misteri sticky note

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, December 13, 2010 | | 8 kiriman komen »

Salam.

Hi readers. Dah lama tak meg-hapdet blog ek? Nak update tapi malas. Tak tahu nak tulis pasal apa. Padahal banyak-banyak cuti sem, cuti sem kali ni lah yang aku paling banyak berjalan, which means lots of things boleh di kongsi melalui experiences dan observation masa berjalan-jalan itu, sebenarnyalah.

Hmm cuti tinggal dalam 20-23 hari mcmtu. Seperti kebiasaannya, tiap kali balik cuti sem, bilik akan bersepah macam tongkah pecah. Luggage terbukak terbaring atas lantai, baju bertimbun malas nak kemas masuk dalam almari, barang-barang seperti deodorant, minyak rambut, losyen, green tea berbentuk sachet, boxes (byk sangat box tak tahu kenapa aku suka simpan), and bla3 atas meja tepi katil berselerak, novel, majalah, manga bersepah dan..itu je kot. Katil sentiasa kemas. Kotak-kotak buku dari zaman diploma, hmm sampai sekarang tak bukak dan alihkan ke tempat lain. Bayangkan..dah 6 bulan lebih kotak-kotak tu. Namun, ianya dalam keadaan yang tersusun. Habuk-habuk dijamin bersih, seminggu 3,4 kali sapu. Bersepah je, biasalah bilik bujang yg pemalas, hoho.

Suasana bilik akan berubah menjadi sebuah bilik yang kemas hanya bila 2,3 hari sebelum cuti semester tamat. Ya, betul-betul kemas.

So tadi tergerak hati nak kemas ada satu beg sekolah ni. Okey tipu je, ayah mintak aku kemas. Beliau tengah pilih-pilih beg-beg yang boleh guna lagi untuk disimpan, sementara yang dah buruk, anak-anak tak rela nak guna lagi sbb out-dated, koyak dan sebegainya nak 'lego' dalam tong sampah. Lego mengikut kamus nenek aku adalah buang, haha. Beg ni aku guna masa sekolah menengah, elok lagi, warna kuning and kelabu, waktu tu my fav colour. Beg ni jugak aku pernah guna masa awal pengajian diploma. Ceh ayat..

So tengah kemas-kemas jumpa sticky note, elok lagi, alah yang warna kuning tu. Biasanya orang tampal-tampal as reminder ataupun penanda buku. Aku belek-belek. Banyak benda yang aku coretkan atas tu. Then aku jumpa ini:

"Aku masih setia padamu walau kau jauh dari pandangan mataku,

kenangan yang kau tinggalkan sentiasa mekar dalam mindaku.

Aku sendiri tak faham mengapa aku boleh tertarik dengan kau sedangkan kita berdua malu untuk berbicara dan bersemuka.

Benarlah cinta itu buta.

Kau agak special bagiku.

Aku cuma berharap suatu hari kita kan ketemu lagi.

Kau kini di wilayahku dan aku pula di tempat tinggal mu.

You're birthday pulak same like me, so impossible aku boleh lupakan kau".


Hohh?! Bilakah? Siapakah? Puas aku fikir..tak ingat jugak. So aku coretkan dekat sini supaya suatu hari nanti aku ingat siapa orang yang aku maksudkan. Kata kuncinya jelas, 'birthday sama', yang mungkin bermaksud aku berkongsi tarikh hari jadi yang sama, atau bulan yang sama, atau exactly tarikh dan bulan yang sama! Dan 'aku kini di tempat tinggalmu' boleh jadi negeri tempat aku belajar masa sekolah menengah dulu atau masa diploma dulu (sebab beg ni aku pernah bawak masa diploma jugak).

Aku cuma nak tahu siapa dan apa yang special sangat tentang individu ni sampaikan kat sticky note pun aku tulis benda alah ni. Biasanya ada buku tertentu je untuk berjiwang-jiwang ni *tounge*


8 kiriman komen

  1. eZad niMo // Monday, December 13, 2010 2:37:00 PM  

    haha, jiwang. junior kot? yerr~

  2. Shafiq Rosli // Monday, December 13, 2010 2:54:00 PM  

    wow,ade secret admirer..hehe

  3. yellohello // Monday, December 13, 2010 6:12:00 PM  

    amboi amboii~~ hehe bukan men ye ko!

  4. asyfiqaz // Tuesday, December 14, 2010 2:14:00 PM  

    err abg haris, klu notes tu is dari skola menengah, itu berita mengerikan..hahaha

  5. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:13:00 PM  

    ijat, junior ke? ntah lalala.

  6. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:13:00 PM  

    shafiq hehe..xtaw xtaw~ salah baca ni~

  7. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:13:00 PM  

    ecah, asal? haha.

  8. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:13:00 PM  

    afiq, yeke ngeri? HAHAHA.