Healing incantation (Rapunzel The Tangled Tale)
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 02, 2010 | lirikss.. | 3 kiriman komen »ku menunggu
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, November 29, 2010 | lirikss.. | 1 kiriman komen »Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu
Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali
Ku tunggu angin perubahan
Barat utara timur selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semua hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini engkau di sana
Sayup jauh terpisah
Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Ku menunggu
Air mata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi
di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada Tuhan
Masih lagi seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali
Excitednya saya pada mereka.
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, November 12, 2010 | excited | 3 kiriman komen »Semalam kan result UPSR keluar. Then dapat mesej dari ibu, result Syiqah, my sis sekian sekian. Aku ucap tahniah dan tanya subjek apa yang sekian tu. Ibu pun bagitahu subjek yang sekian tu subjek sekian. Tanya lagi dekat ibu, apa reaksi dia? Ibu cakap dia nangis sekejap then sekejap je lepas tu dia dah okey. Yang buat aku sebak, ibu cerita malam sebelum result keluar, Rabu, dia mimpi dia dapat result sekian tapi dia orang paling last naik atas pentas which is weird sebab biasa kalau umum naik pentas akan ikut urutan nama kan? (sekolah aku dulu macam tu). Her initial name start with A so..sebagai seorang abang yang sentimental aku sebak kejap.
Aku tahu dia berharap dapat pecahkan rekod keluarga tapi nak buat macam mana. Sampai termimpi-mimpi, kesian. Dalam hati sejurus aku dengar cerita sebak tu, "Cis kurang ajar punya mimpi kau buat adik aku mcm tu!" Silap dia jugak pergi cerita mimpi tu. Orang 'bijak pandai' selalu cakap kalau kita mimpi jangan cerita kat orang, nanti tak jadi kenyataan. Ha kan dah tak jadi kenyataan. Aku pegang prinsip tu. Saje suka-suka nak percaya benda karut cmtu. Sambung cerita, luckily, now dia ada trip ke Melaka. Amek je result semalam dia pergi trip ke Melaka, sekolah dia buat. Baguslah, secara tak langsung dia dapat lupakan sekejap hal result dia tu.
So malam tadi google, nak tahu jugak ulasan tentang UPSR tahun ni. 48,327 dapat 5A daripada 482,334 calon. Oh,yeke? Muka masa tu takde perasaan. Biasa je. Honestly UPSR ni aku tak heran sangatlah. Kalau SPM baru aku lahir rasa takjub, hairan, and whatever, sebab SPM penetu hala tuju hidup seseorang tu. Bagi aku SPM adalah kritikal.
Scroll scroll. Tup tup keluar gambar kembar Ahmad & Muhammad. Hah! Menggelabah aku. Terus cari berita pasal dorang. Berita pasal anak si Hattan dengan Nurul tu langsung aku tak heran.

Siap save gambar lagi. Kredit to Utusan Malaysia.
Actually adik beradik kembar ni sekolah depan rumah aku je. Sama sekolah dengan adik-adik aku. Tapi masalahnya aku tak pernah berpeluang nak jumpa. Ish selebriti kott dua orang ni, haruslah excited nak jumpa, kalau boleh nak ada sekeping gambar dengan autograph sekali haha. Ingat lagi dulu, zaman baru tahu dua orang ni sama sekolah dengan adik aku, macam-macam aku tanya adik-adik aku. Dorang macam mana dekat sekolah? Nakal tak? Pandai tak? Baik tak? Sape hantar pergi sekolah? Kelas apa? Macam mana dorang nak naik tingkat 2? Bawak bekal dari rumah ke makan makanan kantin? *apakah?* Haha.
Kiranya, excited lah. Teringin nak jumpa depan-depan. Takdelah aku nak peluk cium ke apa tapi kalau dapat jumpa depan-depan dalam distance 30 meter cmtu pon dah cukup dah bagi aku. Ntah kenapa ntah. So in case adik Ahmad (tahniah ya 4A 1B!) and adik Muhammad (jangan sedih2 k, blaja sama-sama dengan adik lepas ni) terbaca post ni, wahh bajet blog ni popular macam blog Hatim, ada umur kita jumpa kita tukar-tukar autograph *tounge*. Ceh tu je? Ingat nak belanja KFC ke apa kan? Sorry dik, abang sem ni pun FAMA yang tanggung. Duit tabung abang dah habis dah setabung.
Hari ni result PSRA pulak keluar. Ayokk..
Till then.
Nota: Nak mintak tolong budak-budak SPM ramai-ramai tolong jawab exam Bank Rakyat. Esp yang trial SPM 7,8,9,10,11,12 A. Terdesak! lol
kecewa
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, November 10, 2010 | terukss.. | 6 kiriman komen »Secara rasminya semester pertama aku sebagai pelajar degree tamat hari ni. Namun ending yang amat, amat, amat mengecewakan.
Starting exam mengecewakan.
Ending exam pun mengecewakan.
*Sigh*
Tak tahulah result semester ni macam mana.
Takut terbinanya sejarah. DUA sejarah. Tak nak sebut. Yang penting dua-dua tu negatif.
Top THREE exam paling teruk:
1. Biochemistry for Env Health
2. Wastewater Management in Env Health
3. Management & Safety of Toxic Substance and Food Safety (share tempat)
Aku pernah rasa benda-benda macam ni (otak blank dari mula sampai habis exam / hentam,goreng,taram / tak dapat jawab langsung jadi tinggal kosong) masa FINAL EXAM, tapi tak pernah rasa seteruk ni. FINAL EXAM taw, bukan TEST, bukan QUIZES.
At least, aku dah usaha. Cuma usaha tu tak seberapa. Salah sendiri.
Sekarang, tiada apa yang aku mampu buat selain tawakal.
Tawakal? Layak ke dengan usaha tak seberapa aku?
Redha lebih sesuai.
Putus asa? Harap-harap tak. Harap-harap.
I break my own heart.
End.
Nota: Patutlah rasa tak sedap hati sepanjang semalam. Sekali bentuk soalan tukar daa..kecewa.
2PM's Home Tuition
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, October 31, 2010 | lirikss.. | 5 kiriman komen »
Jay Park (middle) dah quit from group. More info google on your own.
Lately addicted dengan video clip 2PM I'll Be Back from Still 2.00 PM album. The music and the dance haha. Bahu, kepala, tangan, kaki otomatik bergerak-gerak dengar lagu ni, entah kenapa entah. Pastu start-lah menggila menari sorang-sorang. Menari? Hoh taram jeee. Part shuffle tu memang best gila haha. Rasa nak join sekaki je, cewah, padahal mana reti. Muzik tulah kott..macam clubbing music, buat hati tak keruan. Err I've never been clubbing and it will stay NEVER, tapi tipulah tak pernah dengar clubbing musics. Maybe yang tak pernah dengar tu budak baik-baik kott, takpe-takpe kekalkan rekod baik anda okey.
Dahlah starting video feeling habis. Ending pun nak gempak. Macam Again & Again punya vid clip.
Mungkin aku salah sorang penyumbang mata views untuk video ni. Nak upload tapi tunggu laptop-manja-dan-suka-buat-hal-masa-saat-saat-genting ni di-format dulu.
Best tak? Haha. Mari bershuffle~~
Tak reti? Haha samalah kita. Takpe takpe takpe (dalam nada comel dan sibuk), jom follow cikgu-cikgu 2PM punya kelas tuition. Free je. Nasib aku rapat dengan dorang. Ni rakam via skype ni *tounge*
Cabi dance pun aku belajar dari tutorial. Sekarang alhamdulillah, terer dah HAHAHA. Poyo je.
Tukutu tukutu tukutu tukutu.. (ada macam bunyi shuffle tak?) Haha. Okeylah, enjoy!
Nota buang tebiat: Ingat nak letak pic thumbs up macam trademark vid ni, lain kali jelah.
Announcement!
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, October 30, 2010 | UiTM | 3 kiriman komen »Hello & may peace be upon you readers. Hari ni 30hb Oktober just in case korang tak perasan. (Sebab ada orang tu baru perasan)
Seperti yang dimaklumkan semalam, I ada gap seminggu starting yesterday and guess what, today is another leisure time. Dah agak dah. Ni lah masalahnya bila ada gap panjang, tambah pulak today is weekend so macam memang tak studylah. So dengan bangganya mengisytiharkan, plan untuk study hari ni ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu di twitter.

Perhatian, ini bukan sangkakala.



semadi nadai
Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, October 29, 2010 | terukss.., UiTM | 10 kiriman komen »Hello & Assalamulaikum readers!
Dua tiga kucing berlari kawan dah bising-bising dah tak update blog. Aku sendiri tak percaya ada yang sudi bertanyakan "bilakah agaknya entri baru akan keluar?" or "kau tak update blog ke?". Sorry, sejak last entri hari tu kehidupan teramatlah busy. Tapi sila jangan imaginasi tahap busy tu macam keluar rumah pagi pukul 8 balik petang pukul 6.30 lepas tu gigih ni siapkan assignment, then buat revision sampai pukul 2 pagi, kalau hujung minggu pulak sibuk dengan aktiviti-aktiviti persatuan sampai ke petang, balik malam study untuk test. Tak tak tak. Sibuk-sibuk macam mana pun hari-hari aku main mukabuku, tengok silinderanda, tengok anime, tengok movie, pergi econsave hilangkan bosan *kat sini ada econsave je paling dekat untuk hilangkan bosan,kesian..*, study? revision? takde dalam senarai. assignment? wo memang banyak gila.
So now tengah final exam. 3 paper dah lepas, tinggal 3 paper lagi. 2 paper lagi takde final exam. Aku tak nak komen banyak pasal 3 paper yang lepas. First paper which is Biochemistry for Environmental Health mungkin akan repeat ('azubillah min zalik). Menangis aku tak dapat jawab. Menangis. Tak tipu. Lapan soalan yang beranak consist of 120 marks aku boleh cakap aku tak dapat buat langsung except beberapa definition n explaination on sifat hydrophobic & hydrophilic. Dan tu aku rasa barulah 4-8 markah JE! Tiba-tiba aku blur, benda yang aku baca/hafal hilang terus tak dapat recall. Siapa yang duduk dekat-dekat aku masa tu memang boleh perasaan aksi-aksi aku tak dapat jawab- ramas-ramas rambut,tutup muka,sembam muka atas meja,termenung,pandang kiri kanan helplessly melihat kawan-kawan menulis bersungguh-sungguh sampai tak cukup kertas *okey yang ni hiperbola-bola api*, baling pen (kecewa), main pen and kalau yang telinga dia sensitive sikit dapat dengar bunyi sedut-sedut hingus. Haih. Now I just hoping..that I pass the paper. Walaupun jauh di sudut hati terasa amat mustahil even few of friends of mine said "carrymark kau okeylah lulus punya.." NO..final exam aku tu entah-entah nak dapat 20/120 puuuuuuuuuuuuuun tak lepas. In order to pass aku kena at least dapat 60/120. Kecewanya :'(

See aku dah ter-mem-bebel pulak pasal biochem. Kata je tak nak komen banyak. Tapi kira tak banyak lah tu, kalau ikutkan aku nak citer dari mula sampai akhir, soalan first tanya apa aku jawab apa, soalan dua tanya apa aku merapu jawab apa dan seterusnya..tapi malaslah. Bukan aku hengat pun soalan apa, plus untuk orang yang terer chemistry or biology mesti akan pandang rendah kat aku tak dapat jawab soalan simple2 camtu. Seriously, aku sains2 ni lemah sikit. Boleh, tapi take times, kena ada orang bimbing kat sebelah (contoh macam home tuition) and selalunya setakat lulus jelah. Dah, dah, my parents kata jangan give up disebabkan paper ni, begitu juga nasihat Miss Ain and beberapa kawan. To all readers, doakanlah aku PASS PAPER BIOCHEM wuwuwu.
Paper Epidemiology, hmm bolehlah lulus. Carrymark tak tahu berapa so aku target lulus jelah. Sebab test pun aku tak tahu aku mengarut apa, buat cerita dongeng bagai, jawapan langsung tak educated, langsung tak berciri-cirikan seorang epidemiologist,ceh! Final exam pun lagi sekali buat citer dongeng pasal effect of sanitation in England. Tu yang aku paling ingatlah, ada je lagi citer dongeng lain. A fairytales that can't be sold. Kalau baca dekat budak-budak before tido silap-silap hidung berdarah and sakit otak dengar. Haih.
Paper Human Relation and Communication pulak semangat gila aku menulis. Bajet nak keluarkan semualah. Eloborate panjang berjela ni kat depan-depan. Betul salah persetankan yang penting keluarkan je semua. Tulisan pun maintain dapat dibaca (dah berangkai habis) Haha. Hmm last-last soalan last 20 markah tak sempat buat. So bukan 6 soalan jawab 5 dah, jawab 4 je. Tapi sempatlah aku buat points utk soalan last tu. Anger management. Tajuk individual presentation aku kot. Haruslah buat. Tapi boleh pulak masa tak cukup. Aron cakap dulu time diploma 3 soalan beranak-anak pun x sempat inikan pulak 5 soalan. "Oh yeke?" Ntah tak ingat. Tapi risau sebab tulisan start memburuk kat soalan 4. Fahamkan, ada 6 soalan tapi jawab 5? So start soalan ke 4 tulisan aku dah..aku sendiri tak dapat baca! So aku t'paksa baca balik and betulkan A, E, M, W n sebagainya. Soalan 5 yang aku cakap aku tak sempat buat tapi sempat outline points tu apetah lagi. Tulisan tarik habis. A kemana E kemana M kemana S kemana. Bayangkan aku buat 2 soalan 20 markah 10-13 minit before masa tamat. Nak fikir lagi. And ending sangat ntah pape. Penjaga periksa terus tarik kertas aku. Whaaatttt? Kejam gila! Tak sempat semak,mana tahu depan-depan ada tak siap. Waktu tu aku fikir, malangnya duduk depan, pasni nak duduk belakang sekali lah! Grr.. Akak tu pakai spek,muka macam baik..tak sangka...kejam HAHAHA. Apakah? Takdelah betullah tu, aku yang salah, hehe. Tapi lepas paper ni iaitu semalam, aku rasa lega. Akhirnya ada 1 paper yang aku yakin lulus, lulus bukan dalam kategori C tapi B. Tapi bila ingat balik 20 markah tu rasa seram pulak. Mana tahu effect +_+ Ah lupakan.
So tu jelah nak citer. Maybe entri kali ni lebih seronok dan mudah cerna untuk coursemate & ex-coursemate aku.
Lastly, nak mintak doa korang semua untuk baki 3 paper yang insya Allah habis 9hb Nov ni, lulus dan cemerlang. Yeaa 9hb nanti dapat online fb! Rindu nak fb-ing hehe. Aku ingatkan offline fb dapat concentrate tp hmmpphh benda-benda lain pulak ngaco. Lagi tak concentrate adalah. Ah lagi satu, those yang ada twitter add lah my twitter. Kat twitter I update status dengan rakusnya, so a bit different compare to my fb hehe. Okey jangan lupa wish me good luck! ^_^
Nota: Hari ni ayah balik dari Kansas. Nak balik ke tak?
Nota paling best: Gap seminggu!!! Tak tahu bagus ke tak untuk si leka dan pemalas macam aku haha.
Nota lagi: semadi nadai adalah bahasa Iban bermaksud ada-ada,tiada-tiada.



