OPS Muzik Hit Era

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, June 29, 2010 | , | 3 kiriman komen »


Semalam, tiba-tiba aku dengar lagu korea kat Era.fm. So macam terkejut hamster dan excited pada kadar sederhana.

Wah,seriously best!

So, mari support OPS Muzik Hit Era! Tak kiralah anda penggemar Hot.fm ke, Fly.fm ke, Sinar.fm ke, IKIM.fm ke, tapi tak salahkan tolong siaran radio lain?
Jom, jom klik Haris baik hati.


Nota: Aku takde favourite radio channel tapi yang aku paling dengar adalah yang tersenarai di atas :)

PTPTN

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, June 29, 2010 | , | 0 kiriman komen »


Kelam kabut punya pasal, arahan Panduan Pengguna pun baca gitu je. Skiming.

Tambahan pula benci guna Internet Explorer yang maha lembap, so dah kene tulah.

Guna IE versi 6 dan ke atas ya anak-anak. Baru dapat klik Daftar.



sensasi!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, June 26, 2010 | | 5 kiriman komen »

Mood akhir-akhir ni tak stabil. Sejak 22hb. Semua gara-gara persediaan untuk 2hb depan. Yes, dream comes true, I was offered to continue my study at Puncak Alam.

But, kali ni aku terpanggil untuk share another rumor. Kali ni dari mulut-mulut kawan, bukan pak cik AR (assistant registry) bercermin mata yang aku bayangkan sebelum ni.

Kononnya majlis konvo kali ni dekat Kuching! WTH! Serius, aku tak suka.

Tak suka.

Tak suka.

Tak suka.

Kesian Haziq, dia nak datang tengok aku konvo :( and of course my family too.

Kesian dekat aku jugak, keluar duit LAGI pergi sana. Aigoo. -__-"

Beautiful blogger?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 17, 2010 | | 2 kiriman komen »

Salam.
Hi, semoga semua sihat-sihat (chubby) dan rajinkan diri bersenam bila mulai sedar berat badan naik berkilo-kilo (pesanan utk diri sendiri sebenarnya)!

Beberapa hari yang lepas, seseorang yang baik hati telah memberi award untuk blog ni. But before that ada 3 soalan yang perlu aku langsaikan. Here it is:

1. Thanx the person who gave U the award and link the person.

Arigatou gozaimasu,Miss Choc!

2. Spread the words to 15 bloggers who U like and U think their blog are awesome.

I think I like all blogs that I'd followed. Jadi semua orang boleh ambil :)

3. Tell 7 things about yourself

+ Suka buat hal sendiri, tak pandai bersosial
+ Ramah dengan orang tertentu saja jadi first impression biasanya di-cop sombong
+ Liku-liku hidup banyak yang menyedihkan daripada hal-hal yang gembira. This is so true.
+ I choose who I want to be friend dan aku suka jatuhkan tahap kawan kepada kenalan sebab bagi aku kawan tak perlu ramai, buat pening kepala je.
+ Suka mengarut dan tanya benda pelik-pelik sebab aku bukan org yg berilmu sgt.
+ Suka buat lawak sebab aku rasa ketawa mereka buat aku gembira.
+ Seorang yang slow motion dan berhati kecil. Maksudnya karakter aku dipengaruhi oleh sifat aku.

and..*fling!*


the award.



Ignoring them..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 17, 2010 | | 0 kiriman komen »


Cepat betul berita tersebar.

Tengoklah, orang utan ni pun terkejut beruk bila aku cerita pasal ni. Nasib baik tak heart attack.

Even kucing-entah-siapa-tuannya yang selalu buat cubaan masuk dalam rumah aku ni pun terkezut. Time aku cakap kau berak tak cuci kau tak terkejut pulak ea!

Okey yang ni over. But nice expression haha.

Anyway,tak sabar tunggu 22hb. Ubat aku sampai.




kerna 'terpaksa' aku rela (tag from Rayme Lala)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, June 13, 2010 | | 6 kiriman komen »

1) Adakah anda rasa anda hot ?

Saya langsung tidak hot. Kalau boleh nak sarung muka dengan plastik beg dekat setiap kali keluar dari rumah. Bagaimanapun, Malaysia is very very HOT!

2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?


3) Cerita pasal gambar ini.

Ia adalah gambar saya dan famili nukleus. Ia diambil di dalam bilik hotel semasa family datang ke Sarawak untuk makan angin dan melawat saya yang sedang berpraktikal. Ia juga boleh dianggap sebagai siri jelajah Malaysia kerana baru-baru ini telah mencatat rekod menjejakkan kaki ke seluruh negeri-negeri dalam Malaysia. (okey,tahu yang tu tak perlu :P)

4) Kali terakhir makan pizza.

Err kalau pizza hut, i mean pizza gedabak besar serta makanan-makanan sampingan yang selalu makan bersama pizza adalah masa keluar dengan Marcos dan Lia. Ingat lagi dah pukul 8 malam sanggup dari Serian turun ke Kuching pergi makan pizza. Sweet memory with both couple :) Kalau pizza murahan, yang jual saiz kecik, paket dalam plastik, selalu jual dekat kantin sekolah, baru je makan beberapa minggu lepas.

5) Lagu terakhir yang anda dengar.

Ending buletin utama. Haha. Shinee-Ring Ding Dong and SuJu-Bonamana.

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Ulang-alik ke TV tengok Mentor.

7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?

Hmm..along (kalau kat rumah & antara saudara mara), boy (aku taknak tulis tapi nama ni yang terlintas haha), RS (singkatan), Taqwa (sorang dua pggl nama ni), harisu-sama, harisu, pakcik and ntah..

8) Tag orang , siapa yang nak kena tag?

Saya nak tagged orang-orang baru pulak:

1. Hairi

2. Azman

3. Hanyss Jong

4. Miss Choc

5. Siti Nur Huda Husna

9) Siapa orang number 1 pada anda ?

Ajnabi~ Haha. No lah,best friend. Wpun tak berapa rapat (yeke? aku pun tak ingat) dan jarang contact, tapi aku appreciate sangat kau sudi kawan dengan aku masa dekat sekolah dulu,wahh!

10) Katakan sesuatu pada orang number 5.

Err,saya suka bahasa blog anda. Rasanya anda tak kenal saya tapi saya follow blog anda.

11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?

Dengan mas. Hubungan persahabatan lah..

12) Bagaimana pula dengan number 2 ?

Azman, kau ada hubungan dengan sape hah? Kau curang eh! Haha.

13) Kata - kata cinta pada orang number 4.

Err...I lap U. (kidding!) Thanx for the award! (Sempat~) Hehe.

14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag.

1. Hairi: Tinggi,diam-diam ubi berisi (dalam maksud ni :P) & pandai buat kerawang!

2. Azman: Melaka sangat, berjaya menemukan aku dengan somebody and so ver-react about visiting Korea,with me! Haha. Ye-yo-oo je~

3: Hanyss: Hmm beliau kawan Mas, nama samaran Puteri Lindungan Bulan dan baru-baru ini jadi follower blog ni,tQ ya!

4: Miss Choc: Kenal dari Group 89 Friendster, from Serian dan kawan Bob (tu je yang terfikir skrg)

5: Siti Nur Huda Husna: Jumpa blog ni masa blog-walking dan bahasa yg digunakan kelakar.


and last but not least thanX Rayme sebab sudi tag blog ni :) Not to mention, 'paksa' aku suruh buat haha! Hope that U satisfied.

Saraf terbelit

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, June 13, 2010 | | 2 kiriman komen »

Sila abaikan entri sebelum ni. Nak buang sayang pulak sebab ia adalah kenangan manis hahaha! *tounge* Anyway thanx a lot to my ex-roommate Danial dan Padin (I just read your comment,thnx :) ) yang memberitahu result penyerapan ke program ijazah belum keluar lagi,RUPANYA! Kalaulah aku bertanya sebelum post....... Haha! Anggap jelah that previous entry dari seorang student yang semangat nak sambung degree. Well, kalau pandang dari sudut yang positif, perkara ni adalah insiden yang memalukan paling latest yang boleh dikongsi kalau ada yang tanya "Hey,apa peristiwa/insiden yang paling memalukan dalam hidup anda baru-baru ni?" Masa tu aku akan jawab "Saya dengan penuh keterujaan dan excited-nya telah menge-post entri tentang status permohonan masuk ke degree yang sebenarnya belum pun keluar. Tak cukup dengan itu, saya juga publish ke Facebook yang mana semua orang boleh baca dan gelakkan simple and silly mistake yang saya telah buat." Sejurus selepas itu aku pun tutup maka (darah dah mula naik,malu), geleng kiri kanan, bertempik, buka balik, dan gelak.

Nasib baik aku masih rasional. Sorry ya atas kekecohan yang berlaku. Entah kenapa aku macam tu (merujuk kepada entri semalam yang terburu-buru). Probably because aku ada banyak benda nak kena hadap. Benda-benda yang aku dah plan untuk future aku sendiri, specifically for 2010-2014. Siapa pun akan melatah bila ada perkara-perkara yang halang plan jangka masa panjang mereka. Aku guna 'melatah' sebab maksud latah itu adalah mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat (Sumber: Kamus Dewan Edisi Ketiga), jadi lebih kurang macam tulah kes aku. Terperanjat, tapi ia temporary saja, lepas tu cool balik.

Cover malu sebenarnya ni :P