al-Fatihah untuk si mati

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, December 15, 2010 | | 2 kiriman komen »

Salam.

Pertama sekali aku dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Abdullah bin Mohamad, atuk aku yang kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 13 Disember 2010, malam, antara Maghrib dan Isyak.

Tapi apa yang mengejutkan aku adalah, rupanya kita tak boleh sedekahkan al-Fatihah untuk orang yang dah meninggal dunia! Kononnya itu bid'ah. Aku baru tahu beberapa minit tadi. Mula-mula aku nak tahu macam mana bacaan fatihah tu dapat tolong orang yang dah meninggal dunia. So aku google. Then baca, baca, baca, perbuatan tu sebenarnya ditegah.

Pun begitu, sebenarnya ada dua pendapat. Ada yang kata pahala bacaan sampai pada si mati (perbuatan tu dibenarkan), dan ada yang kata tak sampai (jadi perbuatan tersebut ditegah). Bacaan lanjut klik di sini.

Jadi dengan rendah dirinya aku nak mohon maaf kalau secara tak sedar aku dah terajar sesuatu yang ditegah. Kalau salah lah. Sebetulnya aku masih kurang jelas dengan perkara ni, masih terkejut lagi, rupanya ada pertikaian tentang isu begini. Tapi since kita di minta untuk pilih, aku pilih untuk percaya yang pahala bacaan tersebut sampai, berdasarkan kepada video ni.

Hmm siapa yang arif bolehlah tunjuk ajar ya! n_n"

Notis pemberitahuan: Tag dari korang semua akan cuba dilangsaikan dalam masa terdekat :)



2 kiriman komen

  1. Anonymous // Wednesday, December 15, 2010 8:31:00 PM  

    abg haris~ takziah

  2. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:12:00 PM  

    shazwan, thnx :)