True friend

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, February 16, 2011 | , | 0 kiriman komen »

Tadi aku terbaca status Fb sorang ni. Ayat clishe lah bila tengah sedih. 

"Kawan masa kita happy memang ramai, tapi kawan masa kita susah atau bila kita perlukan pertolongan tak ramai yang ada. Susahnya nak cari kawan yang boleh kongsi susah dan senang sekarang ni."

Ekelehh..guess what? What goes around comes around so padan muka kau! Dia ni, aku ingat nak delete je dari friend list, yelah mengenangkan apa yang dia buat kat aku akhir tahun lepas, tapi disebabkan aku ada satu prinsip ni, aku tak jadi delete. Prinsip tu lebih kurang macam ni. Bila orang add kita, means dia nak kawan dengan kita. Tak kisahlah dia communicate dengan kita ke tak dalam tu, takkanlah aku nak buang dia, hebat sangat ke aku nak buang-buang kawan pulak? Aku dahlah kawan tak ramai nak buang-buang pulak. 

Seriously aku pegang prinsip tu so sesiapa yang add aku dan dapat approval daripada aku, dia akan stay as fren dalam tu, walaupun dia tak pernah communicate langsung dengan aku. Sebab, cmne ek, aku faham perasaan orang yang di-delete from friend list ni. Aku rasa korang pon faham apa rasanya, bila kau add orang tu sebab, hmm mungkin kau crush dgn dia, or mungkin dia idola kau, or mungkin kau naaaaaakkkk sangat kawan dengan dia or tahu perkembangan diri dia, tapi tup tup kau esok kau bukak Fb kau search nama dia dah 'yillek' dah. Apa kau rasa? Terperanjat, kecewa, hampa, bengang, yelah tiba-tiba je diperlakukan sebegitu rupa kaaan. Unless kau ada buat silap, tu cerita lain!

Tapi aku pernah je kemas kini kawan-kawan dalam Fb tu. Buang siapa yang aku rasa, dia sebenarnya dah lupa pun password Fb dia (memang tak aktif langsung), and then macam foreigners (foreigners ni biasanya tiba-tiba je add lepas main online game), and kanak-kanak yang tiada mutual friends langsung, tak sama negara/negeri tempat aku pernah belajar (which definitely shows that dia pakai add je nak tambah friends), dan sesiapa yang aku rasa annoying dan pengacau. 

Berbalik pada cerita tadi, tentang kawan masa senang dan kawan masa susah. Aku okey je kalau yang menge-post status ni orang yang aku rasa dia kind of sweet friend, tapi yang dia ni, hishh tolonglah, aku harap satu hari nanti topeng kau terbukak, sebab dia memang nampak mcm a sweet friend. Masa kenal dulu punyalah manis mulut, then just because aku sangat busy ber-final exam semester lepas, tak dapat nak reply msg on time, tak dapat nak teman dia bosan ke apa (aku rasa dia tengah bosan masa tu), dia terus menyepi, sampai sekarang. Masa tu aku tengah sedih, nak mengadu lah paper susah tak dapat jawab, dia tak reply pon. Okey aku mengadu kat ramai okey masa tu, seriously ramai, even kat blog pon aku taip, cuba selak-selak bulan 10 2010 punya entri. Kebetulan nak mengadu kat dia sekali sbb yelah kebetulan tengah berkawan and dia cakap kalau ada benda nak share boleh share.

Padahal masa dia tengah sedih calling aku, aku jawab kott, walaupun tengah study untuk final, dahlah story berat gila sampai terpaksa aku keluar rumah dengar and respon sambil jalan-jalan ntah kemana-mana gelap-gelap dengan nyamuk dengan apa. So siapa kawan masa susah siapa sekarang? Sampai sekarang, dia buat deeeekkk je, buat tak tahu je, macamlah aku tak wujud kat Fb tu. Langsung tak rasa bersalah. Tulah ramai sangat kawan agaknya, dah tu delete jelah aku, podaci~.

Anyway aku cerita ni bukan nak malukan dia, tapi as pengajaran. Kita, kalau nak kawan masa susah, kita kene jadi kawan masa susah kawan-kawan kita jugak. Begitu jugak untuk kawan masa senang, nak jadi kawan masa senang kawan-kawan kita, masa kita senang kita kongsi dengan mereka. Kalau tak, tu yang ayat clishe macam tu kene batang hidung sendiri. 

Andai kata ada yang baca ni, membangkang aku, sebab aku pon dua kali lima sepuluh jugak, aku mintak maaf. Mungkin aku tak perasaan aku pernah hiraukan korang masa susah. Kalau ada peluang, bagi aku tebus kesalahan tu sebab aku taknak, benda yang sama berlaku dekat aku. Dalam erti kata lain, aku taknak ayat kat atas tu diluahkan oleh aku sendiri. 

"TRUE FRIENDSHIP are often DESTROYED by people who PRETEND to be a TRUE FRIEND, only to GET SOMETHING FROM YOU you and USE YOU for their own pleasure"

Bye!

Nota: Berkawan biar beribu. Musuh biar satu.


G for..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, February 16, 2011 | | 0 kiriman komen »

Hello readers!

First of all, thank you sooooo much untuk followers baru blog ni. Ahlan wasahlan!


Second of all (suka hati je), saya tengah fenin kepala, baru lepas test Environmental Ethic, and dah pening-pening tadi kena perah otak pulak  main nombor ekor  belajar nombor masa kelas Arab. Yea dah pandai balik. Serius saya sayang Ustz. Asma' Ammar. Beliau ajar sungguh-sungguh, tak ubah macam kat sekolah rendah. Semoga beliau nanti bersalin dapat anak yang comel dan dengar cakap. Ok, jom amin ramai-ramai.

Third, bercadang nak taip entri sependek yang mungkin. About something that begin with initial G. Haaaa jeng jeng jeng..

Macam ni, dekat kelas aku ada sorang girl ni, kitaorang panggil dia Gee. Sebutannya 'G'. So adalah seorang lecturer ni, apakata kita panggil dia Mr. N? Mr. N ni kegemaran dia, suka hati dia je nak panggil nama orang yang dia tak ingat/kenal. Antara nama favaorite dia adalah Salmah, Markonah, Salim, err aku pun tak berapa ingat sangat yang penting semua nama-nama zaman Pak Kaduk dululah, which is jarang nak dengar untuk nama-nama budak zaman marcapada kini. Okey sebenarnya takde kaitan pun dengan cerita kat atas, saje nak share hobi lecturer aku ni. 

So berbalik pada si Gee ni, tiap kali Mr. N nak panggil dia; nak suruh jawab soalan ke, apa ke, dia akan panggil si Gee ni, G-forcelah, G6 lah and ada sekali tu dia terpanggil G-string! Dan kanak-kanak amatlah suka dengan semua nama-nama bermula dengan G tu maka tergelaklah mereka tiap kali lecturer aku panggil si Gee ni mcmtu. Okey ceritanya sekarang adalah tentang G-string. Tahukah anda, aku baru tahu apa itu G-string Isnin lepas? I mean baru tahu apa itu G-string yang sebenarnya sebab rupanya selama ni, dah berbelas tahu hidup, telah tersalah anggap dengan benda lain. 

I though G-string is err..tak payahlah cerita buat malu je, yang penting memang kelakar habis masa baru tahu tu. Nasiblah mulut ni gatal nak dapatkan kepastian tanya orang sebelah apa yang lawak sangat pasal G-string ni. Haih lucah betul haha. Anyway lepas je tahu apa G-string ni, teruslah aku mengimbau kenangan masa dekat sekolah dulu and terus cerita dekat kawan aku dengan excitednya.

Ceritanya lebih kurang mcmni. Pada zaman dahulu, kalau tak silap masa aku F1, ada sorang kawan aku ni, kitaorang panggil dia Tokan. Dia masa kelas prep sempat jual kacang sambal mak dia, dalam paket-paket kecik, berapa ntah satu bungkus, tapi aku memang pembeli setia produk dia tu haha. Okey berbalik pada cerita, ntah macam mana jadi isu dia ni tak pakai seluar dalam. Biasalah budak-budak, tak matang, benda-benda tu yang dorang tengok. Kau tak pelik banyak-banyak benda kat si Tokan ni bontot budak ni jugak yang dorang perhatikan, sengal betul. Aku tak pasti lah pernah kantoi ke, kain terlondeh masa jalan kehulu-kehilir jual kacang tu. Or masa solat ke budak-budak ni dok observe sape tak pakai seluar dalam and tiba-tiba elok pulak dia kantoi. Or kantoi sebab tiap kali dia bangun dari posisi duduk kain/seluar dia akan ter'sedut' celah bontot dia (Haha yang ni selalu aku nampak, mungkin ni puncanya!)



So kecohlah jugak, antara batch kitaorang jelah. Dia ni pulak mcm senang kene buli jugak, kadang-kadang dengan aku-aku sekali buli dia. Alah bukan buli pukul, buli mengusik kaw-kaw punya jeee..kata pembeli setia tadi kan. Nak tahu apa jawapan dia? "Aku pakai seluar dalam lain daripada yang lain. Mahal punya. Korang tak nampak 'kesan' seluar dalam kat seluar/kain aku ni sebab aku punya seluar dalam lain, jenis tali." Hmm lebih kurang mcm ni lah jawapan dia,aku bukan hafal pon dialog dia masa tu. Then aku suruh dia tunjuk dekat aku, as bukti, tapi sampai ke sudah dia tak tunjuk. Bukan aku suruh dia tanggal seluar dia depan aku, haishh korang ni, i mean tunjuk kat tempat sidai pakaian ke kat dalam locker dia ke..

So, now I wonder betul ke dia guna G-string? I mean yang betul-betul tali? Yelah sebab dia claim sebab tu kitaorang tak nampak 'kesan' seluar dalam kat bontot dia. Perghh hebat gila kalau betul, kecik lagi kot masa tu, nak ber-G-string bagai. Moden gila. Padahal orang kampung je, kalah aku orang Shah Alam, haha. (Okey jangan terasa hati okey, kalau anda memang asal kampung tak payah malu untuk mengaku). Aku ada fb dia tapi ehhhh takkan tetibe nak tanya pulak, haha, takde keje. Apapun I smell something fishy, aku rasa dia tipu! 

Okeylah, sorry entri merepek. G6 tu korang tahu refer to apa? Refer to G6 airplane. Pun aku baru tahu. Okey bye!


7 Signs You're Falling In Love

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, February 14, 2011 | | 2 kiriman komen »


1. It hurts to think of that person loving someone else
2. You're never happier than when you're around that person
3. Your heart beats faster when you see that person
4. You trust this person with all of your secrets
5. You hang on every word he/she says
6. You become interested in the things he/she is interested in 
7. You daydream about him/her


Source: The Life Shed

WOW [2nd week of Feb'11]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, February 13, 2011 | , | 1 kiriman komen »

Hi readers!

Seminggu-minggu ni aku carik lagu ni. Aku tak tahulah, somehow, lagu ni kinda sad masa part Dina and kinda cool balik masa part Zizan lepas tu back to sad mood sebab masuk part Dina balik. Apapun, addicted dengan lagu ni. Presenting, Dina ft Zizan (Raja Lawak) - Selamat Tinggal. 

Aku rasa aku orang first publish lirik ni dalam entri blog, cuba test google memang tak jumpa n_n"

Lirik Dina ft Zizan - Selamat Tinggal.

Dina:

Selamat tinggal kawanku..
Tak mudah aku pergi wo ho..

Bila wajahmu sentiasa di hati ini..

Zizan:
Okey, dah memang bukan mudah untuk ku menerima hakikat..
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat..
Apa yang kuharapkan, 
kasih sayang yang suci murni..
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi (pergi,pergi)
Dulu hari-hari ku berwarna-warni..
Kini kian mendung, ia tinggal satu memori..
Jangan, jangan lepaskan genggamanku ini..
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini..

Mana janji?
Mana erti?
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi?

Musnah segala apa yang ku impikan,
tetapi ku tetap tabah kerna Tuhan yang menentukan..

Kau tetap pergi apakan daya

Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya..
Kuharapkan ini sesuatu yang kekal nanti..
Terpaksa melepaskan dirimu,
selamat tinggal

Dina:
Selamat tinggal kawanku..
Tak mudah aku pergi wo ho..
Bila wajahmu sentiasa di hati ini..


demam & rindu

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, February 12, 2011 | | 2 kiriman komen »

Salam. Hi readers!

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ni secara rasminya aku demam. Ni semua bermula daripada sakit tekak akibat makan cili padi pada masa yang sama minum air sejuk, kunyah pulak ais, then redah malam yang agak sejuk. Tu Rabu malam. 

Pagi keesokkannya, Khamis, bangun pagi tekak dah perit, siap takde suara lagi tu haha. Lepas buang-buang kahak sikit, ada suara balik. Sepanjang hari tekak sakit. Malam baru beli ubat, sebab siang tak makan apa-apa cuma banyakkan minum air suam. Ubat ke? Hah, setakat pastil Dequadin je pun, sebab aku tak percaya sangat ubat sakit tekak macam Strepsil semua tu. Lagipun nak jugak rasa apa rasa Dequadin ni. So malam tu makan pastil tu tiga empat bijik, hmm legalah jugak.

Hari ni, Jumaat, bangun pagi dah pening kepala. Badan panas dan berpeluh-peluh. Sah, nak demam. Yeayy! Haha aku happy. Tapi taklah sampai melonjak-lonjak, maklumlah tak sihat *cough*. Basuh baju. Mintak roomate panadol, telan sebijk dengan perut kosong. Dah telan baru teringat patutnya kena makan something dulu, haih. Tak biasa telan panadol, sebab tu macam tu. Then pergi fac and bla3 yang penting hari ni sangat-sangat panas so bertambah pening kepala. So sepanjang hari ni demam, pening kepala, sakit tekak, batuk-batuk & sekarang ni hingus meleleh-leleh dengan gembiranya. Haha best gila.

Actually aku rinduuuuuuuuuuuuuuuu sangat sangat demam. Sebab tu aku happy. Ada cerita sebenarnya pasal demam ni.

Dulu masa kecik-kecik aku selalu demam. Demam teruk. Sebulan tu paling kurang pun dua kali. Dan lama pulak tu, paling kurang pun 3 atau 4 hari panas. Tapi tak ingat sejak bila, tak sure memang dari sekolah rendah ke dari bila. Tapi zaman sekolah menengah, aku memang ingat, sebab aku duduk asrama. Dalam sebulan tu mesti ada demam. Tapi lepas tu, form 2 ke form 1 kalau tak silap, aku buat operation buang tonsil. Tahu tak tonsil tu apa? Kalau tak tahu google sendiri, tapi secara mudahnya tonsil ni kalenjar yg berfungsi sebagai sistem pertahanan badan. Tapi dalam kes aku, tonsil tu dah tak mainkan fungsi dia yang sepatutnya, so doktor sarankan untuk buang. Lagipun aku punya masalah dah teruk sangat dah masa tu, sikit-sikit demam. Parents risaulah, buatnya demam teruk tu jatuh masa exam, haa memang teruklah.

tonsil yang bengkak

Tadi aku google, masalah aku adalah 'recurrent tonsilitis'. Kira selama ni aku demam teruk, selsema, sakit tekak, sebab tonsil aku selalu bengkak. Selain tu ada masalah lain jugak, tapi tak penting pun cerita. So nak pendekkan cerita, sejak dah buang tonsil, aku dah jarang demam. Silap-silap setahun dua atau tiga kali je, lepas tu, sekejap pulak tu, dua hari je mcm tu. Memang tak best.

Sebenarnya aku suka demam. Sebab masa demam, kita akan dapat perhatian lebih. Aku suka tengok orang demam di-pampered, macam dalam drama-drama tv, kene tuam dengan air sejuk/ais lah, makan bubur kadang-kadang siap bersuap, lepas tu  tidur ada orang temankan, best. Lepas tu, kau tahu kan bila kita demam kita lemah semacam, muka pucat, mata merah, cakap pon tak bermaya..well aku suka keadaan mcm tu. Keadaan yg penuh kasihan haha. Dan ada lagi satu sebab. Aku discover yang demam ni, satu penyakit yang makan dalam. Aku tak tahulah tapi kalau demam, kita mesti kurus sikit. Yelah mungkin jugak sebab kita hilang selera makan during fever tu tapi bila kita demam, kita dapat rasa macam ada benda makan-makan barang-barang dalam badan kita ni. Haha, aku tak pandai sangat biologi tapi tu teori ntah apa apa aku lah. No wonder zaman sekolah aku kurus, esp during my secondary school. Siap arwah atuk aku pernah tanya aku, "kau amik dadah ke?". True story! Terkesima ayah aku yg ada sekali masa tu, aku apatah lagi, macam nak gugur jantung dengar. Masa tu arwah atuk aku sakit, tu agaknya mulut dia tak bertapis. Ah lagi satu, bila sakit ni kan kifarah kepada dosa-dosa kecik yg kita pernah buat. So, I loikkkkeeee. 



Dan tadi, aku teringat yang Acu aku pernah lumur kepala & rambut aku dengan air ke lendir ntah yang diekstrak dari daun bunga mawar kalau tak silap. Masa tu aku balik wajib, cun-cun pulak demam. Waa tu memang tradisional gila. Sayang Acu aku. Then teringat ibu, ayah, yang jaga aku masa aku demam. Masa kecik-kecik dorang akan tuam badan aku dengan air sejuk sampai aku tertidur. Kadang-kadang siap berdodoi. Dan aku teringat jugak, tiap kali aku demam panas, i mean yang betul-betul panas, aku memang akan meracau-racau. Pernah sekali aku meracau-racau lari keliling rumah nenek aku, menangis-nangis tak tentu hala, masa tu sepatutnya aku dah kena balik asrama dah, tapi sebab demam aku terpaksa ponteng. 

Serius, aku rindu untuk demam. Aku rindu nak demam lama-lama. Aku tak suka sangat sekarang ni, kalau kene hujan pon susah nak demam. Kadang-kadang rasa mcm saje nak cari pasal asalkan dapat demam haha. Tapi err fikir-fikir balik, kene sesuai dengan masa lah. Janganlah masa exam pulak demam. Sebab aku kalau demam memang kerja-kerja memerah otak tak dapat jalan punya. Macam skrg ni aku gembira sebab kan tengah cuti, sampai Selasa pulak tu. (Tapi cuti-cuti pun assignments berlambak, siap ada test lagi Rabu depan)

Hmm tu jelah kot. Nak taip pendek je tadi tapi jadi panjang jugak. Anyway, saya suka demam, serius! Ada sesiapa nak share virus? Hehe. Bye.

Nota: Mr Wednesday, U are the wish that comes true :)


Nota lagi: Tadi makan bubur nasi panas dengan jus epal suam. Hari ni banyak minum air panas, kasi tekak lega.

eventhough you already menopause..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, February 10, 2011 | | 0 kiriman komen »




Comelkan nenek2 ni? Hehe. Don't ever lose the hope!

speechless..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, February 09, 2011 | | 2 kiriman komen »

Scene akhir Episod 7 Personal Taste. Kau nak jadi watak siapa?