Racistkah lagu Negarakuku?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, September 02, 2010 | | 2 kiriman komen »

Mesti korang semua pernah dengar lagu ni kan? Aku pun pernah tapi waktu tu aku tak faham sepatah haram pun. Aku ingat lagi, kalau tak silap aku dengar ni dekat kedai-kedai elektronik. So, tadi aku search YouTube & found this video clip.

Aku cuma sentap part azan tu je. Oh yang tu aku harus cakap, VERY THE SENSITIVE.

Hal-hal lain lantak Namawee lah, lirik dia.

Tapi, racist ke video clip ni? Wo konfius mehh~ Waaaa...

Nota besar punya: Please, betul-betul perlukan opinion rakyat Malaysia. Racistkah video clip ni? Sila tinggalkan barang sepatah komen. SanQyu.


Say NO to RASICM in Malaysia

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, September 02, 2010 | | 2 kiriman komen »



Racist.

Terus-terang aku cakap, aku bukan racist. Maksudnya aku tak membeda-bedakan hak, budaya, agama, warna kulit, fahaman, ajaran dan sebagainya, bagi kaum Melayu, Cina dan India terutamanya. Dan susunan tadi tu pun bukan racist. Mungkin kesan belajar Sejarah. Yang pasti aku sayangkan perpaduan dan keharmonian jadi sebab itu aku rasa perlu untuk saling hormat-menghormati sesama bangsa.

Tapi aku boleh jadi racist. Pertikaikan hak, diskriminasi atau kutuk budaya, fahaman dan sikap sesuatu bangsa umpanya. Hanya bila, sesuatu bangsa tu mula racist. Biasanya bila keadaan kritikal & mood aku tengah tak stabil. Tapi jaranglah. Betul,jarang!

Kadang-kadang tu memang tak dapat nak elak untuk dengar benda-benda macam ni.

"Cakap belit-belit macam India".

"Bawak kereta macam India mabuk".

Bukan aku yang cakap, orang lain yang cakap.

"Busuk macam Cina".

"Makan berbunyi macam orang Cina".

"Kaki atas meja macam orang Cina".

"Kau beli barang kat kedai orang Cina, kau cakap bahasa Cina, confirm dapat murah"

Tipulah kalau korang tak pernah dengar.

"Melayu pemalas, kerja nak rilex je".

"Melayu tak sedar dek untung, tahu nak mengutuk kerajaan je, dapat subsidi habis ke tempat tak berpekdah".

"Rogol, ragut, buang anak, seks bebas, dadah dan senaraikan ajelah gejala-gejala negatif, MOSTLY Melayu".

Semua ni aku tak reka okey. Semua ni dah macam identiti sesebuah bangsa. No offences. Ni bukan ayat-ayat orang racist. Jadi terima jelah kenyataan. Tak payahlah nak bertumbuk untuk benda yang betul.

Ini ada satu joke yang aku nak kongsikan, just for laugh:

Can or Not?

Tun Dr. Mahathir was about to send the first Malaysian rocket into space. 3 potential astronauts were called for an interview - one Indian, one Malay and one Chinese. Tun interviews the Indian first.

"So, Muthu, this is a dangerous mission... how much do you think you should be paid for it?"

Muthu thinks to himself and says, "1 million ringgit."

"Why so much?" asks Dr. M.

"Nowadays toddy wery expensive, Datuk..." replies Muthu.

"I see," said Dr. M. "Thank you... please ask the Malay guy to come here."

So the Malay walks up, and is asked the same question.

"Uh... 2 million boleh lah," replies the Malay applicant.

"2 million? That's a lot of money! Even the aneh before you only asked for one million!"

"You see, Datuk," explained Mat. "I have 4 wives and 15 children...so, 20 of us in the family, we need a lot of money to support ourselves..."

"I see," said Dr. M. "Okay, can you ask the Chinese guy to come up here now?"

The Chinese guy comes in and Dr. M asks, "Ah Chong, this is a dangerous mission... how much do you think you should be paid?"

Ah Chong thinks for a while, and suddenly says, "3 million."

Mahathir is shocked. "WHAT?!?! 3 million? Why so much?!"

Ah Chong beckons Dr. M to come closer, and whispers, "One million you keep, one million I keep, and then one more million to send the aneh into space."

**end**

So kita yang dah besar-besar panjang ni kene tunjukkan teladan yang baik dekat adik-adik, dekat anak-anak supaya keamanan Malaysia dapat dikekalkan. Kita kena bersyukur betapa uniknya Malaysia, walaupun ada berpuluh-puluh kaum tapi dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera. (Alamak ayat dah macam karangan SPM pulak puji-puji Malaysia segala nak dapat markah lebih). Ya memang ada kes-kes kecil pasal racism, tapi kecil.

Lagipun perkara yang kecil tak perlulah nak diperbesar-besarkan. Media sila main peranan! Jangan nak sebar cerita panas je, fikir kesan jangka masa panjang.

Jangan main dengan mancis, terbakar rumah nanti.

Aku sayangkan Malaysia, korang? Hmm kerut dahi fikir dalam-dalam.

Salam.



Lelaki cantik & Perempuan gagah

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, August 23, 2010 | | 4 kiriman komen »

Salam ramadhan readers!

Sempena ramadhan al kareem ni tiba-tiba aku rasa nak buat pahala sikit dengan berkongsi ilmu dengan pembaca-pembaca sekalian tentang bagaimana seorang lelaki itu boleh jadi cantik dan seorang perempuan itu boleh jadi gagah di mata orang lain. Huhu macam ntah apa-apa je kan. Punyalah banyak topik boleh dikongsi tapi yang ni jugak yang aku pilih *sigh*. Entah-entah korang dah pernah baca, haha! Actually ni pun aku terbaca dekat notice board surau (nama terpaksa dirahsiakan *tongue*) Gigih tuh snap picture sebab kebetulan kejar masa nak pergi bazar. Dah tu terpaksa coverline sikit, kebetulan masa snap tu ada pulak sorang brother masuk, adeyh segan2. Walau bagaimanapun topik ni langsung takde kene mengena dengan genetik ya anak-anak. Dan tak mainlah suntik-suntik hormon nih. Tak kuasa aku nak bincang benda-benda sains ni, kang korang komen tanya itu ini b'peluh-peluh aku nak jawab. Kalau aku bijak bestari hal-hal sains ni takpe jugak.

So, macam mana ya lelaki nak jadi cantik? Secantik Preity Zinta mungkin..atau Rosnah Mat Aris? *Pengsan* Haha. Hmm menurut kertas kuning yang aku tengah tilik melalui skrin handset buruk aku ni, kecantikan lelaki bukan diukur melalui rupa paras sebaliknya pada murni rohani. Mesti korang semua nak kata clishe kan? Lantaklah, dah tu yang tertulis kat kertas ni. Berikut adalah contoh-contoh lelaki cantik:

1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3. Lelaki yang memberi madu selepas dirinya diberi/menerima racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada

5. Lelaki yang baik sangka

6. Lelaki yang tidak pernah berputus asa

Hmm aku ada 1,2 je *konfiden* ciri-ciri kat atas ni..so..tak cukup 'cantik' *hampa*. Haha kidding guys, biar mereka yang cukup kenal dengan aku yang menilai.

Next, untuk kaum Hawa pulak, kegagahan diukur pada kekuatan perasaan dan bukannya pada ketul-ketul otot di lengan dan perut. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah isteri Nabi Muhammad S.A.W adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Perempuan yang gagah adalah:

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Hmm untuk ladies nampaknya macam more to benda-benda yang sayat kan? Time aku taip ni aku asyik terbayang-bayang Datuk Maznah Hamid, entah kenapa ntah, tapi no takde kaitan, abaikan.

So, to conclude,...

Err selamat menjalani ibadah puasa!



Gila.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 08, 2010 | | 0 kiriman komen »

Senyum sebab gagal dapat pinjaman PTPTN.

...

Sometime aku rasa something wrong dengan badan-badan yang offer pinjaman/biasiswa ni. In terms of their syarat-syarat layak memohon dan layak dapat khususnya. Tak fair. Entahlah maybe aku kurang mengkaji :)

...

Hmm tak dapat PTPTN..macam manalah life aku sem ni ek, I wonder~

:)



Alir air perasaan

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 08, 2010 | | 2 kiriman komen »

Perasaan itu umpama cecair yang berperisa.

Kadang-kadang hati diisi cecair berperisa sedih, sebak, pilu, syahdu, sendu, duka, lara, benci.

Berkocak-kocak. Berombak-ombak. Dalam bekas bernama hati.

Tidak lama kemudian, cecair itu surut, mengalir keluar.

Lalu diganti dengan cecair berperisa tenang, tenteram, aman, suka, gembira, sayang.

Begitulah seterusnya. Cecair-cecair ini mengalir masuk dan keluar.


Perisa-perisa itu aku yang tentukan.

Aku yang mainkan perasaan aku sendiri.

Oh, macam tu.. :)


Nota: Setiap kali bangun pagi aku akan rasa sedih. Begitu juga setiap kali keadaan sekeliling aku hening tanpa suara-suara manusia. Hmm.

Nota lagi: Risau. Langsung takde semangat nak belajar.

Nota lagi: Tadi terbaca status Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM), beliau tulis "UiTM sentiasa di hatiku & dalam darahku UiTM mengalir". Wahh..over :D As for me, no comment. Tunggu aku dah selamat bergraduate baru aku keluar statement.


SuJu (Bonamana) ft SHINee (Lucifier)

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 01, 2010 | | 4 kiriman komen »



I just discovered this video yesterday night. It was a really superb combination! (compare to other vid made by this person) I feel like I was watching them fighting over girl attention (based on the lyrics) by dancing and singing energetically.

Good job! I wish I have the skill to remixing or mixing music too, hoho.

Nota: Boleh je nak buat cuma takde software,lalala. Kalau bminat dengan lagu ni,klik RS good luck untuk awak!


4th week: 3 YEARS

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, July 31, 2010 | , | 7 kiriman komen »


Bila aku fikir, again & again & again & again & again & again & again.. 3 TAHUN.. Lamanya...

Ish, tak tahulah macam mana aku nak survive. 5hb nanti genap sebulan. 1 bulan dari 36 bulan. 4 minggu dari 156 minggu (roughly). 30 hari dari 1095 hari (roughly). Ah melampau lah pulak nak kira ikut jam, minit dan saat.

Hmm.

Kalau dapat 2 TAHUN SETENGAH kan best. Walaupun lebih kurang je tapi entah, dari sudut psikologi, 'setengah' tu mententeramkan jiwa, nampak macam sekejap, bagi aku lah, dan 'nombor 2' tu akan buat aku bersyukur sangat-sangat sebab at least ia bukan nombor 3, tempoh yg sama waktu aku diploma dulu. Kira macam 'Oh kurang sikit daripada diploma, okey sangat ni!'

Okey, dah terluah dah pun. Ni gara-gara tension tengok most subjek kena amek balik lah ni, ingatkan dah tak jumpa dah. Pastu gara-gara offer untuk buat 2 tahun setengah minggu lepas nampaknya cuma akan memberi penderaan mental sebab jadual akan packed gila and ditambah pulak dengan OBE-SCL system ni, semua pun jadi kecut nak setuju dengan offer tu. Ingatkan ada sinar ceria disebalik offer tu tapi sinar gelita yang datang. Sinar yang kalau dia tak datang mula-mula pun takpe sebab dia dah buat aku happy2 and then down se-down-nya.

Ya Allah kuatkanlah semangat aku.


Note: Readers, please forvige me that you have to read this nonsense babling talk. It takes time for me to adapt myself with this new life. Peace (-__-) v