Jadi tabiat pulak dah..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, July 25, 2009 | , | 4 kiriman komen »


Huhuhu aku tak tahulah kenapa..but lately aku cam jadik stalker plak. Terhendap-hendap. Mengintip-ngintip. Jalan pon pelan-pelan so that derap kaki aku atas papan rumah sewa besar ku ini tak berbunyi haha!

Tabiat sejak dua menjak nih.. Baru perasan err..baru tadi kot perasan. Bangun je pagi aku dah terhendap-hendap dekat celah pintu utama rumah sewa besar ku ini. Pintu kayu yg merekah-rekah tu spot yg sesuai utk org luar dan dalam mengintip. Tak main dah curi-curi tengok bayang dari celah bawah dan tombol pintu kui3.. Well, aku terjangkit ngn kanak-kanak ribena yang suka bertandang ke rumah ni..untuk main-main. Mereka akan intai-intai dari celah atau rekahan pintu tu dan panggil untuk bukak pintu tuh. So jangan haraplah aku nak menyorok.. Bijak betul.. Fikir-fikir balik bahaya sebenarnya huhu.

Rumah papan jadi banyak lah celah-celah yg tak berapa nak bersambung. Tak kira lah di dinding maupun lantai. Cara aku gambarkan macamlah teruk sangat but actually no. Rumah ni cantik. Nanti aku postkan gambar. Cuma biasalah..adat rumah binaan papan kot..ada ruang-ruang tak bersambung ni.

Berbalik balik pada tabiat aku tadi..selalu jugak aku mengintip dari tingkap. Tapi kalau nak tengok yang dekat-dekat..yang jarak tak sampai 1 meter, langkah bijak aku adalah intip dari celahan papan nih tadi. Haha..kreatif tak kreatif nya aku. Terutama bila malam..tak eloklah kalau selang 1 jam aku akan pandang ke luar dan tengok-tengok dengan pandangan mencurigakan melalui tingkap. Jadi spot paling baik..tengok dari celah-celah papan tulah.

Bukan ngintip anak dara orang..
Bukan nak bergosip pasal jiran-jiran..
Bukan nak cari keburukan dan kekurangan jiran..
Bukan nak sorok-sorok kesalahan atau perbuatan jahat *terbunuh orang dan sedang berusaha menyorokkan mayat*

Aku juz..automatik buat.

Mungkin sebab aku dalam misi menyembunyikan diri dari kanak-kanak ribena yg selalu datang ke rumah tak kira aku nih penat ke ape..dah makan ke belum..suka ke tak suka dorang kacau-kacau barang dalam rumah ni esp barang-barang berharga..atau rela ke tak korbankan masa rehat/tidur untuk ajar dorang matematik dan sc.. Kebetulan plak kereta takde..*sebab housemate takde..sila rujuk kembali post sebelum ni* Ahh, tapi budak-budak nih cerdik..bunyik tv mana dapat aku slowkan..mampus tak dengar. Dah tu kalau malam..takkan aku sanggup nak bergelap semata-mata nak sorok haha! Keje gila..

Mungkin jugak sebab aku malas nak budak-budak tu datang. Jauh kat sudut hati aku, aku nak dorang datang..esp bila keadaan aku dah mcm ni, ALONE! Cuma..ntahlah...kalau dorang datang nanti, tak dapatlah aku on laptop. Ade je cara dorang memujuk aku untuk main game dan sebagainya. Dahlah weekend nih jek masa terluang aku meng'online'kan diri.. Aku serba salah. Dorang anggap aku mcm abg..atau kawan tapi aku tak respond mcmtu..haih~ *aku akan fikirkan jalan utk masalah ni*

Atau mungkin jugak..aku nak tengok keadaan jiran-jiran aku. Aku akui..aku dikelilingi rumah-rumah kampung yang aku boleh kategorikan mereka sebagai golongan yg susah dan..kurang pengetahuan. Kadang-kadang aku terasa yang rumah sewa aku nih lagi cantik dan besar dari rumah jiran-jiran yg lain. Hidup aku lagi mewah daripada dorang. Kott la haha! Jadi mungkin dengan menghendap kehidupan mereka..aku boleh faham situasi mereka, dan menjawab teka-teki yang kadang-kadang berlegar-legar di fikiran..contoh macam..

"Kenapa mak dia nih asyik maki hamun anak-anak dia??"

"Sapa mak budak nih..ayah dia dah meninggal ke?"

"Kenapa ada kereta wira putih akan datang kat rumah ni tengah-tengah malam buta?"

Jadi..tabiat ini mungkin akan melekat kat aku untuk tempoh terdekat nih. Baru sekejap tadi aku jengah ke luar, pandang rumah depan ni tanpa apa-apa tujuan. Haha..pelik~

4 kiriman komen

  1. Balqis Riza // Saturday, July 25, 2009 7:59:00 PM  

    adohai..hahaha
    aku rasa kesian kt ko..kah3

    cari la keje elok sket ye

  2. harisu-sama a.k.a RS // Saturday, July 25, 2009 8:47:00 PM  

    hahaha...aku nak keje sambilan kat satu supermarket nih tp cam susah r..ofis hour aku dah cukup memenatkan dah..

    xpe..stalking nih boleh jd baik,boleh jadi buruk..

  3. syaira rosland // Sunday, July 26, 2009 12:31:00 AM  

    alahai..hahaha..

  4. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, July 26, 2009 8:13:00 AM  

    lawak sgt ke? kui3~