Tiada yang istimewa. Hanya laksa Sarawak.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, May 10, 2010 | | 0 kiriman komen »

Sempena Hari Ibu semalam (9 Mei 2010), tiada hadiah istimewa yang aku dan adik-adik dapat bagi. Kelainan sambutan Hari Ibu kali ini adalah semua ada di rumah. Kalau selama ni, mungkin aku takde, takpun ayah aku takde, tapi kali ni semua ada, semua available, hehe. Juga, kelainan sambutan Hari Ibu kali ni, instead of bagi hadiah, aku & adik aku yang first, Angah masak dinner dan aku adik beradik nyanyikan lagu Selamat Hari Ibu Ayah. Liriknya mudah : Selamat Hari Ibu Ayah. Lagunya pulak : Lagu Happy Birthday *tongue*

Disebabkan setiap kali aku balik cuti semester ibu akan kirim kek lapis Sarawak & laksa Sarawak, jadi dua menu tu lah yang aku & adik aku prepare untuk malam semalam. We assumed that those foods are her fav foods because kadang-kadang ibu aku telefon just to bagitahu dia ada jumpa food court dekat satu mall dekat-dekat Shah Alam ni yang ada jual laksa Sarawak & planning to bawak family try makan sana. So, there is no doubt yang ibu sangatlah suka laksa Sarawak, kalau tak takkan beliau excited bagitahu semua tu, rite? So. this is our first time masak laksa Sarawak, even ibu aku pun belum pernah cuba masak, hehe. Sebelum ni aku pernah je belikan paste laksa Sarawak, bawak balik rumah, suruh ibu aku try masak sendiri. Yelah, memang takde masalah nak bawak balik laksa from Sarawak tiap kali balik cuti semester tapi aku study kat sana bukan lama, now dah habis dah pon, so macam manalah? Tapi sampai ke sudah tak buat, sampai dah luput dah paste tu, kui3. Well, aku faham, mungkin ibu aku tak berani nak cuba sebab tu adalah makanan negeri, takut lain pulak rasa. Mungkin jugak ibu aku jenis yang tak pakai atau percaya sangat 'panduan penyediaan' dekat belakang mana-mana bungkusan produk makanan since paling koman pon mesti beliau pernah tengok kat tv cara nak buat laksa Sarawak tu, baru confident nak buat.

Senang je buat laksa Sarawak sebenarnya. Sebab ada paste bah. Mungkin penyediaan tu agak lama sebab banyak bahan nak hidang sekali: daging ayam yg dicarik, telur dadar yang dihiris, udang yang direbus/dicelur, tauge. Kuah tu pulak nak kena tapis lagi, baru masuk santan atau susu. Bihun nak kena rendam awal-awal, baru lembut. For those yang tak pernah makan, laksa Sarawak berbeza dengan laksa negeri-negeri lain. Pertama, laksa Sarawak guna bihun. Kedua, kuahnya manis dan mesti ada sambal belacan dan limau untuk tambah rasa masin dan masam kuah. Ketiga, trademark laksa ni mesti letak udang dan daun parsli, baru complete.

Ayah makan sampai tak berbunyi (tak bercakap) sebab sedap sangat, haha. Adik paling bongsu pulak cakap tak sedap, sengaja nak usik kitaorang padahal tambah dua kali. Oh, dan disebabkan tak beli kek, aku just susun kek lapis keliling piring, potong 2,3 jenis je *kek lapis tu aku memang beli sebelum balik sini hari tu, borong 6 jenis* dan letak lilin merah jambu kat tengah-tengah. Masa tu lah kitaorang adik beradik nyanyi lagu Selamat Hari Ibu Ayah. Buat 2 in 1 sebab lagi seminggu Angah masuk U so tak dapat sambut sama-sama, jadi sambut terus, bukan berdosa pon.

Apapun, bukan pada Hari Ibu je kita nak amek hati ibu kita, ikut cakap dia, amek alih chores yang dia hari-hari buat mcm memasak, cuci pinggan mangkuk tu semua, tapi hari-hari. Tu memang tanggungjawab kita sebagai anak untuk ringankan kerja-kerja ibu, mak, umi, bonda, mom, mummy dan apa jua gelaran yg anda beri pada seorang insan yg melahirkan anda itu.

Salam.

0 kiriman komen