Ignoring them..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 17, 2010 | | 0 kiriman komen »


Cepat betul berita tersebar.

Tengoklah, orang utan ni pun terkejut beruk bila aku cerita pasal ni. Nasib baik tak heart attack.

Even kucing-entah-siapa-tuannya yang selalu buat cubaan masuk dalam rumah aku ni pun terkezut. Time aku cakap kau berak tak cuci kau tak terkejut pulak ea!

Okey yang ni over. But nice expression haha.

Anyway,tak sabar tunggu 22hb. Ubat aku sampai.




kerna 'terpaksa' aku rela (tag from Rayme Lala)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, June 13, 2010 | | 6 kiriman komen »

1) Adakah anda rasa anda hot ?

Saya langsung tidak hot. Kalau boleh nak sarung muka dengan plastik beg dekat setiap kali keluar dari rumah. Bagaimanapun, Malaysia is very very HOT!

2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?


3) Cerita pasal gambar ini.

Ia adalah gambar saya dan famili nukleus. Ia diambil di dalam bilik hotel semasa family datang ke Sarawak untuk makan angin dan melawat saya yang sedang berpraktikal. Ia juga boleh dianggap sebagai siri jelajah Malaysia kerana baru-baru ini telah mencatat rekod menjejakkan kaki ke seluruh negeri-negeri dalam Malaysia. (okey,tahu yang tu tak perlu :P)

4) Kali terakhir makan pizza.

Err kalau pizza hut, i mean pizza gedabak besar serta makanan-makanan sampingan yang selalu makan bersama pizza adalah masa keluar dengan Marcos dan Lia. Ingat lagi dah pukul 8 malam sanggup dari Serian turun ke Kuching pergi makan pizza. Sweet memory with both couple :) Kalau pizza murahan, yang jual saiz kecik, paket dalam plastik, selalu jual dekat kantin sekolah, baru je makan beberapa minggu lepas.

5) Lagu terakhir yang anda dengar.

Ending buletin utama. Haha. Shinee-Ring Ding Dong and SuJu-Bonamana.

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Ulang-alik ke TV tengok Mentor.

7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?

Hmm..along (kalau kat rumah & antara saudara mara), boy (aku taknak tulis tapi nama ni yang terlintas haha), RS (singkatan), Taqwa (sorang dua pggl nama ni), harisu-sama, harisu, pakcik and ntah..

8) Tag orang , siapa yang nak kena tag?

Saya nak tagged orang-orang baru pulak:

1. Hairi

2. Azman

3. Hanyss Jong

4. Miss Choc

5. Siti Nur Huda Husna

9) Siapa orang number 1 pada anda ?

Ajnabi~ Haha. No lah,best friend. Wpun tak berapa rapat (yeke? aku pun tak ingat) dan jarang contact, tapi aku appreciate sangat kau sudi kawan dengan aku masa dekat sekolah dulu,wahh!

10) Katakan sesuatu pada orang number 5.

Err,saya suka bahasa blog anda. Rasanya anda tak kenal saya tapi saya follow blog anda.

11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?

Dengan mas. Hubungan persahabatan lah..

12) Bagaimana pula dengan number 2 ?

Azman, kau ada hubungan dengan sape hah? Kau curang eh! Haha.

13) Kata - kata cinta pada orang number 4.

Err...I lap U. (kidding!) Thanx for the award! (Sempat~) Hehe.

14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag.

1. Hairi: Tinggi,diam-diam ubi berisi (dalam maksud ni :P) & pandai buat kerawang!

2. Azman: Melaka sangat, berjaya menemukan aku dengan somebody and so ver-react about visiting Korea,with me! Haha. Ye-yo-oo je~

3: Hanyss: Hmm beliau kawan Mas, nama samaran Puteri Lindungan Bulan dan baru-baru ini jadi follower blog ni,tQ ya!

4: Miss Choc: Kenal dari Group 89 Friendster, from Serian dan kawan Bob (tu je yang terfikir skrg)

5: Siti Nur Huda Husna: Jumpa blog ni masa blog-walking dan bahasa yg digunakan kelakar.


and last but not least thanX Rayme sebab sudi tag blog ni :) Not to mention, 'paksa' aku suruh buat haha! Hope that U satisfied.

Saraf terbelit

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, June 13, 2010 | | 2 kiriman komen »

Sila abaikan entri sebelum ni. Nak buang sayang pulak sebab ia adalah kenangan manis hahaha! *tounge* Anyway thanx a lot to my ex-roommate Danial dan Padin (I just read your comment,thnx :) ) yang memberitahu result penyerapan ke program ijazah belum keluar lagi,RUPANYA! Kalaulah aku bertanya sebelum post....... Haha! Anggap jelah that previous entry dari seorang student yang semangat nak sambung degree. Well, kalau pandang dari sudut yang positif, perkara ni adalah insiden yang memalukan paling latest yang boleh dikongsi kalau ada yang tanya "Hey,apa peristiwa/insiden yang paling memalukan dalam hidup anda baru-baru ni?" Masa tu aku akan jawab "Saya dengan penuh keterujaan dan excited-nya telah menge-post entri tentang status permohonan masuk ke degree yang sebenarnya belum pun keluar. Tak cukup dengan itu, saya juga publish ke Facebook yang mana semua orang boleh baca dan gelakkan simple and silly mistake yang saya telah buat." Sejurus selepas itu aku pun tutup maka (darah dah mula naik,malu), geleng kiri kanan, bertempik, buka balik, dan gelak.

Nasib baik aku masih rasional. Sorry ya atas kekecohan yang berlaku. Entah kenapa aku macam tu (merujuk kepada entri semalam yang terburu-buru). Probably because aku ada banyak benda nak kena hadap. Benda-benda yang aku dah plan untuk future aku sendiri, specifically for 2010-2014. Siapa pun akan melatah bila ada perkara-perkara yang halang plan jangka masa panjang mereka. Aku guna 'melatah' sebab maksud latah itu adalah mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat (Sumber: Kamus Dewan Edisi Ketiga), jadi lebih kurang macam tulah kes aku. Terperanjat, tapi ia temporary saja, lepas tu cool balik.

Cover malu sebenarnya ni :P


A dream that wont come true

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, June 12, 2010 | | 3 kiriman komen »


Okeylah,sedih sikit. Sikit je. Well, aku memang maklum bahawasanya kos yang aku mintak hanya dibuka untuk intake Disember sahaja. Jangan tanya aku kenapa sebab aku pon tak tahu. Memang Faculty Health Science macam ni kott-untuk Diploma's programs intake July and untuk Bachelor's programs intake Disember sahaja. Setahun sekali sahaja!

Tapi kenapalah aku menaruh harapan..agar ada perubahan untuk sistem ni. Selfish kah aku untuk cepat-cepat tamatkan Bachelor sebab perjalanan aku masih jauh dan untuk menggenggam ijazah bersama kawan-kawan lain dari fakulti-fakulti lain? Hish, ni gara-gara info dari bahagian pengambilan pelajar UiTM lah ni, ada perubahan katanya. Confident jee. No wonder aku tak dapat any SMS or offer letter or any kind of notification pasal offer study,haih.. Cabut spek baru taw,huh! (aku imagine orang tu bercermin mata,suka hati je *tounge*)

So now, dah terjawab teka-teki. Well,aku sedih sikit je. (Masih tergamam)
Ahh semua ini buang masa tahu enggak.. Ayyoma,appaaa illekkk. Haha.

Tunggu surat dari PLKN.

Kalau takde,apelagi,apply for part-time job lah. Tapi better bersusah-susah dahulu (means PLKN lah tu,duhh!)


nota lutsinar (sila pura-pura tak baca): I hate the fact that budak lompat dapat PLKN. why? why?!!


maybe once in a lifetime

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, June 12, 2010 | | 3 kiriman komen »

Peace upon you.

Alhamdulillah, I got major points untuk final semester. Ending yang cemerlang sebagai penutup diploma. Well, honestly aku tak expect langsung dapat such result. Betul! Even dalam azam tahun 2010, specifically untuk bahagian education dengan bracket semester 6, aku tulis 'mesti dapatkan 1A dan 1A-' sebab aku tak rasa aku boleh dapat dua-dua subjek A.

Aku ingat lagi macam mana aku performed dan macam mana aku nilai sendiri performance aku untuk paper semester lepas. Dengan final project aku yang last minute (but aku tak buat main-main sungguhpun ianya last minute. nota kecil: ianya jadi last minute oleh sebab-sebab yang tidak munasabah yet tak dapat dielakkan *tongue*) dan exam bertulis yang aku ambil mudah, aku cuma berharap, GPA tak jatuh jauh. Aku letak range untuk jatuh tu 0.10-0.22. Masa tu aku rasa mungkin, aku cuma dapat 1A- dan 1B+.

Dah,dah,enough dengan amukan perasaan lalu! (tiba-tiba) Haha.

Anyway,I'm soooooooooo happy. Apa yang paling menggembirakan sebab buat pertama kalinya juga, aku dapat A+! Wah, 90 marks and above tuuu. Yang satu ni memang dah lama dah aku angankan. Tapi tak pernah expect dapat gred ni untuk kod ENV (kod ENV adalah kod subjek kos aku) sebaliknya selama ni cuma harap subjek seperti CTU (subjek agama/pendidikan islam) ataupun KO masa sem 1-3 je untuk dapat A+ (Kantoi..rupanya selama ni aku jelous dengan coursemate and kawan-kawan yang dapat A+ CTU)*tongue*

Makanya, aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada lectures, coursemate, ex-roommate, housemate, seniors, rakan-rakan cyber terutama dari Facebook, YM and blogger dan family yang bersikap supportive bila aku merintih itu-ini sepanjang menyiapkan final project aku. Sesungguhnya amatlah susah untuk menyiapkan sebuah kertas kerja, pada pendapat aku lah. Frankly, jika aku disuruh nilai sendiri dan beri gred sendiri, aku cuma bagi..err..ntahlah! Huhuhu.

Ni semua rezeki ya kawan-kawan and probably, ini kali pertama dan terakhir mendapat peluang sebegini.

Oh, tahniah kepada Nur Hasziana Hassim sebab dapat ANC. Tak sangka rupa-rupanya ada pindaan, specially untuk kos kami ^^ Nana, jeleslah aku dengan kau! But I'm happy for you. Nanti amek gambar sama-sama masa konvo hokeyh! (macamlah nana baca, sot betul aku ni) Warghh nak pakai selempangggg.. Kui3.

Dan tahniah kepada Nimo-chan sebab dapat DL jugak. Dan dapat up-kan CGPA. Daaaaaan bakal menerima 2 hadiah. (Okey, aku kalah deal dengan dia. Cis3!!)

Dan tahniah kepada semua 19 coursemate yang berjaya menamatkan diploma dan yang mendapat DL juga.

Bye for now~

Nota berbaur pilu: Learn from mistake (actually for many times) yang semester pertama adalah sangat penting untuk score. Oh, aku tak dapat pakai selempang,sadisnyaa..

Nota nakal: Takde sape teka pointer aku dengan tepat (ini permainan wajib antara siblings) Selamat duit :P


Softness that ends in bitterness.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 09, 2010 | | 1 kiriman komen »


Entri khas dari Kota Kinabalu, Sabah. Dan, baru je lepas gunting rambut. Untuk kenang-kenangan =)

Nota kecil: Tiba-tiba jadi sentimental. I'm touched! *Sobbing*


Itulah padahnya kalau letak otak kat celah bontot~

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, June 01, 2010 | | 2 kiriman komen »

Salam.

Sorrylah untuk tajuk entri yang berbaur busuk tu tapi atas pertimbangan otak aku yang berada pada kedudukan yang sepatutnya lah aku cakap macam tu. Ludah makanan untuk eratkan hubungan? Perempuan gila! Aku rasa tu semua alasan. Mungkin kes aniaya. Watch out readers, kalau ada tanda-tanda pembantu rumah korang memberontak atau buat muka bila suruh kerja tu, haa ada sesuatulah tu. Hish, hancur melecuss harapan aku nak pujuk ayah pasang orang gaji.

Tiba-tiba teringat kisah dekat sekolah dulu. Kononnya ada pekerja dewan makan asrama aku kacau lauk guna selipar jepun yang dia hari-hari dok kehulu-kehilir pakai. I used 'kononnya' tu sebab sampai sekarang tak tahu betul ke tak rumors tu. Lupa.

Dan tiba-tiba aku terbayang makanan atau minuman yang aku beli dekat gerai-gerai tepi jalan. Maklumlah definisi bersih ni tak sama bagi semua orang. Pernah sekali aku beli air dari pasangan suami-isteri ni, nampaknya macam orang susah. Mulanya aku taknak beli tapi dah orang hulur duit (belanja) aku beli jelah. Kuku diorang hitam! Bukan hitam sebab manicure ya anak-anak yang dirahmati sekalian tapi hitam bertaik kuku! Waaaa..and I don't get it why I'm so stupid to drink air kelapa campur tebu yang sebenarnya tak sedap pon. Ini semua gara-gara orang belanja. Nak jaga hati punya pasal.

Adakah...otak aku jugak di celah bontot masa itu?


Aduh, nak termuntah (mata dah berair). Bye.