You're Beautiful

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, May 06, 2010 | | 3 kiriman komen »


Ok lah, memandangkan aku ada banyak masa terluang, jadi aku nak buat review on korean drama yang aku baru habis tonton minggu lepas.

Sebenarnya hati aku tertarik untuk tengok drama ni masa aku window shopping dekat The Spring Mall, Kuching, sehari sebelum aku bertolak balik ke semenanjung. Hajat pada awalnya nak lepaskan rindu makan di food court aleh2 di ajak housemate, Marcos & aweknya, Lia untuk menghabiskan duit menonton Clash of The Titans *kononnya sebab esok aku dah nak balik so apalah salahnya habiskan duit tengok wayang* Well, aku takde masalah pon sebab RM 10 je, hehe, *semua hal dah settle masa tu, kek lapis dah beli, duit untuk bil elektrik, duit minyak untuk aku pergi Airport, duit hard cover project paper and duit untuk apa-apa jelah, semua dah asingkan* dan memandangkan mungkin itu kali terakhir aku menjejakkan kaki ke MBO Cinema yang sangat best *aku harap dapat tengok wayang kat situ lagi!* aku setuju. So on the way nak naik level 3, masuk kejap kedai CD/DVD, tak ingat nama kedai, dan ternampaklah DVD You're Beautiful, duduk sebelah-menyebelah dengan DVD Boys Before Flowers and dua,tiga DVD lain yang mungkin jadi daya penarik kedai kepada pengunjung. Lantas aku terfikir, "Hits ke drama ni?" Yelah,DVD tertentu je yang dipamerkan betul-betul depan muka pintu kedai tu,tentulah ada udang di sebalik batu. Haha,suka hati je guna peribahasa tu,macam tak sesuai *tongue* Jadi aku baca sinopsis, tengok harga, "Oh,tak mampu,tak mampu.." then keluar dari kedai dengan harapan satu hari nanti aku dapat tengok drama tu.

Daaaaaaaaaaaaan...pucuk dicita ulam mendatang, aku yang hampir terlupa bila dekat rumah rutin aku adalah menonton drama online, terjumpa balik cerita ni. Memang tak ingat dah tajuk sebenarnya, ingat sinopsis dan sarung DVD tu je, nasiblah cerita ini hits, so bila masuk website MySoju and Dramacrazy Online, ternampak yang cerita ni tersenarai antara yang teratas atau top.

Jadi untuk pembaca setia blog ni, kalian akan perasan yang aku suka bagi bintang lepas habis menceceh pasal sesuatu drama atau movie. Sebenarnya bintang tu diberi bukan ikut suka hati aku nak letak je. Ada standard tertentu, standard aku sendiri.

1. Pelakon/Lakonan/Watak

Secara keseluruhan, semua pelakon berjaya bawak watak masing-masing. Kebanyakannya adalah pelakon baru di mata aku, kecuali Hwang Tae Kyung (lakonan Jang Geun Suk), mak saudara Go Mi Nam dan Manager Ma. Aku suka watak Go Mi Nam (lakonan Park Shin Hye), jujur, innocent, dan nasib yang menimpa dia buat kita kasihan dan tumpang simpati. Watak Yoo Hei Yi (lakonan UEE), national fairy yang sebenarnya seorang yang pandai berpura-pura baik depan masyarakat dan kamera, dan Reporter KIm, wartawan yang tidak habis-habis menyibuk dan ingin membongkar identiti Go Mi Nam berjaya buat kita sakit hati,geram dan menyampah. Walau bagaimanapun, drama ini akan nampak lebih kemas jika watak kembar, Go Mi Nam (lelaki) dan Go Mi Nyu (perempuan) yang dilakonkan Park Shin Hye jelas. Maksud aku, penonton tak pernah dipertontonkan dua watak itu dalam babak yang sama. Kalau Go Mi Nam keluar, Go Mi Nyu takde. Terlalu mudah. Aku rasa ada je teknik untuk buat dua watak yang dilakonkan pelakon yang sama keluar serentak,cuma mungkin makan masa,makan tenaga. Tapi menariknya, bila dah drama ni habis, aku nampak yang ada kebaikannya pengarah drama buat mcmtu. Kalau dia keluarkan dua watak serentak,aku pasti cerita ni akan jadi lebih berbelit, tiada surprise dan makin banyak episod. Jadi 2/2 bintang untuk aspek pelakon/lakonan/watak.

2. Jalan cerita/skrip

Jalan cerita drama You're Beautiful aku berani kata, biasa sahaja, sudah klise, cuma kelainannya dari segi skrip, aku rasa mampu meninggalkan bekas. Disebabkan genre drama ni romantic and comedy, jadi ianya jadi seimbang bila ada babak-babak sedih. Antara babak sedih adalah Tae Kyung, yang menghidap allergy terhadap beberapa jenis makanan laut terutama udang,debu bunga dan beberapa benda lain, memaksa dirinya makan hidangan udang. Penonton akan sedia maklum hubungan Tae Kyung dgn ibunya Mo Hwa Ran sejak kecil. Mo Hwa Ran tak pernah menghebahkan pada media dan masyarakat Tae Kyung adalah anaknya dan paling teruk, Tae Kyung tak dibenarkan memanggilnya 'mak' sebaliknya 'puan',sehinggalah dia besar. Jadi ada satu flashback, Mo Hwa Ran membelanja Tae Kyung (masa kecil) makan di hotel. Tanpa mengetahui yang Tae Kyung allergi udang, dia tuduh Tae Kyung dimanjakan bapanya dan marah-marah yang makanan tu dia beli khas untuk Tae Kyung. Tae Kyung yang sekali sekala sahaja dapat berjumpa dengan emaknya itu pun memakasa dirinya makan udang tersebut sampai termuntah-muntah. Yang kedua, babak Jeremy menangis sambil menyanyi di telefon bimbit yang dipancarkan terus ke radio. Umum tahu yang Jeremy (lakonan lead singer Ft Island, Lee Hong Ki) ni seorang yang ceria. Sangat ceria! Dialah penghibur, dialah pelawak, dialan penyeri dalam group A.N.JELL. Tapi dalam satu babak yang aku sebutkan tadi dia menangis. Oh,memang sedih babak tu,anda bayangkan sahajalah,seorang yang perwatakannya ceria,kebudak-budakan,lurus,kelakar,tiba-tiba menangis. Baik, yang ketiga, babak-babak Shin Woo (lakonan pelakon baru, Jung Yong Hwa) dengan Mi Nam, kebanyakannya sedih. Aku tak tahulah tapi aku suka kalau dalam dunia realiti,aku jadi pathetic macam Shin Woo. Tapi dia bukan pathetic yang loser or watsoever tp pathetic yang membanggakan dan harus dicontohi. Dan ada beberapa lagi babak-babak sedih lain,terutama yang melibatkan Go Mi Nam, since dia watak utama drama ni.

Tentang skrip yang aku kata meninggalkan bekas di hati,kalian perlu gali sendiri. Ia seakan kita membaca novel cinta romantik. Ada ideologi penulis skrip yang kita pertama kali dengar lantas tertarik dan menjadi trademark sesebuah cerita itu. 2/2 bintang untuk jalan cerita dan skrip.

3. Soundtrack/Background music/Lagu tema/Kesan khas

Semuanya best. Semuanya melekat di jiwa. Paling menarik, setiap watak ada background music mereka, sesuai dengan perwatakan yang dimainkan jadi 2/2 bintang! Boleh download di sini.

4. Moral/Pengajaran/Mesej/Objektif

Pada pendapat aku, moralnya sangat jelas. Bergantung pada setiap individu bagaimana dia temukan moral dan pengajaran dari drama ini. Yang jelas, jika kita sayangkan seseorang itu, jika kita betul cintakan seseorang itu, kita harus bertahan dengannya atau kepadanya sehingga habis upaya kita, sehingga tiada jalan lain untuk kasih,sayang atau cinta kita berbalas, atau sehingga pasangan kita itu sendiri meminta kita berhenti berpaut padanya atau dalam erti kata lain memutuskan untuk pergi. Objektif drama ni juga tercapai, yakni ada romance, ada comedy, memang keduanya ada. Jadi 2/2 bintang untuk aspek ini.

5. Lain-lain

Disebabkan cerita ini berkisarkan hidup artis, jadi aku tertarik dengan pakaian, fesyen dan kehidupan artis popular. Pada pendapat aku, semua itu juga jadi daya penarik drama. Yelah, siapa tak teringin ada kehidupan sebegitu. Kalau diberi sehari mencuba, rugilah siapa yang lepaskan! Hehe. Jadi aku beri 0.5/2 bintang.

Jadi keseluruhannya 8.5 bintang untuk drama You're Beautiful.

Walaupun rating penyiaran at nationwide and Seoul pada kedudukan biasa-biasa sahaja, memenangi beberapa award mungkin sudah cukup untuk mengajak anda semua menonton drama ni. Khas untuk student-student yang sedang bercuti semester dan dilanda kebosanan yang dahsyat aku ucapkan selamat menonton^^.


3 kiriman komen

  1. miszati // Thursday, May 06, 2010 2:17:00 PM  

    u'r beautiful.
    tgok da cite nyh.2kali khatam da kut.tgok mase cuti mid sem ri2.bln 2 kot.
    best ar cite ni.xjemu tgok.
    mmbe y xlyn korea pn suke ngn cite ni.huhu.

  2. Anonymous // Thursday, May 27, 2010 2:26:00 PM  

    citer ni best...
    x tahan time Jeremy tu....
    sk fikir bkn2....
    baru start tgok Rabu semlm....

  3. Anonymous // Friday, July 09, 2010 10:12:00 PM  

    suka sgt cite nie...dah ulang bape kali tgk..hehheheheh