Gambar dicilok dari blog Suanie.net
Pernah makan Butterscotch bread tak? The one of Gardenia's product? Huu sedaaaaap. Rasa macam sebuku roti ni boleh habis dalam masa 30 minit. Rakus nih. Lapar. Dan perut tengah memulas ni sebenarnya tapi setakat ni masih okey, belum ada tanda-tanda penyahtinjaan bakal berlangsung.
Okey sebenarnya perenggan tadi takde kene mengena dengan topik. Mungkin sikit jelah, sebab kalau aku tak makan mungkin aku meninggal sebab aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Kalau aku meninggal maka blog ini adalah berpuaka sebab siapa pulak yang update blog ni selain aku, right? Bolehlah bagitahu dekat Uncle dalam rancangan Seekers yang merepek tu, suruh kaji paranormal yang arif berblogging lantas pandai berbahasa Melayu yang kalau diperiksa di Lembaga Peperiksaan Malaysia berkemungkinan dapat gred A. Apakah? Eh,ada lagi ke rancangan Seekers tu? Kalau ada pon baik korang toksah tengok, buang karan letrik je, haha.
Erk, perenggan dua pun takde kene mengena dengan topik. Sorry, sorry, dah lama tak merepek dengan korang, so tak salahkan? Tak annoying kan? Haha, kalau annoyed dengan saya ayuh, tinggalkan blog ni dan pergi main Facebook jauh-jauh, tak paksa awak baca pon~~
Okey, semalam kan hari guru so ibu aku dapatlah dalam 23-25 hadiah berbungkus, maksud aku yang betul-betul nampak cam hadiah, yang dalam kotak ataupun bag, yang ber-wrapping cantik dan sebagainya. Itu belum masuk bunga-bungaan, cupcakes and cake sebab macam bunga tu, ibu aku tinggalkan dekat sekolah (menurut beliaulah) dan macam cake & cupcakes tu aku kompius ibu aku dapat dari mana, dari anak murid ke dari sekolah ke, atau baki makanan yang sekolah provide kat murid (sebab dulu zaman aku sekolah rendah, makanan adalah di-provide oleh sekolah sempena Hari Guru, sangatlah heaven siap panggil lori Milo, lori Gardenia bagai). Tapi mengikut firasat aku, cake & cupcakes itu adalah dari anak murid sebab ibu aku cakap "tahun ni hadiah mewah-mewah".
So sudah menjadi kelaziman adik-adik aku, excluding abang mereka yang selalu tiada di rumah sebab belajar jauh-jauh sejak Form 1 ni, membuka hadiah-hadiah tu seolah-olah tu hadiah mereka. Semalam berbeza sikit, aku tolong. Aku tolong tengok & tolong komen je. Kasi chance budak-budak bukak hadiah, I kan dah besar, you'olz nih..
Now apa yang aku nak cerita adalah budaya beri hadiah pada guru tu.
Kalau korang, korang memang tiap-tiap tahun, everytime ada Hari Guru memang bagi hadiah dekat cikgu-cikgu korang ke?
Korang bagi dekat siapa, dekat guru kelas SAHAJA or guru-guru subjek?
Hadiah macam mana korang kasi?
Hadiah tu guna duit sendiri atau duit parents?
Semua tu kenangan, kan? Semalam aku ternampak-nampak, aku masa kecil, mungkin waktu tu darjah 2, bagi sebiji epal dengan pen warna merah untuk semua guru-guru subjek yang ajar aku untuk tahun tu. Dan of course epal tu beli guna duit ayah, beli murah-murah dekat pasaraya, balut dengan plastik lutsinar corak bunga-bunga merah, dan pen tu pulak adalah pen percuma bentuk love nenek aku kasi, produk Avon.
Haha. Bila ingat balik rasa kelakar. Entah siapa punya idea bagi hadiah macam tu. Dan yang paling aku nak tahu adalah, adakah semangat untuk aku bagi hadiah tu datang dari dalam diri aku sendiri; maksud aku ikhlas, ataupun datang sebab kawan-kawan dok bercerita nak bagi itu, nak bagi ini sempena Hari Guru. Malangnya aku tak boleh nak recall semangat tu, even kenangan darjah 2 ni pun aku teringat dah cukup miracle dah. Entah kenapa memori aku pegang hadiah ni (epal & pen merah) sambil menghadap koridor putih separas kepala aku (masa tu kan aku kecik lagi, hish korang ni), melekat dekat kepala aku. Seolah-olah gambar. Dari sekeping gambar tulah aku korek balik peristiwa sebelum dan selepas. Miracle!
Tapi seingat aku, dah masuk alam sekolah menengah, aku tak bagi dah hadiah-hadiah ni. Maklumlah duduk asrama (alasan). Lagipun sambutan dekat sekolah menengah dulu quite meriah, dari tapak perhimpunan ke dewan besar sekolah, macam-macam aktiviti. Aku nak cakap yang "hadiah hari guru aku adalah kejayaan aku dalam pelajaran" kang, macam berlagak pulak, takpun klise. Cet, padahal ntah pape je result aku tiap-tiap tahun, 'kejayaan'lah sangat, haha.
Semalam saje aku tanya adik-adik aku, macam mana sambutan Hari Guru dekat sekolah masing-masing. Macam-macamlah aku tanya, aktiviti apa, makan apa, makan free ke, cikgu mana dapat paling banyak hadiah, dan etc. Saje suka-suka tanya. Dah tu sempat pulak aku menyindir, masing-masing tak bagi hadiah kat cikgu masing-masing. Dari sebelum Hari Guru lagi aku dah sibuk-sibuk tanya dorang tak beli hadiah ke sempena Hari Guru? Lorat kan aku? Haha. Bukan apa, bagi jelah hadiah, sekurang-kurangnya ingat jugak cikgu tu kat dorang, paling koman pun bertimbang-tara jugaklah cikgu tu nak naikkan markah korang time periksa paper peperiksaan pertengahan tahun nanti. Apalah tu pun Along nak kena ajar ke?
Anyway, petang 15hb aku mesej lecturer fakulti aku, 4 orang semuanya, ucap Happy Teacher's Day dengan sikit ucapan penghargaan. Dua orang je reply balik. Sentap! Terus rasa tak sedap hati, macam manalah result aku semester lepas. Petanda-petanda buruklah tu. Waaaaaa...!!
0 kiriman komen
Post a Comment