tagged mak limah oii

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 16, 2010 | | 3 kiriman komen »

Peace be upon you.

Hi readers! Memandangkan penghasilan entri bulan ni tak banyak, sedangkan dekat blog orang lain sampai berbelas-belas entri sehari, jadi dah jatuh hukum wajib untuk aku melangsaikan hutang-hutang tag dari rakan-rakan blogger lain. Kenapa aku rasa macam aku dah pernah bagi alasan yang sama ek untuk tag-tag sebelum ni? Err, abaikan. So my blog was tagged by Hairi, amboi ni mesti dah faham pasal tag-tag ni, sebelum ni aku tag kau tak pernah buat ek!

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?

Privasi. Kebahagiaan. Keluarga nukleus. Kawan yang baik. Seorang yang dapat membimbing aku andaikata suatu hari nanti aku tak bertemu jalan pulang. Wang. Sempat bertaubat dan mengucap syahadah sebelum ajal.

2. Benda terakhir yang dibeli menggunakan wang sendiri?

Topup? Haha.

3. Lokasi perkahwinan yang anda inginkan dan tema perkahwinan.

Hmm buat depan rumah jelah, jimat, haha. Tema kena bincang dengan wedding planner.

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?

Nope, single and extra virgin! Haha. Tetapi angau sorang-sorang adalah rutin harian.

5. Berapa lama lagi anda akan mencintai kekasih anda?

Bergantung dengan siapa dan bagaimana karakter pasangan.

6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli.

Manga: 'Bagai Sihir, Jatuh Cinta Padamu' (November 2010, baru lagi)

Novel: 'Tarikh Luput Cinta' (dibeli pada November 2009 kalau tak silap dekat supermarket H&L Serian),

Buku: "Food Regulation 2009" (beberapa hari sebelum second test Food Safety merangkap seminggu lebih sebelum final exam lol)

7. Antara mak dan ayah, dengan siapa yang anda lebih rapat?

Ibu.

8. Namakan orang yang anda betul-betul ingin jumpa dalam hidup.

Tun Mahathir. Mungkin aku akan speechless tak tahu nak sembang apa dengan Tun, tapi memang teringin nak jumpa beliau. Dari kecik.

Datuk Siti Nurhaliza. Kalau boleh nak jumpa Datuk CT eye to eye, minum petang and sembang-sembang santai, hehe. She's one of my idol dari segi pencapaian dan karakter.

Ameer Amri.

Dan ada beberapa nama lagi, tak penting untuk tahu.

9. Adakah anda basuh baju sendiri?

Zaman duduk di asrama, hostel dan berpraktikal setahun, ya! Dekat rumah & rumah sewa ada washing machine so haruslah guna sehabis baik dan penuh bersemangat haha.

10. Tempat yang betul-betul anda ingin pergi.

Bandung, Indonesia, Australia, Seoul, Korea, & UK.

11. Peluk atau cium?

Peluk.

12. TIGA benda tentang orang yang tag anda.

Tinggi. Perahsia. Berubah-ubah.

13. Benda yang paling anda sayang dalam hidup?

Nak tiru macam Hairi lah. Benda hidup: Keluarga. Kawan baik. Orang yang aku suka/sayang dari jauh (ramai okeyy *smile*).

Benda mati: Buku-buku and notes lama-lama (percaya atau tak kebanyakannya aku masih simpan, saje cari pasal nak suruh anai-anai serang rumah), gambar-gambar, puisi-puisi nukilan sendiri (puisi terbaik aku dah hilang akibat virus, masa tu aku betul-betul sedih), diari (dulu ada diari, sekarang tak lagi), kertas-kertas conteng & luahan perasaan (oh yang ni aku memang suka simpan,tapi tercampak sana-sini,tak kemas langsung =.="), surat & setem, barang-barang peribadi macam baju, seluar, beg, kasut etc, hadiah2 daripada kawan, pembalut makanan (yang tertentu sahaja!), sijil2..

14. 5 lagu yang anda suka dan selalu dengar.

Yang ni based on songs yang aku selalu mainkan lately lah.

+ 2PM - I'll Be Back

+ SID - Monochrome no kiss

+ Datuk CT - Ku Menunggu

+ Sheila Abdul - Mungkinkah

+ ST12 - Kebesaranmu

15. 5 blogger yang diSUNATkan untuk menjawab tag ni.

+ Aisyah Chou

+ Faraha Asri

+ Azman

+ Cik Mastura

+ Nimo-chan

3 kiriman komen

  1. eZad niMo // Thursday, December 16, 2010 1:42:00 PM  

    sunat ye. nanti la, blm rajin. byk tertangguh ni. btw, thanks~

  2. daeng azman // Thursday, December 16, 2010 2:14:00 PM  

    camne nak jawab..guna natang ney pon aq xgeti..huhu

  3. AyesyaAhmad // Thursday, December 16, 2010 5:48:00 PM  

    bab datuk siti tu.aku ingat ko suka lagu dia 'jika kau tak datang~' hahahaha! ;p