Dah, taknak cakap banyak, aku sure tak lama lagi keluarlah kat 8tv. Macam Boys Over Flower yang baru je ditayangkan dekat tv minggu ni 8.30-9.30 malam padahal aku dah tengok lama dah, hehe. Oh, pelakon utama drama ni berumur 30-40 tahun mcm tu so sila jangan menilai dari rupa je okey untuk nilai menarik ke tak drama ni^^
The Queen Returs
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 17, 2009 | drama/movie | 11 kiriman komen »Dah, taknak cakap banyak, aku sure tak lama lagi keluarlah kat 8tv. Macam Boys Over Flower yang baru je ditayangkan dekat tv minggu ni 8.30-9.30 malam padahal aku dah tengok lama dah, hehe. Oh, pelakon utama drama ni berumur 30-40 tahun mcm tu so sila jangan menilai dari rupa je okey untuk nilai menarik ke tak drama ni^^
tv ni nak mampus agaknya..
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, December 15, 2009 | praktikal, terukss.. | 12 kiriman komen »Aku tak faham betul dengan tv murahan kat rumah nih! Sikit-sikit terpadam, sikit-sikit terpadam. Nak bukak lak,setakat tekan suis taknak dia terbukak, nak kene tekan itu, tekan ini, then ketuk-ketuk atas, ketuk-ketuk tepi baru dapat. Kau tak rasa diri kau bodoh ke nak kene buat macam tu almost every hour? Kalau nasib baik,dapatlah bertahan lebih daripada 12 jam. Tengah sedap-sedap tengok tv tetibe je terpadam. Heyyyy buat aku nak mencarut je. Kadang-kadang tengah tengok tv tu, gambar dia macam dah nak start hilang, tahu tak apa teknik bodoh yang aku discover untuk selamatkan siaran tu daripada tergendala? Kene hentak lantai papan ni kuat-kuat. Hentak sampai gambar yang dah start blrzzz..blrzzz nak hilang tu okey balik. Kalau lambat, tv tu terpadam dan kau kene berusaha guna teknik bodoh yang aku sebut awal-awal tadi. Hadoooooooooooooooooooilah,pening kepala aku duduk rumah ni lama-lama lah, lepas satu-satu hal. Tak tahu apa masalah tv ni. Housemate kata power supply tak cukup. Aku lak rasa tv tu dah boleh campak je dalam sungai belakang rumah, like shit! Malu weyh terketuk-ketuk, bukan perlahan, kuat! Mahu jiran bising kalau malam-malam bunyi cam bertukang nih. Bukan aku taknak ketuk perlahan ye, tv nih memang tak jalan kalau ketuk pelan-pelan. Everytime aku ketuk-ketuk tv tu and tv tu taknak gak terbukak, aku rasa cam nak baling je kat luar tv nih, macam sekarang. Grr.
Result semester 5 baru je keluar 10hb lepas. Alhamdulillah okey. Entah kenapa aku tak lah happy sangat dengan result tu walaupun aku percaya kalau coursemate lain dapat result macam tu dia akan melompat-lompat sebab tahu betapa susahnya nak dapat result macam tu. Kott. Tapi tak tipu,bukan senang dapat A untuk report writing taw huhu. Tahniah untuk 6 orang coursemate, 3 orang junior dan seorang super junior aku yang dapat anugerah dekan. Takziah untuk mereka yang failed and kicked. Salah sendiri,tanggung sendiri *ditujukan kepada semua super junior*. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan,tahniah sebab adik berjaya teka pointer aku kali ni. Dah dua kali dah dia teka betul,creepy betul,haha!
Aku tak fahamlah bila tengok result super junior aku. Susah sangat ke part 1? Okeylah,aku akui memang ada subject susah macam Microb,Chem and Math (sekarang dengar-dengar dah tukar jadi Calculus) tapi untuk subjek-subjek lain selain tiga subjek tu takkan takleh bawak kott? CTU, Bel part 1, and ape lagi ntah aku pon tak ingat..taklah susah sangat sampaikan nak berepeat-repeat 2,3 paper sorang. Haiyo..kasihanlah dengan lecturer korang weyh,ingat korang je susah ke,dorang pon susah jugak nak kene menjawab dengan pihak atasan kenapa untuk subjek dorang ada student yang gagal. Kalau susah sangat kenapa yang dean's list tu boleh dapat pointer tinggi gila,jauh tinggalkan yang lain. Pastuh,punyelah ramai 2 pointer..masya Allah,baru sem satu dik oii,awak ingat makin naik sem makin mudah ke perjalanan awak?? Dengar-dengar attitude mereka ni tak elok,tak hairanlah dapat result macam tu. Lecturer boleh bila-bila masa je effect markah student kalau dia tak suka korang,tahu tak fakta tu? Haih..sedih. Sedih bila dengar ada yang kene kicked sebab masalah disiplin. Masalah disiplin yang dahsyat! Pecah rekod.
Untuk batch aku pulak,pecah rekod jugak. Pecah rekod bila sorang daripada ktorg dikicked. Haih,sapelah tak sedih bila dengar benda macam ni. Tinggal satu sem je lagi tapi kene tendang sebab gagal berkali-kali untuk paper Fizik. Bukan nak bukak pekung dia. Dia kawan aku. Atas rasa kasihanlah aku cakap benda macam ni. Supaya jadi pengajaran untuk kita semua,jadi pengajaran untuk junior-junior aku. Aku tahu ada coursemate dan junior aku yang jadi silent reader, jadi anggaplah ni teguran membina daripada aku. Kalau dia betul-betul usaha and then gagal,aku boleh terima..okeylah mungkin bukan rezeki dia. Tapi,dia gagal sebab dia tak usaha pon. Assingment yang berjumlah 40% tu langsung tak hantar thus dia dapat 0 untuk carrymark. Padahal lecturer sudi nak tolong,tapi student ni taknak. Hebat sangat ke kau nak dapat 100% masa final exam sampaikan taknak hantar assignment? Tahu tak pandai fizik,tapi taknak datang kelas..alasan,praktkal. Tapi,log book bukan ada markah, kenapa nak kejar benda yang tak bermarkah dengan benda yang akan tentukan hidup mati kau? Sekarang tengok, siapa susah? Diri sendiri bukan? Kepada insan tersebut, aku mintak maaf post benda ni. Aku cuma, taknak perkara ni berulang. Biar adik-adik kita belajar daripada sejarah.
Kes lain, aku tengok,ada coursemate aku suka maki hamun lecturer. Bila dapat result teruk,dia maki lecturer. Bila lecturer tegur,dia maki jugak. Kita ni student,kita kene dengarlah teguran tu. Benda tu untuk kebaikan kita jugak. Kalau kita tak suka kene tegur, buatlah benda-benda yang sejukkan hati dia. Ini tak,apa yang dia ajar kau tak practice, mana tak dia ngamok. Kita ada hak untuk marah,tapi takde hak untuk maki lecturer. Okeylah aku boleh terima kalau kau TERmaki sebab dah marah sangat dah ni,yelah dah lama pendam..macam kes aku suatu masa dulu di bulletin Friendster,tapi kalau selalu..hmmm aku takleh terima. Sebab kebanyakannya aku tengok salah coursemate aku sendiri. Macam kes aku dulu,memang completely bukan salah aku,completely,berani potong jari.
Ntahlah,ini cuma sekelumit daripada realiti yang aku tiba-tiba nak kongsi. Sebab semuanya berlaku akhir-akhir ni. Insya Allah akan datang ada lagi nasihat-nasihat begini.
nota : sori kalau ada yang terasa.
Paksa otak kerja.
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, December 08, 2009 | praktikal | 14 kiriman komen »Tarikh untuk submit the proposal dicepatkan kepada 10hb ni. Padan muka aku. Kene korban masa tidurlah ni.
Panik untuk esok. Langsung tak mula apa-apa.
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, December 06, 2009 | praktikal | 6 kiriman komen »\(>o<)/ Warghhhhhhhhh..!! Panik! Panik!
Tak tahulah apa alasan paling best aku nak bagi esok,huhu.
Encik M,"Macam mana dengan proposal awak, boleh saya tengok?"
A. "Err, mintak maaf encik..masa cuti saya tak dapat nak fikirlah hal-hal pelajaran ni. Lagipun saya tak boleh nak start apa-apa sebab encik belum bawak saya pergi Infection Unit Control."
B. "Saya belum start apa-apa lagi encik. Tapi saya ada buat sikit-sikit research untuk dapatkan gambaran study (kajian) saya. Bila encik nak bawak saya pergi Infection Control Unit? Hari ni boleh? "
C. "Saya belum start apa-apa lagi encik. Macam ni..saya ada bincang dengan sorang senior and seorang lecturer saya. Senior saya cakap case study saya ni sama macam apa yang dia nak buat dulu. Tapi lecturer suruh tukar, atas alasan apa pun saya tak pasti. Lepas tu pulak, sorang lecturer saya kata case study ni macam takde kaitan dengan syllabus kos saya. Entahlah, saya bingung sekarang ni."
Encik M, "Oh. Awak dah buat problem statement? Boleh saya tengok?"
A. "Saya tak reti nak buat lompat-lompat ni. Saya jenis yang kalau nak buat, saya kene tahu dulu betul ke tidak ada kes untuk study saya ni and serious ke tak kes NSI dekat hospital ni. Maksudnya encik kene bawak saya pergi Infection Control Unit dulu. Sebab chapter 1 untuk introduction, problem statement, objective semua tu bergantung dengan interview and observation saya dekat Infection Control Unit tu nanti"
B."Belum lagi. Encik nak tengok ke? Saya ingatkan lepas pergi Infection Control Unit baru saya buat,macam yang saya bagitahu sebelum cuti hari tu"
C."Problem statement tu yang 5W1H tu kan?
Jawapan A tu macam kurang ajar lah pulak. Walaupun sebenarnya ia benar. Kasarlah jawapan macam tu, kalau baca nada kasarlah hehe. Yelah, time cuti hari tu memang aku set otak aku nak rehat puas-puas, taknak fikir hal-hal berkaitan pelajaran ni, dan lupakan kebosanan aku kat Sarawak *masa tu*. Tambah pulak, aku memang tunggu nak pergi Infection Control Unit dulu, supaya aku tahu study (kajian) aku ni boleh kembang sampai mana. Dan aku sangat tak suka buat lompat-lompat. Aku suka kerja aku dibuat accordingly. Tak boleh lompat sana, lompat sini ; chapter 1 belum buat dah nak buat chapter 2. Dependlah, tapi untuk kerja-kerja menulis ni aku macam tu. Macam buat karangan jugak, takkan tiba-tiba nak start perenggan dua sedangkan perenggan satu takde. Lagi teruk bila perenggan satu tu tak tahu nak tulis pasal apa, tapi perenggan dua ada pulak isinya. Hah,last-last pening kepala terus sadaqallahul'azim.
Aku macam nak pilih jawapan B, untuk dua-dua situasi. Eh,aku memang susun cantik-cantik dah A,B,C ni sebenarnya hehe. Jawapan B ni aku gelarkan jawapan blur-blur. Atau jawapan manja-manja. Ha mane-manelah. Kira kalau encik M dengar takdelah dia panas. Makin sejuk adalah, kott. Lagipun, aku memang blur sebenarnya. Aku tak pasti, ada ke encik M kata nak tengok Isnin esok sebab sebelum aku cuti hari tu aku ada cakap yang aku akan start lepas visit Infection Control Unit. Dan aku ada buat research sikit-sikit, yelah bolehlah time borak-borak nak
Jawapan C ni memang jawapan nak selamatkan diri. Jawapan tukar topik namanya. Tengok jelah macam mana aku tukar topik. Bukak cerita lain pulak padahal hal tu untuk dibincangkan,bukannya dijadikan alasan aku tak mula buat proposal lagi. Dan memanglah okey buat-buat blur tanya problem statement tu mana satu,tapi takyah lah kot. Nak buat-buat blur, guna jawapan B jelah,ok sikit.
Okeylah,guna jawapan B. Mesti hafal nih! Just in case, encik M nak tengok. Aku rasa dia takde cakap nak tengok, tapi mesti dia akan tanya cmne progress aku kan? Tapi aku ada cakap aku tak boleh start selagi tak pergi.. Eh,dah,dah.. Pening kepala aku fikir pasal benda ni start dari siaran Melodi habis tadi.
Alamak,baju belum gosok! Haih,esok pagi jelah~ Malas .___________________.
Jadi jawapan yang aku dapat fikirkan adalah :
Disember bulan untuk aku berehat. Rehatkan otak dari memikirkan perkara-perkara atau hal-hal berkaitan pelajaran terutamanya. Tapi apa yang berlaku? Aku dapat tugasan untuk siapkan proposal sebelum 15 Dec. Well, bukanlah masalah besar pon tapi entah kenapa, aku refuse nak buat,percaya ataupun tak,aku belum mula mengarang pon. Baru plan itu ini je. Nak dekat due date dah ni,hmmm (+_+)..
Disember bulan untuk aku bersama keluarga. Hidup merantau sejak sekolah menengah dahulu menjadikan bulan Disember ini adalah satu-satunya bulan rahmat aku meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Tapi apa yang berlaku? Semester ni aku takde cuti semester dan nak mintak cuti beberapa hari yang lepas dari preceptor poooooooooooonnn susah. Aku cuma nak habiskan cuti 14 hari yang UiTM bagi tu je. Okeylah,dapatlah luangkan masa sekejap dengan famili. Dapat cuti 6 hari.
glitter-graphics.com
OST Cinta Balqis - Istana Cinta by Eira Syazira
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 03, 2009 | lirikss.. | 16 kiriman komen »
Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku
Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui
Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu
Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti
Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu
nota ringkas : aku suka lagu ni,sayu je. hopefully dapat download full song dalam masa terdekat ni.


