat masuk,kui3~
.....


N last but not least..aku takkan lupa mereka semua. Terutama team UiTM Sarawak dan team UiTM lain.. Malas nak emo2 tapi hakikatnya sampai situ jelah aku dapat bersama korang. Kalau tak disebabkan aku praktikal luar dan setahun lak tuh..dah tuh abis setahun tu lak aku still tak dapat join sebab aku bukannya direct masuk degree (kene tggu 6 bulan)..dan time dgree nanti bergantung plak ngn U yg aku masuk either dorang approve or not aktiviti2 debat nih..Wahh sadis2.. Good luck untuk semua! Hopefully dapat jumpe lagi!

End.