sakit rumah

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, January 02, 2011 | | 14 kiriman komen »

Salam.

Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Happy New Year 2011 untuk readers yang disayangi sekalian. Sila baca dalam nada yang riang gembira ucapan Happy New Year 2011 tu w'pun nampak macam tak bermaya je ayat tu. Part sayang tu memang betul, tak tipu. Sayang korang semua yang rajin singgah blog ntah apa-apa ni.

Entri ni LIVE dr rumah kedua aku. Puncak Alam. Oh tak sangka hari ni akan tiba. Tak sangka aku kene balik palam. Bukannya aku tak suka palam ni. Bukannya aku tak suka rumah ni. Bukannya aku tak suka belajar kat sini. Bukannya aku tak suka kawan-kawan kat sini. Tapi entah. Homesick kot. Yelah baru sampai. Dah sebulan lebih cuti.

Hari ni Ahad. Cuti sem berakhir hari ni! Esok Isnin, dah start kuliah. Haih mcm manalah hari-hari aku kat sini, utk semester ni. Ah malaslah nak fikir.

Sekarang ni tengah homesick. Baru sampai dah homesick. Ni satu fakta pasal aku, aku memang kaki homesick. Tpulanglah orang nak cakap apa, buat malu mengaku homesick?

Tadi kemas-kemas barang, pegang barang tu teringat peristiwa-peristiwa kat rumah. Pegang barang ni, teringat family kat rumah. Aku kemas, kemas, kemas sambil layan perasaan homesick ni. Then dah siap kemas, duduk, mula mesej beberapa kawan, untuk redakan perasaan. Kebetulan blackout, huh, memang layan lah. Makin menjadi-jadi homesick aku. Ditambah lagi dgn hujan, teringat cmnelah ayah aku drive hujan-hujan tadi. Baju kat belakang dah berangkat ke belum. Biasanya kat rumah aku yang kena angkat. Hmm.

Ada yang cakap aku manja. Ada yang pelik sebab biasanya dah lama sket baru homesick, aku lain, sampai2 sini dah homesick. Ada yg cakap lelaki takleh homesick. Ada yang cakap aku mengada-ngada. Tapi tak kisahlah, aku okey je, pendapat masing-masing kan. Thanx dekat mereka, aku semakin okey, untuk malam ni jelah. Esok bangun pagi konfem 'sakit rumah' balik.

Thanx jugak kat Mas, calling aku. Sebenarnya aku nak calling ramai, nak bagitahu aku homesick. Nak dgr suara dorang. Tapi rupa-rupanya promotion Celcom yang bayar rm2 dapat call mana-mana no Celcom sampai tgh malam tu dah habis. Melepas. Tak sempat merasa promotion tu. Haih. So msg jelah yang mampu.

Waktu taip entri ni tgh layan lagu Kembang Perawan. So kalau bahasa aku mcm serabut sikit, ia adalah kerana entri ditaip sambil dgr lagu ni berulang-ulang dgn volume 50. Aku tengok entri kali ni pon mcm pelik sket. Dah tu gambaran homesick tu tak berapa menyayat hati. Ciss. Sebenarnya nak buat entri sadis tadi.

Oh tadi aku bdoa. Aku mintak kat Tuhan, kekalkan rasa homesick ni, kekalkan rasa rindu yang teramat pada family and rumah ni. Sebab, aku suka perasaan ni. Ia buat aku, lebih ingat pada family. Wpun homesick ni buat kita murung, sedih, takde semangat, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, bangun tidur dlm kesyahduan, mandi blinang air mata (over), pergi kelas seret kaki kepala tunduk ke bawah (lagi over), tapi disebalik semua tu, ia buat aku ingin capai sesuatu, ia buat aku pasang matlamat. Tak kisahlah apa matlamat tu, contoh, matlamat nak balik tiap-tiap minggu? So aku kene siapkan kerja pada masanya,or organize masa betul-betul,or budget duit betul-betul kalau nak balik tiap minggu. Contoh jelah.

Peliklah. Taklah jauh sgt. Kenapa aku homesick ek? Pening kepala fikir.

Dan aku hampir lupa tentang Skype. Hey kalau rindu Skype lah.. takpun calling terus.. Ntah pape. Ntah aku pon pelik.

Apapun aku harap entri kali ni buat korg kenal aku lebih lagi. Ya aku memang kaki homesick. Gelaklah kalau nak gelak.

Aku harap rasa ni kekal. Biar ia terus jadi sebahagian dari diri aku, identiti aku. Bila-bila masa. Tak kira skrg atau di hari tua. Taknak menderhaka pada family and rumah.

Bye.



What Should I Do?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, December 28, 2010 | | 3 kiriman komen »


When I let you go one step further, my eyes overflow with tears

When you walk away one step further, more tears are falling

As you move away to a place where I can’t reach you, even if I reach out my hand

I can’t catch you, I can only cry

What should I do? What should I do? You’re leaving

What should I do? What should I do? You’re leaving me

I love you, I love you, I cry out to you

But you can’t hear me, because I am only shouting in my heart

All day long I try to forget you, but I think of you again

All day long I try to say goodbye, but I think of you

Although you went to a place where I can’t hold you, even if my hand reaches out for you

I can’t find you, I can only cry

What should I do? What should I do? I can only see you

What should I do? What should I do? I love you only

I am sorry, I am sorry, can you hear me?

Please come back to me, if it’s not you, I can’t go on

What should I do? What should I do? I only have you

What should I do? What should I do? You’re leaving

What should I do? What should I do? You’re leaving me alone

I love you, I love you, I cry out to you

But you can’t hear me because I am only shouting in my heart



Dia

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, December 28, 2010 | | 6 kiriman komen »


Dia, meraja.

Dia pula, kedua.

Dia di sini, belum di jiwa.

Dia di sana, semakin ku lupa.

Aku, gila.

saya juga kecewa dengan 8TV

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, December 20, 2010 | | 10 kiriman komen »


Salam. Hi readers!

Tadi baca Pancaindera (semalam beli tapi baru hari ni nak baca), then amatlah bersetuju dengan komen dari someone ni pasal drama korea di 8TV.

Nak amek main point jelah sebab aku pon nak komen gak. Haha. Dah lama dah terbuku kat hati ni, so nak muntahkan hari ni jugak.

"Saya penonton setia 8TV kerana saluran ini telah banyak menyajikan rancangan-rancangan yang menarik. Saya merupakan peminat setia drama-drama korea. Tapi saya cukup kecewa setiap kali menonton drama-drama Korea kerana 8TV sesuka hati menukar bahasa Korea kepada bahasa Cina. Saya harap pihak 8TV akan lebih prihatin akan hal-hal seperti ini. Tolong jangan menghampakan peminat-peminat 8TV." - Hazirah, Shah Alam.

Sebenarnya komen beliau agak panjang, dalam 5 perenggan macam tu, but macam aku cakap, aku amek main point je. Well done Cik Hazirah! Eh, Shah Alam kat mana ek? (Sempat..yalah mana tahu ada stok citer boleh share2)

Frankly, aku dah lamaaaaaa sangat sangat nak mengadu pasal masalah ni. Ya aku anggap ni satu masalah. Kenapalah rajin bebeno nak alih suara ke bahasa Mandarin. Setiap hari aku dok fikir, sapelah punya angkara, idea mengarut sapelah semua ni dan suara buruk sape yang they all guna, serius! Haha. Sorry bab suara buruk tu, tengah geram ni.

The reasonsss why I hate it so much are, ianya telah completely kacau mood serta proses untuk feeling-feeling. Aku tengok drama korea ni nak feeling-feeling. Seriously kalau tengok yang asal, tak sama langsung dengan yang alih bahasa, in term of feeling, emotion etc. Contoh, patutnya dalam versi asal certain part tu sedih, tp kalau tengok yang versi alih suara, langsung tak rasa sedih, rasa macam.."okeyy, fineee.." maka habis cerita terus menjalani kehidupan yang normal tanpa ter-affected dengan cerita tu. Tak percaya tengoklah yang asal. Bahasa Korea ni dia ada lenggok yang tersendiri, dan juga lembut, sedap didengar. Tapi apa yang berlaku bila alih suara? Suara semua tinggi-tinggi, macam menengking, sakit hati dengar. Dan macam membebel-bebel, ntah aku pun tak faham. Senang citer tak best lah. (kalau dah tak suka tu macam-macam alasan)

Selain tu, kita juga sebenarnya nak belajar sikit-sikit bahasa Korea. Aku guna kita sebab aku tahu, bukan aku sorang je ada komitmen macam ni. Cewahh, komitmen.. Sometime dapat hafal 1 word 1 hari pon dah cukup menggembirakan tahu. Just by understand simple words like kamsahamnida, annyong haseyo, saranghaeyo, mianhamnida, gwiyeowoyo etc could already make us happy. Ke aku je? Haha. Ntah, tapi kalau tengok dengan orang yang baru nak belajar meminati drama Korea, memang bestlah tunjuk power, bajet tahu semua haha.

Lagi, aku kesian dengan umat manusia lain. Kadang-kadang mereka confuse sebenarnya mereka sedang tonton drama apa. Contoh lah, family aku. Macam ibu and adik-adik aku. So terpaksalah aku explain yang ni sebenarnya cerita Korea yang di alih bahasa dengan membuktikan gerakan mulut dalam drama tu tak sama dengan apa yang disebut. Tu yg paling mudah. Kalau dorang agak cekap sket, aku suruh dorg detect perbezaan bahasa dalam opening song dengan suara yang dah di alih bahasa tu (Mandarin) sebaik sahaja cerita start (opening song ended), tapi ni susah banyaklah.

Jadinya, tak perlulah kot aku gigih hantar email ke 8TV. Dari dulu kononnya nak email, taaaaaaakk jugak email. Harap-harap komen dalam Pancaindera tu dibaca oleh sesiapa then disebar-sebarkan ke pihak yang bertanggungjawab. In case takde perubahan jugak, email lah jawabnya. Bagi aku penting untuk atasi masalah ni. Kalau mereka soalkan, "habis, nak guna bahasa asal, subtittle nak guna bahasa apa?" Kalau aku, aku prefer English sebab yang buat sarikata ni pon kadang-kadang pemalas jugak. Senang-senang je dia simplify ikut kamus dia, tu pun masalah jugak, mesej tu kadang-kadang tak sampai. Tapi since drama Korea ni sesuai utk semua lapisan masyarakat, guna jelah Bahasa Melayu. Kalau nak hormat bangsa lain, letak sari kata Mandarin sekali. Takde masalah pon. NTV7 boleh je buat untuk drama Taiwan (Hokkien) kenapa 8TV tak boleh?

That's all. Harap-harap ada perubahan. Harap sangat.




Contest: Blog Terkemas!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, December 18, 2010 | | 0 kiriman komen »

Salam.

Hi hi hi readers! Anda rasa blog anda kemas? Jom join..

Ni first-time ni join contest. Since terma dan syarat contest ni sangatlah simple & aku bajet blog aku kemas (heh! kemaslah sangat) so join jelah. Maklumat lanjut boleh klik ke link strawberrychocolatelicious.blogspot.com.


Mentor 5: Pencarian protege bermula sekarang.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 16, 2010 | | 3 kiriman komen »


Maula mintak aku hantar demo.

Mula-mula aku tak faham untuk apa.

Rupanya untuk Mentor 5.

Agaknya sistem dah upgrade, kene hantar demo pulak dah.

Aku tak nak hantar.

Seganlaaaahh. Suara macam aku ni bersepah-sepah kott kat Malaysia ni, haha.

Masa pun tak sesuai. Baru je melangkah ke alam degree tibbe je nak audition2 segala.

Bagaimanapun, jika 'penganiayaan' berlaku, aku redha hahaha.

Maklumat lanjut klik sini.



COVER YOUR AURAT CAMPAIGN

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 16, 2010 | | 3 kiriman komen »

Peace be upon you readers.

Perasan tak citer-citer kat panggung bulan ni semua best2? Seriously aku kempunan nak tengok baaaaanyak citer, macam The Chronicles of Narnia 3, The Social Network, Tron, Hantu Kak Limah Balik Rumah, 2 Alam,..eh 2 Alam? Haha I'm not joking okey. Memang hati ni terjentik nak tengok 2 Alam ni, tapi apakan daya akhirnya tak kesampaian. Tapi perasan tak ada satu citer tamil yang di tayangkan semula, elok je duduk sebaris dengan filem-filem baru tu tadi? Tajuk dia tulah, 'Baaghi Aurat'. Maksud dia lebih kurang, "kau dedah aurat kau masuk neraka". Gempak seyh citer ni, tengok jelah poster tu, berapi-api gituh haha.

Kidding. Suka hati aku je merosakkan bahasa. Afiq yang ajar! Hehe.

So tujuan entri kali ni adalah untuk menyokong usaha Afiq dan lain-lain untuk COVER YOUR AURAT CAMPAIGN. Lihatlah banner kat bawah ni, mana ntah si Afiq ni dapat. Tadi gatal tangan pergi zoom poster ni, tengok ada tak aurat terdedah, jahat kan aku? Tu namanya dah takde keje haha.

Honestly mula-mula aku teragak-agak untuk join. Sebab aku pun bukannya betul sangat. Tambahan pulak, kalau ada ahli keluarga ke, sepupu-sedara ke, kawan-kawan ke yang tak menutup aurat, aku tak pernah tegur pun. Entah, bagi aku perkara ni perkara asas yang semua umat yang bergelar Muslim tahu. Tutup aurat tu wajib. Yang lelaki auratnya begini begini, yang perempuan auratnya begitu begitu. The knowledge is already there, in their heads. Tinggal lagi mereka nak praktiskan atau tak je.

Aku ada singgah 5,6 blog yang join kempen ni. Ada yang hurai secara mendalam, dengan hadis-hadis, dengan panduan bertudung yang betul, cerita teladan dan sebagainya. Ada yang sentuh atas permukaan je.

Bila bercerita bab aurat, automatik kepala ni fikirkan tentang wanita dan fesyen. Yelah, yang bermasalah besar dengan aurat ni perempuan, so no heart feelings okay. Aku nak sentuh sikit jelah. Lita sedia maklum ada sesetengah wanita yang dia bertudung, berselendang, tapi terkeluar pulak jambul sejemput kat depan tu. Ataupun bertutup semuanya tapi, selendang tu pulak jarang. Kita yang macam bagus ni pulak cot cet cot cet macam cencorot dok mengutuk, mengumpat golongan-golongan ni. "Baik takyah bertudung kalau macam tu!" "Sampai seru konon, pigidahhh.."Hentikan jelah. Tu bukan dakwah, kau buat menambah dosa lagi ada. Silap-silap neraka kau level paling dalam sekali. Cubalah tegur baik-baik, berhemah, berhikmah. Kenapa kita tak pandang tu dari satu sudut yang positif? Sekurang-kurangnya dia dah maju setapak. Sebelum ni dia tak bertudung langsung. Syukurlah dia dapat hidayah nak bertudung. Bagi dia masa.

Tapi tak bermakna aku menyokong 100% pemakaian tudung macam tu. Sebab masalah lain timbul bila mana ia tiba-tiba menjadi trend. Kalau trend untuk wanita yang tak bertudung,akhirnya bertudung takpe jugak. Alhamdulillah. Takut-takut yang dah bertudung litup, bertudung labuh tiba-tiba nak ikut trend, hah, amek kau, keluar jugak jambul sejemput, lagi besar pulak tu. Lagi besar lagi merrier, tak gitu?

Itu jelah kot. Jadi kepada sesiapa nak join COVER YOUR AURAT CAMPAIGN ni bolehlah klik link thepotpetking ni untuk panduan ringkas. Kalau nak baca ucapan-ucapan dalam kempen bloggers lain pun, klik link tu tadi.

Seterusnya nak tag 3 Azman, Fatin, dan Zinnera. Nak dengar point of view dorang hehehe.