Rattus rattus si tikus..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, May 18, 2009 | | 3 kiriman komen »

Hehe.. Rattus rattus.. nama saintifik tikus bumbung (roof rat)..mungkin ada kaitan atau tidak ada kaitan atau ada sikit kaitan atau tiada kaitan langsung dengan penyakit Leptospirosis.. Meningitis pulak..nape ada kat Melaka je ek? Entah,sampai sekarang aku musykil dan cuba carik maklumat sahih itu.

Seperti yg dijanjikan kali ni aku nak share sikit info relating Leptospirosis and Meningitis yang tetibe jek happen kat Msia baru-baru nih..

Leptosirosis

+ Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria leptospira iaitu bakteria yang disebarkan melalui najis haiwan seperti tikus.

+ Selain itu,bakteria Leptospira boleh didapati dalam air kencing haiwan mamalia yang dijangkiti bakteria tersebut seperti kucing,anjing,lembu,kambing,babi dan kuda.

+ Kita boleh dijangkiti sekiranya terdedah secara langsung dengan air yang tercemar dengan air kencing haiwan yang dijangkiti virus tersebut contohnya ketika banjir. Kita juga boleh dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan yang dijangkiti virus tersebut. Mungkin apabila kita tidak menjerang air sebelum minum atau makanan dibasuh atau diproses menggunakan sumber air yang tercemar.

+ Tanda-tanda. Pesakit boleh mempunyai gejala seperti demam,sakit kepala,loya serta muntah-muntah,sakit otot,kemerahan pada mata,ruam kulit,sakit pada abdomen,batuk,sakit pada betis,jaundis (mata kekuningan),dan air kencing berwarna kehitaman (seperti air teh O yang pekat)..erk yukkss tapi tulah hakikatnye huhu.

+ Langkah-langkah pencegahan. Jagalah kebersihan rumah dan tempat perniagaan (kantin atau premis makanan atau kilang pemprosesan bahan mentah). Tutup serta tudungkan makanan supaya terhindar daripada tikus. Selain itu,cuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan,sebelum makan dan selepas menggunakan tandas. Juga,cuci tangan,kaki serta anggota badan yang lain dengan sabun selepas bekerja di kebun,menguruskan sampah dan membersih rumah selepas banjir. Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna. Jangan bermain air dan lopak dan segera dapatkan rawatan jika ada simptom-simptom jangkitan.

Meningitis

Tak banyak yang aku tahu pasal Meningitis ni..tapi kata kunci untuk penyakit ni adalah radang atau inflammation pada otak dan saraf tunjang..tu jerk yang aku tahu. Penyebab penyakit nih adalah bakteria meningococcus Neisseria meningitides dan berjangkit secara langsung via titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mungkin korang sumer boleh surf dari web2 yang ader autoriti huhuhu.. Takut salah bagi maklumat,huhu..

End.

3 kiriman komen

  1. ++huDazaMRi++ // Tuesday, May 19, 2009 2:18:00 AM  

    ko sedar x..mcm2 peyakitkan sekarang..menakutkan...

    hehehe..ble bc blog ko nie mcm bc note2 je..tp,bagus laa..rajin ko nie ek..hehehee

    so,dah ready nak berpaktikal???
    korg mst byk wat kajian ttg peyakit2 nie kan..??

  2. rayme // Tuesday, May 19, 2009 9:19:00 AM  

    haris. yolong carikan ape efek nyer kat kite..

  3. harisu-sama a.k.a RS // Thursday, May 21, 2009 7:56:00 AM  

    huda..
    taw xper..agak menakutkan sebab severity penyakit2 nih sampai bwk maut..

    macam note ek? haha..alah maklumat pasal leptospirosis nih aku amek dari hosp..tp aku ader gak tambah2 gune yg ktorg blaja dalam lecture,huhu.

    praktikal? huhu..ntahlah..skunk nih gile bercuti jek,hehehe..