gambaran gambar

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, July 26, 2009 | | 9 kiriman komen »

hanya dengan melihat foto aku,bagaimana mungkin kau 'baca' aku?

tak betul tu. tak boleh nilai aku berdasarkan foto semata-mata.

tak betul juga mengagumi atau mendekati aku hanya kerana foto aku itu cantik/kacak. apatah lagi membenci atau mengendahkan aku disebabkan foto yang kurang menarik.

apa yang ada dalam foto itu tak semestinya benar. mungkin sengaja dicipta. mungkin juga telah ditokok-tambah.

mungkin juga ianya benar. tiada tokok-tambah. memang asli.

alah, aku juga kadang-kadang tertipu dengan gambar aku sendiri. gambar kau dan orang lain juga. asli atau tak asli. gambaran kau di luar foto. semua itu buat aku berfikir.

lihat, banyak kemungkinan. yang akhirnya menentukan untung dan rugi dalam perhubungan.

perlu faham, siapa pun akan kongsikan foto-foto yang tampak cantik/kacak/menarik/bergaya/lain daripada yang lain. cuma pendapat individu mungkin berbeza.

kau yang sedang membaca ini mungkin faham. tapi aku yang tak faham. sebab nasihat ini aku bisikkan pada aku sendiri. hehe.

tak faham? baca berulang-ulang dan tatap lama-lama gambar kau. lihat siapa kawan-kawan yg berkawan dengan kau di ruang maya Friendster, MySpace, Facebook, Hi5, Tagged dan lain-lain.

sekarang terpulang, kau nak angguk atau geleng?

tamak atau risau tak cukup?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, July 26, 2009 | , | 11 kiriman komen »




Istilah tamak dengan risau tak cukup nih korang rasa bawak maksud yang sama tak?

Atau..boleh jadi sama?

Aku rasa sama.

Akulah si TAMAK. Aku jugaklah si penghidap masalah RISAU TAK CUKUP ni. Haha!





Ni semua kes masak nasi goreng ikan bilis terlebih-lebih tengah hari semalam..ngan masak bubur nasik terlebih-lebih pukul 9 malam semalam. *dah tu je aku reti masak* Macam masak untuk 3 orang makan, wakaka! Sedangkan aku seorang..atau mungkin 2 orang..atau bertiga..*penjodoh bilangan untuk hantu bukan ekor ke?*

Mungkin jugak disebabkan sindrom yang aku alami buat sekian lamanya.. TAK PANDAI MENGAGAK! *mengagak sukatan dan jarak..dua nih masalah aku sampai sekarang*

Alahai Haris.. Now baru sesuai untuk simpati kat aku.. Sebut 'alahai' sumeeerrr!!

Jadi tabiat pulak dah..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, July 25, 2009 | , | 4 kiriman komen »


Huhuhu aku tak tahulah kenapa..but lately aku cam jadik stalker plak. Terhendap-hendap. Mengintip-ngintip. Jalan pon pelan-pelan so that derap kaki aku atas papan rumah sewa besar ku ini tak berbunyi haha!

Tabiat sejak dua menjak nih.. Baru perasan err..baru tadi kot perasan. Bangun je pagi aku dah terhendap-hendap dekat celah pintu utama rumah sewa besar ku ini. Pintu kayu yg merekah-rekah tu spot yg sesuai utk org luar dan dalam mengintip. Tak main dah curi-curi tengok bayang dari celah bawah dan tombol pintu kui3.. Well, aku terjangkit ngn kanak-kanak ribena yang suka bertandang ke rumah ni..untuk main-main. Mereka akan intai-intai dari celah atau rekahan pintu tu dan panggil untuk bukak pintu tuh. So jangan haraplah aku nak menyorok.. Bijak betul.. Fikir-fikir balik bahaya sebenarnya huhu.

Rumah papan jadi banyak lah celah-celah yg tak berapa nak bersambung. Tak kira lah di dinding maupun lantai. Cara aku gambarkan macamlah teruk sangat but actually no. Rumah ni cantik. Nanti aku postkan gambar. Cuma biasalah..adat rumah binaan papan kot..ada ruang-ruang tak bersambung ni.

Berbalik balik pada tabiat aku tadi..selalu jugak aku mengintip dari tingkap. Tapi kalau nak tengok yang dekat-dekat..yang jarak tak sampai 1 meter, langkah bijak aku adalah intip dari celahan papan nih tadi. Haha..kreatif tak kreatif nya aku. Terutama bila malam..tak eloklah kalau selang 1 jam aku akan pandang ke luar dan tengok-tengok dengan pandangan mencurigakan melalui tingkap. Jadi spot paling baik..tengok dari celah-celah papan tulah.

Bukan ngintip anak dara orang..
Bukan nak bergosip pasal jiran-jiran..
Bukan nak cari keburukan dan kekurangan jiran..
Bukan nak sorok-sorok kesalahan atau perbuatan jahat *terbunuh orang dan sedang berusaha menyorokkan mayat*

Aku juz..automatik buat.

Mungkin sebab aku dalam misi menyembunyikan diri dari kanak-kanak ribena yg selalu datang ke rumah tak kira aku nih penat ke ape..dah makan ke belum..suka ke tak suka dorang kacau-kacau barang dalam rumah ni esp barang-barang berharga..atau rela ke tak korbankan masa rehat/tidur untuk ajar dorang matematik dan sc.. Kebetulan plak kereta takde..*sebab housemate takde..sila rujuk kembali post sebelum ni* Ahh, tapi budak-budak nih cerdik..bunyik tv mana dapat aku slowkan..mampus tak dengar. Dah tu kalau malam..takkan aku sanggup nak bergelap semata-mata nak sorok haha! Keje gila..

Mungkin jugak sebab aku malas nak budak-budak tu datang. Jauh kat sudut hati aku, aku nak dorang datang..esp bila keadaan aku dah mcm ni, ALONE! Cuma..ntahlah...kalau dorang datang nanti, tak dapatlah aku on laptop. Ade je cara dorang memujuk aku untuk main game dan sebagainya. Dahlah weekend nih jek masa terluang aku meng'online'kan diri.. Aku serba salah. Dorang anggap aku mcm abg..atau kawan tapi aku tak respond mcmtu..haih~ *aku akan fikirkan jalan utk masalah ni*

Atau mungkin jugak..aku nak tengok keadaan jiran-jiran aku. Aku akui..aku dikelilingi rumah-rumah kampung yang aku boleh kategorikan mereka sebagai golongan yg susah dan..kurang pengetahuan. Kadang-kadang aku terasa yang rumah sewa aku nih lagi cantik dan besar dari rumah jiran-jiran yg lain. Hidup aku lagi mewah daripada dorang. Kott la haha! Jadi mungkin dengan menghendap kehidupan mereka..aku boleh faham situasi mereka, dan menjawab teka-teki yang kadang-kadang berlegar-legar di fikiran..contoh macam..

"Kenapa mak dia nih asyik maki hamun anak-anak dia??"

"Sapa mak budak nih..ayah dia dah meninggal ke?"

"Kenapa ada kereta wira putih akan datang kat rumah ni tengah-tengah malam buta?"

Jadi..tabiat ini mungkin akan melekat kat aku untuk tempoh terdekat nih. Baru sekejap tadi aku jengah ke luar, pandang rumah depan ni tanpa apa-apa tujuan. Haha..pelik~

Weekend yang lapang..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, July 24, 2009 | | 6 kiriman komen »


Minggu ketiga berpraktikal.

Weekend kali ketiga aku berseorangan di rumah. Weekend pertama aku keseorangan.. Weekend kedua pun sama dan weekend kali ini juga serupa. Housemate, Marcos balik kampung gerek (awek) dia di Lundu. Aku tunggu bakul-bakul durian yang kau janjikan wakaka! Didi pulak tak tahulah kenapa suka sangat balik kampus. Malaslah aku nak balik kampus.. Hidup menumpang dan kehulu-kehilir macam pelarian bukan kegemaran aku hahaha! Better aku duk umah layan astro yang baru dipasang Jumaat lepas. Kalau aku rajin, macam biasa aku akan kemas rumah nih huhu. Cuma yang tak bestnya bila malam menjelma..aku terasa..err..seram~ Adalah sikit-sikit cerita lawak bagaimana aku mengatasi rasa takut itu hahaha! Mereka yang layan Facebook faham,kott.. Dan bila sengsorang nih aku malas gila.....nak masak! Ye r..makan sorang kott.

Erk, aku bercerita macamlah aku selalu update bllog nih Yup, dah lama tak update blog. Banyak sangat perkara nak ditulis sampai tak tahu nak mula dari mana. *Terskemakah ayat aku??* Hahaha! Aku cubalah kongsi beberapa perkara dalam weekend nih, since aku tersangat 'lapang'..

Apa yang korang nak tahu?? Roger2 lah...

Trouble Is A Friend

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, July 17, 2009 | | 6 kiriman komen »

Dunia baru

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, July 11, 2009 | , | 12 kiriman komen »

Peace upon you.

Lama tak update blog. First of all it's bcoz I'm so busy lately..dah masuk semester baru,dan sebenarnya dunia baru,iaitu dunia berpraktikal. Berbeza dengan kehidupan biasa aku dalam semester 1 hingga 4..kini aku berhadapan dengan dunia sebenar. Dunia pekerjaan. Praktikal ni beri gambaran bagaimana aku akan jadi bila keluar nanti. Kalau bagus performance aku sekarang maka baguslah performance aku bila kerja betul-betul nanti..kott. Haha ada kott lak! Ntahlah..buat masa ni aku tak dapat manifestasikan perasaan aku tentang dunia baru ni. Insya Allah akan datang aku akan kongsi rasa,fikir,lihat dan dengar aku sepanjang tempoh setahun ni.

Setahun?
Yup. Kepada sesiapa yang sedang atau akan atau sedang mempertimbangkan mengambil Diploma Kesihatan Persekitaran a.k.a Diploma in Environmental Health ni,pada semester 5 dan 6 iaitu tahun akhir korang,korang akan rasa dunia baru ni,yang aku rasa sekarang r. Jadinya,setahun lah.. Tanpa cuti semester dan buat masa ni..tiada elaun. Kalau kat UiTM laa.. U len aku tak taw huhuhu.


Takde cuti??

Takde elaun??


Gila apa?! Kejam gilaaa!

.
.
.

Haha,tu nanti2 r aku story.


Sebab kedua aku lambat update adalah kerana aku takde broadband or kat umah sewa aku ni takde wireless huhuhu. Sekarang ni pon pinjam broadband kawan. Byr tong2 r sebab aku nyebok guna gak haha. Thnk God Marcos jadik housemate aku...dia ada kete,ada broadband,ada byk duit (erk?? haha) dan byk lagi hehehehe. Bukan nak amek kesempatan ke apa,juz dunia baru aku ni jadik mudah sikit. Beban aku kurang sikit. So berterima kasihlah kepada Marcos aku dapat update blog nih hehehehe.

Oklah..saja nak nyatakan sebab nih. Kering idea,tak tahu nak tulis apa. Byk sgt yg berlaku sejak aku masuk rumah sewa ni Ahad lepas (5hb Julai 2009) dan start dunia praktikal secara rasminya di Hospital Serian,Sarawak pada Rabu lepas (8hb Julai 2009). Segalanya rumit dan sulit haha! *maksudnya? aku pon tak tahu hahaha! saje nak guna ayat tuh*

Jadi setahun bermula sekarang,aku akan story apa2 je tentang dunia baru aku ni. Sorrylah kalau-kalau nanti cerita2 tu berbentuk akademik hahaha.

Habis sudah~