Sesi rakaman sempena Aidilfitri bersama Datuk Siti

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, May 14, 2010 | | 2 kiriman komen »

Peace upon you.

Selamat Hari Jumaat. Kenapalah entri aku banyak ditulis pada hari Jumaat ek? Mungkin sebab Jumaat biasanya aku lapang dari jam aku bangun tidur sampailah minit-minit aku menyiapkan diri ke masjid, solat Jumaat. Harap-harap sampai bila-bila pun macam ni, sebab, Jumaat biasanya moody day, kalau Jumaat ada kuliahlah, hehe.

Apapun, hari ini cuma ingin meng-update memori yang agak manis dalam hidup aku, bertemu dengan artis yang aku minat sedari kecil lagi. Artis ini aku minat bukan pada bakat nyanyiannya dalam pelbagai genre dan bukan pada suaranya yang diumpakan sebagai buluh perindu semata-mata. Tapi, personalitinya, baik luar, baik dalam. Aku rasa, dialah artis pertama Malaysia yang bertakhta di hati aku.

Semalam, aku pergi ke Plaza Alam Sentral Sri Pentas 2 untuk melihat Datuk Siti Nurhaliza, semangat, siap pakai baju melayu sebab katanya rakaman sempena Aidilfitri nanti, haha. Semangat jugak aku bila dapat tahu kawan aku nak pergi, so ada kawan & dapatlah tumpang kereta dia kalau rakaman habis lewat. Nasib baiklah ayah aku sanggup hantar, kebetulan adik aku ada tuisyen di Seksyen 6 malam tu.

Tak tahu nak cakap macam mana, macam mimpi bila dah duduk dan tengok Siti performed.

Walaubagaimanapun, jangan haraplah muka aku nak keluar tv raya nanti sebab aku duduk belakang kamera. Wargghhh..jeles betul aku, padahal aku pakai baju Melayu pulak. Krew tak perasan kot, kalau tak dapat duduk depan, replace budak-budak yang pakai t-shirt biasa tu, haish. Kalau tak dapat masuk tv. Kalau tak dapat snap gambar Siti banyak-banyak, elok-elok. Tapi tema memang smart/kasual jadi tak dapat nak salahkan mereka yang tak pakai baju Melayu tu, haha, Saje je, gurau, tension gara-gara tak keluar tv.

Tapi sadis betul, gambar yang aku zooming dari jauh ni tak berapa eloklah. Boleh kata satu gambar pon tak elok, haha. Masa kejar Siti pulak, kamera ni pandai tutup-buka sendiri. Sengal betul, saat genting buat hal. Haha. Takdelah aku kejar macam main police entry tu, maksud aku approach Siti dekat sikit berbanding tempat duduk aku tadi lepas rakaman selesai. Tapi bila dah approach, kamera buat hal, aku pulak tergamam dekat situ. Mujur aku tergamam, sempatlah menangkap sebanyak mungkin memori menggunakan otak aku. Tergamam? Haha, amazed sebab Siti pada masa tu memang beberapa sentimeter je dari aku. Kalau aku tahu, aku panggil dia, "Datuk Siti,hai!" (sambil senyum dan lambai) dan Datuk Siti akan tercari-cari suara tu, ternampak aku, senyum dan lambai kembali. Tu pun dah cukup dah. Beberapa sentimeter. Susah nak cari peluang macam tu lagi. Rugi, rugi.

Okeylah, tu je. Yang penting, aku dah jumpa Datuk Siti live. Salah satu impian aku termakbul. Hopefully akan datang, ada rezeki, dapat tengok Datuk Siti performed live lagi. Tapi nak yang special sikit, macam sesi rakaman malam tadi, tak ramai jadi tak banyak saingan. Target akan datang, bergambar dengan Siti, insya Allah, doa-doakanlah ye, hehe.

Oh, details pasal rakaman malam semalam seperti apa konsepnya, siapa guest artist Siti, apa lagu yang Siti bawak, aku tak dapat share. Bukan besar sangat permintaan Siti, tolong jangan publish foto, video atau apa-apa je yang berkaitan dengan sesi rakaman malam semalam dekat public sebab ini adalah antara special program untuk Aidilfitri nanti di TV3. Mungkin ada yang akan bocorkan, tapi aku tak nak dan tak akan. Aku akan simpan janji aku. Ini adalah janji pertama aku dengan Siti, jadi aku akan jaga baik-baik.


2 kiriman komen

  1. eZad niMo // Friday, May 14, 2010 11:20:00 AM  

    hahaha!!! lawak r kau!!
    aku dapat imagine cmner kau tkejar2 datuk siti. dah mcm dlm citer plak. beast kejar beauty, wakakka!!
    ***** ehh :P
    jgn marah ahh, tgelak2 aku bace n3 kau nih, wahahha!!!
    btw, tahniah r utk kau ye :)
    wakakakak!!! lawak sungguh~~~
    aku dh imagine mcm2 (mcm kau x knl aku :P)

  2. daeng azman // Saturday, May 15, 2010 11:57:00 AM  

    haha, janji ko dengan siti ek haris...
    tapi aq dapat nyanyi dgn siti tao, dye panggil nama aq..hahah..
    tapi sume tu dalam mimpi r..haha